Thursday, December 08, 2011

Weekend yg memenatkan


phewww bila buat entry nih baru la nampak ...wah cam na la ai ley terkejar2 cam tew hahhahah but overall its really fun

Saturday

Majlis pernikahan Helmi n Liza kat Taman Medan dan malam berinai

kami lepak kat umah panten sampai ke tengah malam . Then me n pak sutan cross country balik Salak tinggi ...sampai umah kol 12 belas mata dah ngantuk giler ...besok pagi pagi dah nak ke Gold Coast


Ahad

Subuh2 dah gerak dr umah n ke Gold Coast Sepang utk maternity photoshoot
hahahhah muker ngantuk ...kol 8 am dah ada kat sini . Plus angin yg maha kuat mengemek kan awning ai hahahhahah .....best nya kat siniiiiiii


nyaman nyaaaaaa



banyak sangat port yg best kat sini rasanya sejam lebey mmg tak cukup ....huk huk

habis je sessi ngan Aishah terus zass ke Taman Medan balik utk Majlis Persandingan

Tak sangka ada readers dtg tego ....nih kak moon kan . Saya baca blog akak .....hiks malu malu kucing belon akak di buat nya ...hai awak ......dah banyak kali terserempak blog readers kat kenduri ....so nanti kalau nampak Moon sila la tego ya ....ley kite bergamba sama sama . ... :)


balik umah fengsannnnnnnnnnnnnnnn hahhahahah . Sian pak sutan masa nih dia dah kena poser sebab Isnin nya dia dah kena colonoscopy n endoscopy kat hosp Serdang ........perjalanan balik ke umah terasa amat la jauh ...sebab so penat .....so kami tido cam Ultraman yg kehabisan tenaga hahahhahahah


bagaimana nak ukur tingkap





Ramai yg tanya ...moon cam na nak ukur tingkap ek . berapa meter nak pakai ek ...so moon buat entry khas ekekek

untuk tingkap sila ukur tinggi X lebar . Kalau gamba kat atas nih kadang lebar A - B ada setengah org dia lebar kan sket and ada setengah tew ngam ngam . So anda ley ukur dr rail langsir anda .

panjang pun berbeza beza ...ada suka ala skirt senteng ada suka paras lutut and ada suka paras ke lantai hahahha tak ley blah perumpamaan tew . So tgk panjang yg anda suka . So lepas anda ukur tinggi n lebar tingkap ...please decide panjang langsir anda

hope ia sedikit sebanyak dapat memberi panduan ...so selamat mengukur u olsssssssss


cam moon suka ukur dr ceiling terus ke lantai ....hiksssssssssssss
cam nih utk kasi effect ruang tew besar n tinggi

So kalau nak tahu berapa meter nak pakai sila kasi ukuran pintu ke tingkap ke sliding door ke ...ukuran tew tunjuk ke Khan . Dia mmg terrer bab nak budget kain nih ....all the best

Jenis2 pleat

French pleat adalah jenis biasa yg kiter masuk hook je kan

Box pleat

Goblet pleat


Double pinch pleat

Triple pinch pleat


1) mula-mula kene tahu berapa keping kain diperlukan. (tingkap 2 panel selalunye 2 keping kain langsir)

2) setiap keping, berapa panjang kite nk kne beli.

 so ni cara nk kire bape keping kain diperlukan:
a) lebar rail langsir x 2 = A (dpt la kedut2 byk)
b) A bahagi ngn lebar bidang langsir yg nk di beli (ade bidang 54, bidang 60)
c) hasil bahagi ni menentukan berapa keping langsir di perlukan utk cover tingkap itu..

cth :
lebar rail 60 inci
x2 =120inci

langsir yg nk dibeli tu,lebar bidang 60
= 120/60,
=2
maka, 2 keping la jumlah langsir nk cover tingkap tu
[kalau kira2 then dpt 3 keping, sile rujuk sini cmne nk mjahit 3 keping tu] or boleh google 'cara cantum langsir'

utk bape pjg kain nk bli lak,pngiraannya:
1)tinggi dr rail smpai ke labuh yg dikehendaki
2)cmpo 8 inci (1 inci basi atas, 7 inci basi bwh)
3) jumlah nya kita namekan sbg T
4) T x bil keping langsir, ikot kiraan kt atas td, 2 keping kan, so T x 2. maka,tulah jumlah kain yg perlu bli

cth :
tggi rail smpai lantai (nk wat langsir labuh la ni) = 90 inci
campurkan dgn basi 8 inci =98 inci

dr kire2 kt atas td, kte perlukan 2 kpg langsir kan.
so 98 inci x2 = 196 inci


so, convert kepada meter . 196 inci =4.97meter
so boleh la bli 5 meter kain langsir yg berbidang 60inci
( credit to blog Demi masa utk pengiraan ni )


Satu lagi contoh pengiraan incase tak faham yg atas 




Formula Asas Langsir

Thanks kepada PnAnn, di copy dr cari.com. Posted by Pn Ann on 04/07/06 Topik Langsir.
TQ pada Kiniduniaku ...moon copy n paste

Sila dapatkan ukuran berikut ;

Lebar Rail =
Labur Langsir =
Pita Jalur (Pita Biasa) yang diperlukan
Lebar Rail x 2 (untuk semua jenis fabrik) = [Jawapan Panjang Pita Biasa]
Jumlah Kepingan Fabrik

Apabila memasang langsir, perlu dipasang sebelah kiri dan sebelah kanan (2 bahagian). Oleh itu, adalah perlu untuk anda ketahui jumlah kepingan kain yang diperlukan untuk setiap bahagian tingkap atau lebih dikenali sebagai "window panel".

Ukuran Lebar Rail x 2 = [Jawapan Lebar Rail Keseluruhan]
Jawapan Lebar Rail / Bidang Fabrik = Jawapan Jumlah Kepingan Kain.

**Harus ketahui Bidang Fabrik yang dibeli.
**/ adalah tanda bahagi


Jumlah Meter Kain

Labuh Langsir + 2 inci (basi kelim atas) + 10 inci (basi kelim bawah) = Jawapan Labuh Langsir Keseluruhan.

(Kepingan Kain) x (Labuh Langsir) = Jawapan Jumlah Kain.

(Jumlah Kain) / 39 inci = Jumlah Meter Kain

** / adalah tanda bahagi

** 1 meter bersamaan 39 inci.
Contoh kiraan;

Lebar Rail = 70 inci

Labuh Langsir = 80 inci

Jumlah Pita Langsir

70 inci x 2 = 140 inci

Jumlah Kepingan Kain

70 inci x 2 = 140 inci

140 inci / 56 (bidang kain) = 2.5 (kepingan kain)

** Ini bermakna satu bahagian tingkap memerlukan 2.5 keping kain untuk dicantumkan.

Jumlah Meter Kain

80 inci + 2 inci + 10 inci = 92 inci.

2.5 x 92 = 460

460 / 39 inci = 11.80 meter @ 12 meter kain yang diperlukan.


**Ini bermakna dengan 12 meter kain, anda perlu gunting 2.5 keping untuk tingkap sebelah kiri dan 2.5 keping untuk tingkap sebelah kanan. 

Ukuran Lebar Rail

Ukuran lebar rail adalah berbeza mengikut jumlah rail yang anda gunakan. Jika guna satu rail lain, dua dan sebagainya. Maksudnya adakah anda pasang dua sekali atau 3 sekali rail.

Berikut saya senaraikan ukuran untuk setiap perbezaan rail yang digunakan.

Satu Rail = Panjang rail + 2 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Dua Rail = Panjang rail + 4 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Tiga Rail = Panjang rail + 6 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Ukuran asal panjang rail harus lebihkan sikit untuk elakkan langsir menegang apabila dipasang dan untuk menutup bahagian tepi kiri dan kanan rail.

Itulah Ukuran sebenar panjang rail rumah anda.



Atau kalau susah jugak, apa kata pakai je calculator nih hahahah

http://www.wereinstitches.co.uk/curtain-fabric-calculator/#jumpresult

Curtain Fabric Calculator

Select your unit of measurement



Now enter the required values by clicking in the boxes below. Once you have entered all the values click on the 'Calculate' button.
Width of Track/Pole: 
Width of Fabric: 

Select required Gather: ('None' for Roman or Roller Blinds)

Enter pattern repeat: 
This is the measurement between one point on the pattern (A) to the same point where the pattern next appears (B). (Leave as '0' for plain fabric)

Enter the required finished length of the curtains. 



Wednesday, December 07, 2011

Congrats Rizq Cake

congrats to my dear friend Ila n Poek .....wahhhhhhhhh mengorak ke langkah seterus nya ...congrats ....im so happy for both of u .

Kowang tak bertuka jadi vampire kannnnnnnn ....hiksssssssssssss



Go to Rizqcakes utk melihat kek kek yg marvelous yg tantek2 semuanyaaaaa ..pegi jenguk skrg misti kowang tak caya yg comey2 tew adalah kek ....dia org nih very talented .

Bantal Pwincess itu




Ingat tak ai ada bgtau yg ai ada beli 1 meter kain pwincess kat globe utk di jadi kan sarong bantal cik Yaya ...so ai sebagai seorang yg tak beberapa pandai nak menjahit tapi main redah je ...maka jadi la bantal nih which ai rasa sangat cute ....sampai kan Cik Yaya kemana saja duk usung jugaks la 4 bantal nih ...terus rasa ilang je penat menjahit tgh tgh malam bila anak suka sampai cam tew


hasil dr 1 meter kain ...n ada lebih lagi dalam suku meter lebey tak tahu nak buat apa lagi

ai pun geram kat bantal nih

Memula tew cam rasa cam tebal n keras kan ...tapi main redah je la kan kalau tak suka tak yag sarongkan kat bantal . So lepas dah jahit terus pegi cuci ...terus jadi lembut jeeeeeeeee . Kain dia jadi cam sarong bantal besar yg slalu kiter campak atas lantai kat depan TV tew hahahha


tgk skalik baring semer bantal dia nak ..janji ada princess

di sebab kan bilik mummy slalu wat kije nih sangat sejuk di waktu malam plus kalau bukak plak tingkap ...makanya bebudak 2 org nih asek nak tido dalam bilik nih je . Satu lagi mummy slalu ngadap komputer sampai lewat malam ...jadi ada lah org teman dia org tido kannnn . ..tp bilik nih sangat penuh ngan brg2 mummy hahahha so sangat la semak kay
budak yg hanya suka buat latihan matematik je ...adooii la Isk . ..cuba suh membaca kemain liat lagi dia
ha masa nih ok lagi kan sebab suh buat 4 muka surat ...n nih muka surat terakhir

ini terjadi bila mummy suh buat 2 lagi muka surat ...dan dan tew jugaks dia kata ngantuk


padahal nak tgk movie ....cik Yaya la nih dtg bawak netbook dah abg tak mo buat kije dah


amboi kemain suka kowang lepak kat bilik kije mummy ...kalau cam nih mummy pindah wat kije dalam bilik kowang la plak
setakat nih ..ini je yg di kait sebab mmg tak sempat langsung nak pegang jarum kain n benang ....since Isk ngan Yaya asek main dlm bilik nih ngan butang2 n benang2 mummy dia pun dia org main ..tp lepas dah pesan terus Isk tak usik tp Cik Yaya tew still jugak suka main bunga2 n butang2 tew

ini lah kain tew ....lepas nih kena beli yg monster tew plak utk Isk ...Khan simpan kan 3 meter utk I kay ....moon nak buat skalik ngan duvet cover utk Isk









Norma after 9 months





Dear all ...ini adalah gamba terbaru Norma . Dia di diagnose mempunyai tumor di otak pada 1 mac 2011 ..pada April kami dapat tahu yg tumor itu adalah brain cancer stage 4 . After 5 operation n 15 radioteraphy session ...and doc give up pada dia on jun 2011 ...and di hantar pulang ke rumah for good .

But kami tak putus berusaha n berikhtiar . Bersama semangan juang Norma yg kuat maka dia dapat menunjukkan perkembangan yg +ve hari demi hari . Berkat kasih sayang yg di curahkan oleh suami dan ibu nya ...Norma dapat berjuang hingga hari ini

Last week kami pegi lawat Norma after habis job amik gamba . She is so happy n siap senyum ...wahhhhh Norm ....Norm betul2 buat kita org happy .

Masa dia masih baring kat katil , Moon tanya ...Norma ada rasa sakit kat mana mana tak

Norma : Sakit bontuttttt

Moon : Sakit ke lenguh Norma ( sambil moon gosok2 bontut dia )

Norma : Tak tahu ( sambil senyum lebar kemain )

Moon : Norma lenguh nih ....Norma , sakit bontut ke sakit pungkoq ( sambil gelak )

dia pun gelak sama hahahhahahha

Dia pun berusaha sangat nak bercakap . Mebi sebab skrg dah tak der tube dr hidung ke perut kan sebab skrg dia dah pakai tube yg terus di tebuk ke perut dia ....dia rasa selesa n ley bersuara .

Talib angkat dia keluar tp talib bagi dia jalan sambil di papah ...Norma usaha jugak gagahkan kaki dia walaupun nampak sangat sukar utk dia berdiri . Tapi benda tew mmg kena selalu di buat agar kaki dia kuat semula seperti sedia kala .


Norma buat peace khas utk korang semua yg sentiasa mendoakan kesihatan dia

Moon bgtau Norma ...Moon nak amik gamba dia sebab dah lama sangat tak letak gamba dia n ramaiii sangat org req nak tgk Norma ...so entry nih khas utk kowang semua . Bila Moon mintak izin amik gamba dia ...dia angguk ...siap angkat tangan wat peace . Sebenarnya Norma nih mmg dr dulu mmg suka bergamba kan Lib kan . Im so happy to see her

walaupun dia masih lom dapat bersuara dgn kuat hanya sekadar gerakkan bibir n berbisik namun kita dapat faham n ley dengar . As long as kita tahu apa dia nak atau dia sakit ke tak tew pun dah cukup buat masa sekarang . Norma jugak masih mengadapi kesukaran utk fokus . Dia ley dgr kiter ngan jelas tp amik masa sket utk pandang kiter tepat ke anak mata kita . Its ok Norma ...slow slow ...insyaallah .
Masa nih kami semer tgh sama sama tgk berita . Pastuh ada part berita budak2 kena interview pasal nak berkhatan ramai ramai ....skali ada budak nih buat lawak ajak sapa sapa belum sunat agar sunat sama sama ...bergegar2 bahu Norma gelak tgk budak tew

Sutan : Norma cepat2 la baik ...ajar Abg Mahmood matematik ....Norma kan terrer matematik ..

Norma senyum lagi bila sutan sebut cam tew hahhhahah . Pastu yg lawak skali Talib bgtau ...

Talib : Lib tgk rancangan nyanyi Korea ngan Norma . Pastu kuar la Girls Generation ...pastuh lib tgk la dia org nyanyi lagu let the boys out tew kan ...pastuh Lib kata la cantek2 la dia org nih ....skalik Norma lepuk Lib hahhahahha . Rupanya dia jelessssssssssssss hahhahah


alahai Lib bukan Norma je kalau akak abg sebut cam tew pun akak jeling jugakssssss hahahhahah sapa tak sayang laki oooiiiiii ( walhal sah sah bukan nya ley ngorat artis korea tew kan hahahhahahha )


Norma dan doktor hati nya


Terima kasih semua ...moga Norma makin kuat n bersemangat utk sembuh ....yg penting kita jgn putus asa n ikhtiar semampu n sekuat yg boleh ....Norma ....fighting !

terima kasih sangat buat korang yg hulurkan bantuan utk Norma . Hingga skrg Norma masih under rawatan ngan Ustadz Lokhman di Pusat Rawatan Alhidayah , mendapatkan suntikan B17 , masih makan Transfer Factor dan juga Monavie dan air zam zam . Since dia berada di tahap 4 maka dos ubat yg di ambil agak tinggi dan terus terang ai kata kan di sini ikhtiar2 ini bukan nya murah . Alhamdulillah , Allah membantu kami membantu mempermudahkan segalanya buat Norma dan ramai yg tampil membantu n memberi sumbangan . Terima kasih semua ....

mmg ada banyak lagi alternatif lain n ikhtiar lain ( Sabah Snake Grass , Keladi tikus , cendawan n etc etc banyakkkk ) tp kalau nak di campo semua kiter tak tahu mampukah badan dia terima kan . So we go for the best option yg ada ....Alhamdulillah it works for her .

Moon tak dapat katakan yg B17 sembuh kan dia ....Transfer Factor tew do wonders for her ...Monavie yg bg dia kuat or Ustadz Lokhman yg berikan rawatan n ayat ayat Al Quran yg sembuh kan dia ...no ai tak dapat nak kata apa apa but mebi gabungan ubat2 n ikhtiar nih sedikit sebanyak membantu ...kiter tak tahu . Apa apa pun kiter berusaha dan DIA yg tentukan .

So kalau ada ahli keluarga kowang sakit ...maka kowang bergabungla n support each other koz i believe LOVE is the most magical medicine ....without LOVE semua usaha n ubat beribu ribu pun takkkan berhasil bukan ...kerana tanpa kasih sayang maka patah n putus la harapan si sakit ..sayangi la mereka yg sakit kerana one day anda akan sakit jugak ...
So be strong and be for each other ...kerana semua sakit ada ubatnya kecuali mati .


Norma , beberapa bulan lalu . Hanya mampu baring shj .

* baca kisah Norma di SINI

* Vote Rafiq ....ai hope dia org menang n Talib n Norma n Rafiq dapat di shoot by malaysia most talented photographer Anas Easkey . Masa moon anta gamba rafiq tew terpikir gaks ..nanti Norma ley bangun ke nanti ok ke tidak ...but after seeing her i know dia mmg kuat ...so help Rafiq to win ya ...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...