Monday, November 30, 2015

petua bercerai susu badan

14 hb Dec, Sarah akan masuk 2 tahun. Lately dia mmg refuse utk minum susu dari botol . Dia mmg nak direct BF je..kalau malam pun sama. Tapi kalau kat nursery boleh plak dia minum dari botol. Tu pun lepas kena paksa ngan cikgu hahah.



So skrg mcm nak slow2 nak bagi dia tak bergantung sangat pada BF. Tapi skrg pun malam je dia tak boleh nak tido tanpa BF...siang tuh ok lagi sebab boleh bagi air n bagi dia makan mcm2 kan.

Lain anak lain proses nak bercerai susu badan.

Masa zaman Abg Isk dia stop sendiri sebab masa tuh Moon pregnantkan Yaya. Alhamdulillah dia boleh BF sampai 2 thn

Masa zaman Yaya plak  sebelum 2 thn dia stop sendiri...dia tak mo dah dengan sendiri nya . Jenuh gaks mak dia sampai bengkak sebab susu ada banyak lagi kan.

So Sarah ni memandangkan dia tak suka sangat susu tepung maka kena start slowly dah ..kadang dia dtg peluk2 cium cium ....cium ada makna tu

Nak susu mummy ...please mummy 

cair mummy dengar awak ckp mcm tuh. Kadang berlakon jugak kata sakit ke apa...tapi dia plak siap nak tolong tiup n sapu ubat.

So last week ada tanya petua dari rakan rakan FB dan semua petua sangat bagus...so Moon nak share kat sini. Mana tahu kita boleh share sama sama . Tq pada para mothers sekalian atas perkongsian anda yg sangat bagus ni. Jutaan terima kasih Moon ucapkan

Undian Popular

1- Asam Jawa 


2- Sirap / Lipstik /marker pen


3- Bawang putih 





Zunirrah Zamri Sapu kopi..hehe..cuba la k.moon..

Nur Farhana Noor Musa Caranya ialah ada adik baru.
Bila ada adik, secara x langsung, dia rasa dia dah besar, dia x nak susu badan lg.Haaa.. Bahaya tak cara ana?

- Cara ni sangat bahaya tauuuuuuuu hahahhahah

 
Anak no 2 stop lps preggy kn ain..tp mlm tu dok cari gak..tp lps bersalinkn ain trs die xnak..
Ma buat ke adam alhamdulillah jd. Klu dok duk riasu mcmn nk cerai susu.. dia nk nyusu dia pngil pipit.. bila ma sapu asam jawa tu dia sapa geli geleman.. dia tgk itam tu pn dia xboh.. ma kata lah pipit ibu basi.. dang 2 ari.. mmg dia xboh doh.. cuma ade ari dia buat nyanyok dia cri.. haha.. tp dia sndiri kata pipit ibu basi.. hehehe
Adam mmg xminum botol langsung.. mcm2 jenis botol mcm2 jenis susu ma bg.. tp dia still xboh.. last2 bg susu kotak hok full krim ke.. low fat ke..gilir2..

Nur Rashidah N Kita pun buh asam jawa. Tapi dia hisap juga. Kita buat banyak kali. Lama2 xtahan juga dia tak nak bf dah. Masa tu dah 2.5y. Skrg dah 3y pun masih nak menggentel candu sblm tdo. Puas menepis... Skrg ni duk kg ngn atuk nenek sbb abg kakak cuti sekolah, nenek yg jadi mangsa... 

Hayati Rahman Sapu bawang putih... tp ank meraung oooo... sampai kita nangis... last2 bg gak... 



Mummy Iswatie dulu time hana mlm2 daddy dia yg bgn layan bg minum susu botol. selamat la hana dulu senang

As Linda Masa anak sulung mcm² buat..tp yg berkesan conteng kat dada..

Dyana Zulaikha Follow... Ngah pk cara nk ceraikan susu anak... Bln 1 next year da 2y tp nmpk gaya cam ssh nk bercerai susu sbb klu tdo mlm 4 5x bgn nk mnyusu.

Norlela Saad Buh inai henna kaler merah tu kak moon. Tunjuk kat dia sambil ckp sakit sakit. Anak saya berjaya cara ni lps guna cara boh benda pahit hahahhaaa

Novianti Mohd Zain Sapu air manjakani yg disagat..pahitt

Maa Madiah Kak moon.. sapu asam jawa adabi.. 



Tarni Suzani Zainal Kak moon..anak no.2 sy still bf sampai umur 3 thn haha x de khasiat dh.. pas2 sy pregnant no3, slow2 sy stop kan.. ht kene kering. Mmg dia nangis nak tek..tp sy x bg..lama2 dia dh x nak ..

Azrin Yusoff Saya sapu asam jawa extra je

Nor Izyanti Ismail Mcm2 buat tp xberkesan..die menangis2 suruh basuh..kesian sgt lahaiii..sudahnye minum susu smpai 3thn lbh...xpe ke eh..lps umo 2thn dh bg fm..tp nk gak nyusu badan

Hazlin Zainal Alaa..kecik lg kak moon..anak saya stop menyusu bila dpt ulser masa 2thn 4bln..2 hari xminum apa2 selain air kosong..pastu terus stop..masa tu plak tgh preg 4 bln..mmg sll mntk pd Allah dipermudahkan..begitu rupanya perancanganNya..

Alin Sz saya pon menghadapi prob sama dgn si zaim ni kak Munirah Moon esok genap dia 3 tahun


Lina Fadh Akak.. Sy x berjaya nak buat ikut petua, semua gagal. Sampai la umur 3 tahaun lebih yg kecik nie masih menyusu. Tp bila dia pecahkan Hp dan saya betul2 marah (bukan pukul tp cuma abaikan dia sbb dia dah buat kesalahan besar) lps tu secara tak sengaja dia stop breast feed. Sy asyik cakap kat dia,disebabkan dia pecahkan Hp so no more n*n*n selagi Hp tu x dibaiki. Bila dah umur 3 tahun+,dia dah faham yg saya betul2 serious & marah sgt kali nie.sampaikan dok tanya abah "abah marah me tak? Mama marah me" nak gelak pon ada bila dengar dia mengadu.

Zuzita Abdul Hamid Kak Munirah Moon...mnta tlg en somi bykn masa ngan anak...saya smggu bagi abahnya uruskan anak..bgi botol susu pun abhnya yg uruskn. tido..nmdi..smua ngan abahnya...Saya ngis juga pada mulanya sbb ank ngis2 xnk botl. Lama2 dia dah sersi ngan abh nya sbb bau badan kita x melekat kt dia...cubala mn tau berjaya...


Thursday, November 26, 2015

Sri Intan Port Dickson

Ke PD lagi hahah sempena cuti Deepavali hari tuh. Pergi dekat dekat saja sebab senang hahahha. Call je Sri Intan PD tanya ada kosong tak. Rezeki budak2 ni sebab mmg ada kosong. So utk staff TM dapat harga muroh. Tapi tak la murah sangat, rasa dulu dulu  lagi murah. Takpa la zaman sekarang mana ada benda turun...semer naik naik naik. Tapi still affordable la utk apartment 2 bilik...sangat selesa.

Ajak Talib join sama tapi dia plak kije...tapi dia akan cuti keesokkan nya . Maknanya bila kita org cek out baru dia boleh cek in.

So kami dulu spend 3 hari 2 malam kat sini. Si Sarah la punya seronok. Last time masa dtg Moon tgh pregnantkan Sarah.


Tgk la si kecik tuh, semua drawer dia bukak. Lepas tuh berlari ke sana ke mari...




Kali ni dapat unit bawah. Ok la sket kan...senang nak lari ke kolam renang. Budak-budak nih mmg pantang nampak kolam. Kalau boleh time tuh jugak nak terjun. Bukak baju pun laju2...nasib tak koyak baju. Macam la kolam tuh boleh lari ( hahahha padahal mummy dia masa kecik pun macam nih jugaks la la la la la ) 



bila dah mandi manda harus la lapar kan. So jalan je kat tepi tepi tuh banyak kedai. Semua pun nak coconut shake. Pak Sutan cuba Lime Shake...sedap sangat, Rasa macam ice cream split tuh.

Malam semer tido lena sebab kepenatan hahha


Besoknya pergi cari breakfast. 

Yang best nya kat Sri Intan PD nih sebab semua ada keliling resort nih. Jalan sket dah jumpa pantai n jumpa kedai2. So mmg tak susah...semernya dalam walking distance aje .

Budak2 nak main basikal ke ...naik kuda ke ...semer ada kat tepi nih. Tambah plak ni public holiday, mmg meriah dan ada macam macam aktiviti



breakfast nasik lemak tepi pantai ...sambil tgk laut...pergggg syiok. Lepas tuh jalan balik ke bilik lalu kot pantai


Patutla pantai nih nampak bersih, sebab dah ada org sapu...bagus la kan. Tapi yg tak bagusnya pengunjung ni la suka tinggal sampah merata rata...jaga la kebersihan sket kan. Kalau anda mampu bawak nasik bawak pinggan mangkuk bagai....bawak la plastik sampah sekali utk bersihkan lepas piknik. Tak susah pun kan. Kalau semua ada kesedaran sivik, pasti pantai2 kita akan bersih.

Ni kadang pampers anak pun ada tepi pantai...adeh.



cam comey je Abd n adik. Masa ni Pak Sutan bawak Yaya balik sebab biasa la anak anak ni. Time makan la nak terberak...nak terkencing

Masa zaman Isk kecik lagi la. Tiap kali ke kedai makan je misti nak berak without fail . Sebab tuh kadang pilih jugak tempat nak makan...pilih jamban yg elok. Sebab kalau yg koto kita plak masaalah sket nak cuci kan.


 cuaca mmg cerah ...syukur Alhamdulillah dah tak ada jerebu


Si Sarah pun sama naik nak mandi pantai. Baru je lepas makan nasik lemak banyak. Skali dia tertelan air laut yg masin terus termuntah n kuar semer nasik tuh...aduiii . Ingat kan dia tak mo mandi dah. Sekali lagi seronok nak mandi. 



Bila dah panas ...kita gie sambung mandi kat kolam plak 


Talib, Baqis n Rafiq dah sampai...since boleh cek in at 2 pm maka mari la kita lepak2 dulu...kami cek out kol 12


 Sampai2 je dia dah melompat2 dah nak masuk kolam. So bagi la dia org mandi kolam di kala panas nih kan. Terus garing je sorang2

Kami lepak ngan Talib n Baqis pergi lunch semer...lepas tuh kita org balik umah. Dia org stay kat sana lagi la sebab mertua Talib pun join sama.

Balik tuh rasa macam rugi plak tak pergi cari ikan bakar ke apa ...terus Pak Sutan melencong ke Bagan Lalang. Puas hati makan kat Bagan lalang hahahha

  

Antara cust terawal..org baru je bukak kedai kami dah duduk dah kat kerusi hahahha. Order mcm biasa ikan pari bakar, sotong goreng, pahat sweet sour pecah telo..kerang bakar...apa lagi ek. Ha Nasik lemak kat Senandung Malam ni sedap. Sos kicap dia pun sedap..

Masuk kereta semer anak anak  tertido kekenyangan n kepenatan.

Percutian yg pendek n seronok ..n dekat hahah


Incase rakan rakan TM nak pergi just call nom ni k . Ada banyak lagi kat lain lain di sini tp yg nom Tanjung Bungah cam lain je. Sebab hari tuh kami pergi walk in n nom baru adalah 04-8995492

Sri Intan Resort Sdn Bhd
Phone No.
:
06 662 7262
Fax No.
:
06 662 7663
Office Hour
:
7.00 am – 10.00 pm (daily)
E-Mail
:

Bicara Wakaf bersama Ustadz Don



Sebelum cuti sekolah hari tu, sekolah Isk ada jemput Ustadz Don dan topik yg dibincangkan adalah mengenai Wakaf. Ustaz Don juga merupakan icon wakaf.

Rupanya Wakaf ni sangat besar dan banyak hikmahnya.

Si Isk plak duk sibuk kata

Ni Ustadz Don bagi ceramah 30 minit je tau

Napa 30 min plak

Yer la 30 minit bersama Ustaz Don

hahahhaha. Bagus sangat pihak sekolah anjurkan acara seperti ni. Malam tuh kami semua pergi. Sarah letak kat nerseri kejap...so bawak Isk n Yaya je. Mmg penuh org dtg malam tuh dan sangat meriah


Banyak penerangan mengenai wakaf. Dia pun bgtau apa beza sedekah ngan wakaf.  Wakaf ni , kita akan dapat pahala selagi mana barang yg kita wakafkan itu digunakan.

Sedekah adalah ibadah yang kita lakukan dimana pahalanya adalah hanya untuk ketika bersedekah. Contohnya jika kita bersedekah wang kepada seorang peminta sedekah. Kemudiannya dia akan menggunakan wang itu untuk membeli makanan, setelah habis makanan itu dimakan maka pahala bersedekah hanya setakat disitu manakala 

wakaf adalah juga disebut sedekah jariah (sedekah yang berterusan) dimana harta itu perlulah bersifat kekal. Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakafkan itu boleh diambil manfaatnya. Contohnya dengan wang RM10 yang pewakaf wakafkan akan dikumpul dalam satu tabung kumpulan wang wakaf dan kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pembinaan masjid. Selagi masjid itu kekal berada disitu, selagi itu pahala kita akan terus mengalir. InsyaAllah.


Pertama kalinya ada wakaf kapal terbang. Misti kita pun hairan kan...macam mana nak wakaf kapal terbang...bukannya kapal terbang tuh murah. Sebab tuh duit yg kita sumbangkan tuh kita niat utk wakaf kapal terbang. Kalap terbang tuh akan digunakan bagi org utk pergi Haji. Bayangkan betapa ramai umat Islam dapat nikmati wakaf ni. Malam tuh, dia org explain jugak pasal wakaf kapal terbang ni



Sedikit penerangan wakaf yg diambil dari Perbadanan Wakaf Selangor

Pengertian Wakaf

Wakaf adalah berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai. Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.

Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanahbangunanrumah dan juga wang tunai.

Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam. Para fuqaha' berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan hingga ke hari akhirat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...