Wednesday, November 14, 2018

Jalan jalan London 2018, KUL - LHR

Assalamualaikum

Akak dah selamat tiba di tanah air selepas 10 hari jalan jalan kat London. Tak sangka dapat pijak kaki kat sana . Moon pergi ngan Pak Sutan sekali ngan kakak angkat serta family dia . Tahun lepas dia org dah pergi tapi Moon tak dapat join sebab masa tu Moon tgh pantang bersalinkan Zulkarnain. So kali ni dia offer ajak join sekali. Apa lagi terus on . Bincang2 punya bincang di meja makan Ummiza Cafe , tup tup terus jadi n sampai ke London .

Buat pertama kalinya Moon pergi ngan Pak Sutan tanpa bawak anak anak . Dah 14 tahun kawen ni baru 1st time pergi jalan jalan tanpa bawa anak anak . Kindda like a long awaited honeymoon la kan ...hikssssssssss . Mintak tolong mama n papa tgkkan . Umi pun ada kat rumah . So tak la risau sgt kan.

Flight kita org 1 Nov 2018 , jam 9.20 am . Naik kat KLIA . Flight direct naik MAS , KLIA ke Heathrow London mengambil masa 14 jam . Jenuh gaks memikirkan apa nak buat dalam flight 14 jam hahahha .



Subuh2 kita org dah ke KLIA . Uruskan cek in bag semua . Moon n Pak Sutan bawak 3 beg. Berat bagasi utk seorang adalah 30kg , 2 orang bersamaan 60kg . 1 bag kecik adalah makanan saja . Moon sebelum pergi mmg dah buat persiapan makanan hahhahah . Siap order  daging dendeng la , sambal hitam raub la , segala serunding  . Ngan periuk nasik akak angkut u ols .


FLight adalah pukul 9 pagi dari KLIA ke London Heathrow . Naik kapal terbang Mas MH A380 , mengambil masa 14 jam . Wow memikirkan 14 jam tu .....wowwwwwwww sangat . Di jangka sampai ke London dalam pukul 4 lebih .

*pic google , kredit to alf_340 . Ni la rupa dalam MH A380

 ruang kaki pun ok . mengambil kira ke agaman n ketinggian akak ...sangat selesa la 

 headphone disediakan . Ada selimut n bantal kecik jugak. So just sit n relax n selamat kebas bontut hahahahhaha utk 14 jam .

nasib ada banyak movie . Citer pun ok best best 


jarak dia 11099 km perggg . Ada order sandwich montel by Ija . Tq Ija sebelum subuh dah hantarkan kat Ummiza . Sebab kami ramai kan , so lapik perut dulu makan sandwich . 


breakfast dlm kapal terbang . Pak Sutan pilih omelet . 


Kak Moon harus la nasikkkkkkkkk i need nasikkkkkkkkkkk . Nasik lemak dia sedap . 

Penerbangan smooth , makan tidur , celik mata 2 3 kali tak sampai sampai juga hahahhaha . Layan lagu , layan movie ...tidur , celik ke tandas 2 3 kali . Patut la org semua kejap kejap berdiri n jalan jalan . Sebab lenguh kan . Then tiba waktu makan lagi . 

 Nasik ayam u ols

 Pak Sutan plak makan pasta ngan ikan rasanya ni 



Sampai di Heathrow, kuar je kapal terbang terus rasa sejuk angin sana . Masa sampai plak tu hujan gerimis n angin kuat . Ku sangkakan bilik server tuh dah sejuk. Rupanya cuaca sejuk sana lagi la menusuk ke tulang hahahha .

selesai lalu imigresen n kastam . terus collect bag , transport dah tunggu kat luar sebab mmg dah book dr malaysia . so semua share2 utk transport ke Grand Plaza Serviced Apartment di Bayswater .

masa nak ke van , kemain sejuk sebab baru lepas hujan kan . Bercakap pun duk kuar kuar asap hahahah .


on d way . 


selamat sampai sudah

 Jo uruskan check in dulu . Ada 2 unit apartment . Semua booking di buat melalui Agoda . Tapi ada masalah masa masuk check in sebab dapat bilik bukan seperti yg di booking . Nanti in next entry Kak Moon cerita ya .

 


Rasanya macam Maze Runner je sebab laluan sempit je n punya la banyak belok kanan belok kiri , bukak pintu tutup pintu nak ke bilik hahhaha .


Jalan Jalan London 2018

Tuesday, October 23, 2018

Confinement Lady Johor

Khas untuk warga Johor ni . U ols apa khabar semua . Ni Kak Moon nak share pasal kawan Kak Moon ni . Dia adalah mak bidan bersalin kat Johor . So kalau u ols kat area Johor nak cari Kak Bidan untuk lepas bersalin boleh la buzz buzz Rozita Daud ni tau dia Bidan JB

Dulu Kak Moon pernah beli set bersalin ngan dia masa bersalinkan Sarah kot . Mmg dah lama . Baru2 ni dia kata still org cari dia hasil google mak bidan area Johor . Mmg semua yg contact dia mostly amik nom dia dari blog ni . Since entry tu pun cam dah lama . Ni Kak Moon nak share package terbaru dia untuk tahun 2019 .

Image result for confinement lady

Auwww mak mak sangat blog ni kan . Well I faham hokey ....masa kita tengah mengandung ni la kita nak cari org boleh jaga kita dalam pantang ...jaga makan minum serta jagakan baby . Sementara tubuh kita nak pulih n kuat kembali . Orang lelaki apa tahu yer dak..........bak sini duittttttttttttt hahahhahah tetiba laju je mintak duit hahahah

Image result for berpantang


Ok bagi para ibu yang sedang mencari Kak Bidan area JB utk lepas bersalin nanti, boleh usha pakej Rozita Daud Confinement Lady Johor


DIBUKA TEMPAHAN PENJAGAAN IBU DAN ANAK UNTUK TAHUN 2018 dan 2019 ( JB shj )









Dia juga menyediakan pakej PAGI/PETANG.Kedua-dua sesi ini amat bagus dan sesuai dilakukan kepada ibu berpantang.

Sesiapa yg belum book pakej MUMMY IMAN ini boleh wassup dengan segera di


Whats app Ita : 0197683958


*****Amalkan perawatan tradisional untuk memulihkan dalaman anda******



Image may contain: food

Teksi dan Grab

MInggu ni kecoh pasal isu Grab n Teksi di Malaysia ni . Hope pihak2 berkenaan dapat jumpa kata sepakat bagi hal ini dan yg menguntungkan dua dua pihak. Kita kata win win situation .

Dalam hal ni , mmg ada sesetengah pemandu teksi yang kadang keterlaluan dan segelintir mereka ni la yang memberi impak negatif kepada pemandu pemandu teksi . There are still good taxi driver tau . Cuma yg kureng pun makin ramai lately . Jadi kesian kat pemandu teksi yg mmg betul2 ikhlas nak cari makan utk tanggung anak bini  . Ada pemandu teksi yg org pesara tapi still bawak teksi semata mata nak tanggung anak bini . Jd bila ada yg buat kacau ...dia org ni turut terjejas . Ibarat akibat nila setitik rosak susu sebelanga.

Moon ckp cam ni sebab yes i agree ramai pemandu teksi yg charge kadang tak ikut meter , pastu kadang tak nak ambil kita ..kadang tempat yang kita nak pergi tu dia tak nak masuk ...kereta buruk , busuk n etc . But mengambil kira juga yg baik baik tu cam tak adil nak cop SEMUA PEMANDU TEKSI BIADAP . Rasanya kalau tajuk SEGELINTIR PEMANDU TEKSI BIADAP lagi sesuai .

No automatic alt text available.

taken from FB . Ramai org share poster ni hari ni . Memang benda ni berlaku tapi tak der la langsung tak rasa simpati . Misti dalam hati kita kesian kat dia org ni . Kita manusia misti akan ada belas ehsan dlm jiwa kita . Mmg la ada yg teruk tapi pikir sama mereka yg betul betul ikhlas cari makan . 

Jiran mama kat tepen , dah pencen tapi bawak teksi . Baik sangat orang nya . Arwah dah tapi sgt baik orgnya .  Kadang kalau ada apa apa mudah utk mama n papa nak g hosp ke apa . Kita org pun tak risau sebab knowing kalau ada apa apa pakcik sebelah boleh ambil dan hantarkan .

Utk parents kita panggil grab mmg mustahil la kan . Kadang nak suruh attach gamba dlm whats app pun mencabar utk kita ajar n dia org ingat .


keputusan poll dari Malaysia kini 

Keputusan undian adalah seperti berikut:

Undian di Facebook Malaysiakini bahasa Melayu:
Jumlah undi - 34,900
Teksi - 2,200 (6%)
Grab - 32,700 (94%)
Undian di Facebook Malaysiakini bahasa Inggeris:
Jumlah undi - 29,100
Teksi - 1,000 (3%)
Grab - 28,100 (97%)
Undian di Facebook Malaysiakini bahasa Mandarin:
Jumlah undi - 8,000
Teksi - 292 (4%)
Grab - 7,700 (96%)
Mmg Grab sekarang menjadi pilihan utama semua org sebab sangat mudah . Semua dihujung jari . Berdiri je kat mana mana pun . Book a driver tup terus akan ada driver dtg pickup . Mmg brilliant sangat .

Image result for grab image

Semalam sembang ngan Mama n Papa pasal Grab ni . Tu dia org tanya Grab ni dari mana . Mana asal usul dia . Kampeni siapa sebab selama ni orang duk kata ni kampeni Rosmah . Jadi bila timbul isu nak hapuskan feeder bus n galakkan org guna Grab terus semua terpikir 

hangpa duk kata ni Rosmah punya kampeni ...awat la ni hangpa nak suruh semua guna grab plak .... kannnnnnnnnnnnnnnnnnn 

So semalam sempat la menggogle . Kang salah bagi info kat mama n papa plak .

Grab adalah sebuah syarikat yg based  di Singapore yg offer ride hailing , ride sharing n penghantaran makanan menggunakan app phone di Singapore serta rantar Asia seperti Malaysia , Indonesia, Filipina, Vietnam , Thailand, Myanmar dan Cambodia. 

Mula mula dulu dia bersaing dengan Uber je . Last last Uber pun kalah ngan Grab ni hahahah. Founder dia adalah org Malaysia nama Anthony Tan. Umor 34 thn 

Anthony Tan, founder of GrabTaxi, in Singapore.

Boleh baca lebih lanjut di Wiki mengenai Grab dan juga mengenai CEO Anthony Tan di SINI 

tak pasal pasal baca pasal sejarah Grab plak kan hahahah . Grab ni pun sangat bagus . Even Pak Sutan pun pernah bawak sehinggala sekarang dia cam akan buat ikut mood kerajinan dia hahahah . But ,,g menjadi sumber pendapatan sampingan yg sangat masyuuukkk orang kata ( bagi mereka yg rajin )



Cadangan 

Ajar pemandu teksi guna apps 

Memandangkan kita dah nampak keberkesanan n betapa tingginya permintaan Grab ni maka apa kata ajak pakcik2 Teksi join juga Grab teksi ke apa . Ajar cara pakai app ni.

Mmg dia org akan keberatan kalau kita suruh cam tu je ( nak ajar mama papa pakai whats app pun makan masa uuuiiihhh )  At that age mmg phone ni agak mencabar utk dia org but mungkin syarikat teksi ley bantu pemandu pemandu mereka . Buat in house training ke ajar macam mana nak pakai app ni . Takyah upah org mahal mahal utk ajar . Siapa yg muda2 tu bantu la . 


Naik Taraf kereta Teksi

Kebanyakkan teksi merah putih kat KL ni proton lama . Mungkin ley buat cam Grab tu yg amik kereta baru utk tujuan mengGrab aje . So kalau kereta elok , kan selesa org nak naik betul tak . 


Sistem meter dibaik pulih

Meter pun cam releven je sekarang kan. Mungkin boleh kaji balik atau come up ngan cara charging yg kompetitif 


Hope isu Teksi dan Grab ni selesai dan win win situation . Sama sama kita doakan yg terbaik 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...