Monday, September 24, 2018

5 bulan sudah

5 bulan dah Abg kesayangan pergi buat selamanya . Kak Moon mmg rapat ngan dia sebab dia yg jaga kita org . Kalau ada apa apa masalah mmg selalu share ngan dia n dia tak pernah sekali pun marah ke apa . Kalau dia nak ckp apa apa pun dia akan mintak my sis sampaikan sebab dia takut adik dia yg cebek ni kecik hati .


Pusara dia pun dijaga elok . Sepatutnya selepas 100 hari dah boleh tempah kotak kubur ni . Di Raudatul Sakinah semua adalah standard batu warna putih . Last week dah selamat dah tempah n dalam masa sebulan akan siap . Semua akan di uruskan oleh pihak perkuburan .



Akak sekarang ni walaupun dah 5 bulan kan....everytime teringat dia misti menitik air mata . Takley kawal dia menitik2 . Even kata jgn nangis jangan nangis tapi dia turun jugak. Kehilangan dia adalah kehilangan besar dlm diri ini . Segala pesanan dia duk bermain di fikiran .

So many things happen selepas dia meninggal but nanti la akan akak kongsikan bila waktunya tepat . Kadang kita kemain nak jaga hati orang kan tapi orang sedikit pun tak kisah tentang hati n perasaan kita . Tak apa la . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . Akak bersyukur kerana dikurniakan Abang yang sangat baik Masyaallah . Abang yang penyayang ...bersyukur sangat sebab dapat rasai kasih sayangnya yang akak akan kenang sampai bila bila . Kasih sayang ni tak mampu dibeli oleh wang ringgit .

Muni tengok la nanti bila Abg tak ada ..............
Muni ingat pesan Abg ni jangan biarkan ..........



Ingat kan dia borak kosong tapi kini setiap patah perkataan dia tu jelas bermain dalam pikiran . Yes Abg mmg benar apa Abang kata kan . Kawan kawan abg pun baik baik semua . Semua from time to time will whatsapp me just to ask me how im doin . Bagaimana semua ok ke tak .

Bagi yg baca entry ni mohon luang kan seminit dua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat abg akak ye Roslan Abd Rahman . Semoga rohnya dicucuri rahmat .

Thursday, September 20, 2018

tgk kereta kebal

duk upload gamba dari phone ke laptop baru perasan ada  gamba singgah tgk kereta kebal tentera kat Putrajaya hari tu .

Kami ke Pusat Kanser Negara utk lawat Talib . Sebab dia dah last chemo dah . 12 session chemo selang 2 minggu 2 minggu . Alhamdulillah dipermudahkan segalanya .


Balik dr Hospital duk nampak askar duk naik naik kan kereta kebal yg habis perarakkan merdeka ke lori . Ramai org berhenti dan amik kesempatan untuk bergamba . Apa lagi , we ols pun join la sekali sebab budak budak ni teringin nak tgk lebih dekat .


alahaiiii bongsu tu kan .. bahagia benor kalau kena dukung cam tu 

 Masa ni ramai gak orang . Siap panjat2 atas kereta kebal tu lagi utk bergambar 


hahahah sempat la bergambar  



Monday, September 03, 2018

Melawat kampung Baqis


Masa Raya HAji baru ni kami mmg tak ke mana pun . So since Baqis balik kampung jadi kita org pun g la jalan jalan tgk suasana kampung . Kebetulan Talib pun baru habis kimo so alang tu ley lawat dia sekali. So kira ni g lawat umah kampung mertua Talib la .

Budak2 ni kemain sonok bila bagitau nak gie jalan umah kampung .Sian budak2 ni tgk biri biri tepi jalan on d way tu pun boleh seronok hahahha

 

Sampai2 budak2 ni terus gi kejar ayam . Anak anak siapa la ni mcm tak pernah tgk ayam 

Mummy , tu tgk tu Rambo laaaa

Apa yg Rambo nya tu Sarah 

Tu Rambo sama mcm dalam cerita Upin Ipin 


Semua ayam jantan dia panggil Rambo ...Rambo pun Rambo la Sarah

 Isk pun sonok siap main tendang2 bola ngan Uncle Talib . Rafiq plak malu malu nampak semua dtg

 Dulu kakak Yaya kemain la suka dukung dukung Rafiq ...cuba kakak Yaya try dukung dia skrg ...main terkentut hahahhaha .

Tq Baqis n mak ayah Baqis juga . Sonok dtg Batu Kikir . Siap mak Baqis masakkan masak lomak cili api pergggg mmg terbaik . Dia punya pekat n pedas tu sampai menitik poloh dalam anak telekong ni ha ....semua pun tanpa segan silu menambah  Buat den terpikir . Ni umah mak mertuo sapo ni ha ..

Budak2 ni siap cakap jom lain kali kita dtg lagi . Dia org ni semua siap mandi n tumpang jamban bagai kat sini . Mmg sah akan dtg lagi la maknanya tu .

Kami balik ngan perut yg kenyang ..ngan rambutan yg baru dipetik serta budak2 yg sangat kepenatan hahahhahahah n semua pengsan dlm perjalanan pulang . 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...