Tuesday, October 21, 2014

Bali Ratih

Dah sebulan lebih pakai barangan  Bali Ratih nih . Bila dah puas hati baru la boleh share kan . Moon suka la sangat esp lotion dia tuh ..sebab mmg tak berminyak langsung n wangian dia tahan lama . Masa Moon beli tuh , moon nak white musk tapi masa tuh dah sold out . So dia rekemen kan lavender ....alahai sedap sungguh la bau dia . Selepas mencuba sendiri barangan Bali Ratih ...Im so loving it laaaaaaaa



ni masa mula mula moon terima ...gelojoh la sangat kan . Terus up kat FB hahahhaha

#)     Body Scrub (100 gram) RM28
#)     Body Mist (60ml) RM32

#)     Body Lotion (110ml) RM27

#)     Body Butter (110ml) RM32 
 



Tak yah pening2 ...sila tgk jenis bau yg ada ya ....hahahah 16 semua nya . Ke lagi di tgk lagi pening ? sebab tak tahu nak pilih yg mana



16 jenis aroma


Almond Nut – Mengandungi lemak nabati yang membuatkan kulit awet muda

Apple - Berkesan untuk mencerahkan kulit

Avocado - Paling sesuai untuk kulit kering & merawat kesan merekah

Chamomile –Mengurangkan kesan kulit terbakar

Cherry –Mengandungi beta karoten, agen antioksidan untuk kulit lebih muda

Chocolate – Mencegah kedut dan menganjalkan kulit agar lebih tegang

Coffee – Memecah selulit, menghilangkan bau badan dan bintik jeragat

Green Tea – Bertindak sebagai anti-stress dengan meredakan tekanan

Lavender – Sebagai aromaterapi untuk kulit dan menjauhkan nyamuk ( moon amik ni)

Mango – Menghilangkan kulit bersisik atau berkerak

Milk – Melembut dan mencerahkan seperti kulit bayi

Olive – Sesuai untuk kulit sensitif

Orange – Meremajakan kulit dan sesuai sebagai peeling semulajadi

Strawberry – Mengandungi antioksidan untuk kulit lebih muda, cerah & lembut

White Musk – Menganjalkan & memadatkan kulit agar lebih sekata

White Rose – Mencerahkan kulit, bertindak sebagai antiseptik dan meningkatkan mood.


 


Bali Ratih nih adalah produk kecantikan yg berkonsepkan 'home Spa ' . Orang mcm akak nih yg dah ada anak 3 plus bz ngan kije n kerja umah , skrg nih mana la sempat nak pegi spa . Kalau dpt pegi tuh amboooi syoknya . So jom kita ber spa di umah

Jangan main main ...produk nih jugak di eksport ke Korea Selatan n Jepun . 

So skrg konsep nya akak ber spa di umah saja la . Siap kan semer kije pastuh mak berkampung kat bilik air lama sket hahahahhaha

Mula mula sapu kan Bali Ratih Body Scrub nih ke seluruh badan ....bila dah ratakan ....selamat menyental la yer . Moga semer kotoran degil n daki2 semer kuar ....tetiba kerja kerja menyental daki pun jadi sangat menyeronokkan hahahha ntah hapa hapa ekekekke . Mana tak nya lepas tuh boley nampak body scrub yg asalnya warna pink bertukar jadi kaler cekelat euuw ...walaupun kita mandi tiap tiap hari bersabun ...kerja sental menyental nih tetap kena buat ya

Lepas dah habis menyental n tenyeh menenyeh ...kulit akan rasa sangat lembut n licin n putih bersih je . Tak mo sabun pun tak pa dah sebab wangi semerbak ...bau cam straberry bergerak . Wangi 1 bilik air .

Lepas dah pakai maka kena la simpan dlm peti ice . Sebab nih adalah dari bahan semulajadi n tanpa pengawet . So takmo bg rosak sila la simpan dlm peti ...so next time nak pakai sejuk je ...besttt

Dah lepas mandi tuh ...sapu la plak Bali Ratih body lotion . Skrg lotion neh kena sorok sket sebab pak sutan pun kadang sau jugak sebab dia kata dia suka bau tuh . Harus la si bini dia pas nih pakai banyak2 ...aternya dah suami suka kan ...si isteri kena la pakai utk suami ...tak gitu .

So lelaki pun boley pakai ya . Moon ada dapat sample bau almond nut and im so loving it . Pak Sutan yg anti lotion2 bagai neh pun boley suka sebab bau Almond nut tuh sangat bau jantan hokey hahahah . Tetiba pak Sutan vley plak perasan ....eh nih bau cam perfume saya je ....aiiik cam nak umpan suruh bini dia belilkan aje


 yup ....almond nut n coffee adalah top seller di kalangan jejaka jejaka malaya ...n Indonesia

Skrg Moon bawak ke opis ...time nak lunch ngan che abg cepat2 sapu lotion kat tangan , pastuh sembor body mist ekekekek nampak tak tektik projek memikat suami di situ ekekek ...baru la tangan lembut je .

see dah selamat dah duduk kat atas meja opis ...so moon letak botol gam kat situ so korang ley bayangkan size dia ek . Tapi nih moon duk pakai dekat sebulan but still ada separuh botol lagi . Body mist tuh plak spray dia sangat best sebab skali spray dia kuar kembang so 1 kali spray dah cukup .

 Sapa nak cuba ley la cuba lavender nih sebab Moon suka bau dia best je n relax je ekekek .

So sapa nak cuba boley la contact Dwi ya . Moon beli dari dia , tapi korang kena cek dulu sebab kadang2 ada yg dah sold out . So lepas nih moon nak try white musk plak ...and almond nut utk pak sutan 





Promosi Semasa

 Promo A
2 Unit Scrub = RM50 termasuk postage


 Promo B
1 Scrub + 1 Butter = RM55 termasuk postage

 Promo C
1 Scrub + 1 Lotion = RM50 termasuk postage


Tempoh Promo – Sehingga diberitahu tarikh tamat

Hubungi:


FB account: Dwi Bellina

Diyan: Whatsapp 016-388-6553









Monday, October 20, 2014

I Want to touch a dog

I dont want to touch a dog ...tq

Yer saya tahu anjing adalah haiwan yg di ciptakan oleh Allah SWT . Saya tak pandang jijik atau membenci anjing sebab ia adalah makhluk Allah juga tapi saya tak nak sentuh kalau boleh ...kecuali keadaan memaksa

Apa komen mengenai acara nih ...yer saya tahu niat dia org tuh bagus utk mengelakkan org takut kat anjing. Sebab Moon pun kadang nampak anjing lepak bawah kereta pun takut ...nampak anjing dari jauh pun kalau boleh dah ckp dlm hati ...jgn la anjing neh dtg kat aku hahahha . Tapi sebab sifat takut tuh la kita jadi berjaga jaga kan .

So moon takkan letak gamba2 saudara kita yg sonok membelai anjing sebab Moon rasa moon tak layak pun nak menilai mereka kan . But kalau I sendiri mebi tak kot ... tapi kalau cam doktor haiwan ke atau yg jaga haiwan neh n membantu n merawat haiwan neh tak pa la kan .

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat)




Ada yg tulis ...ala takat pegang anjing je bukan berdosa pun . Korang buat dosa lagi besar ...aik ada plak cam tuh .. #urutdadalajulaju

PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH / MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE

3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.


b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.


3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (Kitab al-Halal wa al- Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.




So apa pun sebab korang .....akak no komen la sebab jika org tanya . Do u want to touch a dog ....i will say , its ok tq . 

Bagi parents yg kata ia utk pembelajaran ok la kan ...nak ajar anak mcm mana nak buat lepas pegang cam na nak samak .. but still i tak beberapa boley nak terima n im so sorry to say . 

so nampak kawan2 kat FB share pastuh kuar macam mcam hujah I still jugaks tak ley terima . 



Moon tertarik ngan status Syeerah 




 Yup kita kena buat baik pada semua haiwan cuma kita tak boley sentuh Babi dan Anjing . Tapi kalau tersentuh kita boleh samak .

Friday, October 17, 2014

janda


tetiba ...nampak tak 'aksi janda trg '

oooiiii ....kemain ek . Napa kah blog mak mak masuk janda2 neh ...omg . Ni moon capture semalam . Tapi tadik tgk ada lagi ....harus mak kena clear semer perkataan janda dlm neh hahhaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...