Tuesday, October 23, 2018

Teksi dan Grab

MInggu ni kecoh pasal isu Grab n Teksi di Malaysia ni . Hope pihak2 berkenaan dapat jumpa kata sepakat bagi hal ini dan yg menguntungkan dua dua pihak. Kita kata win win situation .

Dalam hal ni , mmg ada sesetengah pemandu teksi yang kadang keterlaluan dan segelintir mereka ni la yang memberi impak negatif kepada pemandu pemandu teksi . There are still good taxi driver tau . Cuma yg kureng pun makin ramai lately . Jadi kesian kat pemandu teksi yg mmg betul2 ikhlas nak cari makan utk tanggung anak bini  . Ada pemandu teksi yg org pesara tapi still bawak teksi semata mata nak tanggung anak bini . Jd bila ada yg buat kacau ...dia org ni turut terjejas . Ibarat akibat nila setitik rosak susu sebelanga.

Moon ckp cam ni sebab yes i agree ramai pemandu teksi yg charge kadang tak ikut meter , pastu kadang tak nak ambil kita ..kadang tempat yang kita nak pergi tu dia tak nak masuk ...kereta buruk , busuk n etc . But mengambil kira juga yg baik baik tu cam tak adil nak cop SEMUA PEMANDU TEKSI BIADAP . Rasanya kalau tajuk SEGELINTIR PEMANDU TEKSI BIADAP lagi sesuai .

No automatic alt text available.

taken from FB . Ramai org share poster ni hari ni . Memang benda ni berlaku tapi tak der la langsung tak rasa simpati . Misti dalam hati kita kesian kat dia org ni . Kita manusia misti akan ada belas ehsan dlm jiwa kita . Mmg la ada yg teruk tapi pikir sama mereka yg betul betul ikhlas cari makan . 

Jiran mama kat tepen , dah pencen tapi bawak teksi . Baik sangat orang nya . Arwah dah tapi sgt baik orgnya .  Kadang kalau ada apa apa mudah utk mama n papa nak g hosp ke apa . Kita org pun tak risau sebab knowing kalau ada apa apa pakcik sebelah boleh ambil dan hantarkan .

Utk parents kita panggil grab mmg mustahil la kan . Kadang nak suruh attach gamba dlm whats app pun mencabar utk kita ajar n dia org ingat .


keputusan poll dari Malaysia kini 

Keputusan undian adalah seperti berikut:

Undian di Facebook Malaysiakini bahasa Melayu:
Jumlah undi - 34,900
Teksi - 2,200 (6%)
Grab - 32,700 (94%)
Undian di Facebook Malaysiakini bahasa Inggeris:
Jumlah undi - 29,100
Teksi - 1,000 (3%)
Grab - 28,100 (97%)
Undian di Facebook Malaysiakini bahasa Mandarin:
Jumlah undi - 8,000
Teksi - 292 (4%)
Grab - 7,700 (96%)
Mmg Grab sekarang menjadi pilihan utama semua org sebab sangat mudah . Semua dihujung jari . Berdiri je kat mana mana pun . Book a driver tup terus akan ada driver dtg pickup . Mmg brilliant sangat .

Image result for grab image

Semalam sembang ngan Mama n Papa pasal Grab ni . Tu dia org tanya Grab ni dari mana . Mana asal usul dia . Kampeni siapa sebab selama ni orang duk kata ni kampeni Rosmah . Jadi bila timbul isu nak hapuskan feeder bus n galakkan org guna Grab terus semua terpikir 

hangpa duk kata ni Rosmah punya kampeni ...awat la ni hangpa nak suruh semua guna grab plak .... kannnnnnnnnnnnnnnnnnn 

So semalam sempat la menggogle . Kang salah bagi info kat mama n papa plak .

Grab adalah sebuah syarikat yg based  di Singapore yg offer ride hailing , ride sharing n penghantaran makanan menggunakan app phone di Singapore serta rantar Asia seperti Malaysia , Indonesia, Filipina, Vietnam , Thailand, Myanmar dan Cambodia. 

Mula mula dulu dia bersaing dengan Uber je . Last last Uber pun kalah ngan Grab ni hahahah. Founder dia adalah org Malaysia nama Anthony Tan. Umor 34 thn 

Anthony Tan, founder of GrabTaxi, in Singapore.

Boleh baca lebih lanjut di Wiki mengenai Grab dan juga mengenai CEO Anthony Tan di SINI 

tak pasal pasal baca pasal sejarah Grab plak kan hahahah . Grab ni pun sangat bagus . Even Pak Sutan pun pernah bawak sehinggala sekarang dia cam akan buat ikut mood kerajinan dia hahahah . But ,,g menjadi sumber pendapatan sampingan yg sangat masyuuukkk orang kata ( bagi mereka yg rajin )



Cadangan 

Ajar pemandu teksi guna apps 

Memandangkan kita dah nampak keberkesanan n betapa tingginya permintaan Grab ni maka apa kata ajak pakcik2 Teksi join juga Grab teksi ke apa . Ajar cara pakai app ni.

Mmg dia org akan keberatan kalau kita suruh cam tu je ( nak ajar mama papa pakai whats app pun makan masa uuuiiihhh )  At that age mmg phone ni agak mencabar utk dia org but mungkin syarikat teksi ley bantu pemandu pemandu mereka . Buat in house training ke ajar macam mana nak pakai app ni . Takyah upah org mahal mahal utk ajar . Siapa yg muda2 tu bantu la . 


Naik Taraf kereta Teksi

Kebanyakkan teksi merah putih kat KL ni proton lama . Mungkin ley buat cam Grab tu yg amik kereta baru utk tujuan mengGrab aje . So kalau kereta elok , kan selesa org nak naik betul tak . 


Sistem meter dibaik pulih

Meter pun cam releven je sekarang kan. Mungkin boleh kaji balik atau come up ngan cara charging yg kompetitif 


Hope isu Teksi dan Grab ni selesai dan win win situation . Sama sama kita doakan yg terbaik 

Wednesday, October 10, 2018

Group Whatsapp anak

Tetiba tgk kena add ngan group Ladybug . Tgk contact semer tak kenal pun . Rupanya group whats app kawan kawan Yaya .

Yaya ada phone tapi tak ada sim pun so tak ada la whats app . Sekali dia bagi phone number mummy dia kat kawan dia . Ni phone duk bunyi bunyi . Layan je la apa budak 10 tahun bersembang hahahha . Tetiba dia org duk nyanyi

goreng pisang goreng pisang goreng pisang sekarang
pisang apa pisang apa pisang apa sekarang

ni dah 12 cycle kot dah sampai

harimau betina harimau betina harimau betina sekarang
betina apa betina apa betina apa sekarang

Auntie tgk je apa korang sembang ni . Auntie jugak tunggu siapa nak sambung betina apa tuuuuuuuuuuuu .

Silap silap auntie mengaum kang terperanjat korang .

Jalan Jalan Japan Shamelin

Kebetulan ada di area Cheras, ajak Pak Sutan singgah Jalan Jalan Japan kat Shamelin 1 . Since selalu nampak org up kat OG n FB kata best Jalan Jalan Japan ni . Area Shamelin ni plak mmg area kita org sebab dulu masa belajar , belajar kat kolej MARA tu . Kira ni kawasan ronda2 utk bertahun lamanya . Opposite Shamelin 1 tu ada kedai udang besar n belakang tu ada kedai mamak kita rg panggil Senget sebab dia di jalan yg curam . Tu la port makan roti banjir n Rojak .

Zaman study mana ada duit sangat , Dikala kawan kawan u ols makan meggi goreng , nasik goreng USA ...kita mampu nak makan nasik lemak singgit n roti banjir je . Pun jadi la kan ...gemuks juga n bahagia je idup muahahah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNZly_SEDQbt8288cQGT2BdiqdnTjxmYhAFNFvRJLe6l6EQpna2Gp8NAb8tNtV5ppVzf_kssPZUTe0LufAO0r2LF-_izuQGnZ3N0-FDXpoaIRjhsJ-V8xWxgk-_c7K7iGLABUm7A/s1600/about-pix01.jpg 
Gambar taken from Here , follow me to eat la blog 

Naik parking dia amat mencabar sebab sempit je laluan dia . 

Jalan Jalan Japan ni di tingkat 3 . Dari parking naik je lift . Bangunan Shamelin 1 ni cam sunyi sket . Tapi mmg ramai orang yang naik ke lvl 3 ni semua nak ke Jalan Jalan Japan ni . Kedai ni jual preloved item dari Jepun .Moon tgk ramai org kata best n murah . TGu datang nak tgk sendiri 

kedai dia open macam ni . Besar jugak . Ada banyak baju baju preloved . Baju sejuk pun murah2 .Kasut , beg . Mainan pun banyak . 

https://i1.wp.com/cleffairy.com/wp-content/uploads/2018/01/photogrid_1517211024274.jpg 
picture taken from Here . Akak tak snap gamba banyak sangat sebab duk sibuk tgk anak anak yg nak masuk semua lorong n sangkut di bahagian toys .  Winter jacket sini pun elok n murah range dalam RM50 kebawah mcm tu . Patut ramai rekemen Jalan Jalan Japan ni.

 Semua mainan dah di pack dalam plastik cam ni . Dalam 2 3 hengget satu plastik tu . Depend pada jenis mainan la kan . Budak2 ni suka la tgk . Habis semua benda dia org usha .


 Bagi peminat kereta , misti u ols suka ni 


Patung patung ni pun dalam 10 ringgit . Bergantung pada size . Ni Sarah takley beli dah sebab kat rumah kemain berlambak dah . 

https://i2.wp.com/cleffairy.com/wp-content/uploads/2018/01/20180126_185229.jpg 
Ni dalam Shamelin 1 . Rasanya Jalan Jalan Japan ni pun ada kat Subang . Mmg worth utk dtg n tengok2  sebab kedai dia besar . 

Friday, September 28, 2018

Alif Syukri terlajak Laris Nasyid

Seriously u ols . Akak suka hokey lagu ni . Selepas kecoh Bobo di mana bobo sama siapa ngapain aja ....eh ternyanyi plakkkkkkkkkk hahahhah

Tapi lagu Bobo tu sebenarnya sedap tanpa tgk video la kan . Sebenarnya rakyat Malaysia ni bukan suka nak kutuk je manjang . Bak kata orang yg salah tetap salah la kan n yg betul tu n baik tetap baik.

Akak mmg suka tgk Datin ni . Sebab dia nampak lembut je n wajah keibuan. Tapi dalam masa yg sama sekali dia bukak mulut sound mmg kena setempek atas tahu hahahhahah berbisa hahahha . Ingat tak ada pernah Dato buat Kiki Challenge sekali dia sound hahhahahah lawak hokey . Walaupun Dato ala ala kecoh cam tu tetap takley lawan Dating nyer sond ...lazersssssssss menusuk senak ke hati hokey hahahha


Apa yg akak suka ngan lagu ni

Dia simple aje lagu nya ...lembut n sedap je terus rasa cam nak nyanyi sekali . Walaupun mulut berterabur hahahahha

Video Klip nya pun simple takder grand apa sangat pun . Takder kuarkan belanja tinggi ke apa tapi elok je . Orang kata less is more gitew . Ada org pertikai konon nak add jugak kereta n cincin tu ....alah u ols biar dia la kereta n cincin dia . Bukan dia pinjam kita punya pun kan .

Perasan tak kenapa suara Dato ni tetiba cam sedap dlm lagu ni . Lagi better dari mula mula Abang Nak Tegur dan Bobo di mana .

Sebenarnya suara dia ni sedap tau kalau kena dengan lagu . Suara Datin plak mmg lunak n sedap didengar

Tahniah buat Dato n Datin . Moga dapat hasilkan more lagu nasyid n sama sama mengajak org menuju kebaikan .

2 thumbs up ...syabas

tapi akak ada nampak komen ramai org kata ni lagu Deen Assalam terus akak gigih g cari . Mmg lagu sama ke yer . Baru hari ni gie cari kat Youtube Deen Assalam ni. Ok mmg lagu yg sama . So ni kira Dato n Datin nyanyikan balik la kan .


LIRIK LAGU AGAMA KEDAMAIAN

Kalla hadzil ard mataqfii masahah
Lau na’isibila samahah
Wanta’ayasna bihab
Lau tadiqil ardi naskan kalla kolb
Kalla hadzil ard mataqfii masahah
Lau na’isibila samahah
Wanta’ayasna bihab
Lau tadiqil ardi naskan kalla kolb
Abtahiyyat wabsalam
Ansyuru ahlal kalam jainuddin yahtirom
Abmahabbat wabtisam
Ansyuru bainil anam hadahu din assalam
Kalla hadzil ard mataqfii masahah
Lau na’isibila samahah
Wanta’ayasna bihab
Lau tadiqil ardi naskan kalla kolb
Abtahiyyat wabsalam
Ansyuru ahlal kalam jainuddin yahtirom
Abmahabbat wabtisam
Ansyuru bainil anam hadahu din assalam
Din assalam
Abtahiyyat wabsalam
Ansyuru ahlal kalam jainuddin yahtirom
Abmahabbat wabtisam
Ansyuru bainil anam hadahu din assalam
Abtahiyyat wabsalam
Ansyuru ahlal kalam jainuddin yahtirom
Abmahabbat wabtisam
Ansyuru bainil anam hadahu din assalam
Din assalam

Artinya:
Seluruh bumi ini akan terasa sempit
Jika hidup tanpa toleransi
Namun jika hidup dengan perasaan cinta
Meski bumi sempit, kita akan bahagia
Melalui perilaku mulia dan damai
Sebarkanlah ucapan yang manis
Hiasilah dunia dengan sikap yang hormat
Dengan cinta dan senyuman
Sebarkanlah di antara insan
Inilah Islam agama perdamaian

Monday, September 24, 2018

5 bulan sudah

5 bulan dah Abg kesayangan pergi buat selamanya . Kak Moon mmg rapat ngan dia sebab dia yg jaga kita org . Kalau ada apa apa masalah mmg selalu share ngan dia n dia tak pernah sekali pun marah ke apa . Kalau dia nak ckp apa apa pun dia akan mintak my sis sampaikan sebab dia takut adik dia yg cebek ni kecik hati .


Pusara dia pun dijaga elok . Sepatutnya selepas 100 hari dah boleh tempah kotak kubur ni . Di Raudatul Sakinah semua adalah standard batu warna putih . Last week dah selamat dah tempah n dalam masa sebulan akan siap . Semua akan di uruskan oleh pihak perkuburan .



Akak sekarang ni walaupun dah 5 bulan kan....everytime teringat dia misti menitik air mata . Takley kawal dia menitik2 . Even kata jgn nangis jangan nangis tapi dia turun jugak. Kehilangan dia adalah kehilangan besar dlm diri ini . Segala pesanan dia duk bermain di fikiran .

So many things happen selepas dia meninggal but nanti la akan akak kongsikan bila waktunya tepat . Kadang kita kemain nak jaga hati orang kan tapi orang sedikit pun tak kisah tentang hati n perasaan kita . Tak apa la . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . Akak bersyukur kerana dikurniakan Abang yang sangat baik Masyaallah . Abang yang penyayang ...bersyukur sangat sebab dapat rasai kasih sayangnya yang akak akan kenang sampai bila bila . Kasih sayang ni tak mampu dibeli oleh wang ringgit .

Muni tengok la nanti bila Abg tak ada ..............
Muni ingat pesan Abg ni jangan biarkan ..........



Ingat kan dia borak kosong tapi kini setiap patah perkataan dia tu jelas bermain dalam pikiran . Yes Abg mmg benar apa Abang kata kan . Kawan kawan abg pun baik baik semua . Semua from time to time will whatsapp me just to ask me how im doin . Bagaimana semua ok ke tak .

Bagi yg baca entry ni mohon luang kan seminit dua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat abg akak ye Roslan Abd Rahman . Semoga rohnya dicucuri rahmat .

Thursday, September 20, 2018

tgk kereta kebal

duk upload gamba dari phone ke laptop baru perasan ada  gamba singgah tgk kereta kebal tentera kat Putrajaya hari tu .

Kami ke Pusat Kanser Negara utk lawat Talib . Sebab dia dah last chemo dah . 12 session chemo selang 2 minggu 2 minggu . Alhamdulillah dipermudahkan segalanya .


Balik dr Hospital duk nampak askar duk naik naik kan kereta kebal yg habis perarakkan merdeka ke lori . Ramai org berhenti dan amik kesempatan untuk bergamba . Apa lagi , we ols pun join la sekali sebab budak budak ni teringin nak tgk lebih dekat .


alahaiiii bongsu tu kan .. bahagia benor kalau kena dukung cam tu 

 Masa ni ramai gak orang . Siap panjat2 atas kereta kebal tu lagi utk bergambar 


hahahah sempat la bergambar  



Monday, September 03, 2018

Melawat kampung Baqis


Masa Raya HAji baru ni kami mmg tak ke mana pun . So since Baqis balik kampung jadi kita org pun g la jalan jalan tgk suasana kampung . Kebetulan Talib pun baru habis kimo so alang tu ley lawat dia sekali. So kira ni g lawat umah kampung mertua Talib la .

Budak2 ni kemain sonok bila bagitau nak gie jalan umah kampung .Sian budak2 ni tgk biri biri tepi jalan on d way tu pun boleh seronok hahahha

 

Sampai2 budak2 ni terus gi kejar ayam . Anak anak siapa la ni mcm tak pernah tgk ayam 

Mummy , tu tgk tu Rambo laaaa

Apa yg Rambo nya tu Sarah 

Tu Rambo sama mcm dalam cerita Upin Ipin 


Semua ayam jantan dia panggil Rambo ...Rambo pun Rambo la Sarah

 Isk pun sonok siap main tendang2 bola ngan Uncle Talib . Rafiq plak malu malu nampak semua dtg

 Dulu kakak Yaya kemain la suka dukung dukung Rafiq ...cuba kakak Yaya try dukung dia skrg ...main terkentut hahahhaha .

Tq Baqis n mak ayah Baqis juga . Sonok dtg Batu Kikir . Siap mak Baqis masakkan masak lomak cili api pergggg mmg terbaik . Dia punya pekat n pedas tu sampai menitik poloh dalam anak telekong ni ha ....semua pun tanpa segan silu menambah  Buat den terpikir . Ni umah mak mertuo sapo ni ha ..

Budak2 ni siap cakap jom lain kali kita dtg lagi . Dia org ni semua siap mandi n tumpang jamban bagai kat sini . Mmg sah akan dtg lagi la maknanya tu .

Kami balik ngan perut yg kenyang ..ngan rambutan yg baru dipetik serta budak2 yg sangat kepenatan hahahhahahah n semua pengsan dlm perjalanan pulang . 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...