Monday, March 19, 2018

Langsir Raya di Sarah Hughes Globe

Jualan langsir Raya kembali di Sarah Hughes Globe . Jom jom beli langsir murah untuk Raya ni . Mana langsir yg dah kepam tu atau koyak rabak, boleh la tukar baru dah u ols .

Mana nak dapat langsir yang cantik meletop tapi taknak mahal mahal sangat ?

Harus la kat lvl 7 Sarah Hughes Globe u ols . Kain berkualiti terbaik kebabom pada harga sangat best . Yang memang tak dapat kat tempat lain dah . Ramai yang datang semua puas hati n bagitau pembelian kat sini adalah yg terbaik n berbaloi baloi .

Kain cantik, harga menarik n tempat pun selesa . Mana nak dapat ....betul dak .

So ni Kak Moon nak bagitau korang , sale untuk Raya akan berlangsung hujung minggu ni :


23 March - 25 March 2018 
Jumaat , Sabtu dan Ahad

Lvl 7 Sarah Hughes Globe , Jalan TAR KL 


Jom jemput datang ramai ramai sebab jualan ni memang kas untuk MoonpunyerVIP dan juga member card holder . So harga masa sale ni mmg harga kasih sayang gitew . Kalau anda nampak entry ni n nampak poster di FB page Miera301 at Sarah Hughes Globe atau di IG Moonpunyerblog maka anda boleh datang tau .

Boleh datang ngan kawan kawan atau sedara mara . Boleh datang ramai ramai tau ...




Sale ni berlangsung selama 3 hari saja . 3 hari ni saja harga jadi special ...nanti habih sale dah tak dapat dah harga ni tau



Semua jadi flat price bermula dari RM 5 semeter . Ada kain black out , ada kain bidang 110 juga yg sangat berbaloi kalau beli, ada day curtain yg jarang jarang tu , ada kain velvet yg lembut n high class macam hotel hotel tu juga . Pendek kata semua adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Jom ramai ramai datang




Baby Nain dah 3 bulan

Kejap je kan sedar sedar baby dah 3 bulan dah. Hari tu kecik je ...la ni dah besar dah.

Kalau Moon amik cuti bersalin 3 bulan harus minggu depan baru masuk kerja kan hahahhaha . Tapi pernah amik dah cuti bersalin 90 hari masa Sarah hari tu, maka pasrah aje 60 hari pun ok .

Nain pun ok duk kat nerseri. Hari hari ada je update apa aktiviti baby kat group whats app . Mak dia duk kat opis , sambil tgk gamba anak sambil senyum . Rasa lega sket hati ni kan...kalau tak duk tertanya tanya . Ok ke anak aku kat nerseri . Cam na dia nak tido apa semua .

 Now Nain dah tembam dah . Berat pun dah 6.4 kg dari berat lahir 3.75 


 menyusu pun kuat budak ni . Tapi dia jenis minum sket sket . Kalau budak baya umor dia ni susu dah 5oz tapi dia kadang 3 oz pun tak habih. Tapi dia akan kejap kejap nak susu .

Tapi kalau EBM masuk dlm botol kemain dia tak suka . Ditolak tolak ngan lidah .

Sekarang pun dah bunyi sora dah . Dah suka senyum ...kalau agah agah tu dia ketawa terkekek kekek sampai sepet mata .

So macam mana life selepas ada baby kecik . Phewwwww akak lap peluh kat dahi ngan hujung tudung . Mmg kelam kabut juga mulanya . ,Workload pun bertambah . Akak pun makin kuat marah sekarang. Bukan sebab apa pun tapi sebab sendiri yg nak semuanya perfect . Sebelum ni boleh buat semua kan sekali sekarang dah banyak kena tutupp  mata akak stress hokey . Tak tahu la sindrom apa ni tapi mmg even benda kecik bikin akak panas . Harap akak cepat2 la ley sesuaikan diri ngan keadaan ni . Nasib baik la budak kecik ni tak banyak ragam kalau tak mmg mak kau ijau la . 


Sunday, February 04, 2018

Birthday Moon di Sarah Hughes Globe

Tq buat Mr Ketan n Mr Doshi serta semua staff Sarah Hughes Globe sebab sambut bday akak . Malu wooo sebab dah tua hokey tetiba ada bgtau Moon jom potong kek .

Masa potong tu semua nyanyi sama sama . Reader n follower yg tengah shopping langsir pun di ajak sekali tau .

Terus akak rasa cam budak umor 18 tahun sambut bday muahahha

 Terus rasa cam nak g menyorok belakang rail langsir .

Ni adalah tahun ke 6 Moonpunyerblog n Sarah Hughes Globe bekerjasama . Tq to Sh Globe sebab sudi beri privileged ni pada blog reader Moon serta follower Moonpunyerblog .





Next sale adalah 23 March hingga 25 March 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...