Monday, May 06, 2019

Setahun sudah

Setahun sudah Abg tersayang kembali ke Rahmatullah . Kak Moon mmg rapat sangat ngan Arwah Abg ni sebab dia la yg besarkan akak ngan adik adik semua . Dia la juga yang interview Pak Sutan masa kita org mula mula kawan dulu . Dia la juga kawen kan akak . Pendek kata mmg dia la ibu dia la ayah . Mmg besar jasa dia . Hanya Allah yang dapat membalas nya .


Orang kata , org yang baik baik ni perginya dia org pasti akan dirindui . Mmg benar sangat sangat . Kak Moon masih takley nak terima sangat hakikat yang dia dah tak ada . Masih duk rasa nanti dia akan tiba tiba dtg kat umah . Sebab dia mmg macam tu . Tetiba msg tanya ada kat umah tak nak dtg ni . Pernah one time kita org balik2 , nampak ada roti canai tergantung kat pagar umah . Rupanya dia yg tinggalkan utk anak anak buah sebab dia tahu budak2 ni mmg suka roti canai . Tu la suka dtg terjah cam tu kan .

 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxd_yhUKh3gup9q2KZNXQUwEoPG1bQL_omnXNv0YpcWvcrRMPsHpGHHE11ss8I_FrmdmkTPY84uRIyKb7CYySJb_1n3ghnyBtF_pgWpclqTZa-3X1khHFrk70wDsMcI1jhhTQmYg/s1600/DSC_0013-fp.jpg
Dia plak mmg rapat ngan anak anak buah ni . Masih ternampak nampak je muka dia di mata ni . Cara dia gelak kuat kuat tu .

Semalam bawak anak anak semua g lawat kubur Pak Lang  . Abg Isk la nampak cam sedih sket . Sebab masa Pak Lang hembuskan nafas yg terakhir dia ada kat situ . Kita org masih di sisi arwah tapi Isk dah hilang . Rupanya dia duduk kat kaki lima wad n nangis kat situ sorang2 . Dia mmg rapat ngan Pak Lang dia . Anak kakak yg sulong si Adam Hafiz pun kamcing ngan Pak Lang dia . Mmg apa apa mmg Pak Lang dia selalu sebut Hafiz n Isk . Tu akak cam sedih sket bilamana amanah arwah utk Adam Hafiz masih belum dilaksanakan. Benarla apa yang dikata benda yg paling berat utk dilaksanakan adalah amanah . Arwah sangat happy masa akak bgtau Adam Hafiz akan sambung belajar kat Yaman . Bergenang air mata dia. Macam macam dia pesan .



Akak ingat lagi masa arwah dah tak ada n Dr nak declare waktu kematian  akak mmg dah ready nak bawak balik Salak Tinggi dah . Tapi Pak Sutan dia sangat tenang n dia tenangkan Kak Moon . Dia kata jgn risau , nanti saya g kat rumah mayat dan tanya mcm mana .Sebab masa Allahyarhamah Norma dulu dia n Talib je yg uruskan .  Mmg rezeki arwah dia dapat Raudatul Sakinah tu sebab mmg kebetulan masa tu ada org yg uruskan mmg dah ada kat situ n dia la bantu semuanya. Mmg rezeki awah , sebab sebelum dia sakit dia ada bgtau kawan dia yang dia nak pindah rumah yang lagi cantek, tak nak duduk dah umah dia duduk sekarang . Nak tinggalkan semua . Arwah mmg pembersih n suka yg cantek2 . Rupanya rumah dia sekarang mmg cantek sangat utk dia .

Kita org adik beradik mmg berada di sisi dia sepanjang waktu hinggalah ke akhir hayat dia . Mmg tiada sebarang kekesalan . Cuma kadang kadang dia akan dtg rasa ..i wish i can do better . I wish i can be there for him bila dia perlukan .

Sempena nak Ramadan ni dtg ziarah kubur arwah tapi baru je duduk tepi kubur , Assalamualaikum Bg Lan , Muni dtg ni terus air mata akak menitik nitik tanpa ley ditahan . yes i know yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali tetapi di saat itu kerinduan tu dtg sangat kuat . Lagi rindu sebab tak dpt nak sentiasa ziarah kubur arwah mak kat Terengganu . Tetapi doa sentiasa mengiringi mereka ...always .

Masuk kereta Sarah tanya kat Daddy dia sebab dia nampak mummy nangis kot

Kenapa Mummy nangis bila ke kubur Pak Lang Daddy 

Sebab Mummy rindu Pak Lang ..Mummy sayang Pak Lang 




Al-Fatihah buat Abg ku Roslan Abd Rahman


4 comments:

Anis Azalea said...

Alfatihah.

Anum said...

al fatihah buat arwah

Eliss said...

Al Fatihah. Orang baik pengakhirannya juga baik. In Sya Allah

dorsett pink said...

al-fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...