Moon dr zaman mengandungkan abang Isk sampai la nak masuk anak nom 4 ni mmg g cek kat KK ( Klinik Kesihatan ) Dapat tahu je mengandung ....dalam 10 minggu mmg dah g buat buku pink. Biar awal tak apa . Nurse akan bagi date utk appointment.
Mmg renyah sket
Mmg ramai org sket
But somehow rasa mcm pemeriksaan tu sangat detail . Walaupun kadang mengeluh cam lama nak tunggu , tapi dlm masa yg sama rasa lega n puas hati hahahahha .
So kat sini nak share kan apa yang akan ibu mengandung lalui n jalani sepanjang pemeriksaan kesihatan kehamilan di Klinik Kesihatan masing-masing .
So boleh la dibuat rujukan utk ibu ibu muda diluar sana. Akak dah kategori ibu tua ahaks . Ni akak amik daripada belakang buku pink tau. So ni adalah fakta n akak tulis campo ngan ayat akak juga .
Mula mula lawatan sebulan sekali
Bila masuk 3 3rd trimester 2 minggu sekali
bila 34 minggu ke atas , seminggu sekali sampai la koang beranak
1- Perbincangan Pertama
Pada lawatan pertama kita, nurse akan menyoal kita mengenai diri kita dan pasangan . Ini bukan sebab dia suka suka busy body, tetapi utk memastikan samada terdapat maklumat yang boleh mempengaruhi kehamilan kita dan bayi dalam kandungan . Pada umumnya kita akan disoal mengenai:
- Butir Peribadi
- Negara asal kerana beberapa jenis anemia diwarisi dan hanya mempengaruhi kaum tertentu.
- Kesihatan puan : penyakit serius dan pembedahan yang pernah dilalui atau kita sedang mendapatkan rawatan bagi sebarang penyakit , alahan dan sebagainya atau mengambil dadah atau merokok. Ni mmg kena bagitau pihak klinik atau dokter .
- Sejarah perubatan keluarga seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya . Baik disebelah kita mahupun suami.
- Jenis pencegahan kehamilan yang digunakan. Sama ada pernah amik pil perancang sebelum ni atau paia implan org IUD. Bila amik dan bila stop amik.
- Kitaran haid : masa bermula, sama ada tetap atau tak, bila hari pertama, berapa lama period dan hari berakhir period.
- Pernah hamil atau keguguran sebelum ni.
2- Ketinggian ( pada pemeriksaan pertama sahaja )
Ini dalah bertujuan utk dijadikan panduan pada size pelvic kita . Jika ketinggian melebihi 152cm mungkin takkan menghadapi kesukaran utk melahirkan, kecuali size baby dlm kandungan luar biasa besarnya :).
3- Berat badan ( pada setiap lawatan )
Ibu mengandung akan ditimbang pada setiap kali lawatan untuk memastikan berat badan bertambah dengan sempurna
Jika kehilangan sedikit berat badan pada awal kehamilan sepanjang 3 bulan pertama disebabkan oleh mabuk hamil, ia merupakan perkara biasa.
Jika berat badan badan bertambah dengan tiba-tiba pada waktu kehamilan, ia mungkin tanda pre eklampsia . Ni dokter akan nasihatkan kita n nasihatkan berpandu pada graf berat badan ibu hamil.
so jgn risau kalau berat bertambah ...jangan nak diet diet time mengandung ni. Jentik karang ....as long as berat tu naik elok...maka jgn risau ok . Lepas bersalin karang nak diet ....diet la. Takdak siapa nak larang .
Now akak dah 31w n total weight gain 3.5 kg . So under control . Hari tu berat kurang 2 kg...lepas tu dtg balik lepas 2 minggu naik 3 kg terus nko . Terus kena jeling je ngan dokter hahahahha. Walaupun under control tapi kita takmo naik terus mendadak cam tu ....naik sket sket takpa . Terus lepas tu insap n tak layan sangat nafsu makan ni . Sebab akak kan dah lanjut usia n jatuh under kategori overweight mom ( berat more than 80kg )
4 - Sampel urin ( pada setiap lawatan )
Sampek di ambil sebaik-baiknya pada aliran kencing pertenganhan. Maksudnya jgn tadah yg 1st kuar tu . Biar yg 1st kuar dulu baru korang tadah...gitewwwwww
Ini akan diuji untuk :
- Mengesan gula , jika ditemui berulang kali ia menandakan kemungkinan diebetis semasa hamil
- Mengesan protein yang mungkin menandakan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik. Jika protein dikesan diperingkat seterusnya, mungkin menandakan pre eklampsia .
Ni org lab la akan kuar kan result . Nanti kalau ada gula, dia akan note kan la cam sugar 1+ atau 2+ ha cam tu . Ada org bagi petua kalau ada nak cek up hari tu jgn amik sugar langsung . Tapi akak amik je sebab kita nak tahu cam na badan kita tapis gula tu ngan betul ke tak. Kalau tak amik langsung mmg la gula tu NIL tappi besok g bantai makan ice cream mc d bagai ....milo dinasour bagai ....so masa tu kita tak tahu cam na gula kita. Ntah ntah naik sampai 4 ke ....kan .
So kalau kita tgk badan kita tak tapis gula ngan elok maka elok la berpada pada ...jaga pemakanan . Ni apa yg dokter tu ckp la .
contoh Sugar 1+
Protein 1+
atau kalau elok
Sugar NIL
Protein NIL
Kak Moon mmg kena monitor gula . Setiap 2 minggu kena buat BSP . Gigih akak siap beli alat nak cek gula bagai kat Lazada hahahha . Tapi bagus la ada alat ni so kita boleh tahu tahap gula dalam darah kita macam mana .
5- Ujian darah
Pengambilan sampel darah :
- Kumpulan darah
- Penyakit seks berjangkit seperti HIV atau Siflis pada lawatan pertama yang jika ada maka ia perlu dirawat segera supaya tidak membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.
- Kemerahan darah pada lawatan pertama dan pada lawatan seterusnya mengikut keperluan .
6- Tekanan darah ( pada setiap lawatan )
Tekanan darah biasanya rendah sedikit pada waktu kehamilan. Ia diukur setiap kali lawatan bagi mengesan sebarang kenaikan yang tiba-tiba, supaya ianya dapat dikawal. Kenaikan tekanan darah boleh menandakan berbagai masalah.
Ni dokter akan monitor n dia akan tgk trend BP kita macam mana. Kalau dlm buku pink ni kalau 140 ke atas dikira risiko . Tapi ada dokter klinik kata ibu mengandung kalau 130 ke atas dah tak beberapa cantik dah.
Moon kena last few weeks. Biasa BP semer below 130. Suddenly dia naik sampai 139 tetiba. Terus dokter suh cek BP selang 2 hari . Sebab tak pernah naik kan. Gigih g kinik amik bacaan BP sebab skali ngan cek protein dlm urine . Dia duk main 132 , 135 , 139 lepas tu dronpdrop balik 120 . Nasib dia drop ...
Masa tu stress ke apa atau penat kot . Tu minggu yg Talib operate . Mungkin kami duk ulang alik g hosp kot. Moon plak jadi sakit pinggang tiba tiba . Mungkin lenguh ke apa . Tapi diam je la kan kang buat org lain risau plak.
So ni dah normal balik BP tu ...Alhamdulillah. So Pak Sutan kata jgn stress stress, jangan paksa diri buat kerja penat penat .
Kadang kita kata kita tak stress tapi sebenarnta badan kita kemain la penat gilers .
7- Pemeriksaan fizikal
Jururawat atau doktor akan memeriksa keadaan fizikal dan mendengar degupan jantung dan paru paru ibu mengandung. Payudara juga akan diperiksa kot ada sebarang ketulan atau etc .
Ibu mengandung juga akan disoal mengenai kesihatan gigi . Ibu mengandung boleh dapatkan pemeriksaan pergigian percuma tau .
8- Pemeriksaan pergigian
Doktor pergigian akan memeriksa mulut ibu dan memberikan rawatan pergigian yang sewajarnya . Penangguhan masalah pergigian seperti karies dan penyakit gusi akan meningkatkan risiko masalah kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan .
9- Kaki, buku lalu dan tangan ( setiap kali lawatan )
Jururawat dan doktor akan memeriksa bahagian bawah kaki dan tangan untuk memastikan tidak terdapat bengkak adau edema, Sedikit bengkak pada hujung kehamilan adalah normal. Namun bengkak yang melampau perlula dipantau .
Kaki ibu mengandung juga diperiksa samaadada terdapat vena verikos ( urat urat yg terang dan timbul di kaki )
10- Merasa abdomen ( setiap kali lawatan )
Abdomen akan dirasa dengan perlahan untuk memastikan kedudukan bahagian atas rahim . Ini akan memberikan gambaran tentang kadar pertumbuhan bayi.
Pada tempoh akhir kehamilan , pemeriksaan akan dijalankan untuk memastikan bayi berpusing pada arah yang betul ( kepala dahulu / kepala dibawah ) . Ini utk memastikan agar kepala bayi menghala ke dalam ruang pelvic .
11- Ujian tambahan - SCAN
Ultrasound boleh digunakan utk memeriksa :
- umur bayi dan jangkaan bersalin
- Kedudukan uri serta kandungan air mentuban
- bayi membesar secara normal
- kemungkinan mengandung lebih dari satu
Kak Moon harap perkongsian ni berguna buat para ibu semua. Sebab akak selalu dengar orang mengeluh kalau gie kinik kesihatan ni kemain banyak prosedurnya ....cerewet n renyah . But kalau kita tahu n faham apa perlunya semua ni pasti kita tak mengeluh bukan.
Sebab ni semua adalah yang terbaik utk kita dan bayi dlm kandungan kita . Apa la sangat tunggu tu kan .
Tapi bermula dr tahun 2005 masa mengandungkan anak sulong sampai la sekarang 2017 rasanya perkhidmatan Klinik Kesihatan makin bertambah baik . Bertambah cepat jugak .
Kadang bergantung pada volume pesakit dan org yg buat temujanji pada hari tersebut .
Sekarang ni even kat specialist pun korang kena tunggu lama ....kan .
2 comments:
saya pun suka pergi KKIA cuma bila bersalin saya pergi swasta sebab nak jaminan doktor perempuan (kalau gomen ikut nasib) dan keselesaan suami dan anak2 nak melawat. saya akan jalani semua pemeriksaan kat KKIA..bila dah masuk 28w saya bagitau nurse saya nak bersalin di swasta dan transfer checkup ke sana pula sampai bersalin. swasta pun sebenarnya tak detail..dia takde pun tanya2..hanya bagi consultation based on scan, urine, BP and berat sahaja..kaki, breast, gigi semua manader check..bayar mahal, tunggu lama jugak..
Betul Puan. Perkhidmatan KK bertambah baik sekarang. 10 tahun dulu masa saya buat scan di KK, memang ada sesak-sesak sikit. Sekarang dah bertambah baik, even KK yang dekat area kampung saya pun dah banyak upgrade.
https://www.sonographr.com/pemeriksaan-kehamilan-bila-waktu-paling-sesuai/
Kalau ke private pun, specialist ada je queue. Memang perlu arrange appointment properly.
https://www.sonographr.com/detailed-scan-introduction/
Post a Comment