Showing posts sorted by date for query norma. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query norma. Sort by relevance Show all posts

Thursday, January 22, 2015

Rafiq bam bam dah 4 tahun

Tq Auntie2 semer yg wish kan utk Rafiq . Doakan sama agar Rafiq membesar jadi budak yg baik serta berjaya dunia dan akhirat serta sentiasa di lindungi Allah .

Semer duk komen kat FB

Wahhhhh dah besar dah Rafiq

Ni ke anak Allahyarhamah Norma

Skrg Rafiq duk ngan sapa

Tq semer sebab concern n ingin amik tahu pasal Rafiq . Yup dia dah beso sekarang n makin tinggi but still trademark pipi kembung dia masih ada walaupun kempis sket ....rambut pacak 2 pusar pun masih tegak berdiri hahahhaha

Yup nih la anak arwah Norma ...Alhamdulillah dia membesar ngan jaya nya di samping papa n mama baru nya .

Rafiq skrg duk ngan Talib n Bqs kat umah lama dia org ...few months lepas berkahwin mmg Rafiq dtg duk sini dah . Biar dia rasa cam na enviroment duduk ngan mama n papa . Im so happy for Rafiq , finally dia dapat rasa kasih sayang seorang ibu ...and also for Talib sebab ada peneman .

Rafiq yg mmg minat ngan bola bola dan apa saja yg bulat ....semalam dia org dtg tido kat umah ....tapi tak syok la kan bday boy kena pegi attend speach theraphy sebab dia masih belum dapat bertutur ngan lancar lagi . Its ok Rafiq ....lepas nih misti Rafiq akan cakap tak berenti renti baru la pening papa nak layan hahahah .

So bila sampai umah harus la dia aim kat bakul bawang tuh ahahhaha . Bqs n Talib citer , hari tuh dia duk syok main bawang skalik dia org amik la bawang tuh n tak bg dia main ....skalik dia geram dia amik balik bawang n gigit bawang2 tuh semua ....

ha lepas gigit apa jadi ?

bawang kan tak sedap n busuk ....apa lagi terus uweeeekkkkk time tuh jugaksssssssssssss hahahhahaha . But still dia suka jugak kat bawang tuh ....


 so semalam tgk bakul bawang nih cam sikit je bawang ...so kemas kemas . Masa angkat doll house si Yaya nih rasa benda bergolek2 kat dalam . Bukak bukak tgk ada bawang hahahhaha ...pandai la Rafiq ..kita kena simpan bawang dalam rumah ...hikssssssss punya la duk bergelak ngan umi ...bak kata umi selamat mencari bawang di sana sini hahahha .

Happy Birthday yg ke 4 Rafiq ....Rafiq jgn noti noti tau . Dengar ckp mama n papa . ...nanti mummy n daddy bagi belated birthday present tau . Kami semua doakan agar Rafiq happy sokmo tau ......bersama family baru  n create more wonderful memory together

Wednesday, June 25, 2014

Bantuan tuh ada sebenarnya

Bila ckp pasal bantuan tak sampai itu ini mmg kalau sapa tak tahu mmg akan rasa geram n rasa seperti di abaikan . Tapi sebenarnya benda2 nih ada cuma antara kita nak atau tak nak je .Tak ley la nak harap kan bulan jatuh ke riba ...so kena cari la kan

Ibarat meja buffet , semer dah terhidang . Antara nak pegi amik atau tak

Tapi mebi jugaks ada org tak tahu ...ooo rupanya ada meja buffet ...ini perumpamaan hokey

My auntie mmg slalu dtg umah n she is a single mother dan dia tak pernah sekali pun rasa malu ngan status dia . Infact ai respect sgt kat dia sebab dia slalu bawak rakan rakan atau mana mana ibu tunggal yg dlm kesusahan ke tempat yg sepatutnya . Sebab dia sangat cekap n pandai cari tempat2 yg menyediakan bantuan utk ibu ibu tunggal , asnaf ( org yg berhak dpt zakat ) atau org miskin . Kalau time raya dapat bantuan baju sekolah n kelengkapan skolah ...time bulan poser mmg dapat pegi mkn sana sini n dapat bantuan ...dapat duduk umah yg sesuai n bayar pada harga yg sangat berpatutan ...monthly lagi dpt elaun .  So antara bijak berbelanja atau tak je . Sebab secara lojiknya my aunt kata mmg semer tuh sangat cukup .

Dia tak susah pun  . Mmg la makan dia cukup2 utk dia 2 beranak . Every month dia akan dapat bantuan bekalan beras n etc . dia kata kadang tak habis makan pun n kadang kalau ada lebih lagi dia tak pegi amik pun kat Baitulmal . Ai plak yg melopong sebab tak tahu rupanya benda2 nih ada . Siap dia plak yg tolong pegi apply kan utk org lain sebab kesian la kan . Bantuan ada tapi duk jugaks cam tuh n tak apply .
 

Pernah sekali dia citer . Ada pasangan muda nih duk mintak sedekah atas jejantas kat KL . Dia berenti n soal pasangan tuh . Dtg dari mana napa tido sini ...tak der umah ke ...mak bapak mana ...family mana . Siap budak lelaki tuh cerita la ...dia org kawen n ibu bapa tak restu so dtg ke KL konon nak keja tapi kena tipu dengan org n tak tahu nak pegi mana .

Terus my aunt bagitau dia org suruh pegi ke area masjid India kot kalau ai tak silap . Sebab kat sana dia org akan bantu sapa yg ada masalah ...tolong carikan kije semer n bagi makan utk few days . Nanti moon konpom kan balik ngan dia . Sebab masa dia citer tuh moon ngan sutan mmg mcm terlopong la kejap sebab mmg tak tahu pun benda2 cam nih ada .

Ok ...jom kita tambah pengetahuan sama sama ...

LEMBAGA ZAKAT 

So Moon yg mmg zero knowlegde nih teringin jugaks nak tahu . Atleast kalau ada org tanya , walaupun kita tak la tahu sangat tapi kita tahu nak nasihat kan dia org utk pergi ke saluran mana kan . Moon rasa tuh la yg patut kita buat kan . Kalau kita kenal mana mana la atau sesiapa di kawasan kita yg perlu bantuan , apa kata kita bantu dia org ...tuh je la sekecil2 bantuan yg dpt kita bagi . Mudah mudahan bantuan kita tuh akan jadi besar buat mereka yg amat amat memerlukan .

Sebab Moon pun tak arif sangat apa kata kita baca sama sama .


Ada 8 asnaf zakat iaitu:
  • Asnaf Fakir

    Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.
  • Asnaf Miskin

    Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.
    Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Fakir & Miskin dengan lebih lanjut ]
  • Asnaf Amil

    `Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.
  • Asnaf Muallaf

    Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
    Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Muallaf dengan lebih lanjut ]
  • Asnaf Riqab

    Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.
    Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Riqab dengan lebih lanjut ]
  • Asnaf Gharimin

    Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.
    [ Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Gharimin dengan lebih lanjut ]
    Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
    • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
    • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
    • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
  • Asnaf Fisabilillah

    Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Fisabilillah dengan lebih lanjut ]
    Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.
  • Asnaf Ibnu Sabil

    Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
    • Putus bekalan dalam perjalanannya.
    • Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
    • Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
    • Ditinggalkan dalam perjalanan

ooooo baru tahu rupanya banyak jenis Asnaf n zakat yg kita bayar tuh akan di salur kan pada mereka mereka ini  .

Hikmah di sebalik kes Adik Firdaus maka ramai antara kita yg sudah mula cari apa jenis jenis bantuan yg ada yg di sediakan .




 Misti yg akan kata ala ...200 je nak buat apa . Celah gigi je ...yup buat kita mebi rasa cam 200 apa la sangat tapi kalau utk org betul 2 susah 200 tuh besar . Biasa nya yg kata sket nih org lain n bukan penerima tuh sendiri . Yg terima tuh kemain tadah tangan ucap syukur Alhamdulillah tapi kita plak lebey2 kan . Betol tak betol tak .  Maka kita ley usaha pegi yayasan negeri atau mana bdn2 lain . Insyaallah ada cara nya . So malu bertanya tersesat jalan ..kecuali ada GPS ...hiks

So kita kena kurangkan merungut ...kurang kan banding membanding ...kurang kan nak rasa tak puas hati kat org tuh org nih ..syukur la dengan rezeki yg Allah berikan utk kita . 

Moon nak paste kat sini cara pengiraan Kifayah tapi bila copy n paste dia jadi pelik alignment dia . so u ols ley pegi tgk kat sini . LEMBAGA ZAKAT - CARA PENGIRAAN kIFAYAH

Pengkelasan Fakir atau Miskin

Pengkelasan sesebuah isi rumah bagi menentukan sama ada mereka fakir atau miskin adalah berbeza daripada sesebuah keluarga di antara satu keluarga yang lain. Ini bergantung kepada Had Kifayah dan bilangan isi rumah.

Tapi utk mendapat bantuan bantuan ini maka seseorang tuh hendak la pegi daftar kan . kalau tak daftar macam mana org nak tahu betol tak . Kita nak sesuatu misti la kita kena usaha utk dapat kan . CARA MOHON DI SINI 


3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-5522 7700 Fax: 03-5522 7722
Talian Zakat Selangor : 1-800-88-5353




JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT





Ni adalah piagam pelanggan dia org






Thursday, May 22, 2014

Besok genap 2 tahun

Assalamualaikum semua

Besok 23 hb genap 2 tahun Allahyarhamah Norma pegi meninggalkan kita


andai kata sapa sapa mlm nih ada baca Yassin boleh la sama sama kita sedekah kan juga bacaan itu buat AllahyarhamahNoormawati

Ramai jugaks org start follow blog moon lepas baca kisah nih kan . Sampai sekarang ai masih tak ley percaya sangat mcm mana kuat nya kami semua hadapi semua nih terutama nya Talib .Walaupun ia amat sukat tapi semua dipermudahkan oleh Nya

Thanks buat semua yg banyak membantu ..dan still follow sampai skrg


We still talk about her ...merindui dia ..but at the same time merelakan pemergian dia . Moon rasa family dia misti amat amat la sangat merindui dia .

Tapi perancangan Yg Maha Esa itu adalah yg sebaik baik nya bukan .

Dia telah berikan sebaik baik jodoh buat insan yg bernama Noormawati iaitu Abdul Mutalib . Sehingga ke hembusan nafas nya dia adalah seorang isteri n ibu kepada Rafiq . Hujung2 kehamilan dia dah start sakit sakit ....hinggalah melahir kan Rafiq . Allah je la tahu mcm mana kuatnya dia masa melahirkan tu ..lepas tuh dia terus jatuh sakit . Kalau kita pikir balik ...Ya Allah ,  dia mmg bersih sebab baru je melahirkan anak lepas tuh terus terlantar tanpa kuar kan suara hingga ke khir hayatnya . Mana mungkin org seperti dia mampu melukai dan menyakiti hati org . Seorang yg amat lemah lembut dan sangat murah ngan senyuman ...bila ada di samping dia mmg akan rasa selesa n comfort sangat . Seorang pendidik muda yg kecil org nya tapi berjiwa n becita cita besar

Masa Talib nak kawen , Moon ada ckp kat sutan . Patut ke saya remove kan tab kisah Norma Talib nih . Sutan kata tak yah buang ....sebab kisah nih banyak memberi pengajaran banyak memberi kesan + ve pada org yg baca . Biar je di situ ....im sure Baqis tak kisah sebab mmg dia pun kenal Talib n Allahyarhamah dah lama . Baqis plak sgt open minded n dah terima dah semua nih  .  Kesudian dia utk terima Talib n Rafiq tuh pun dah seribu rahmat . Moga Allah memberkati  mereka n mereka mampu memikul amanah yg Allahyarhamah tinggal kan sebaik mungkin . Insyaallah

Even tadik bukak balik tab tuh n baca satu persatu ...air mata nih masih laju turun ...tak ley di tahan tahan dah ..

Allahyarhamah Noormawati . Damai la kau di sana
Al- Fatihah


Wednesday, March 26, 2014

Majlis Sambut menantu - Talib & Baqis

punya la lama nak upload kan .

ok nih gamba sekita majlis ...tak sempat amik gamba banyak sangat sebab semer duk bz ekekek .

 
 Masa nih penganten duk tunggu dlm bilik kat dewan . Kat dewan nih ada banyak bilik . sweet sangat gambo Talib cium kepala Rafiq tu ..touching2 kan ...Mama Baqis look so gorjes ...make up n baju by Gemalai Anggun 

di bilik menunggu ...
 walaupun papa dah bersara dari Penjara Kajang tapi still jugaks ley buat majlis kat sini . Dapat la mama n papa jumpa balik kawan kawan dia org kat sini .
thanks Mas , wartawan yg buat liputan kisah Allahyarhamah Norma dulu . Rupanya Papa kenal ayah si Mas nih ...warden penjara jugaks . What a small world kan 

 Pak Sutan selaku Pak Supir utk hari tersebut ekekek

 pengantin ngan rombongan pihak belah pompuan

 
 Baby Sarah kena buli ngan Tok Ajis ...relax je Sarah yer ...udang besar tu ...tak terliur ke
 thanks for coming ...Lenny n family , Ila n family and Mai n family
 friends for ever
 amboiiii daddy kemain sengeh lagi tu hahahahah

terus terasa seperti kat Aeon je hahahh mostly staff Aeon Cheras Selatan yg dtg tgk pengantin hotttt ...ekekke

Wednesday, September 18, 2013

18 09

Org kereta tanya ...miss u mau beli nom plate ka ..

tak pa la Ammie ...u kasik je la apa apa nom ...ai tak kesah

ok kalau cam tew ai amik la apa apa running number ya ... kita tgk apa u punya lucky number

Sekalik time amik kereta nampak plate tew 1809 ....pastuh duk tanya kat sutan ...eh nih nom sapa ek ...ke nombo tepon mama ....sama sama cek phone ...eh bukan ...ke nom papa ...bukan jugaks ...penat la pikir nom sapa la nih sebab sangatttttt la familiar

pastuh sutan whats app ke Talib ...pastuh talib bgtau cantek nom tew ...sebab  tew tarikh lahir Allahyarhamah Norma ..

terus me n sutan cam terdiam jap ..ha ha la ..punya penat kita pikir kan rupanya it belongs to Allahyarhamah . Terus ai ckp kat mama ..walaupun dia dah pegi setahun lebih tapi ada jugaks benda dia nak kita ingat kat dia

kebetulan yg sangat manis bukan

n today adalah bday dia ...Al-Fatihah

Thursday, August 22, 2013

tetiba


duk tgk stat blogspot ...cam naik tinggi semacam je utk semalam

skalik smalam ada org cc kan moon ada Konvensyen Al-Fatihah share pasal kisah Allahyarhamah

sama sama la kita sedekah kan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Normawati . Semoga rohnya tenang di sana .

Syukur Alhamdulillah , sepanjang rentetan kisah tew kami di temukan ngan ramai insan insan yang berhati mulia . Yg tak kira penat n jemu membantu n menghulurkan bantuan . Ya Allah syukur sangat sangat kerana menemukan kami dengan mereka mereka ini .

Walaupun kisah nih dah tahun lepas tapi harap apa yg di kongsikan dapat la kita amik pengajaran nye . Amik iktibar so that kita akan jadi better person dan menghargai dengan apa setiap kurniaan dan rezeki yang Allah berikan

Kita kadang rasa kita la susah kita la yg bermasalah tapi kadang kita blok diri kita utk tgk masalah org sama . Bukan kita nak compare ...ok la aku lagi better n senang dari dia ...bukan itu cara nya . Tapi kita kena tgk ...Ya Allah aku rasa aku susah tapi tgk dia tew Allah uji lagi teruk ...kenapa dia tak patah semangat . Allah hanya bagi ujian yg amat kecik bagi aku tapi aku dah give up ...so benda tew ley bantu kita bangkit

Bila kita di atas kita jangan lupa ...sentiasa berpijak pada bumi yg nyata . Lihat kekurangan org bukan utk bermegah tapi utk mensyukuri setiap nikmat yg kita ada sekarang

Adik adik yg lom kawen ...please , cari la teman hidup yg akan sentiasa senang dan susah akan sentiasa bersama ngan kita . Sulam kan hubungan tew ngan kasih sayang dah saling hormat menghormati antara satu sama lain ...jangan sulami ngan benda kemewahan n duniawi yg kadang boleh mengaburi mata kita

Ya kita manusia kadang kita lupa ...siapa yg sempurna bukan . But kita kena tgk sama kisah org ...selami n amik benda2 yg positif supaya kita ley praktikkan dlm kehidupan kita seharian

sayangi pasangan anda n hargai mereka kerana kita tak tahu bila Allah akan menjemput mereka

tetiba ai klik entry terakhir moon post - Dalam Ingatan Semua n suddenly ai cam sebak sangat . Ntah cam na kami ley kuat masa tew n cam na Talib sendiri pun jadi extra strong ..thanks semer yg sentiasa n tak putus2 doakan utk mereka . Sesungguhnya itu semua telah di tentukan oleh tuhan . Jodoh Normawati hingga akhir hayatnya adalah Talib kerana Allah tahu hanya Talib yg terbaik utk Norma  . But Lib , kena teruskan hidup Lib utk Rafiq ...insyaallah pasti Allah akan temukan Lib ngan perempuan yg sebaik Allahyarhamah . Kerana ajal maut serta jodoh pertemuan semua nya di tangan tuhan .

Al-Fatihah buat insan insan yg kita sayangi yg telah meninggalkan kita termasuk la Allahyarhamah Kak Gee ..sesungguhnya masih ada suami yg baik baik - Warkah Buat Isteri

tetiba ai plak semendung cuaca kat luar 



Regards
Moon

Tuesday, July 09, 2013

30 Jun - Get together at Sarah Hughes Globe

Amboi ...kemain ramai tanya ...akak mana entry pegi Globe

Tak kurang jugaks yg email frust sebab tak ley join ...tew la ..

30 June sahaja semer kain atas tew jadi RM 10
30 June sahaja kat lvl 5 ...12 - 4 ptg semer jadi murah
30 June sahaja dia org bg special harga utk u ols

ha cam tew la ....11 lebey Khan dah sms tanya Moon where are u ...your reader is already here ....ewahhh awal lagi semer pegi serang Globe tew . Mak Yong dedek nya lambat sket sebab paking jauh . Org kat Jln Tar masa tew ok lagi ...tapi petang tew penuh org cam besok dah nak raya kekdahnya

So masa masuk tew tgk dah ramai dah org duk usha kain ....org besar Globe pun turun ...even Tauke ngan Wife dia pun assist semer yg dtg ...makan makan pun ada

 Siap banner bagai ...kat bawah pun ada banner . Masa nak naik lift tew siap DJ buat announcement lagi ...special offer utk pembaca Moon punyer blog . Harus org lalu lalang tew konpius sapa plak la Moon tew ...pendatang baru dunia seni ke muahahahha mak malu ...cepat2 naik lift terus tekan butang nom 5 ....poyo sangat ..........ahhahahahha walhal blogger mak mak je pun

 
 
 Since ai bawak Isk ngan Yaya skalik ...awal awal dah ckp kat Khan . Khan nanti nak bilik satu tau ...utk my kids incase dia org nak tido or menulis ke apa ....wah gitew ...kemain demand mcm mcm ek .

Tew dia Khan n Mr Ketan ..mmg sibuk la dia org hari tew ...kije memotong kain je . Semer pun nak cepat2 suh potong kain sebab takut kalau lambat habis

 Ha tew dia suh Khan potong kain ai awal awal dulu kang lambat habis . Sebab nampak semer duk suh potong 20 30 meter . Rail tew makin slim ...kang ai sendiri tak sempat kang ...habisssss

rupanya betul ...ai amik kain nih for my sister 17 meter ...terus rail tew gondol hahahahh ....sold outtttt . Kain nih dekat RM 70 semeter tau ...tapi hari tew RM 10 aje .

So my sister save banyak hanya RM 170 utk 17 meter kalau tak 17m X 30 = RM 510 ...tew dia nampak kan beza nya muahahhahah

Lega dah amik utk my sis tapi lom lega sepenuhnya sebab langsir utk umah sendiri lom amik .

 Jamuan ringan utk customer VVIP that day ....hahahha skalik ai pegi rasmi dulu ...ampun ya ai neh cepat benor lapo sekarang neh

 Nampak rail nom 2 tew ...tew angkara ai la tew hahahhahah

Tapi pukul 4 petang semer rail tew gondol ...and all embroidery fabric SOLD OUT


tew dia my reader jauh dtg dari Manjung ...mmg kira trip utk dtg beli langsir je . Tq dear ...jgn balik selagi tak makan ya ....tambah tambah ....wah dah cam open house umah sendiri laks ekekekek

Siap ada makcik tew tanya ....awak nih tauke sini ke ...eh tak la makcik saya bukan tauke ...tew yg baju biru tew tauke . Saya tlg pomot je n ...n saya pun tak kije sini . La mati mati makcik ingat neh kampeni awak ......wah gitewwwwwwwwww harap masin la mulut makcik saya ley own company sendiri

 Anak anak sila la layan diri ek ...mummy bz melayan tetamu muahahahhahah . Tq kat pak sutan sebab dia la yg layan bebudak nih . Bawak turun bawah beli buku beli pencil warna ...siap layan dia org kaler2 so that dia org tak kaco mummy sangat ...mummy ada kije sayang ..

   
   
 readers jauh yg dtg dr Ipoh nih ...utk dtg beli langsir ...kemain banyak borong ek . Thanks ya dear dtg jauh jauh .
Kak Ita n hubby pun dtg ...thanks Kak Ita . Kak Ita nih la yg banyakkk sangat tolong kita org dulu masa Allahyarhamah Norma sakit kat hosp ...pelok ketat ketat . 

Tew dah 2 roll kain habis ...tunggu la sat lagi gondol la semer . 

 
 tew dia kemain banyak kain org order ...n ramai jugaks yg beli n bawak balik jahit .

 

 Kesian Khan yg tak rehat2 dr kol 12  ...nak makan pun tak sempat

mmg Khan jadi pojaan semer la ...semer panggil Khan utk tahu berapa meter kain perlu pakai n utk potong kain ....
 Lom sempat kol 4 kamera dah simpan dah . Pak sutan pun bz jugaks ...hahhahahah . Bila dia duk ngan Khan n Ketan semer terus dia pun nampak cam anak beranak dia org jugaks hahhahah Sutan Khan ...gitew ...tew lom masuk Talib lagi hahahhaha . 

Kol 5 baru setel ....masa tew la baru si Khan n tauke semer gie makan . Sian dia org ...dia org pun tak sangka seramai nih dtg . Thanks u olsssssss hope kowang happy n pembelian u ols hari tew berbaloi2

So dalam kol 6 cam tew baru la ai ngan sutan pilih kain utk umah sendiri ..pastuh cam weng tak tahu nak mana satu sebab dah penat sangat2 . Last Last suh je dia org design la macam mana pun janji nak lain sket tahun nih ...hahahhahahah hope cun la . Nanti ai share ya 

So that day ai sempat order utk umah my sister kat Trganu n umah Mama kat Taiping 

Si Talib kata nak order utk umah dia skalik dia tak bagi ukuran ...so nanti la yer Lib 

My auntie pun siap beli ..and auntie ai sorang lagi siap call bgtau dia suka sangat kain yg ai belikan ...siap tanya ley wat baju tak neh sebab lawa sangat embroidery tew ...ewah che chah ..jgn wat baju kang panas ....so nanti bila tgk langsir cantek tew ingat la anak buah che chah neh ya ...auuuw . 

So sapa yg nak pegi kowang masih boley pegi sampai habis bulan poser ...just mentioan my name kowang akan dapat 50% atas semer kain ....

TQ u olssssssssssssssss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...