Wednesday, August 24, 2016

permintaan di subuh hari

Budak budak ni mmg ada satu penyakit la . Penyakit yg buat mummy dia jadi sakit. Penyakit suka mintak benda last minit . Permintaan sebelum ke sekolah subuh subuh hari

Masa Moon tgh gosok tudung sekolah dia, boleh plak Yaya dtg n bgtau ni

Mummy Yaya kena bawak pom pom ke sekolah ni. Pom pom , kotak, Gambar ikan , lidi  cikgu nak hari ni 

Terus hati mak tetiba jadi panas ..sepanas iron yg tgh panas tu hahahhaha sambil stim keluar kepufff kepuff

Napa baru ckp skrg. Mana mummy nak cari masa ni. Pom Pom tu mummy boleh buat tapi kat umah takder tali rafia. Nak kena g kedai tappi awal awal mcm ni mana ada kedai buka lagi. Semalam Yaya boleh je duduk lepak baring2. Mummy tanya kerja sekolah Yaya kata tak ada...napa semalam tak bagitau.Boleh la kita gie kedai beli tali n buat. 

Ni ikan nak buat sendiri ke macam mana. Nak kena lukis kat kotak ke...ke cikgu nak ikan dari majalah. Cikgu baru mintak atau Yaya baru bagitau mummy ni 

Nampak tak tahap membebel dipagi hari mcm mana. Tu la mak stress pagi pagi ....sian plak Yaya terus masuk bilik kemas buku. Alahai sian anak mak...yg aku emo sgt nak marah marah ni napa. mcm la aku ni sendiri tak pernah lupa.....pelupa nom 1 la.

Masa buat air bgtau Yaya

Nanti mummy try tgk kedai bukak tak lagi. Mummy try buat pom pom utk Yaya tau. Tapi mummy tak sempatla nak koyakkan tali tu jadi halus...nanti yaya koyakkan tali tu pelan pelan kat skolah k 

Baru la muka anak tu senyum . Kalau tak harus 2 2 stress....sorang stress sebab kena marah ngan Mak...sorang stress sebab anak mintak masa ni.

Tapi budak budak ni mmg mcm ni la.....kadang sabtu ahad kemain lepak...skalik hari Isnin dah masuk kereta nak g skolah ....baru bgtau nak itu nak ini..........

Anak anak korang cam tu juger ke

7 comments:

ainor said...

moon... mmg rase nk betuka jd naga bile pepagi mntk mcm2.. bertabahla..

umminani said...

anak i belum sekolahh..heheheh

cikel said...

Salam kakmoon..hahaha..saya takda ank..tp perangai saya sbijik mcm tu..cuma bukan part mintak barang last minit..sebab dah tahu mesti kena marah..tapi part exam..selalu bila dah sampai depan pintu pagar sekolah..baru cakap kat ayah saya "hari ni ada exam..doakan ye" hehehe..

Warisan Petani said...

Nama pun budak.
Sabo aje lah

Eliss said...

sama la anak eliss. tgh2 malam baru bagitau. nasib baik la apaknya melayan, cari jugak tengah2 malam nasib ada kedai buka.

Syamimi Saad said...

sian kak moon.. hehe
kalau saya pun boleh jadi singa dipagi hari..

~adeQ~ said...

Sama lah tu kak Moon. Stress tau. Sedangkan baru tadi keluar pergi kedai dengan ayah dia. Takde lah minta nak botol lah, selotap lah....

Mula lah nak bagi ceramah motibasi!

So, sebagai langkah tak sentap, make sure tahu hari DSV bila, petang sblmnya mmg akan tanya esok nak kena bawa apa. Kalau tak, ibu takkan sediakan kalau terlupa. Jawab sendiri dengan cikgu ok. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...