Monday, May 06, 2019

sudah pindah opis

yuhuuuu ..u ols duk buat apa tu . Bz tak hari ni . Akak dah pindah opis dah . Asyik tak sempat je nak citer . Kemain bz benor la kan . Mau tak nya balik umah dah pukul 8 malam . Terus masuk dapur masakkan utk anak anak . 8 lebih cam tu baru dinner . Terus akak rasa akak dah gemok sebab asyik makan lewat malam je hahah canner .

Kak Moon jarang nak citer pasal kerja akak kan . Ada ramai yg ingat Kak Moon ni blogger sepenuh masa . Ada juga yang ingat akak ni owner Sarah Hughes Globe ( woww kayanyer akak ) , ada juga ingat akak ni kerjanya menjual langsir . Macam macam kan . Siap ada yang dtg ke Globe n cari akak siap PM nak jumpa sebab dia ingat akak ada kat situ .

Kak Moon sebenarnya bekerja full time u ols . Akak sudah bekerja di TM selama 15 thn dah dan opisnya selama 15 tahun juga di Cyberjaya . Dari Cyberjaya tu tak ada apa apa sangat hingga la sekarang ni yang punya la penuh n siap dah boleh jem dah ( disebabkan banyak sangat traffic light )

( rindu plak opis Cyber )

Akak masuk kerja masa tu TM Net lagi ( time Bluehyppo glamer sibuk nak naik kapal terbang balik beraya dan time CT Nurhaliza jadi duta lagi ) masa tu tahun 2004

Akak kerjanya menjaga server u ols . kerja teknikal yg tak glamer tapi akak sangat suka . Kerja ngan mesin je . Time relax mmg relax betul tapi time ada masalah mmg haru biru la . But mmg suka sangat sangat . Memandangkan Pak Sutan pun kerja jaga server juga maka mmg kita org boleh bincang hal hal server ni semer . Sebab Pak Sutan dia lagi power . Kadang ada masalah server siap ley brainstorming ngan dia utk troubleshoot . Nanti akak citer la saya dah buat ni dah cek tu cek ni tapi tak ok lagi . Nanti dia akan tanya la ....awak dah buat ni ke belum . Ha gituwww


My MIL selalu suruh g kerja pakai cantek2 sebab dia ingat kerja opis . Eh mmg akak kerja opis pun tapi opis akak tu akak sorang je pompuan u ols . Masuk opis pun bukak kasut . Kadang nak ke bilik server tu pun berkaki ayam sahaja . Pastu pijak la lantai bilik server yg sejuk2 tu . Lepas cuti beranak masuk bilik server mmg terus tangkap la segala sendi sendi tulang . Balik mmg kena tungku balik la hahhahahah . Takat angkat2 raised floor pasang2 tray dalam rack n pasang kabel2 tu semer ok no hal . But yet tu la kerja akak paling suka . Kalau tak suka masakan ley bertahan 15 tahun . 15 tahun tu pun rasa kejap aje . Member opis pun dah rasa more pada family dah .


Since bilik server yang akak jaga tu pun dah tamat kontraknya n nak tutup maka kita org pun kena la berpindah u ols . So akak ditempat kan kat Damansara dah sekarang

Yes mmg jauh jenak orang Ganung kata sebab nya 70KM pergi n 70KM balik plus ngan jem gila babs tu yang buat nko nak hentak2 je stereng kereta . Kalau masa ni ada org jual kereta terbang mmg akak la org pertama akan beli hokey .


Akak kemain berangan dapat masuk kat tempat baru di Cyberjaya jugak . Happy ok walaupun berangan . Siap dah cop tempat lagi ....tambah happy sebab depan umah ada bas selangor yg percuma tu yg akan stop betul2 depan opis tu . Takyah nak drive kan ....sekalikkkkkkkk tak diluluskan u olssss tu la gedik sangat berangan n happpy happy bagai sekali bos besar nko tak luluskan pun . At the end katanya rugi apply kerja yg tak menggunakan skill set yg u ada .


So macam mana kerja di tempat baru ?


Tempat baru sangat best hokey . Team baru ni semua best n baik baik semua alahai . Memandangkan akak dah lama tak kerja ngan org ramai ramai cam ni mmg amik masa nak sesuaikan diri . Tapi yg bestnya ramai pompuan hahahhah so ada geng nak sembang . Nak makan pun ok n senang la nak cari . Walaupun tak banyak choice but still ok . Bos pun baik je . Alhamdulillah akak suka sangat sangat . Kerja pun ok best . But more pada documentation . Pak Sutan pun suka bahagian dia ..sebab dia mmg jaga pada server2 . Dia lain team la but sama floor ekekekkekekek .

bersama bos pertama dulu Kak Wani lepas tu Kak Zas plak bos nom 2 . Sekarang ni bos akak lelaki tapi baik sangat hokey .


team di Damansara ni semer sporting2 dan selalu ada makan makan muahahahha 




But yang paling tak best

Sebab JAUHHHHHHHHHHHHH n JEMMMMMMMMMM

ni nak masuk  bab merungut ni ....korang layan je la akak ni ek .

akak kuar umah jam 6 30 pagi hokey . Pukul 5 dah bangun sebab nak kejutkan anak anak semer . Yaya plak jenis yg kejut bangun suruh mandi nanti ada la dia terpengsan kat mana mana karang  . Dia gie sambung tido dulu . Si Sarah plak mandi nak mummy dia mandikan plus kadang drama menangis sebab mengantuk la apa la . Then si Nain plak bangun menangis sebab nak menyusu . So pagi pagi mmg akak kejutkan sekali Abg Isk utk dia tgkkan Nain sementara akak nak bersiap .  Pagi pagi akak mmg havoccccccccc havocccccccccccccc . By the time masuk kereta anak tudung akak dah basah hokey . Peluh peluhhhhh . Darah akak pun boleh naik tau .





Hantar anak gelap gelap . Sian je tgk dia org mengantuk . Nain plak blur2 je sebab kat luar masih gelap . Nerseri bukak 6.30 pagi akak dah hantar anak depan pagar . Aduiiii masa tu hati mak cam di robek robek hokey . Sabar ye anak anak ( dalam masa yang sama mak dia pun memujuk hati ) . Rasanya mak mak faham cam na rasanya ni .

Gerak nak g tempat kerja dalam 6.45 am la gitew . Sampai opis kadang kol 9 am . 2 jam lebih u olssss. Cam na nak sampai tepat 8.30 am . Nasib bos akak ni baik n dia aware akan betapa jauhnya akak nak sampai sini . Plus jem yg mcm there is no tomorrow .

Balik plak pun sama . Kuar opis 5.30 tepat takder delay2 . Tunggu lift n nak jalan ke kereta dlm kol 5.45 atau 6 la ley gerak . Sampai umah 7.45 malam . Masa tu la cepat cepat nak solat nak masak utk anak anak . By the time 8.30 atau 9 malam baru dapat makan . Pastu badan mmg letih giler . mmg lepas tu pengsan je semua .

So misti korang cam ala biasa la tu akak . Kan akak dah kata layan je la akak citer nehhhhhhh . hahhahah emo plak kannnnnnnnn

Plus belanja dtg sini perggggg pitam

Parking RM 15 ( parking percuma ada tapi by the time wo ols sampai mmg penuh la sebab kalau nak masuk parking bawah kena before 8.30 la )

Tol pergi balik RM 15 

Minyak sehari dalam RM 20 

Anak anak plak OT bermula 6.30 petang . RM 8 seorang x 3 = RM 24 tu kalau sejam la . Kalau sejam lebih lebihhhhhhh ..... cuba kali 20 hari bekerja ....pitam weii

Anggaran RM 74 sehari cuba kali 20 hari muahahhahahahahh ley bayar rumah weii


Makanya mari la pikirkan alternatif lain .

Naik moto la kan .

So tak ada dah parking tu , tak ada dah tol , minyak pun save . Cuma berharap dapat sampai awal supaya tak kena OT . Walaupun seriau jugak jalan jauh naik moto tapi terpaksa la . Moga selamat la we ols . Bercintala ngan Pak Sutan naik moto boleh peluks2 .Tapi ni gilir2 jugak . Kalau nampak cam nak hujan mmg naik kereta la .


Insyaallah akak cuba positive walaupun kadang mental breakdown juga ( time badan nko penat sangat sangat time tu la rasa cam nak nangis je ) . Sometimes things does not happen as we plan it to be but things happen for a reason kan .

Tu je la bebelan akak

Bantal Leyna akak akan mula jual next week sebab baru boleh adjust cam na nak terima stok guni guni bantal semer . Ephyra pun berjalan seperti biasa n tq kat u ols yg sentiasa beli ngan akak tau .


5 comments:

QOMAR said...

Ofis baru nafas baru. Hehe

Salam Ramadhan Kareem.
[Jemput blogwalking blog saya] ♡:)

Anum said...

wow mood baru la nie

Farzana said...

Salam 1 Ramadhan Moon,

Alahai I know how you feel. Kami pun ada juga mengalami situasi yg sama, cuma saya bernasib baik kerja kat putrajaya, asben keja di KL huhu

Ofis kat damansara tu kat mana Moon?

kalau commute dgn train tak boleh ye? saya duduk di nilai, so since asben keja KL. dia tak drive tapi naik train daripada Putrajaya Sentral ke tempat kerja

Miss Moon said...

Farzana ,

hari tu dah try naik train semua pun sampai kol 8 malam hahahahh . Damansara area Glo.

Naik mrt ke kajang . Dari kajang naik komuter ke nilai . but still jauh jugaks nak balik ke salak tinggi

atau boleh juga naik mrt ke kl central pastu naik erl ke salak tinggi

tu la kan bila dah kerja jauh ni aduiiiii yang tambah tak best bila tetiba cikgu call bgtau puan anak puan demam ...akak baby akak demam boleh dtg amik sekarang >?

den.dyen said...

selamat bertugas di tempat baru puan moon!hihi..

bestnya keja ramai kawan.. bestnyaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...