Maaf sebab lama tak update blog. U ols rindu ke tak muahahahhaha. Ni Moon wat entry summary sket....berita sepenuhnya akan Moon buat di entry yg berasingan
Perfume Dr Sheikh dan Dr Halina
Moon baru dapat batch perfume. So dalam waiting list dah dekat 100 nama yg tunggu giliran nak dapat. So bila dah ada stok dlm tangan , harus la kena tanya dulu siapa yg nak n minta buat bayaran semua kan. But maklum la kan ni hujung2 bulan akak amat memahami u ols. So nak nayar besok lusa pun boleh tapi just le me know supaya Moon boleh asing siap siap.
So malam mmg acara tulis slip ...balut bubble wrap. Ikat ikat reben ( sebab Moon suka kalau terima parcel sebab rasa mcm terima hadiah je....walaupun bayar guna duit sendiri hahahahah so Moon saja la nak bg nampak sweet sket bila u ols bukak parcel tu )
ni la botol yg smart n cute tu.
Stok pun dah nak kering dah n kena ambil stok balik ni. Padahal baru je hari Jumaat dpt stok. Alhamdulillah
Pak Sutan pun gigih tolong potongkan salatope siap siap n temankan Moon bungkus ni semua. Sebab ni kan projek kita org bersama. Infact, Moon buat la apa apa mmg dia akan tolong dibelakang tabir....gituw
Siapa nak beli boleh email Kak Moon k at moonpunyerblog@yahoo.com
30 ml, EDP RM49 each
beli couple set, free postage ( RM98 )
Inspire by Dr Sheikh : Bau musky, woody, cinnamon and clove and ember scent.
Desire by Dr Halina : Bau Apple and exotic flowers and sensual woods
Anniversary ke 12
Yer dah 12 thn . Alahai rasa cam baru je kahwin kan. Rasa mcm hari hari kuar ngan best friend je. Makan sama sama, gie kije sama sama...lunch sama sama...balik kije sama sama...hahhahahha misti org tertanya tanya
Tak bosan ke
Masalahnya tak rasa bosan. Canner....rasa cam best je muahahhahah pelik tapi benar. Moon mmg selalu ngan dia je. Dia pun sama juga mmg asik ngan Moon. Walaupun jenuh suh dia kuar lepak ngan kenkawan ke apa tapi dia kata dia selesa cam ni. So ok la kan.
Dia pun slalu paksa Moon benda yg sama but mmg kitaorg ni spesis pelik kot sebab Moon pun akan bg jawapan yg sama juga
Tq Pak Sutan sebab being such a good husband, father n most importantly for being such a good friend to me. Selalu sabar ngan kerenah saya...selalu dengar saya bercerita , merungut n membebel. Kalau saya nak marah tentang sesuatu awak pandai je buat lawak yg bodo bodo n bagi saya gelak balik .
Awak selalu buat saya marah sebab susah benor nak kejut awak bangun tido. Tapi bila awak bangun n terus dtg kat sana sambil senyum2 n peluk saya n say good morning terus perasaan marah tu jatuh berderai kat lantai...oooh kegilaan apa kah ini.
Ada banyak lagi benda nak tulis ni tapi nanti buat entry lain la.
Walaupun ni pun terbabas dah jadi panjang hahhahah
pendekkan cerita I love u Pak Sutan muahciked...walaupun sekarang awak susah nak tepek2 ngan saya sebab kita ada anak kecik bernama Sarah yg skrg tengah obses ngan Mummy dia sampaikan daddy nak peluk mummy pun tak boleh....Sarah tgh ada masalah jeles melampau sekarang ni ...pftttt
Nasib la dia jeles ...kalau dia tak jeles mungkin dia dapat adik dah ni eh ehhhhhhhhhhh tetibaaaaaaa
Hargggg Hargggg Hargggg
Birthday Sutan Iskandar yg ke 11
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Sutan Iskandar
Allah selamatkan kamu
Selamat hari Jadi yg ke 11 Isk. Mummy sayang Isk sangat sangat.
Kita org decide bawak budak budak ni ke Berjaya Time Square. Alang alang Anniversary n Birthday Isk kan. Dia org pun suka...
Dah besar dah sulong Mummy ni. Nanti tahun depan mungkin dah sama tinggi kot.
Dapat duduk spend time sama sama ...gelak gelak. Tangkap Pokemon sama sama dari lvl 28 hahahhaberlambak Pokemon ada kat KL hahhaha. Letak phone kat cermin je pun . Walaupun Isk main pokemon dari phone Mummy dia tak pernah request nak hadiah phone ke apa
Walaupun dia selalu cerita kawan dia ada I pad ada phone n tab semua.
Bila ditanya Isk nak hadiah apa. Dia kata ntah...nanti Isk pikir
Apa kata mummy baiki basikal Isk.
Basikal tu dah kecik la Isk
Takpa boleh naik lagi tu
Basikal tuh dah kecik dengan dia. Skrg dia dah kena ada basikal besor dah . Tapi dia still gelak gelak n happy bila kita takat makan kek aje hahahha.
Tapi nanti Moon g intai tgk basikal utk dia . Bila dia tak suka mintak ni lagi mummy ngan daddy dia rasa bersalah.
Rutin biasa
Dah sampai umah bermula la rutin biasa balik. Kemain Sabtu Ahad bergumbira....ni kain baju berlambak menanti. Ngan baju sekolah lom cuci n lom iron.
Order pun duk masuk lagi....so mlm sambung lagi tulis slip pos
1 comment:
Selamat hari jadi Sutan Iskandar.
Post a Comment