Thursday, October 12, 2017

Nutox Renewing Treatment Meet & Greet with Nur Fazura

Last week Moon berpeluang ke Meet and Greet with Nur Fazura for Nutox Renewing Treatment di One Utama .




Meh akak share apa yang diterangkan pada hari itu dan sedikit sebanyak mengenai Nutox Renewing Treatment ni.

Selamat tinggal kulit kusam dan katakan hello kepada kulit cerah .

Nutox sedar bahawa kulit kusam merupakan masalah kulit biasa yang dihadapi oleh wanita Asia . Tahukah anda bahawa kulit kusam juga merupakans alah satu tanda awal penuan?

Fazura juga berkongsi pengalaman beliau menggunakan Nutox bertahun lamanya.

Apabila kulit kita meningkat, tanda-tanda seperti kekusaman, kedut dan kehilangan keanjalan akan mula kelihatan. Ia disebabkan oleh pengurangan keupayaann untuk memperbaharui kulit secara semulajadi. Oleh itu penggunaan penjagaan muka yang sesuai dapat membantu memperbaharui semula secara lembut tetapi berkesan .

Kitaran pembaharuan kulit secara semulajadi berlaku setiap 28 hari . Pada akhir tempoh kitaran, sel kulit yang lama atau yang telah mati akan beralih dan diganti dengan sel kulit yang baru.



Produk penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment, menampilkan teknologi proprietri yang dikenali sebagai LumiNes, menggabungkan dua ramuan utama - Lumiskin dan Actistem Gold Nest untuk hasil yang kelihatan berseri dari dalam.

Rangkaian Nutox Renewing Treatment terdiri daripada 3 produk: Renewing Treatment Lotion , Renewing Treatment Essence dan Renewing Treatment Creame.




Renewing Treatment Lotion ( 150ml , RM59.90 )


Mengandungi LumiNes, toner ini melicinkan dan menanggalkan bendasing untuk kesan yang lebih bersih dan berseri.

Penggunaan : Letakkan ditapak tangan dan sapukan pada muka dan leher selepas mencuci muka .



Renewing Treatment Essence ( 30ml, RM 75.90 )


Esen ini membantu melindungi kulit daripada kekusaman akibat kerosakan UV dan pencemaran. Ia juga turut membantu mempercepatkan kitaran pembaharuan permukaan kulit untuk seri wajah yang berkekalan

Pengunaan : pamkan 2 hingga 3 kali pada hujung jari dan sapu rata pada muka dan leher .



Renewing Treatment Creame ( 30ml, RM 49.90 )




Membantu memulihkan dan menyegarkan serta memperbaharui penampilan kulit . Teksturnya tidak melekit dan diserap pantas bagi memberikan kemasan semulajadi .

Pengunaan : Sapukan dengan rata pada seluruh wajah .




Ada kejutan juga buat Fazura pada hari tersebut ....ada cake cutting untuk birthday girl .


Ada juga meja meja disediakan untuk para pengunjung mencuba rangkaian Nutox Renewing Treatment ni



Mak Yong pun tak lepaskan peluang nak bergamba kat set yang cantik ni 




Tq Nutox . Nanti boleh cuba range ni ...mana tau bleh jadi cun cam Fazura ....ahakssss

Monday, October 09, 2017

Program Remaja - Sembelih Puyuh

Beberapa minggu lepas , taman ada anjurkan program untuk anak anak remaja taman kat Surau . Ada ceramah dan motivasi jugak. Lepas tu ada amali sembelih burung puyuh. Dia org boleh sembelih sendiri n cabut bulu puyuh semua n masak puyuh masing masing .

dalam 40 org peserta join . So for me program ni sangat bagus la kan . So dia org pun ley kenal antara satu sama lain . Ada belajar benda berfaedah jugak kan .

 
 Semua kena ada pasangan sebab sorang akan pegang n sorang kena sembelihkan. So dia org akan gilir gilir . Mana lagi nak dapat pengalaman mcm ni kan .

Ada ustadz juga yg terangkan rukun sembelihan dan cara cara menyembelih yang betul

A.    Rukun Sembelihan
Rukun sembelihat terhadap binatang terbahagi kepada 4:
1. Penyembelih
2. Binatang sembelihan
3. Alat untuk menyembelih
4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.
.
.
B.    Syarat-Syarat Sembelihan
.
1) Orang yang menyembelih
a) Hendaklah beragama Islam
b) Baligh dan mumayiz .
c) Berakal; tidak sah jika orang gila
d) Tidak dalam ihram haji atau umrah
e) Dengan sengaja membaca Basmalah.
.
.
2) Binatang Yang Disembelih
a) Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup
c) Mati dengan sekali sembelihan
d) wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum).
.
.
3) Alat Sembelihan
a) Mestilah alat yang tajam seperti pisau
b) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang ditajamkan.
c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku.
.




Para bapa semua duk siapkan bbq .


Hope anak anak dapat belajar sesuatu daripada program ni . Moon ngan Sutan asalnya nak hantar je dia org ...sudahnya kita org pun sangkut kat sini . Seronok dengar ceramah . Budak2 masa umor2 cam ni la kena bagi dia org kesedaran n motivasi .

Syabas utk persatuan Taman...program yg amat bagus .

Tuesday, October 03, 2017

Meizu Pro 7 Dan Pro 7 Plus Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM 1899

Jika anda mahukan telefon pintar yang jauh berbeza dari yang lain, maka Meizu PRO 7 dan PRO 7 Plus patut menjadi pilihan anda. Dari hadapan mungkin tidak berbeza, tetapi skrin kedua yang terletak di belakang pasti akan membuatkan rakan anda terpukau melihatnya.


Meizu Malaysia kini mengesahkan ketibaan PRO 7 dan PRO 7 Plus di Malaysia. Tempahan kedua-dua telefon pintar akan dibuka bermula 15 September sehingga 20 September 2017. Jualan di seluruh Malaysia boleh didapati bermula dari 21 September 2017.

Meizu PRO 7 akan dijual pada harga RM1,899 manakala PRO 7 Plus berharga RM2,799
Peranti ini unik kerana dilengkapi skrin mini sekunder AMOLED pada bahagian belakang.


Meizu PRO7 dan PRO7 Plus boleh dibeli secara offline di SINI 



PRO 7 menggunakan pemproses Mediatek Helio P25, 4GB RAM dan 64GB storan. Meizu PRO 7 akan ditawarkan dalam warna Merah, Emas dan Hitam. PRO 7 Plus pula 5.7-inci QuadHD.

Manakala PRO 7 Plus dilengkapi pemproses terbaik Mediatek, Helio X30 10-teras bersama 6GB RAM dan 128GB storan.PRO 7 Plus hanya disediakan dalam warna Hitam sahaja. Meizu PRO 7 memiliki skrin 5.2-inci HD Penuh,

Kedua-duanya menggunakan paparan Super AMOLED.




Bateri di dalam PRO 7 berkapasiti 3,000mAh dan PRO 7 Plus pula 3,500mAh. Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas Meizu mCharge 4.0 dengan kuasa pengecas 25W (5V/5A). Ia boleh mengecas sehingga 67% penuh dalam masa 30 minit.


Meizu menggunakan gandingan lensa RGB dan monokrom untuk kamera belakang. Ia menggunakan sensor Sony IMX386 12MP f/2.0, autofokus PDAF dan dwi tona LED Flash. Kamera hadapan pula dimuatkan sensor 16MP f/2.0. Tapi kalau ada previu di skrin belakang ni, boleh guna kamera belakang terus untuk swafoto.


Boleh menggunakan kamera belakang untuk berswafoto . Apa yang membuatkan ia berbeza adalah kerana kini anda boleh melihat gamba anda ketika swafoto dengan adanya skrin dibahagian belakang. 





Berminat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...