Sunday, January 28, 2018

sudocream untuk ruam susu

Masa baby umor 3 minggu cam tu , dia kena ruam susu . Mula mula start ngan merah dot je sekali jd spread banyak .

So Moon pun start la tanya kat FB n ramai org suggest kan Sudo Cream . Ada juga yang cadangkan Herbal Blend dr Shaklee . Tapi sebab si mummy dia tak sanggup tgk pipi anak cam tu, cepat cepat suh Pak Sutan g belikan Sudo Cream ni . Sebab kat Farmasi area umah ni ada jual .

Nak beli herbal blend tu nak kena cari seller plak kan . But Sudo Cream n Herbal Blend Shaklee adalah top 2 yg di rekemen kan .


Tq semua yang rekemen kan . Mmg Sudo Cream ni best giler hokey . Moon 1st time dengar pasal sudo cream ni . Sebelum ni main sapu Bapanthen aje kalau ada ruam susu atau ruam lampin .

Ni la rupa Sudo Cream tu . Pak Sutan belikan kat farmasi area rumah harga dalam RM 24 ++ cam tu sebab tube yang besar sekali . Dekat Farmasi tu tak ada yg kecik . Tapi Moon pernah nampak kat online ada jual yg 10g tu dalam RM10 kalau tak silap . U ols ley google n cari kat Lazada ke atau Shopee atau mana mana kedai jual barang keperluan baby online k . Kat Farmasi pun ada . 

Orang kata ruam susu ni terjadi sebab susu ibu meleleh kat pipi anak . Jadi akan menyebabkan ruam . Org tua tua kata susu ibu ni panas utk kulit baby yang lembut . Tapi orang orang tua juga bagi petua , kalau ruam susu ni , sapu balik susu kita kat pipi anak tu . Moon cuba buat juga tapi mungkin tak jadi sebab ia jadi bertambah merah . 

Masa ni gigih lap kan ngan air suam tapi cam tu jugaks . Mak mula hilang sabar la kan . So kita test plak Sudo Cream yg semua org kata bagus ni . Mari kita try test n tengok


asalnya merah dia sket je tau . Ni pun mummy dia dah susah hati dah . Dah lap ngan air suam setiap kali lepas menyusu serta dah sapukan susu ibu. Still jugak macam tu . Nampak lagi merah



Nampak makin merebak , masa ni baru nak sapu cream . U ols , kalau nampak dah kuar sket sket tu cepat cepat letak ubat tau . 


Besoknya pagi pagi terus sapu kat pipi dia . Sudo Cream ni dia ala Bapanthen tu jugak. Dia mcm cream ke ointment . Dia cream yg berminyak . So mmg dia akan bagi lapisan perlindungan . Kat pamplet dia kata it heals and protect. Menyembuhkan serta melindungi tanpa mengeringkan kulit . 

Lepas sapu tu mmg merah merah yg atas kulit tu nampak kurang . So setiap kali dia tido memang Moon sapukan . Bau dia pun tak la busuk atau bau berubat . 


Hari ke dua dah nampak perubahan . Getting better dah ruam susu dia . Dah tak merah sangat tapi yg mengerutu tu still ada sket . Siap pipi anak mummy tak smooth . Takpa nanti dia baik k .


 Hari ke 3 kulit area yg ruam tu cam mengelupas sket . Yang mengerutu tu dah hilang



NI day 5 atau day 6 , kulit pipi dia dah back to normal . 

So adakah Sudo Cream ni berkesan ?

Memang berkesan , sekarang kalau nampak cam naik merah kat pipi ke atau kat diaper area dia , memang Moon sapu lapisan nipis Sudo Cream ni . 

Moon mmg amik gamba dia sebab senang nak tengok kesan dia . Memang bagus. Ada sesetengah hosp swasta dia org memang bekalkan Sudo Cream buat all the mothers yang baru lepas bersalin n discharge dari hospital . 

Highly recommended la Sudo Cream ni sebab Moon dah tried and tested . 

Sekarang baby dah tak naik ruam susu dah . Mungkin sekarang dia pun dah pandai minum n kontrol . Walaupun kadang kalau susu penuh memancut jugak kena muka dia hahahha tapi lepas tu lap kan bersih bersih dengan kain lembab. 

Sudo cream utk ruam lampin .

Ni pun berkesan . Hari tu baby duk berak kerap . Mungkin sebab mak dia silap makan ke apa . Setiap kali lepas breast feed dia akan berak terus . Ada 1 hari tu sampai 7 kali berak. Tapi najis dia kuning so ok la kan . Cuma kita plak naik risau , apa hal kerap sangat berak ni . Sampai bontut dia pun cam merah ....so sapu Sudo Cream ni la . Ok jugaks sebab dia cam berminyak kan . So kulit bum bum dia tak kena lembapan .

Sudo Cream untuk jerawat 

Masa Moon duk google . Ada nampak juga Sudo Cream for Acne . Hari tu tetiba boleh plak naik jerawat batu besar kat pipi . Apa lagi test la sapu Sudo Cream ni masa tido . Besok terus dia jadi kering n meletop. Tak tahu la kebetulan mmg nak meletop dah ke jerawat tu atau disebabkan cream tu 



Rakan rakan lain pun mengesyorkan 



Herbal Blend Shaklee 

Bepanthen


8 comments:

Dalila Zakaria said...

Sy dlu pki vegesorb..ok jgk kot..cuma confuse..ok ke letak susu..bkn susu tu ke yg sbb kn ruam..sbb susu pns..klu boleh elakkan susu kene kulit baby..confuse jap

Lady SHAH said...

sudocream ni je ssuai dgn anak kak shaz.. actually , nak kecutkan jerawat pun boleh guna cream ni...

cikjaja said...

Saya deliver 14/12 haritu. Masa nak discharge mmg hosp sg. Buloh bagi cream tu. Sbb dpt goodies bnyk2 tu kan. Tapi belum guna lagi sebab tak tau pulak bnyk kegunaan dia ��.tq kak moon. Btw congratulation dapat bby baru.

Aida Hana said...

kesian tengok... semoga baby cepat sembuh.. :)

Mimin Adam said...

wahh, berkesan lah sudo cream ni

Hans said...

wah
alhamdulillah
bagus produk nih

j_zura84 said...

Sy pun guna sudo crem ni.. Mmg cepat kesan dia.. Klu bepanthen sy guna utk nipple crack.. Hari ni sapu esok dah ok.. Mmg best 2 krim ni..

Unknown said...

Ingt utk bontot je..
Try gak letak kt pipi...
Mmg hilang ruam...tp x pasti boleh x letak kt pipi... Pas bce ni bt boleh sapu tanpa wae2 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...