Thursday, November 30, 2017

Majlis majlis di akhir tahun

Dah hujung tahun ni mmg meriah la ngan majlis majlis akhir tahun yg di organized oleh pihak sekolah. Tambah plak anak sulung akak dah darjah 6 kan. So ada macam macam...majlis Graduasi, amik result UPSR n sambutan hari kecemerlangan. Kiranya 2 minggu lepas mmg penuh ngan aktiviti di sekolah .

Majlis Graduasi murid tahun 6

Bagi akak usaha cam ni yg dibuat oleh pihak sekolah mmg patut diberi pujian. Walaupun ada yg berbunyi mcm apa la budak sekolah rendah pun nak bagi pakai robe bagai cam grad University ...tapi look at the bright side la . For me ia macam pencapaian kecik .

When my son asked me ....apa majlis graduasi tu . Konvo tu apa .

Moon explain je . Biasanya konvo dibuat bila org tamat pengajian peringkat universiti . Tapi ni pihak sekolah buat utk meraikan tamatnya peringkat sekolah rendah. Cam dulu tamat Pra atau tadika pun ada buat kan. So ada peringkat2 dlm pembelajaran kita ...sekolah rendah , sekolah menengah dan insyaallah kalau ada rezeki boleh sampai ke Universiti . So baru lepas tahap 1 ni .

For me akak ok je ngan majlis2 mcm ni . U ols tak happy ke tgk anak anak happy ?

Kecuali la majlis ni sampai buat kat hotel n mintak bayar mahal mahal. Tu mmg tak patutla kan .

semua pun kemain segak lagi berpakaian lengkap baju melayu ngan sampin. Yg pompuan kemain baju merelip relip ...tudung glamer mak korang pun korang rembat kan ( atau mak yg bagi pakaikan aahahhahah)

 
 walaupun ni hanyalah majlis kecik utk darjah 6 ...mak pun happy hokey . Cam dah lepas dah 1 peringkat sek rendah . Sebab anak sulong, makanya ni la pengalaman pertama merasa cam ni.

Moon ckp kat Pak Sutan, harap kita panjang umor dpt tgk majlis konvo betul dia nanti .

Petang nya dia ke Sekolah Agama plak . Ada hari anugerah plak . Masa petang amik dia org dr nerseri , dia tunjuk la dia dapat anugerah Pelajar Paling Berdisiplin . Wahhh kemain ya

Isk ni pendiam sket . Kalau org main lari lari dia bukannya follow . Nak kata skema idok la pulak kan . Tapi dia kata cikgu semua calonkan dia utk terima anugerah ni . Bagus la Isk . Tak sia sia Daddy awak selalu tanya soalan cepu mas tiap kali hari perjumpaan ibubapa dan guru . Without fail la ....Pak Sutan misti akan tanya

Cikgu, anak saya ada kurang ajar tak . Dia ada lawan cakap tak . Kalau ada cikgu marah la...pukul la dia atau bagitau saya .

Masa cakap tu anak kenala ada kat situ jugak. So biar dia tahu bapak dia sendiri bagi green light kat Cikgu. So nko jgn nak mandai2 nak camseng atau nak lebih kurang ngan cikgu ....


Cikgu plak yg cuak ...eh tak ada Encik ....dia ok . 



 

Hadiah yg dia dapat . Awal2 makanan n gula gula si Sarah rembat dulu ....Yaya dah rembat buku nota. Balance tu mmg dia tinggal kan ke abg dia . Si abg ni pun bagi je la ...

Yaya pun seronok sebab dia dapat naik kelas . Sekolah kebangsaan pun naik kelas ...sekolah agama pun naik kelas 

Hari Kecemerlangan 

 Ni kena dtg jugak utk majlis anugerah kecemerlangan . Isk ngan Yaya dua dua naik stage utk amik anugerah .
Hari ni semua anak anak terima anugerah. So anugerah dan pengikhtirafan bukan sahaja diberikan kepada mereka yg cemerlang akedemik sahaja. Tapi those yg cemerlang budi pekerti, disiplin , sukan dan banyak menyumbang pada sekolah juga terima pengikhtirafan. So for me ianya sangat bagus . Sebab anak anak kita cemerlang dlm pelbagai bidang. Kadang dia bukanla pandai sangat belajar n selalu dpt nom 1 ...tapi dia pandai tang lain. Terrer bahagian sukan ke ...koko ke ...n etc . So kita sebagai parents kena tahu apa minat n kecenderungan anak anak kita . So takder la nak paksa ...nko kena dapat nom 1 ..kalau nko dapat nom belas belas ni nko bodoh nko tak guna .....dont do that tau .

 Kasi can mak pak pun nak enterframe jugaks . hahahahh bosar dah anak omak. 


 Ramai yg komen kata tinggi nya la Abg Isk ni . Nak wat cam na u ols ...u ols tgk la printer dia besar mana ( mummy dia ) .

 Kakak Yaya pun dapat anugerah sebab jadi penolong kelas . Nasib la kawan kawan kelas Yaya . Tiap kali cuci baju sekolah dia ni kan misti akan ada kertas nama org . Nama org buat bising hahhahaha . Mummy risau je kot penolong sendiri yang buat bising ....acaner .

 Habis majlis ...terus dia org ajak g makan nasik kat Ummiza. So apa lagi ...moh la kita .

Result UPSR 

Masa amik result ni kta org pergi kejap tgk Isk . Sonok tgk anak anak semua bersorak bila cikgu panggil nama sorang sorang tu amik result kat depan . Amik slip aje .

Mak pak plak yg heran ...korang ni semua score 6A ka .  Tapi semua sgt sonok .

Moon ngan Sutan tak letak high expectation pun kat Isk . Sebab like I said before kita as a parent kita tahu tahap anak kita mcm mana . So terima seadaanya baru la kita tak frust . Mmg la semua mak pak nak anak score tapi kalau tu je tahap dia ....redha la  , ia lagi membahagia kan korang .

Moon slalu cakap ...mummy tak kisah Isk dpt berapa A pun janji tak ada E atau Fail .

So dia lari ngan senyuman kemain lebar ....dr jauh dah senyum n dtg kat kita org

Mummy ....Daddy Isk tak ada E tak ada Fail....yeyyyyyyyyyyyyyyyy

Nampak tak dia punya tahap happy tu . Mak Pak pun happy . Kalau org tgk misti assume anak dia ni dapat 6A ni . Padahal 1 A aje u ols . Math ngan Science dapat B ...tu pun Moon happy sangat sangat sebab malam sebelum periksa sains tu Moon ada ulangkaji n tanya soalan ala ala happy n ala ala quiz ngan dia . Nak jadikan cerita 80% yg Moon tanya n dia boleh jawab mlm tadi mmg kuar dlm kertas 2 science . So dia mmg la happy kan. 

Tgk anak awak tu kemain happy dia ...saya tgk pun happy 

Terus mata mak berkaca je . Yer la kan badan je besor budak tu . Jiwa kanak kanak lagi .

Tahniah buat anak anak semua ...........anda semua cemerlang hokey . UPSR bukannla segalanya . Ia hanya la tiket utk ke tingkatan 1 . Cabaran anda adalah di sek menengah nanti . All the best buat semua ...n syabas buat semua parents . Anda pun terbaik

2 comments:

iNNa said...

tahniah abg isk, mommydaddy jugak.. smoga lebih cemerlang dimasa akan dtg dan jd cth pd adik2 yer

Unknown said...

Semoga terus berjaya di sekolah menengah pula dan menjadi anak yang soleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...