Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014





Panduan Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014. Seperti yang diketahui umum, Malaysia akan mengadakan Hari Berkabung Malaysia pada 22 Ogos 2014 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ianya sempena menzahirkan rasa dukacita bertujuan memperingati mangsa tragedi pesawat MAS MH17 yang terhempas dipercayai akibat ditembak jatuh di Ukraine berhampiran sempadan Russia pada 17 Julai 2014 yang lepas.

Pada hari perkabungan tersebut, mayat-mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang diterbangkan dari Amsterdam menggunakan pesawat khas dijangka tiba di KLIA Malaysia sekitar jam 10 pagi. Oleh itu, sempena Hari Berkabung Malaysia pada 22 Ogos 2014 ini, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan media telah menetapkan beberapa panduan peraturan Hari Berkabung Malaysia pada Jumaat ini 22 Ogos 2014.


Bendera Malaysia akan dikibarkan separuh tiang pada 22 ogos ini sempena Hari Berkabung Malaysia
 
Innalillahiwainnailaihirojiun
 
Semoga seluruh keluarga mangsa terus tabah dalam menghadapi ujian ini . Sama sama la kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa mangsa MH17 dan berdoa agar roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org org yang beriman . 


 
Korang should read this ..hasil nukilan Jumie Samsudin yg jugak kawan baik Asmaa isteri pada co-pilot Allahyarham Ahmad Hakimi Bin Hanapi  . Moon baca separuh pun dah menitik2 air mata 
 
 
* hukum bertafakkur dan berkabung boleh la di rujuk di Portal rasmi fatwa Malaysia
 
 

2 comments:

Umi Ain said...

As salam moon, kta baca psl wife Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi tu menangis macam apa sampai hubby siap tny dia ada buat salah ke.. Mmg Allah kurniakan Asmaa kekuatan yang jarang ada pada org lain sampaika dia sangat tenang dan tabah aeperti yang diceritakan Jumie.. Al-Fatihah buat semua mangsa MH17 yg beragama Islam..

Makcik Anak 3 said...

layan live di pejabat..huhuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...