Thursday, November 15, 2018

Jalan jalan London 2018 - Grand Plaza Serviced Apartment

DAY 1
--------

segala urusan booking telah dibuat di Malaysia. Masa ni kita org amik 2 bilik . 1 bilik dari 1 Nov hingga 11 Nov bilik family  , dan 1 bilik biasa  utk malam ni shj sebab besok pagi dah nak ke Paris n bermalam di sana .


Booking dibuat melalui Agoda . Masa daftar nak check in tu semua smooth je n senang . Tak ada masalah ....tapi ...

kena baca sampai habis la hahahah


ni Lobi area Grand Plaza Service Apartment. Tak besar mana pun tapi ok la ada area utk duduk semua . ATM Maybank pun ada kat bawah ni u ols . Kak Nor dah pesah awal awal takyah tukar duit banyak sangat ...sebab kalau tak cukup boleh je cucuk kat sini n tak ada charge dikenakan . Happy plak nampak ATM kaler kuning tu ....vleyyyyyyyy.

Oh ya masa nak check in ni kena letak deposit 400 pound.

Masa ni happy giler sebab dah sampai sini kan . Tapi pinggang dah rasa nak patah n rasa tak sabar nak landing je ni hhahahhaha . Masa ni dah gelap dah sebab sini musim nak masuk winter . Siang jd pendek . Pukul 4 30 - 5 pm tu dah gelap gelita dah .


Laluan dia agar sempit . Nasib la beg kami yg bersar2 tu ada org hantarkan ke bilik hahha . Nak sampai ke bilik tu, boleh tahan jugak la belok2 dia tu. Kami kena cari Lift 3

Bila dah sampai bilik , sekali tgk ada 1 bilik ngan queen bed n diruang tamu tak ada pun sofa bed . Sepatutnya kena ada 2 sofa bed sebab yg di book adalah family apartment that can fit up to 6 person . Kita org ber 4 n ada seorang kanak kanak.  Terus Pak Sutan n Wawan g cek balik kat receptionist .

sebab sepatutnya kena ada 2 sofa bed cam ni kat ruang tamu . Tapi ni tak ada . G cek balik macam ada kesilapan teknikal antara pihak Agoda n pihak Grand Plaza n semua pulak sudah fully booked . So tak dapat la nak tukar bilik ke apa . So malam ni tido dulu la berlapikkan toto . Tapi toto pun tebal . Takpa la sebab besok pagi2 pun dah nak keluar . Sebab nak naik train ke Paris 



So kita org pun alih meja makan ke tepi . So ada la ruang utk tido . Lagi pun ruang ni ada pintu boleh di tutup . So kita org tido area ni senang sket nak ke sumber makanan hahahhaha . Terus bukak beg bekalan makanan . Susun terus . Moh kita buat macam rumah sendiri ya . 

Dapor dia pun lengkap siap ada periuk besar boleh masak sup . Ayam sekor pun muat . Ada frying pen muat la nak goreng sayur atau ayam atau nak buat telur dadar 3 biji telur n ada pot kecik muat 2 bungkus meggi . Bagus tak penerangan akak hahahah senang korang nak imagine kan . Tapi kuali nak masak sepeket bihun tak ada lah . Sudu, garfu , pisau , pembuka tin , cutting board serta pencuci pinggan pun ada . Pinggan mangkuk semua complete ( akak siap bawak axion dr malaysia u ols sekali ngan span basuh pinggan ..gigih kan ) . Nasib tak ada blender je ...kalau ada harus hari hari sambal tumis hahahah. 

Moon bawak periuk nasik sebab awal awal Kak Nor dah pesan suruh bawak . Dia plak mmg tiap tahun dtg London. Dah macam balik kampung dah. Dia org duduk di bilik tingkat 1 . Sebab utk tido malam ni shj .

Msg ke Kak Nor gamba kabinet ni gelak besar dia ...bekalan makanan cam nak duduk sebulan kan . Lebih tak apa jgn kurang konsepnya . Akak dah biasa jalan jalan bawak anak anak so mmg dah terbiasa bawak makanan banyak . Tapi ni pun campo ngan bekalan yg Ain bawak juga .

Akak stay sekali ngan Ain n Wan serta anak dia sama baya ngan Sarah .


 santan pun akak bawak hahahhah silap silap akak boleh bukak meja depan taman besok jual nasik lemak ahahhahahah

so jangan susah hati pasal tak ada sofa bed ke apa . Sebab kita org mmg boleh tido di mana saja no hal . percaya la letak kepala kat bantal terus hilang n belayar sampai ke Malaysia balik n back hahhaha .

So kita g ronda ronda apa ada area ni . G usha usha barang sket nanti senang nak membeli barang kan . Grand Plaza ni jalan sket je terus sampai jln besar area Bayswater ni . Banyak kedai kiri kanan jalan n org Malaysia pun ramai . Jalan je jumpa org Malaysia . How do  I know dia org ni org Malaysia ? Well tgk style pakai tudung laaaaaaa ( flip shawl ) Pak Sutan siap kata memandai je awak ni . Tapi ok je org Malaysia kita . Selalu je kalau selisih siap  bagi salam . Kat Malaysia takder pun ringan mulut nak usapkan salam kat sana tetiba rajin bagi salam .

Ada kita org selisih ngan group budak2 malaysia mcm muda2 lagi la . Student gamaknya . Dalam 12 org siap lalu sebelah kita org dia org senyum n bagi salam ramai ramai ..terus cam i miss Malaysia . Hahahahha tetiber kannnnnnn . Ntah2 dia org pun rindu family dia org kan.


TESCO EXPRESS Bayswater 

eh nak citer pasal TESCO dah melalut ke lain . Area ni senang ok supermarket kecik2 level besar 99 speedmart ni . Area ni ada TESCO Express , Sainsbury n ada 1 kedai ni Food Basic Ltd . Kedai kecik2 pun banyak jual buah n brg runcit . So mmg u ols takkan kelaparan di sini hahahha . Kedai jual makanan halal pun banyak . No wonder la org Malaysia mmg suka stay kat area sini sebab mmg senang .

Grand plaza ke Tesco Express ni dalam 600 meter je

ada 2 Tesco kat sepanjang jln ni . Kami pergi yg opposite Whiteleys . Satu lagi ada opposite stesen tube Bayswater Underground.


ni semua dekat n walking distance aje

jom kita tgk apa ada dlm ni . Harga dia semua cam na k

  

yg best nya dalam ni ada ayam n daging halal . So tak la was was ke apa kan . Duk asing so tak bercampur la ngan daging lain . So ok la ada banyak choice . Ayam sekor siap marinate baru 3.50 pound 



Beras pun ada . Moon bawak sikit je beras dari malaysia . Dalam 5 pot ngam ngam utk bawak g Paris besok . So nanti bila dah balik dr Paris, boleh dtg Tesco balik utk beli beras . 

Moon dapat beli beras ada offer . 3.50 pound untuk 5 kg . Berbaloi giler . Sebab ada beras 1 kg harga 4.50 pound . Baik amik 5 kg terus kan . Kita makan sama sama sampai kenyang muahahah 

Pekerja Tesco tu siap ingat akak ni dari Bangladesh . Oh no akak jadi Kak La u ols . sampai hati u tau ..yg tanya tu org Sri lanka hokey . Terus akak rasa cam nak jirus dia ngan beras 5kg tu . 

Tapi air ni cam mahal u ols ...Ribena pun mahal . Duk kat sini akak beli air mineral mahal . Tak pun masak air sendiri lepas tu isi dlm botol kosong hahahah .  


  

Lupa nak snap gamba bawang besar . 3 biji bawang besar 85pence ( 85 sen la contohnya ), bawang putih 2 ketul 44 pence. Roti pun ada 1 pound . 

Ok jom balik bilik . Beli air n roti serta telo . Belanja pertama di London dalam 4 pound lebih . Jom la balik bilik . Sempat g tgk tgk apa yg ada . 

Ok tunggu entry utk keesokkan harinya plak ya . 2 Nov kami ke Paris


Jalan Jalan London 2018


Wednesday, November 14, 2018

Jalan jalan London 2018, KUL - LHR

Assalamualaikum

Akak dah selamat tiba di tanah air selepas 10 hari jalan jalan kat London. Tak sangka dapat pijak kaki kat sana . Moon pergi ngan Pak Sutan sekali ngan kakak angkat serta family dia . Tahun lepas dia org dah pergi tapi Moon tak dapat join sebab masa tu Moon tgh pantang bersalinkan Zulkarnain. So kali ni dia offer ajak join sekali. Apa lagi terus on . Bincang2 punya bincang di meja makan Ummiza Cafe , tup tup terus jadi n sampai ke London .

Buat pertama kalinya Moon pergi ngan Pak Sutan tanpa bawak anak anak . Dah 14 tahun kawen ni baru 1st time pergi jalan jalan tanpa bawa anak anak . Kindda like a long awaited honeymoon la kan ...hikssssssssss . Mintak tolong mama n papa tgkkan . Umi pun ada kat rumah . So tak la risau sgt kan.

Flight kita org 1 Nov 2018 , jam 9.20 am . Naik kat KLIA . Flight direct naik MAS , KLIA ke Heathrow London mengambil masa 14 jam . Jenuh gaks memikirkan apa nak buat dalam flight 14 jam hahahha .



Subuh2 kita org dah ke KLIA . Uruskan cek in bag semua . Moon n Pak Sutan bawak 3 beg. Berat bagasi utk seorang adalah 30kg , 2 orang bersamaan 60kg . 1 bag kecik adalah makanan saja . Moon sebelum pergi mmg dah buat persiapan makanan hahhahah . Siap order  daging dendeng la , sambal hitam raub la , segala serunding  . Ngan periuk nasik akak angkut u ols .


FLight adalah pukul 9 pagi dari KLIA ke London Heathrow . Naik kapal terbang Mas MH A380 , mengambil masa 14 jam . Wow memikirkan 14 jam tu .....wowwwwwwww sangat . Di jangka sampai ke London dalam pukul 4 lebih .

*pic google , kredit to alf_340 . Ni la rupa dalam MH A380

 ruang kaki pun ok . mengambil kira ke agaman n ketinggian akak ...sangat selesa la 

 headphone disediakan . Ada selimut n bantal kecik jugak. So just sit n relax n selamat kebas bontut hahahahhaha utk 14 jam .

nasib ada banyak movie . Citer pun ok best best 


jarak dia 11099 km perggg . Ada order sandwich montel by Ija . Tq Ija sebelum subuh dah hantarkan kat Ummiza . Sebab kami ramai kan , so lapik perut dulu makan sandwich . 


breakfast dlm kapal terbang . Pak Sutan pilih omelet . 


Kak Moon harus la nasikkkkkkkkk i need nasikkkkkkkkkkk . Nasik lemak dia sedap . 

Penerbangan smooth , makan tidur , celik mata 2 3 kali tak sampai sampai juga hahahhaha . Layan lagu , layan movie ...tidur , celik ke tandas 2 3 kali . Patut la org semua kejap kejap berdiri n jalan jalan . Sebab lenguh kan . Then tiba waktu makan lagi . 

 Nasik ayam u ols

 Pak Sutan plak makan pasta ngan ikan rasanya ni 



Sampai di Heathrow, kuar je kapal terbang terus rasa sejuk angin sana . Masa sampai plak tu hujan gerimis n angin kuat . Ku sangkakan bilik server tuh dah sejuk. Rupanya cuaca sejuk sana lagi la menusuk ke tulang hahahha .

selesai lalu imigresen n kastam . terus collect bag , transport dah tunggu kat luar sebab mmg dah book dr malaysia . so semua share2 utk transport ke Grand Plaza Serviced Apartment di Bayswater .

masa nak ke van , kemain sejuk sebab baru lepas hujan kan . Bercakap pun duk kuar kuar asap hahahah .


on d way . 


selamat sampai sudah

 Jo uruskan check in dulu . Ada 2 unit apartment . Semua booking di buat melalui Agoda . Tapi ada masalah masa masuk check in sebab dapat bilik bukan seperti yg di booking . Nanti in next entry Kak Moon cerita ya .

 


Rasanya macam Maze Runner je sebab laluan sempit je n punya la banyak belok kanan belok kiri , bukak pintu tutup pintu nak ke bilik hahhaha .


Jalan Jalan London 2018

Tuesday, October 23, 2018

Confinement Lady Johor

Khas untuk warga Johor ni . U ols apa khabar semua . Ni Kak Moon nak share pasal kawan Kak Moon ni . Dia adalah mak bidan bersalin kat Johor . So kalau u ols kat area Johor nak cari Kak Bidan untuk lepas bersalin boleh la buzz buzz Rozita Daud ni tau dia Bidan JB

Dulu Kak Moon pernah beli set bersalin ngan dia masa bersalinkan Sarah kot . Mmg dah lama . Baru2 ni dia kata still org cari dia hasil google mak bidan area Johor . Mmg semua yg contact dia mostly amik nom dia dari blog ni . Since entry tu pun cam dah lama . Ni Kak Moon nak share package terbaru dia untuk tahun 2019 .

Image result for confinement lady

Auwww mak mak sangat blog ni kan . Well I faham hokey ....masa kita tengah mengandung ni la kita nak cari org boleh jaga kita dalam pantang ...jaga makan minum serta jagakan baby . Sementara tubuh kita nak pulih n kuat kembali . Orang lelaki apa tahu yer dak..........bak sini duittttttttttttt hahahhahah tetiba laju je mintak duit hahahah

Image result for berpantang


Ok bagi para ibu yang sedang mencari Kak Bidan area JB utk lepas bersalin nanti, boleh usha pakej Rozita Daud Confinement Lady Johor


DIBUKA TEMPAHAN PENJAGAAN IBU DAN ANAK UNTUK TAHUN 2018 dan 2019 ( JB shj )









Dia juga menyediakan pakej PAGI/PETANG.Kedua-dua sesi ini amat bagus dan sesuai dilakukan kepada ibu berpantang.

Sesiapa yg belum book pakej MUMMY IMAN ini boleh wassup dengan segera di


Whats app Ita : 0197683958


*****Amalkan perawatan tradisional untuk memulihkan dalaman anda******



Image may contain: food
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...