Saturday, December 31, 2016

Sale Langsir di Sarah Hughes Globe

sticky post untill 31st Dec 2016



sila tunjukkan badge di atas pada staff di lvl 7 untuk mendapat potongan harga untuk follower and reader blog Moon ya

Kain bermula RM5

Ada promo beli semeter percuma semeter

ada additional 20% utk selected fabric

Siapa yg sah biasa dtg time Sale Vip Moonpunyerblog mmg tahu betapa insanenya harga kain kain ni akan jd. 

Kain kusyen/upholstery ada yg RM10 semeter

Kain blackout pun ada

macam macam ada ada adaaaaa













Friday, December 23, 2016

Mr DIY

Moon paling suka pergi Mr DIY sebab ada banyak barang yang menarik sangat n yang penting sangat murah.

Mustahil la kalau masuk n keluar tangan kosong. Misti ada terbabas beli something . Kadang pemabam kecik kecik betuk muffin pun boleh buat kita happy. Ntah hapa hapa ntah .... ( moon latew )

Tapi ada 1 kemusykilan.

MR DIY ni asyik menyusun barang je ke

Tiap kali pergi misti without fail dia org tengah susun barang. Last week dtg kepala paip kat sini ...this week dtg dah pindah ke shelf lain plak. Barang mmg selalu beralih . Ingat kan 1 Mr DIY je ...sebab, mungkin tgh susun stok ke apa . Tapi so far  2 3  Mr Diy yg Moon selalu pergi semer tgh susun barang .

Mr DIY D Pulze Cyberjaya

Mr DIY Aeon Sri Kembangan

Mr DIY Nilai

Korang perasan tak .....nanti next visit to Mr DIY cuba u ols tgk . Ada tak tgh susun barang. Ada lorong susah nak lalu sebab ada kotak kat situ . Ada tak brg yg beralih tempat .


Ada org boleh bgtau tak napa dia org asyik susun barang . Ke ada rules dimana every month barang kena gerak . Atau mungkin barang di shelf sangat cepat habis .

Sebab ....saya sgt curious sebab everytime pergi misti cam tu

But I still love going to Mr DIY la kan .

Cuma saya sgt curious  n ingin tahu

Friday, December 16, 2016

Kejadian di highway

Weekend hari tu kita org balik ke Taiping sebab nak ambil Isk n Yaya kat sana. So kami gerak pagi Ahad sebab sebelum tu Moon nak kena setel banyak benda dulu. So kami tak da la nak rush ke apa kan. Pagi pagi Isk ngan Yaya dah call tanya nak dtg pukul berapa. Punya la dia org tak sabar nak jumpa kita org

Kita org stop kat Behrang jap . Gie tandas n beli makan sket nak kunyah kunyah dlm perjalanan. Sebelum tu Pak Sutan dah bgtau nanti nak cari stesen minyak sebab nak cek tayar sebab dia rasa cam tak sedap. So kami kuar dari tempat rehat Behrang tu ....tetiba bunyi kuat kat tayar belakang n bunyi pelik ....nasib Pak Sutan mmg duk lane paling pelahan. Bagi lampu kecemasan n park tepi.

Rupanyanya tayar belakang tu pecah n terkopek. Nasib tak laju ... baru Pak Sutan bukak bonet kereta, nampak ada Polis Bantuan Plus dtg. Nasib baik sangat sangat tau. Dia org siap bantu tukarkan tayar. Tapi nasib pun tak baik, tayar spare plak cam mengelembung. So dia org kata ni takley jln jauh ni...cuba En masuk ke Slim River n tgk kot ada kedai tayar bukak.

Dalam kereta tu mmg kita org cam blur kejap tapi sangat bersyukur sebab tak ada apa apa yg terjadi.

Tapi syukur sangat Pak Sutan tak drive laju

Baru kuar dr tempat rehat

Ada polis bantuan PLUS terus dtg bantu


So kami slow slow susur masuk ke Slim River . Nasib la kuar tol je terus ada pekan n mmg berlambak kedai tayar , tapi semua TUTUP . Takpa la kan, redha je la . So intai intai la hotel utk bermalam sebab Pak Sutan tak berani nak bawak kereta jalan jauh sebab tayar tu gelembung n mmg terasa bumpy nya masa kereta jalan .

2 3 hotel penuh...so nampak 1 hotel ni Weng Kong pun Weng Kong la. RM70 semalam. Pun jadi la kan...sebab nak tido je pun n besok kedai tayar bukak je...kami serbu.


 Kebetulan plak budak kecik tu pun memberak kan diri...so boleh la naik basuh dulu . Lepas tu kuar balik g cari mkn. Kononnya nak gi makan la kat kedai mkn yg kita rg nampak dekat kedai tayar tu. Tapi Pak Sutan kata kalau kita gie jauh ke sana nanti kalau jd apa apa susah plak. Apa kata gie makan kedai dekat2 je jalan kaki.

So hujung shoplot tu ada kedai makan, masakan panas. Tidak la besar mana tapi sedap je makanan dia.Lepas makan , Moon naik dulu ngan Sarah. Lepas tu Pak Sutan whats app bgtau ...tayar spare dah pancit dah ....huhu



Nasib baik tak gie makan jauh kan.......

Takpa la nak buat cam na . Tgu je la besok kan... Pak Sutan kata nanti dia gie jalan kat kedai tayar besok n mintak dia org dtg tukarkan.

Pagi pagi lepas mkn terus Pak Sutan jalan g kedai. Sian dia sebab jauh juga kena jalan tu ..



 dalam 20 minit cam tu nampak Pak Sutan dtg ngan uncle kedai tayar. Uncle tu cabut tayar pancit, bawak g kedai n dtg balik ngan tayar yg elok.

Kita org cek out hotel n terus ke kedai tayar uncle tu. Pak  Sutan kata dia belum pun lagi bayar , tapi uncle tu mmg percaya betul . Dia suruh Pak Sutan amik anak bini dulu , lepas tu dtg kedai . Kalau ada org jahat ke apa ...mmg dia org cabut dah ni kan. So kami pergi la ke kedai tayar tu balik sebab kena tukar 2 tayar.


ni la keadaan tayar tg terkopek n pecah tu. Allah lindungi kami ...kalau la di lane laju ke apa. Boleh accident kot ni.  Bila tgk rupa tayar mmg terdiam kejap. Sebab ni makan belah dalam.  Walaupun nampak bunga tebal lagi kan ...but belah dlm tuh dah termakan banyak .

Redha je la ...sebab nasib tak ada apa apa yg buruk terjadi . Sekali Pak Sutan bgtau kat kedai tayar cam ni tak ada tayar second hand. Kalau kat KL mmg berlambak la kan ...so kena tukar tayar baru 2 biji .  Mmg telan air liur la kan ..

Sekali bila dia cabut tayar depan ....tayar depan pun ada crack ....sudahnya kena tukar 4 tayar baru . Mmmg senak dada kejap sebab duk kira kira duit. Nak tak nak mmg kena tukar juga . Walaupun 2 biji tayar depan tu baru je tukar bulan 4 hari tu .


Pak Sutan tunjuk harga tayar kat Moon . Sebab Moon sebelum ni tak pernah tahu pun harga harga tayar ni. Ni harga utk size 15 ....mak aiii mahalnya. Tapi kita org pakai 16 so harga dia mahal sket. Ok ....terus seram sejuk je rasa nya. 

Tapi , nak buat mcm mana kan. Benda dah nak jadi n nak kena tukar juga . Anak anak dah duk call tanya bila Mummy ngan Daddy n Sarah nak sampai. Sabar ya anak anak . Bagi mummy n daddy setel hal ni dulu . 

Nasib la uncle kedai tu sangat baik n cepat je tukar taya . Nasib la ada jugak duit hasil menjual inteemor n perfume ada. Boleh la tong tong duit ngan Pak Sutan . Yer la senang pun kita kongsi , susah pun kena la kongsi juga. Tambah plak ni hujung tahun, banyak nak kena save duit sebab untuk anak anak masuk sekolah. Takpa la ....nak buat cam mana. Pasti ada rezeki kot lain . Tu la mama duk ckp bgtau . Tak pa , ni ujian utk hangpa ...pasti nanti Allah bantu hangpa kot lain.

Perjalanan di teruskan ke Taiping. Tapi dlm kereta mmg duk bersyukur sgt sebab tak ada apa apa yg buruk terjadi . So bila anda redha je , mmg anda takkan tanya kat Allah kenapa mengapa kena kat aku cam ni . Syukur la anda masih dilindungi n dipermudahkan segalanya oleh Nya .

Kami sampai kat Taiping ngan selamat ...seronok sebab sampai sampai je Isk n Yaya dtg terus terkam kita org n peluk cium . Ya Allah, syukur kami dapat jumpa dia org . 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...