Tuesday, August 16, 2016

Bawal Power Sempoi Cyberjaya

Ni la antara port makan best di Cyberjaya. Mmg dari dulu sampai skrg mmg sama je rasa dia ...skrg makin femes n ramai org dtg sini semata mata nak makan ikan bawal goreng ni.

Ada macam macam....ada ikan keli, ikan siakap dan ikan talapia goreng. Pair plak ngan air asam, sambal belacan n kicap cili....serta ulam ulaman....mmg lepas mkn tu, u ols bawak kereta balik opis tangan kiri je pegang stereng. Sebab tangan kanan duk melekat kat hidung hahahhahahah

 Nangis kalau ada sesiapa terlanggar susunan ni ...harus kena sumpah 3 keturunan hahhahah

tgk la ....mmg termenung kejap tgk ikan ikan ni semua. Konpius kejap nak amik ikan apa ...

Ikan keli set RM7 - 8
Ikan Siakap set RM 15

Ikan Talapia ( lupa nak tanya )

Sotong set RM 13

harga kalau ada +  - tu maafkan akak yer sebab akak hanya tanya sekali lalu dan tak kuarkan buku n pen utk catit harga muahahahhah

Ni menu minggu bila tah...masa ni amik sotong goreng. Pun sedap juga u olssssssss .



Tadi pergi lunch awal sket sebab perut dah berkeroncong. Pagi tadik makan kemain la awal sekali ngan anak anak nak gie sekolah.

Tapi kat opis pukul 12 l dah lapar sangat dah....telan air setengah liter pun masih lapar acaner. Terus kenyit kenyit mata kat Pak Sutan ajak pergi makan. 

Sampai kat Sport Arena Cyberjaya ni terus bau sotong bakar. Akak perati je abg tu panggang sotong ni hahahhaha. Lepas tu blur kejap sebab tak dapat nak decide nak makan sotong yg tgh bergolek atas pemanggang tu atau nak amik ikan goreng krup krap krup krap tu .

Tapi u ols tgk la sotong tu gebu gebas u ols....siap ada sos plak disiram atas sotong. Terus akak decide amik sotong la

nindiaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sotong bakar gebu dengan air asam banjir satuuuuuuuuuuuuuu

Letak plak ulam daun selom , daun salad n pucuk ubi rebuih...nangis hokey. Nangis sebab pedas pun ada ...habih merah muka ....berair mata n pakej nak meleleh air hidung makan ni. Lom lagi ambil kira peluh yg mengalir kat belakang kepala ni u olsssssss mmg nikmat

Kalau u ols still tertanya tanya kat mana tempat ni just type je Sport Arena Cyberjaya kat WAZE mmg ley jumpa. Atau google pun boleh nampak



Nak masuk dlm ni kena bayar parking RM1 ok

Waktu operasi : Isnin sampai Jumaat
Facebook : Bawal Sempoi Cyberjaya 

Ni dah balik opis dah 3 kali cuci tangan ngan sabun....still duk bau air asam ni kat tangan....aduiiiiiiiiiiii

So tadi makan ikan keli set dan set sotong = RM 20
Air Teh ice and teh o ais limau = RM 3.70
+ tudung bau asap
+ bau kat tangan susah nak hilang
= semuanya PRICELESS sebab mmg berbaloiiiiiii


Friday, August 12, 2016

Lunch di Saaba with Talib n Baqis

2 hari lepas keluar lunch lambar sket. So mcm blur tak tahu nak makan apa. Macam ni la kalau dah lama sangat kat Cyberjaya ni. Walaupun kedai makan merata rata kadang tiba masanya tak tahu nak decide nak makan apa.

So rasa mcm nak makan kat Saba. Pak Sutan kata, kalau ada parking, kita makan kat situ. Kalau tak ada, kita pergi kat lain je. Ok set la

So nasib baik ada parking tak jauh dari Saba....so kita lunch Saba la ya

 Moon order chicken shawarma sebab konon nak makan yg light light...konon la kan. Padahal kalau dtg Saba, yg ni je Moon selalu order. Sebab rasa puas je. Skrg dah RM16.90 sepinggan ni.

Moon paling suka makan ni sebab boleh koyakkan roti n celup dalam sos putih rasa bawang putih tu n makan sekali ngan ayam yg juicy tu n amik sayur sket....sos cili dilupa jangan. Hahhahah kita ni pantang nampak fries misti nak cicah ngan sos cili kan ( akak la tu hahahha )

Kalau ada tomato yg blend ngan cili  tu pun best . Since Pak Sutan makan Chicken Kabsah, maka boleh la paw dia nyer tomato tu hahahha. Best sebab ada rasa pedas pedas cili padi. Very the fusion sgt hahahhah ikut selera tekak sendiri.

Masa baru duk makan ni tetiba nampak 2 wajah yg sangat dikenali ....duk berjalan nak dtg ke arah Saba. Muka kemain berkerut sebab panas. Rupanya ia adalah Talib n Baqis hahahhaha tak sangka dapat jumpa

Baqis gie buat IC kat Putrajaya. So sementara nak tunggu IC siap dalam masa 2 jam, dia org dtg ke Cyber utk makan kat Saba. Mmg rezeki la dapat jumpa dia org. Terus la lunch sekalik

 Sempat la sembang2 n borak borak tanya pasal Rafiq. Hari tu dia org bawak Apik g berubat kat Melaka.

Rasanya Moon lom cerita lagi kot pasal Rafiq. Rafiq acctually di diagnose ada Autism. Mild Autisme....more on speach. Sebab tu dia lom boleh bercakap sangat lagi n apik dah umor 5 tahun. But lately Apik dah start cakap dah sket ....good job Apik and good job mama n papa Apik.

Yes its not easy after yg Talib had gone thru kan. Even kami yg perasan condition Apik ni pun amik masa juga utk convince kan Talib serta Mama utk terima keadaan Apik. Umi la yg perasan dulu pasal keadaan Apik. Dia nampak Apik main tak macam anak anak lain. Dia suka susun barang sebaris je...kalau kita panggil dia langsung tak pandang. Dia tak suka bergaul sgt ngan org n banyak lagi Umi perasan.

Masa Apik umor setahun lebih n masa tu mama yg jaga. Mmg mama bawak Rafiq gie speach theraphy . Sebab kalau kita perasan skrg ni dalam buku pink kita kena monitor perkembangan anak anak . Kalau ada delay ke apa kita kena cepat2 mention pada doc kita.

Cousin kita org mmg guru sekolah khas. So masa sembang ngan dia kita org bgtau la Rafiq ni mcm mana. Dia mcm lain sket ...n mostly org kita akan kata dia ni a bit "nakal" but he is not, dia cuma tak paham apa yg kita ckp kat dia . Moon pun duk follow cerita anak Fyn Jamal n nampak banyak persamaan Rafiq ngan Arjuna. Moon start la cari Syeerah mama Lana. Sebab Syeerah mmg rajin share pasal perkembangan Lana. Takyah Moon bg penerangan apa pun, Syeerah terus boleh tangkap apa yg Moon nak tanya. Syeerah la yg suh Moon cepat2 bgtau Mama n Talib utk bawak Rafiq utk di diagnos kat NASOM. But belive me its not easy utk convicekan someone yg baru je kehilangan isteri utk terima pasal anak pula ya....kita tak tahu betapa geloranya dalam dada dia.

Alhamdulillah rupanya perancangan Allah tu sangat cantik . Lepas Talib kahwin, Baqis banyak terima pasal ni. Mama banyak ckp ngan Baqis utk Baqis talk to Talib. Lama kelamaan dia org manage utk bawak Rafiq ke Nasom...masukkan dia ke theraphy and many more . Apik sgt sgt boleh terima Baqis n lagi dengar arahan ya. Good job Mama Baqis.

So bila tgk Rafiq mmg dia banyak sgt improve. Kalau tak dulu mmg dia tak duduk diam...lari sana sini...lompat lompat n steaming. Tiba tiba dia gelak happy semacam..kalau Isk Yaya ajak main sama sama pun dia tak mo. Tapi dia mmg suka kena geletek.

Now dia lagi calm...kalau panggil dia pun dia dah berpaling...ada good eye contact. Pandai mintak apa apa dia nak . Dah boleh salam ngan kita boleh kiss. Takda dah lompat2 n ketawa tiba tiba...wow mmg nampak perkembangan dia

But usaha ni kena berterusan. Biasanya Baqis akan bagi update kat group apa Apik buat kat sekolah. Dia manage utk buat aktiviti yg cikgu bagi. No more tantrum....and update dr Baqis sgt detail sampai lepas kita baca tu kita puas...ok tak ada soalan. Kalau tanya kat Talib ...jawapan dia pendek je....ok je. Kita plak yg apa ni ...apa terjadi ...hahahhahah biasala lelaki malas nak citer panjang2.

Sebenarnya ada banyak sangat benda Moon nak share tapi nanti nanti la. Kang panjang berjela plak entry ...So kalau ada u ols yg ada anak condition sama macam Apik. ..please do share with us ya. Semua recomendation n sharing adalah amat amat membantu. 

Baqis wrote such a beautiful entry ...boleh baca kat Blog Baqis. Baqis hi 5 sket sebab Baqis dah create blog....akak peminat blog Baqis tau

Entry utk Abdul Rafiq 

Org misti kata mana mungkin anda boleh menyayangi anak org lain...anak yg bukan anda lahirkan pun. But believe me ...jgn kita duk amik kesah cerita pasal mak tiri anak tiri bagai yg few cases shj.... sebab ada beratus lagi yg ok yg kita tak minat nak amik tahu ....betul tak. Saya membesar dlm family yg campur campur n I know how my mom layan anak anak dia tak kira anak betul atau anak tiri....so yeahhhh think +ve people.

Ooooo panjang nye cerita hahahhahahha asal wat entry makan je kan but ....siapa boleh tahan once jari nak menaip ( sila bayangkan mulut akak muncung2 sambil geleng2 kepala sambil bercerita kat u ols k ) So hari Jumaat yg mulia ni sama sama la kita doakan agar dipermudahkan utk Rafiq ya....nama glamer dia Apik Boccehh

ok satu pose menggoda dari Rafiq satu...apik bam bam masih maintain ke bam bam dia .. menjaga budak mmg susah but I know Talib n Baqis adalah gabungan yg mantap utk bantu Rafiq...kita org semua get ready utk u ols k. We did it once and Im sure this time will be easy. Dont give up ya 

Acara disudahi dengan Talib ajar abg dia install Pokemon Go hahhahahahah. Dia org pun nak cepat sebab nak g amik IC yg dah siap tu.



Thursday, August 11, 2016

K Hotel Jalan TAR

Moon kadang kalau ada tgh buat VIP Sale kat Sarah Hughes Globe KL tu mmg amik bilik terus kat hotel nearby. Sebab kalau dtg n spend seharian di lvl 7 ...lepas tuh balik Sepang. Besok pagi pagi dah kuar balik ke KL mmg lebih kurang je minyak n tol bagai...tambah lagi bonus penat tu

So Pak Sutan mmg rekemen suh amik bilik je la so senang takyah nak rush rush n kita pun tak penat travel. Budak budak pun ok kira sambil kerja sambil santai santai 

So mmg duk nampak K Hotel ni sebab seberang jalan je pun dari Sarah Hughes Globe ni. 



ni la K hotel ni 


Moon dapat upgrade ke family room . So ada 2 katil king,,so sangat selesa sebab sangat luas. Sonok Mek Sarah tuh berlari lari dalam ni 

Klik disini utk tahu rate bilik

So bila mummy kena gie kat Globe, dia org pun selesa duk kat sini . Nak tido ke nak buat apa ...

ni adalah kali ke 4 kot cam tu kita org stay sini. Ok la kan bilik semua selesa dan yg penting kat bawah tuh penuh org menjual tudung hahahha.

So kalau sesiapa nak dtg shopping kat Jalan Tar boleh je dtg duduk kat sini sebab mmg mudah la sangat.

Kalau sesiapa nak dtg beli langsir pun boleh duduk sini hahahah. 


 

Ada tempat makan juga kat Lvl 8. So kita org breakfast kat sini je. Kadang ada rate bilik yg termasuk breakfast. Tapi kami tak amik sekali ngan breakfast,.....so bayar je RM5 seorang utk makan buffet. Makanan simple simple je tapi mmg kenyang betul. Takyah susah susah nak pikir mana nak gie beli breakfast.


Lobby K Hotel ni kat 1st floor tau. Ada org tanya mana nak park kalau duduk kat sini. Ok ni Moon share kan utk rujukan u ols k. Boleh klik gambar utk  lagi jelas 

Di bawah ni adalah masa kita org stay kat sini awal tahun hari tu kalau tak silap. Masa ni dapat bilik betul2 depan n mengadap ke Globe. Kalau Ahad awal bulan mmg akan ada org berbasikal secara santai sepanjang jalan TAR ni.  Pagi pagi budak budak ni dah tgk kat luar , siap ada pancaragam lagi.



Gambar ni di ambil dari bilik kita org 

 mmg clear sangat permandangan . 


kalau nak book bililk boleh ke page dia org k 




Wednesday, August 10, 2016

Dasto Granola Oat

Moon cuba Dasto Granola Oat dan bijirin ni last 2 weeks. Sekarang tinggal sepeket sahaja dari 3 paket.



Anak anak n kita org sekali mmg suka oat ni. Tapi Granola ni lagi best sebab ia adalah rolled oat bersama bijirin lain. So takder la u ols rasa mcm kosong aje kan.



Dalam ni ada gabungan Dasto Granola Oat dan bijirin seperti berikut :

Oat
Badam 
Mangga kering
Biji Labu
Kismis
Isi kelapa kering 
Sirap dari pokok nipah



Mmg sedap n yg penting ianya rendah kalori dan kaya dengan serat....high fibre gitu

Hari tu Kak Sham dia pernah dtg Globe beli langsir. So mmg kenal ngan kak Sham ni. Moon dapat Dasto oat ni dari dia la.

Yang penting Dasto Oat ni adalah keluaran Bumiputera dan dikeluarkan oleh DAS Kitchen. Dr Aishah Solution di Kedah sana. Hangpa misti kena cuba Dasto Granola Oat ni sebab mmg sedap.


Tiada Kolestrol
Tiada pengawet, perisa tiruan dan pewarna tiruan
Semulajadi
Tanpa lemak Trans
Semestinya HALAL


Isk, Yaya ngan Sarah dia org mmg suka Oat. So kat rumah mmg selalu ada oat. Kadang mummy dia tak sempat nak buat breakfast ....so dia org akan makan oat je sebelum pergi ke sekolah. So baru baru ni bagi dia org rasa Dasto Granola ni....dia org mmg suka. Si Sarah pun makan.....sebab ada manis manis kismis kan n mangga tu. Mmg suka la dia

Kadang lapar sementara nak tunggu lunch...kita pun boleh kunyah2 oat ni sebab ianya ranggup. So bila kunyah2 tu ta ada lah rasa masin masin n manis manis n mengenyangkan.


Ni adalah paket yg mmg Moon tinggal kat office . So kalau lapar lapar tu mmg kunyah2 je Granola Oat ni. Tgk tu....ada 1 sudu aje lagi hahahahha

Kadang Moon beli susu kotak letak dlm peti opis. Bila lapar amik 2 sudu Dasto Granola Oat ni letak dlm mug n tuang susu. Makan je la ni...sedap woooo kalau makan ngan susu sejuk . Makan ngan Oat pun sedap . Tabur atas ice cream lagi sedappppppppppppp


Apa beza oat ni...sebab ada oat segera dan rolled oat


Dasto Granola Oat ni pakai rolled oat yg tengah tengah. So ia lagi besar n tebal dari oat segera yg biasa kita bancuh ngan air panas tu. Kadang setengah org tak suka makan oat segera sebab kalau lambat makan dia cam berlendir kan. Lepas tu terus tekak rasa kembang kembang je nak telan.

Tapi Rolled oat ni lebih padat so kalau kita makan ngan susu tu dia still ada rupa bentuk oat tu. Kalau makan pun still boleh kunyah lagi .

Rolled oat ni la juga sesuai nak buat overnight oat yg kita duk nampak tgk viral kat FB tu kan. Sekarang semua org dah aware pasal eat clean. Memang ssesuai utk mereka yg nak diet. Yang tak diet pun boleh makan  utk  lebih sihat.



So cara nak buat overnight oat ni senang aje.


Pic adalah goog;e yer sebab hari tuh Moon buat. Pagi pagi bukak peti terus ngap ngap ngap ...lepas tu baru teringat nak amik gambo. Bila amik kamera, boleh plak bateri habis....nanti Moon try snap utk u ols k. Moon buat pakai yogurt.

lebih kurang macam ni

sebelum tido

Letak yogurt ( plain kalau boleh )
letak lapisan granola oat
letak yogurt lagi

lepas tuh masukkan dlm peti ice. Pagi nanti boleh makan...

sebab tu nama dia overnight hahahha sebab kena biar dia semalaman. Since Dasto Granola Oat ni dah ada badam n kismis serta mangga dan sebagainya....kalau kita takder buah nak letak pun tak apa . Sebab semua tuh akan bagi manis...mmg cukup dah



 Ni la my last paket kat opis. Lepas ni boleh kacau Kak Sham lagi utk beli hiksssss

satu paket RM14.90 sahaja.



Cod KL/KKB/Tg.Malim : 
Shamsida 0192349496

ig: shamsidaabdullah



So kalau u ols berminat gak boleh contact agent2 berikut ya

Cod Semanggol/Taiping, Perak : 
Ina Azahar 0174136657
fb: Ina Azahar
ig: INA_AZAHAR

Cod Sayong/Kuala Kangsar, Perak : 

Nurhasnatul Nabila 0175014912
fb: ByNabila Razak

Cod UITM Permatang Pauh/Kulim, Kedah : 

Syeka Rohaini 0134351899
fb:syeka rohaini
ig: syeka_ajpremiumreseller093

Cod Cyberjaya/Putrajaya/Bdr Saujana Putra/Putra Height: 

Nadia Farhadila 0196802234
fb:nadia farhadila
ig: nadiafarhadila

Cod Pasir Gudang/Kota Tinggi dan sekitar : 

Baizura Rasip 0137592931
fb: baizura rasip
ig: seqybeauty_johor

Cod Denai Alam/Bukit Subang : 

Siti Rozana Rozar 0192148779
fb: Siti Rozana Rozar

Cod Bagan Serai : 

Rusline 0125055640
fb: Rusline Sikah

Cod UMW Toyota Subang/Shah Alam : 

Rozita Idris 0126505573

Cod Bangi/Kajang/Serdang : 

Nik Muhammad Zuraimi 0132002046

Cod JPJ/FRU Ipoh, Perak : 

Tg. Zamilah 0195757835

Cod Ampang, Kuala Lumpur : 

Syed Isk Dzulkarnain 0129208523

Nama: Siti Noraini
No. HP: 012 2000855
FB: sitinoraini
IG: sitinoraini
COD Area: KLCC, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil




Tuesday, August 09, 2016

tersentuh plak

Malam tadi duk tekan2 channel kat TV tapi takder citer best pun ...last last tekan 118 channel Astro Go Shop . Bahaya betul tgk Go Shop ni sebab semua benda menarik...

Terutamanya periuk periuk...so semalam tunjuk periuk 3 beradik yg RM149 tu

Mmg Moon tgk ngan penuh semangat la kan. Sebab mcm best je....tapi tgk je la kan...periuk berlambak lambak dlm kabinet tu. Tapi biasala kan kita suka nak tgk terus rasa macam best je macam cantik je macam syiok je

Sekali si teruna tanya

Mummy nak ke periuk ni 

Nak la tapi mahal la Isk. Kalau mummy spend Rm150 kat atas pasar Terengganu tu bukan takat 3 beradik periuk mummy dapat....silap silap boleh beli 7 beradik terus. 

Mummy suka tak periuk Go Shop ni 

Sukaaaaaa 

tetiba dia pergi ke belakang jap n siap panggil yaya dtg. Duk dengar apa ntah duk sembang . Moon duk sambung je tgk Go Shop tu

Sekali dia dtg ..

Mummy ni Isk share ngan Yaya. Mummy amik la duit raya kita org ni ...mummy beli la periuk tu. Telefon la skrg mummy . Isk ngan Yaya bagi kat mummy. 

gulppppppppp terus rasa cam terlekat nak telan air liur sendiri...ooollloooo sweet sangat la  . Terus me yg so tau fu fa ni rasa cam panas je mata....tapi maintain je. Dalam hati cam nak peluk2 je dia tapi takut mak nangis berjujuran air mata hahahahhah nampak benor hoverrrrrrr tapi tu la kalau ada anak anak kan.....benda mcm ni la yg buat kita terharu kejap.

Benda2 cam bila kita merungut penat n sakit kaki tetiba anak anak dtg tolong picitkan kaki tanpa disuruh....yg tu la buat kita rasa sejuk n nyaman je hati ni...betol tak

Takpa la ni kan duit raya Isk ngan adik....simpan la. Mummy suka tgk je la. Tq Isk tq Yaya

Kalau mummy nak beli ...mummy bgtau la Isk k 



Friday, August 05, 2016

Langsir Sarah Hughes Globe


Sticky Post until 6 August 2016
Please scroll down for new entry . Thank you 


Assalamualaikum n Hi semua

VIP Sale dtg lagi tapi kali ni bagi memenuhi permintaan semua, kami lanjutkan offer ni sampai 10 hari tau. So anda boleh rancang bila nak dtg ke Lvl 7 Sarah Hughes Globe....nak dtg banyak kali pun boleh. Kecik tapak tangan, 1 Dataran Merdeka kami tadahkan.

So apa yg anda perlu buat adalah dtg pada tarikh bermula besok 29 July 2016 hingga 7 August 2016 nanti.

Hanya naik ke lvl 7 dan tunjukkan pada staf poster dibawah ( bagi menunjukkan anda mmg betul2 follower Moonpunyerblog ) nanti staff lvl 7 akan explain kat anda harga special meletop kebabom khas utk follower Moonpunyerblog. Itu sahaja dan anda terus jadi VIP pada hari tersebut.




Moon akan ada di lvl 7 pada 6 dan 7 August dari pukul 11 am - 4 pm . 

Memang berbaloi baloi ...siapa nak ganti langsir utk Raya Haji nanti mmg skrg la waktu yang sesuai.
Tempahan jahit pun ada k .

Harga kain bermula dari RM5, RM10, RM 15, RM20 , RM25

So sila ukur tinggi dan lebar tingkap masing masing ya. Bawa ukuran ke lvl 7 dan kita org akan kirakan berapa meter yg anda perlukan

Jumpa anda disana...

Ok, siapa yg tak sempat shopping masa hari raya hari tu boleh dtg masa sale ni k...ajak kawan kawan n sedara mara sekali.



comey sungguh corak kain baru ni. Kain ni sangat limited tau u ols 












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...