Showing posts sorted by date for query norma. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query norma. Sort by relevance Show all posts

Monday, May 06, 2019

Setahun sudah

Setahun sudah Abg tersayang kembali ke Rahmatullah . Kak Moon mmg rapat sangat ngan Arwah Abg ni sebab dia la yg besarkan akak ngan adik adik semua . Dia la juga yang interview Pak Sutan masa kita org mula mula kawan dulu . Dia la juga kawen kan akak . Pendek kata mmg dia la ibu dia la ayah . Mmg besar jasa dia . Hanya Allah yang dapat membalas nya .


Orang kata , org yang baik baik ni perginya dia org pasti akan dirindui . Mmg benar sangat sangat . Kak Moon masih takley nak terima sangat hakikat yang dia dah tak ada . Masih duk rasa nanti dia akan tiba tiba dtg kat umah . Sebab dia mmg macam tu . Tetiba msg tanya ada kat umah tak nak dtg ni . Pernah one time kita org balik2 , nampak ada roti canai tergantung kat pagar umah . Rupanya dia yg tinggalkan utk anak anak buah sebab dia tahu budak2 ni mmg suka roti canai . Tu la suka dtg terjah cam tu kan .

 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxd_yhUKh3gup9q2KZNXQUwEoPG1bQL_omnXNv0YpcWvcrRMPsHpGHHE11ss8I_FrmdmkTPY84uRIyKb7CYySJb_1n3ghnyBtF_pgWpclqTZa-3X1khHFrk70wDsMcI1jhhTQmYg/s1600/DSC_0013-fp.jpg
Dia plak mmg rapat ngan anak anak buah ni . Masih ternampak nampak je muka dia di mata ni . Cara dia gelak kuat kuat tu .

Semalam bawak anak anak semua g lawat kubur Pak Lang  . Abg Isk la nampak cam sedih sket . Sebab masa Pak Lang hembuskan nafas yg terakhir dia ada kat situ . Kita org masih di sisi arwah tapi Isk dah hilang . Rupanya dia duduk kat kaki lima wad n nangis kat situ sorang2 . Dia mmg rapat ngan Pak Lang dia . Anak kakak yg sulong si Adam Hafiz pun kamcing ngan Pak Lang dia . Mmg apa apa mmg Pak Lang dia selalu sebut Hafiz n Isk . Tu akak cam sedih sket bilamana amanah arwah utk Adam Hafiz masih belum dilaksanakan. Benarla apa yang dikata benda yg paling berat utk dilaksanakan adalah amanah . Arwah sangat happy masa akak bgtau Adam Hafiz akan sambung belajar kat Yaman . Bergenang air mata dia. Macam macam dia pesan .



Akak ingat lagi masa arwah dah tak ada n Dr nak declare waktu kematian  akak mmg dah ready nak bawak balik Salak Tinggi dah . Tapi Pak Sutan dia sangat tenang n dia tenangkan Kak Moon . Dia kata jgn risau , nanti saya g kat rumah mayat dan tanya mcm mana .Sebab masa Allahyarhamah Norma dulu dia n Talib je yg uruskan .  Mmg rezeki arwah dia dapat Raudatul Sakinah tu sebab mmg kebetulan masa tu ada org yg uruskan mmg dah ada kat situ n dia la bantu semuanya. Mmg rezeki awah , sebab sebelum dia sakit dia ada bgtau kawan dia yang dia nak pindah rumah yang lagi cantek, tak nak duduk dah umah dia duduk sekarang . Nak tinggalkan semua . Arwah mmg pembersih n suka yg cantek2 . Rupanya rumah dia sekarang mmg cantek sangat utk dia .

Kita org adik beradik mmg berada di sisi dia sepanjang waktu hinggalah ke akhir hayat dia . Mmg tiada sebarang kekesalan . Cuma kadang kadang dia akan dtg rasa ..i wish i can do better . I wish i can be there for him bila dia perlukan .

Sempena nak Ramadan ni dtg ziarah kubur arwah tapi baru je duduk tepi kubur , Assalamualaikum Bg Lan , Muni dtg ni terus air mata akak menitik nitik tanpa ley ditahan . yes i know yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali tetapi di saat itu kerinduan tu dtg sangat kuat . Lagi rindu sebab tak dpt nak sentiasa ziarah kubur arwah mak kat Terengganu . Tetapi doa sentiasa mengiringi mereka ...always .

Masuk kereta Sarah tanya kat Daddy dia sebab dia nampak mummy nangis kot

Kenapa Mummy nangis bila ke kubur Pak Lang Daddy 

Sebab Mummy rindu Pak Lang ..Mummy sayang Pak Lang 




Al-Fatihah buat Abg ku Roslan Abd Rahman


Tuesday, May 23, 2017

tiba tiba air mata menitik nitik

Tiba tiba air mata menitik nitik takley dikawal ....tap tap jatuh terus .

Mama msg kat group whats app

" anak anak ingat ka hari ni hari apa 23/5 , dimana cucu mama menjadi yatim. Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau dah syukur tak terhingga sebab dapat menumpang kasih ngan anak nya Abd Rafiq , Al-Fatihah "

terus mata tiba tiba panas automatik . Terus g bukak balik kisah lama utk konpomkan tarikh. Sebab mmg Moon ingat bulan May tp dah lupa tarikh . Tq mama sebab ingatkan. Moon nak reply panjang2 dlm group pun takut Talib sedih . Norma pergi pada 23/5/2012 dah 5 tahun dah.

bila baca entry ni Dalam Ingatan terus ayaq mata laju jer turun cam air terjun . Tanpa sedar nasib la takdak org kat opis . Hidung pun rasa dah kembang dah ni .

So pesanan buat semua dan utk diri Moon jugak. Hargai la pasangan anda sementara dia org masih ada . Kita pun tak sempurna n bersyukur la sebab pasangan kita menerima kita seadaanya . Hargai la dan sentiasa beryukur dengan nikmat yg kita dapat ni setiap hari . Sebab kita tak tahu bila ajal kita dimana kita akan berpisah buat selama lamanya. Syukur Alhamdulillah sebab Allah temukan pasangan yg baik buat Talib selepas Norma pergi. Baqis is the best mother yg Rafiq dpt .

Al- Fatihah buat Allahyarhamah Noormawati

Akak sentiasa sedekahkan Al- Fatihah buat Norma bila akak bacakan utk arwah mak akak , kakak akak , dan utk semua yg telah pergi .

Tuesday, April 19, 2016

Teh Daun Belalai Gajah

Dulu Moon pernah share gambar daun belalai gajah belakang rumah yg sangat gemuk2 n daun tetiba jadi besar gajah hahahha. Lepas trim pokok daun belalai gajah tu, terus jadi terang kat belakang. Daun pun banyak sangat n Moon dapat share ngan rakan rakan di FB yg memerlukan daun ni.

Siap ke Penang n Johor lagi daun daun yg Moon cantas hari tuh. Nak pakai utk sendiri macam banyak sangat.

Ramai jugak yg PM nak daun tuh tapi tak sempat daun tu nak kuar n bg kat org. Rupanya susah juga nak cari daun ni. Moon ingat lagi masa nak guna utk Allahyarhamah Norma dulu. Merata cari ...nasib baik ada reader yg juga customer Moon yg umah nenek dia betul2 tepi ladang daun belalai gajah dapat belikan utk kita org. Siap belikan anak pokok lagi...anak pokok tuh la yg duk ada sampai sekarang. Batang pokok pun dah besar n keras cam ranting pokok dah. Menjalar tinggi sampai ke atap.

besar n sihat je pokok ni . Kadang Moon amik je rendam air panas minum ...kalau rajin ley la blend ...kadang bila dah ambil banyak2 simpan dalam peti ice atas bagi beku. Bila nak pakai rendam je. Daun punya la besar kan. Ada reader Moon yg mmg tanam daun ni dia kata 1st time dia tgk daun besar cam ni. Tuh la sebab tanam bawah atap n mmg tak kena panas sgt. Tu yg dia jadi beso cam tuh

So ni nak bagitau good news . Bagi mereka yg susah nak dapatkan daun belalai gajah atau nama org puteh dia Sabah Snake Grass ni, korang boleh beli yg kering dan yang sudah dijadikan teh. So bila nak minum boleh rendam macam buat teh tu je. 

Yeyyyyy 

So takyah la korang susah susah nak email Kak Moon tanya ....daun akak tuh dah cukup besar ke belom. Sedangkan seladang daun belalai gajah boleh habis dalam masa yang singkat, ini kan plak sepasu daun yg akak tanam hahahahhaha. Mmg non stop org tanya pasal daun ni. 

Ni akak nak share Teh Herba Daun Belalai Gajah keluaran Bumiputera. Kawan Moon yg duk kat Temerloh la yang bagi. Dia selalu pening2 n ada tekanan darah rendah. So dia la yg cuba dulu Teh Daun Belalai Gajah tu. Lepas tuh dia msg Moon bgtau dia dah tak migrain sangat dah ...lepas tuh health dia sangat banyak improve. So kebetulan masa tuh Moon tak tahu kenapa pun selalu je pening ( bukan mengandung ) . So si Farah is so kind to send me sekotak Teh Daun Belalai Gajah ni. Walaupun dia tahu Moon ada tanam, but dia bagi jugak. Sebab dia tahu Moon ni kadang bz n tak sempat nak gie petik n blend n etc. Tq so much Farah sebab nko ingat kat aku ....terharu mak 



Farah dah bagi lama dah ...n skrg tinggal dlm few sachet lagi. Moon paksa Pak Sutan minum. Dia ni liat sket nak minum benda2 yg tak sedap ni. Kalau nak minum yg sedap je tu dah bukan ubat namanya betul tak?

Moon kalau bau daun ni ok la lagi boleh terima. Fara kata kalau nak sedap kena perah lemon sket.

Tapi kalau mengkudu memang Moon tak tahan. Bagi la yg pahit mcm mana pun boleh lagi telan...but mengkudu tak boleh sebab bau dia busuk. Tapi tgk pekerja Indonesia selamba je petik buah mengkudu n makan . ....acanner tu


Teh ni memang Moon tinggalkan kat opis je. So bila nampak je terus boleh minum

Daun belalai gajah ni sangat bagus utk org yg sakit kanser 



Cara penyediaan
*******************

Untuk Hidangan 1 Cawan
  1.  Masukkan 1 uncang ke dalam cawan
  2.  Tuang air panas ke dalam cawan dan biarkan selama 10-15 minit
  3.  Biarkan uncang dalam cawan dan sedia untuk dihidang
Untuk Hidangan 5-6 Cawan
  1. Masukkan 2 uncang ke dalan teko
  2. Tuang 1.2 liter air oanas ke dalam teko
  3. Tutup teko dan tunggu 10-15 minit
  4. Biarkan uncang dalam teko. Tuangkan ke dalam cawan dan sedia untuk diminum

CARA PENGAMBILAN

  1. Bagi Pesakit tidak kritikal- Minum sehari 1 uncang.
  2. Bagi Pesakit kritikal- Dimana keadaan pesakit yg terlalu sakit sehinggakan tidak dapat bangun ataupun duduk, maka disarankan supaya minum 2 uncang sehari (1 uncang diwaktu pagi dan 1 uncang diwaktu petang/malam). 


KHASIAT DAUN BELALAI Belalai Gajah Asziemi Herb's
*************************************************************
.
Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
.
Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.
.
Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.
.
Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.
.
Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.
.
Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.
.
#asziemi
#belalaigajah
#temerloh


Bagi mereka yang susah nak mendapatkan bekalan daun belalai gajah yg segar, ini adalah alternatif yang terbaik dan daun yg dikeringkan mcm ni tahan lebih lama.

Kalau nak order boleh contact my dear friend Fara


Whats app
Fara 012-624 6374

Harga RM50 tak termasuk pos



Thursday, March 03, 2016

Demi mereka yg tersayang

Apakah benda yang paling penting selepas kita berkeluarga dan mempunyai anak anak? Harus la keluarga akan kita dahulukan kan, betul tak. 


Kalau boleh kita nak happy ngan family dan berikan yg terbaik buat family kita. Habiskan masa yg berkualiti dengan mereka serta memberikan segala kebahagiaan yg ada buat mereka juga



Kita sebagai parents nih kadang risau jugak. Adakah kita dah buat yang terbaik. 


Biasa la kan kita nih orang perempuan misti kadang suka fikir yang bukan bukan. Fikir what if benda ni happen what if thing does not happen as we plan it to be. 


Moon paling susah hati masa Pak Sutan buat operation utk buang 90% dari usus besar dia pada tahun 2011.

Masa tu tuhan aje la yang tahu macam mana takut dan risau nya Moon. Moon doa setiap hari agar dipermudahkan segalanya. Seeing him macam tuh buat kita sangat sedey. But dia sentiasa positif pasal semua benda. Dia still senyum n ketawa like nothing happens. 

Kita nih kemain rasa cam sakit je dada duk mikirkan pasal dia. Pasal anak anak...tipu la kalau kata tak risau.  Dia plak masa tuh masih muda baru 31 tahun tapi nak kena major operation dah. 
Moon mmg berada di sisi dia je dari mula masuk hospital sampai la discharge. 9 hari ada tepi dia n uruskan dia. Anak anak semua mama jagakan.

I have to be strong for him too.

Moon ingat masa lepas operate, dia kena jalan jalan jugak. So kita org pun jalan la keluar kat taman di luar tuh...kita duduk n tgk phone. My brother hantar gamba Isk n Yaya. Suddenly dia nangis cam sedey sebab dia pun rindu kat anak anak. Moon tahu dia pun risau keadaan diri dia. Sebanyak mana Moon risau pasal dia, dia misti lagi fikir lagi jauh kan. Dia kata dia pun takut masa nak masuk operation room takut tak dapat jumpa anak anak n family lagi. Macam mana kalau dia pergi ...macam mana ngan Moon ...macam mana ngan anak anak. 

Dia siap pesan mcm2...kalau something happen kat dia. Moon tak mo dengar n suruh dia stop.
We both cried that day. Mmg nangis sungguh-sungguh la. Bila ingat balik saat tu n tgh type ni pun dah menitik2 air mata Moon. Tuh la org kata suami isteri nih bukan masa susah je bersama tapi masa susah dan dikala ujian melanda pun kena sama sama. I love u during good and bad time’s sayang. 


Pak Sutan jarang nangis n Moon selalu nampak dia positif dan strong. Seingat Moon la Moon baru je 2 kali tgk dia nangis sepanjang Moon kenal dia. Dah almost 15 years...nangis yg teresak2 la. 1st adalah masa kat hospital nih masa kami berdua and 2nd adalah masa on the way back lepas pengkebumian arwah Norma. Dia sedih n fikir pasal Talib n Rafiq.

Those yang dah lama follow blog Moon misti ingat pasal Allahyarhamah Norma kan. Alhamdulillah, sebab masa hayatnya dia ada amik insurans dan insurans tu juga lah yg sedikit sebanyak dapat membantu masa saat saat dimana kita amat memerlukannya. Masa tuh mmg fikir utk anak dia je. Sedikit sebanyak dapat membantu membiayai kos rawatan dia juga.

Kadang org ingat insurans ni org berniaga je tapi jangan ya. Insurans sangat penting utk  kita ...untuk mereka yg kita tinggalkan. Bagaimana kalau something happen pada kita. Apa yg akan berlaku pada anak anak kita semua. Masa tuh la kita akan rasa betapa pentingnya insurans ni. 

Moon share nih pun semua based pada my own personal experiences. Moon pun pernah nampak mcm2 n dengar pelbagai cerita. So masa muda2 ni find a good insurance plan yg sesuai dan dalam kemampuan. Di Sun Life Malaysia – Money For Life ada few plan yg anda boleh tgk tgk dulu dan fikirkan la mereka yg tersayang. Lagipun, Sun Life Malaysia telah menggunakan konsep roleplaying yang amat kreatif dan bersesuaian untuk menampilkan kepentingan mempunyai insurans untuk tahap kehidupan yang berbeza dari kecil hinggalah dewasa. Boleh klik https://www.moneyforlife.my/resetthefuture/ utk tahu lebih lanjut. Sangat menarik dan mampu membuka mata kita.  


Mmg la kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. The future is not for us to see....what will be will be. Terus kuar lagu que sera sera. 



Wednesday, January 20, 2016

Papa n Mama Rafiq dtg umah


Ingat tak Rafiq ....ya ni la Rafiq anak arwah cikgu Norma. Skrg dah besar n kussss semangat badan dia hahahha. Skrg Rafiq dah 5 tahun. Apik....makan beras apa nih Apikkkkkkkkkkk

Amboiii kemain ya suka amik gambar. Masa ni je dia duk diam n ketawa ketawa sebab dia suka org amik gambar dia .

Rafiq skrg dah banyak improve. Dah ada eye contact n dia cuba juga cakap sket2. Humming sound...kalau panggil pun dia dah toleh dah. Tapi lom boleh cakap lagi. Skrg dah boleh dah nak cium n peluk dia...kalau dulu mmg payah n jual mahal tau budak nih. Mummy kenyek pipi tuh baru tahu. Nampak dia pun dah boleh main ngan Sarah....Sarah bagi dia periuk mainan suh  makan ...dia senyum tgk Sarah n main makan olok2. Mmg sonok la nampak dia ada imrovement. So sekarang dia pergi terapi n banyak benda apik kena belajar. Belajar utk sabar...utk tunggu...utk dengar ckp mama n papa.

Moon tgk dia sangat behave n dengar cakap Mama dia. Ngan Papa dia mebi dia pandai acah acah kan. Baqis pun pandai handle Apik...kadang kita tgk, kita plak yg berpeluh hahahha n both of em very positive, Moon percaya dia org misti akan buat yg terbaik utk Rafiq.

Tu dia papa apik...baru balik kije. Ngan uniform lagi terus dtg umah hahahhah . Tq Lib n Baqis belikan Isk yaya Sara toys

Talib kata dia belikan adiah utk Isk sunat...hari tuh dia org tak dpt dtg. Then adiah bday sara..n utk Yaya skalik



sonok sangat buat benda nih ...bancuh plaster tu, masuk dalam acuan...bila dah kering, keluarkan n warna. boleh letak magnet n boleh lekatkan kat peti ice...ada juga pin n boleh jadi pin baju juger.

Kalau mcm ni akak pun suka Lib oooi,,,,nanti bukan anak anak je main...mak dia pun main skalik. Moon ngan BAqis dah try dah kaler sorang satu hahah syiokkk


Tuesday, September 01, 2015

Daun belalai gajah yg merimbun

Weekend yg panjang tak pergi mana pun. Duk kat umah je..lagi pun my sister dari Terengganu dtg..so kita spend masa kat umah sahaja.

So bila weekend je la masa nak mendobi n nak mengemas. Semalam masa jemur kain tgk kat belakang tuh dah makin semak plak. Sebab pokok belalai gajah tuh dah naik tinggi sampai kena atap. Percaya la u olsss mak tak propa.

Pokok nih dah berusia 2 tahun lebih. Moon beli anak pokok ni masa Allahyarhamah Norma ada lagi. Mmg cari merata la daun belalai gajah nih atau nama omputih dia Sabah Snake Grass. Mcm mana gajah ley jadi snake...idak la mak tahu.

So mmg pokok ni tanam dalam pasu aje. Bila panjang je potong, bila panjang je potong. Kadang paksa pak sutan  minum jugak walaupun dia cukup tak suka la bab bab kena paksa minum ubat yg rasa pelik2 ni. Tapi kena la paksa jugak kan sebab dia kan ada strong family background of colon cancer. Walaupun dah buang 90% dari usus besar tapi risk tu masih ada kan. So apa la salahnya kalau kita amalkan. Kalau baik pun tuh semua atas izin Allah juga kan. Pergggg penat beleter kat pak sutan. Tapi kalau kita takder sakit pun boleh je minum...jadi kan amalan. Blend pun bleh...rendam air panas pun vley ....buat ulam pun vley


Nampak tak dia dah memanjangkan dirinya. Patut la nama dia snake,,,n belalai gajah. Kemain gumbira lagi korang memanjangkan diri. Pastuh masa belek2 tuh nampak banyak daun besar.... dah besar tapak tangan. Yg besar2 nih semua nya duk terlindung bawah pokok lemuni. 

Haiiih,..pokok lemuni pun moon tanam sebab nak buat nasik lemuni punya pasal. Plus kalau bakar batu tungku...balut ngan daun pandan n daun lemuni pun best, Bau wangi je. Asal cucuk je batang pokok dlm pasu...sekali terus dia besar gedabak. Tunggu pak sutan alih ke depan tak teralih lagi. Dia kata kat depan tuh tanah bukit. Baru je cangkul dah kena batu. Macam mana nak tanam pokok. Kang elok elok pokok tuh subur, bila alih kang mati macam mana. Sudah nya dah besar dah pokok tuh...ntah ntah dah kuar dah akar dari pasu tu


So setiap kali moon potong moon akan cucuk batang dia kat dlm pasu yg sama. Tak pun kat mana mana yg Moon suka hahahha. Kalau hidup bagus la. Batang pokok nih pun dah kasar dah..dah tahap veteran la pokok ni. So Moon kadang ckp ngan pokok...besar cepat2 ya pokok. Mana tahu boleh bantu org lain pulak. 

Semalam Moon ada tanya kalau ada sesapa nak daun ni. Kejap je hokey dah 4 5 org mintak. Maaf ek moon dah tak dpt bagi kat org lain dah sebab dah tak der. 

Dulu nak cari kemain payah. Nasib la ada Ann n Bashir tolong belikan kat ladang di seremban sana. Siap tolong belikan 1 anak pokok. Sebab korang la tolong belikan...pokok nih membesar sampai banyak mcm ni .

Yg bagus nya siput babi mmg takkan usik n makan pokok ni. Hari tuh moon kemain la semai pokok pudina. Mmg banyak daun keluar. Sekali boleh plak rombongan siput babi nih makan kenduri daun tuh. Habis licin...pagi nya tgk tinggal batang je. Stress betol. Pokok pegaga pun dia makan....Isk kata mummy kena buat pagar sekeliling pasu. Kat belakang tuh mmg banyak betul siput babi. Kalau malam malam jemor kain mmg panggil Isk la ajak dia kutip siput babi n buang.

So ramai jugak yg tanya apa khasiat n apa faedahnya daun belalai gajah nih


sumber dari Khasiat Herba
 Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan. Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.
  Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.

Cara-Cara Membuat Jus Belalai Gajah

image credit to Serenemaklong
  • masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
  • masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
  • blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
  • jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
  • Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.

  Selain dari daun belalai gajah, betik, biji aprikotserai atau apa saja jenis sayur mentah dan buah2an boleh merawat penyakit KANSER. Besar kejadian Allah SWT bukan. Banyak khasiat dari sayur2an dan buah2an yang kita tidak tahu kehebatannya boleh merawat penyakit merbahaya. Klik tajuk2 dibawah ini untuk khasiat2 buah2an dan sayur2an yang merawat KANSER.


Moon pun ada tanam pokok Pecah Beling jugak...n 7 jarum. Mana je yg org kata bagus semer la ai nak tanam. Alhamdulillah hidop semua. Tapi pokok cili jugak fail kalau tanam. Beli la 3 4 kali pun semuanya matik. Mmg tangan moon panas kot ngan pokok cili. 

So pokok moon dah ada org nak. So kalau ada sesiapa yg memerlukan boleh la ke ladang Sabah snake grass



  • Taman Herba YPL - Di Pusat Pertanian Pantai, Batu 7, Jalan Jelebu, Seremban.
  • Di Air Baning - Jelebu
  • Di Pusat Pembangunan Komoditi Sendayan, Batu 8, Jalan Seremban Port Dickson.
  • BLOG SABAH SNAKE GRASS








  • Thursday, August 20, 2015

    Bagaimana kerjasama Moonpunyerblog dgn Sarah Hughes GLOBE bermula

    Sebab ramai sangat yg tanya soalan ni maka rasanya kena share la kan. Sebab ni mmg frequent asked question sgt2. Kalau time sale misti yg akan tanya

    macam mana plak dia org boleh bagi harga murah utk blog reader akak

    Akak pun cam tak caya. Dia org approach Moon pada July 2011. Moon ingat lagi, masa tuh Moon tgh attend training n masa tuh jugak Moon tgh share cerita pasal Allahyarhamah Norma. Mmg masa tuh niat mmg nak bagi full support kat Talib n arwah, Masa itu adalah saat yg amat sukar tapi entah kenapa ianya agak mudah dan segalanya mmg dipermudahkan olehNya. Yer la org kata kalau niat kita baik Allah akan temukan kita ngan org yg baik baik dan Moon mmg percaya sangat pada benda tu semua.So dah niat...takpa la mana yg dapat tuh ley kita tolong Talib. Ni mungkin salah satu cabang rezeki yg Allah bagi.

    Masa tuh email Moon mmg penuh n sibuk sebab ramai yg email tanya perkembangan Allahyarhamah dan share banyak info. Tetiba nampak msg dari owner Sarah Hughes Globe ni n Moon baca sambil kerut kening. Pak Sutan tanya...pastuh Moon pun bagitau la kan pasal email tu. Rasa cam ehhhh takkan la. Its to good to be true...ni misti ada apa apa nih.

    So Moon pun reply n bgtau akan ke Globe weekend nanti. Masa tuh bahagian langsir ni adalah di Lvl 5 n 4 . Tapi bos nih kata dia mungkin tak ada...so dia suruh Moon datang minggu 1 lagi, Tapi Moon curious jugakkan. Entah betol ke tidak...napa plak dia nak bagi diskaun terlampau banyak utk blog reader Moon. Moon bukannya sesiapa pun...bukan retis ...bukan celebrity. So Moon pergi n bawak Isk...saja nak tgk2....yer la sebelum nak ajak org kita kena la cek dulu kan. Lagi puas hati kalau boleh tengok sendiri.

     nampak tak, ini adalah gambar tahun 2011...mmg nampak biasa biasa aje kan. Ni adalah gambar pertama Moon snap kat sana. Sebab nak la balik nanti tunjuk ke Pak Sutan.


    Kain masa tuh lawa lawa ...terus Moon beli jugak utk diri sendiri. Tapi tak bagitau pun Moon ni blogger yg dia org email. Tetiba bos tu ada dia cam...Are u Moon. Hahahha nak di jadikan cerita. So masa tuh la jadi usahasama yg pertama.


    Sambutan jualan pertama amat la bagus sampai dia pun tak sangka. Dia kata nih adalah eksperimen dia. Bapak dia more mcm...we should advertise kat Tv in newspaper. Tapi anak dia kata just trust me on this and we try with Moon n we see how. 

    Masa tuh sangat gigih, angkut semer anak anak kalau ada acara sale...skrg pun still jugak angkut.

    Ramai yg ingat Globe nih dah tutup, tapi family dia org yg beli Globe ni dan namakan sebagai Sarah Hughes Globe sempena nama Madam Sarah


    Ni la Madam Sarah yg sangat la baik. Infact semer family dia org sangat baik. Bila dah lama buat kerja ngan dia org ianya rasa more pada friendship rather than doing bussiness. So ramai yg ingat nih kedai Moon sebab nama anak Moon pun Sarah. Kebetulan je tuh sebab anak Moon nama Ameera Maisarah...so kita org panggil Sarah senang.


    Ini adalah Sarah Moon. Dari dalam perut lagi mak dia dah sibuk tgk kain langsir. Dah keluar pun kena pergi kedai kain langsir jugak hahahah. Nih la org kata rezeki anak.


    Owner lvl 7 ni slalu konpius kenapa org suka sgt kat Moon....bukan dia org suka kat Moon la . Dia org suka pada harga kain tuh hahahha betol tak. 






    Alhamdulillah sampai sekarang kami masih bekerjasama. Mama ada ckp hari tuh..rezeki nih semua datang dari Allah. Kalau niat kita ikhlas nak cari rezeki dan menyenangkan urusan org lain ...Insyaallah Allah akan bukak pintu rezeki kita. Kadang rezeki nih datang dalam pelbagai bentuk cuma kadang kita tak perasan je. Rezeki kesihatan...rezeki keluarga bahagia dan sebagainya. 


    Kadang bila dia org suruh war war kan pasal sale n invite org utk dtg, korang misti ingat senang kan. Padahal susah hokey,,,nampak je senang tapi tiap kali nak sale, Moon la paling cuak. Yer la tiap kali sale kita manage utk kumpul banyak org n semua pun membeli kemain banyak...agaknya kalau bulan depan buat ada lagi ke org nak dtg. Macam mana kalau org tak datang ...ha canner...

    Moon pernah offer kat owner ...kalau u nak blogger lain I boleh rekemen a few yg femes ...yg lagi femes dari I

    But dia org kata its better to stick with 1 blogger rather than many blogger. Atleast dia org ada Moon sorang je...kalau nak pening pun, pening ngan kerenah sorang nih je. But believe me ...Moon ni jenis yg senang wat kije. Sepanjang 4 tahun lebih nih dia org cuma bagi date je bila n bila...the rest its up to me. Senang kan.....dia org mmg serah sepenuhnya pada Moon.


    n biasanya jadi cam ni la .

    Kadang org tanya....u misti dibayar mahal giler kan. Yang tu Moon tak dapat la nak kongsi tapi dari tahun 2011 Moon tak pernah letak harga sekali pun...tak der nak charge 1 1 jam banyak ni...entry nih banyak ni ...never. Misti korang kata ala rugi laaaaaaaaaa

    Tak rugi pun sebenarnya. Sutan selalu kata...takpa kita buat nih niat kena ikhlas. Kalau kita letak harga nanti jadi tak best la. Semer jadi akward. Dah duk elok cam family n rapat macam friends...once letak harga relationship tuh dah jadi lain. 

    Kadang Moon pun termakan jugak ngan kata kata org neh. Biasala kan kita nih manusia. 

    Berapa dia bayar u..I biasa dapat bayaran sekian sekian. Si polan tuh dapat sekian sekian

    Pastuh Moon akan ckp ngan Pak Sutan. Then Pak Sutan akan advice balik. Biarla...dia org lain...awak lain. Dah la jgn dengar la. Kita anggap je apa yg kita dapat nih rezeki utk anak anak. Awak tolong org berjimat tuh dah cukup bagus. Terus Moon jadi neutral balik. Sebab tuh Moon suka sembang ngan pak sutan sebab dia akan tune Moon balik.

    Sebab kita nak yg berpanjangan n bukan sekali sekala sahaja. Alhamdulillah dia org pun jaga Moon ngan elok n kadang amik kira juga pendapat Moon. Siap offer kalau nak ruang pejabat ke apa...hahahha kadang siap umpan suruh kerja ngan dia org...

    Moon come n join us la . U choose what ever fabric u want Moon just let me know. Tapi akak nih penyegan org nya. Sudahnya akan pilih yg paling murah. Lepas tuh kena marah hahahhaha. Tuh la I tak biasa mintak mintak benda ni. Nanti I malu


    Membina hubungan persahabatan adalah lagi best dari hubungan bisness. Moon harap kerjasama nih adalah utk jangka masa yg panjang. Insyaallah


    Moon pun seronok n rasa puas hati bila usaha keras Moon di hargai. Owner pun seronok perkenalkan Moon pada semua. Skrg saudagar saudagar kain semua pun Moon dah kenal hahahah tapi bab kira berapa meter kain nak pakai masih fail hahahah. 

    Yang paling seronok bila korang semua happy dan boleh berjimat. Biar la org kenal Moon ngan nama Kak Moon langsir. Mak tak kesah pun. Apa yg paling seronok adalah bila melihat org lain pun seronok n bila kita mampu menolong org. Sekarang Moon takyah susah2 dah cari org sebab skrg org plak cari Moon wah wah wah hover sangat Kak Moon neh kan.

    Lagi satu bila ada peluang macam ni la baru Moon boleh jumpa semua reader.

    dan yg utama bila langsir umah sendiri boleh salin kulit anytime muehehehhehehehe

    Bila dah buat ngan Globe...semua takut n segan nak approach Moon. Kalau korang nak letak ads kat sini boleh je. Just email me at Moonpunyerblog@yahoo.com n kita ley diskus. Akak nih badan je beso tapi lembut org nya muehehehhehe eh tetiba plakkkkkkkkkkk hahahah


    Acara wajib kalau dtg ke Sarah Hughes Globe....bergamba kat langsir. 2 2 gamba adalah org yg sama yer cuma yg kurus tuh gamba lama...yg bam bam tu gambar baru...omg omg. Hati manyak sinang yer

    Sampai dulu si Khan  pernah kata. Moon u kena pergi bergamba kat semua langsir la. Sebab semua yg dtg misti akan tunjuk gamba u n kain langsir. Semua nak kain macam ni. 

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...