Tuesday, August 09, 2016

tersentuh plak

Malam tadi duk tekan2 channel kat TV tapi takder citer best pun ...last last tekan 118 channel Astro Go Shop . Bahaya betul tgk Go Shop ni sebab semua benda menarik...

Terutamanya periuk periuk...so semalam tunjuk periuk 3 beradik yg RM149 tu

Mmg Moon tgk ngan penuh semangat la kan. Sebab mcm best je....tapi tgk je la kan...periuk berlambak lambak dlm kabinet tu. Tapi biasala kan kita suka nak tgk terus rasa macam best je macam cantik je macam syiok je

Sekali si teruna tanya

Mummy nak ke periuk ni 

Nak la tapi mahal la Isk. Kalau mummy spend Rm150 kat atas pasar Terengganu tu bukan takat 3 beradik periuk mummy dapat....silap silap boleh beli 7 beradik terus. 

Mummy suka tak periuk Go Shop ni 

Sukaaaaaa 

tetiba dia pergi ke belakang jap n siap panggil yaya dtg. Duk dengar apa ntah duk sembang . Moon duk sambung je tgk Go Shop tu

Sekali dia dtg ..

Mummy ni Isk share ngan Yaya. Mummy amik la duit raya kita org ni ...mummy beli la periuk tu. Telefon la skrg mummy . Isk ngan Yaya bagi kat mummy. 

gulppppppppp terus rasa cam terlekat nak telan air liur sendiri...ooollloooo sweet sangat la  . Terus me yg so tau fu fa ni rasa cam panas je mata....tapi maintain je. Dalam hati cam nak peluk2 je dia tapi takut mak nangis berjujuran air mata hahahahhah nampak benor hoverrrrrrr tapi tu la kalau ada anak anak kan.....benda mcm ni la yg buat kita terharu kejap.

Benda2 cam bila kita merungut penat n sakit kaki tetiba anak anak dtg tolong picitkan kaki tanpa disuruh....yg tu la buat kita rasa sejuk n nyaman je hati ni...betol tak

Takpa la ni kan duit raya Isk ngan adik....simpan la. Mummy suka tgk je la. Tq Isk tq Yaya

Kalau mummy nak beli ...mummy bgtau la Isk k 



6 comments:

Nooraini Ali. said...

hasil dididkan maknya juga anak jadi pandai menghargai. tahniah kak moon

aisha said...

jangan beli jangan beli.. pergi carik dulu review pasal periuk ni.. ada orang pernah post kat facebook cakap periuk tak serupa bikin...

~adeQ~ said...

sweetnya diorang kak....=D

IdaShazana said...

pandainya dia

anis abdullah said...

Memang kita pun hampir nak beli... jadi surirumah lagi bahaya semua benda yang menyenangkan kerja2 rumah kita nak beli. Tukar channel.

CikLily Putih said...

mak aku sibuk suruh aku beli periuk ni tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...