Pak Sutan plak duk garu kepala ....mcm mana la saya nak cangkul tanah bukit yg kebanyakkan nya semer batu tuh ...
hahhaha , habis tuh takkan la nak biar dlm pasu plak . Dah la pokok delima yg dulu nya tanam dlm pasu , sekarang dah besar giler ...akar dah kuar dari pasu dah pun . Pastu ada pokok inai plak moon cucuk je batang inai dlm pasu pokok delima tuh ...n pokok inai tuh pun tumbuh ngan jayanya . Skrg dlm pasu tuh ada pokok berkembar delima+inai berkongsi pasu n dua dua pun akar dah kuar ke dalam tanah
Moon tak letak banyak sangat sebab takut Isk n Yaya tak mo makan plak nampak nasik kaler cam hitam hahahha
Alhamdulillah dua org tuh makan banyak ...sebab cara masaknya sama cam masak nasi lemak , cuma moon tambahkan sket bawang yg di mayang n sedikit halba .
Makan plak ngan sambal bilik ..mmg sedap hokey
pic credit to spicejourney's blog
Bahan
3 pot/ cawan beras
3 genggam pucuk lemuni hitam
1 genggam daun inai ( optional. Inai ni panas sikit )
3 cawan santan
1 1/2 cawan air
1/4 sudu teh halba
1/4 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, di hiris
garam & gula secukup rasa
Cara
1. Kisar pucuk lemuni & daun inai dengan 1 1/2 cawan air. Tapis pati & buang hampas.
2. Basuh beras & masukkan dalam rice coooker.
3. Masukkan pati campuran lemuni, santan, bawang merah, bawang putih, halia, halba & lada hitam. Kacau rata.
4. Tambah garam & gula secukup rasa. Tambah secukup air/ santan jika perlu.
5. Masak dalam rice cooker.
6. Hidangkan bersama sambal telur / daging masak wira ( my mak's recipe ), ikan goreng/ bilis goreng & timun.
Note: pucuk lemuni digunakan instead of daun lemuni coz daun lemuni lebih pahit. Tapi nasi lemuni kalau dah masak tak pahit pun.
Resepi credit to blog Fizalgk ( ada step by step masak k ) n Mysweetblog
Kalau Mama masak , dia akan tunggu bila nasik yg di tanak tuh hampir masak . Lepas tuh dia akan buat 3 4 lubang kat nasi tuh dengan senduk kayu n akan pecahkan telur lat dalam lubang2 tuh n tutup penutup periuk nasi . Telur akan terus masak bersama sama ngan nasik . So masa kita cedok tuh kita dapat la skali telo ...
Masa dalam pantang pun , mama akan balut batu tungku ngan daun lemuni nih dan daun pandan ...so mmg bau wangi sekali
keterangan: |
|
Lemuni
ialah tumbuhan dari jenis renek yang boleh mencapai ketinggian 1 hingga
4 meter.Satu tanggai daun memegang 3 daunnya,dengannya daunnya berkilat
dibahagian atas.Menurut kajian, daunnya juga mempunyai minyak pati dan
resin.
|
|
kegunaan: | |
Akarnya
boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin.Ia juga boleh
digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya
didalam periuk yang panas tanpa dicampur air. daun yang panas ini
kemudiannya ditekapkan pada luka tadi.Lakukannya dua hingga 3 kali
sehari.
Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri,
rheumatik dan cirit birit dan juga boleh digunakan sebagai
antiseptik.
Dimalaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang butih,
lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil digunakan
selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk
menggalakkan pertumbuhan janggut.
Ia juga digunakan untuk merawat kanser
payudara.selain itu daunnya boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat
sakit kepala selain daunnya juga dijadikan ulam dan bahan campuran
ketika memasak nasi.Daunnya juga dapat membunuh jentik-jentik dan boleh
digunakan sebagai ubat nyamuk (nyamuk aedes).untuk keterangan lanjut
sila ke: http://www.herbmed.org/Herbs/Herb135.htm#Category25Herb135
|
3 comments:
First time Akak dengar daun Lemuni ni. Bagus kegunaan daun ni ya. Selalunya mana nak dapat daun ni Moon?
sedap ni kan kak moon... mak saya everytime balik dr kampung kedah mesti esoknya pakat masak nasi lemak daun lemuni.
makan plak ngan sambal sotong/udang dan ikan masin...fav saya tu hehe
nasi lemuni tu nampak sedappp..daun lemuni tu banyak lak khasiatnya..insyaAllah nanti leh cuba resepi tu *thumbs up*
Post a Comment