Tuesday, March 05, 2019

Snow Walk I-City Shah Alam

Jika anda tertanya

Berapa harga tiket masuk Snow Walk I-City Shah Alam
Sejuk ke Snow Walk tu
Ada apa dalam Snow walk
Kena sewa baju sejuk ke masuk Snow Walk
Kasut kena sewa ke



Well terus kan baca ya u ols . Akak akan share sebab baru baru ni ada bawak anak anak ke sini . Menunaikan la hajat gie tempat sejuk . Maknya kemain ke London bagai n citer sejuknya kat London . Anak anak melopong je tak tahu takat mana sejuknya . Walaupun level 1 - 10 sejuk nya kat London n tak der snow ....kita dah tahap nak meleley air hidung n sengal tulang bagai . Maklum la makhluk dah biasa panas kan .

Since we ols semua mmg stay di Maya Homestay dlm area I City tu maka Snow Walk tak la jauh sangat tapi sebab malam nak jalan . Maka paksa Pak Sutan drive je muahahha . So kami pukul 10.15 dah terpacak kat depan Snow Walk ...sekali lom bukak


Waktu Operasi Snow Walk 

Isnin - Khamis : 11 pagi - 12 tengah malam
Jumaat - Sabtu : 11 pagi - 1 pagi
Ahad : 11 pagi - 12 malam
 
 boleh refer gamba waktu operasi ni ye . Akak dah letakkan siap siap utk u ols


Since katanya dalam ni -5 sejuknya maka mmg siapkan pakai baju banyak lapis utk anak anak . Nanti kat dalam tu akan diberi JAKET DAN KASUT PERCUMA . Jadi boleh la bawak mfla ke , sarung tangan ke n topi dari umah siap siap . Kalau nak beli kat sana pun ada tapi mahal sket la kan ( RM 10 utk glove )  . Baik beli kat DAISO ke atau DIY mulah2 aje sebab nak pakai kejap aje kan hi hi 



Harga tiket masuk Snow Walk I-City Shah Alam 

 Ada 2 cara utk beli tiket

1) beli secara online di laman web I-City
    - make sure install I-City Apps dalam phone . Sebab tiket yang kita beli online tadi akan appear di  dalam apps kita , Thru Apps pun kita boleh beli juga . Nanti nak masuk dalam Snow Walk dia akan mintak tengok tiket dlm apps n mintak kita scan access . Gitew

Harga Tiket Dewasa : RM 63 ( 11 y - 60 thn )
Harga Tiket Kanak2 : RM 53  ( below 11 years old )


2) Secara walk in ( harganya sedikit tinggi kalau walk in ) 

Jacket and boots are provided for FREE. 

Infant below 1 year old, pregnant mom and wheelchair user are not permitted to SnoWalk due to nature of the attraction and safety reason. 

Guests are required to be in a proper attire as the temperature in Snowalk in below -5 degree celcius.


Parking kereta 

Ada parking area kat depan snow walk tu n bawah bangunan snow walk tu . Bayaran lupa plak berapa hari tu 

Locker ni kena  bayar tau . Simpan segala selipar n kasut atau beg dalam ni then ke bahagian jacket utk pilih jacket

Ada banyak tau jacket dari size kecik Nain tu sampai la double XL 

Kasut pun elok n mmg panas betol kaki . Kasut utk Sarah tu ala boot getah tapi stokin dia tebal n pakai dua lapis . topi n gove bawak sendiri


Masa mula mula masuk tu ...umak aiiii mmg sejuk hokey . Terus angin sejuk kena muka korang cam kena penampo je . Kebas terus pipi . Nain tu Moon pakai sling kat dalam . Dia pakai baju 3 lapis suar 2 lapis . Siap beli ear warmer kat daiso kepit telinga n pipi dia sekali hahahah. penyek pipi anak hahahahah . Kaki dia mmg ada dalam jacket mak dia sebab kasut dia ala kasut getah phua chu kang tu . 

Tapi masuk tak sampai 3 minit terus dia lena . Sebab sebelum tu dia mmg ngantuk dah . Tapi mmg sejuk hokey ...masuk je terus cari mana exit ....exit mana exit mana 

Korang boleh masuk dan keluar sesuka hati hokey . Bila sejuk lari keluar pastu boleh masuk balik tapi dalam bangunan tu je la jangan plak keluar siap g makan mamak ke apa . tunggu waiting area kat luar tu aje .

 Kat bawah tu bukan salji tapi more pada ice shaving . So bila jalan bunyi prukkk prakkk prukkk prakkk . Budak budak ni pun surrender n kata sejuk .. kecuali semek Sarah .

 
 Tambah sejuk kalau muka betul2 depan blower aircond tu . Bilik server suhu 16 pun dah sejuk ketar ni kan plak -5 . Dia punya sejuk tu , ukiran ice tu semua kering hokey . Akak ingat kan plastik rupanya ice .

 Kemain lena la si Nain ni . Puas la gomol muka dia time ni . Sapa suruh tido buat muka kiut cam tu depan mummy . Rasa nak kunyah2 je pipi kamu tu . Masa ni ada kat ruang yg tak sejuk antara bilik ice n bilik salji . Ramai org lari duk kat sini

mmg sejuk hokey akak tak tipu

Dalam bilik ni dapat la rasa ala salji sebab ice shaving yg nipis nipis akan jatuh dari atas . Budak budak ni kemain baling baling ice pastu bising basah . 
 
 Kaki Nain tu balut ngan kain merah tu sebab kasut belah tu asyik nak tercabut aje . Dah macam fesyen hapa je hahahhaha
 mmg kejap je masuk snow room ni . Masuk amik gamba 2 3 keping keluar balik . Lepas tu Pak Sutan pegang Nain kat luar sebab takut sejuk sangat kan . Moon bawak Isk Yaya n Sarah masuk balik sebab dia org nak main slide la ..pastu bising sejukkkkkkkkkkk . Abg Isk la yg awal sekali mintak keluar hahahah

Phone akak sampai jem takley snap gambo la ...hahahhaha


 korang tak reti sejuk ke apa ni ....mummy dah ketar dah ni

 Slide tu ada la 3 4 kali dia turun . Habis basah seluar n jaket dia .







 Dalam ni tak la besar mana pun . Tapi time dah kesejukkan , pintu exit pun terasa jauh hahahah .


kat luar ni ada mesin air panas . So air panas terasa amat sedap diminum bila nko dah separa beku hahahahhaha

kita org duk dalam ni dlm sejam aje . 5 kali keluar masuk lepas tu semua dah takmo masuk dah hahahhahaha

Kita org pun nak rush check out homestay tu . Tu pun special request mintak late check out sket . Overall anak anak happy la . Puas hati bawak n dia org pun dapat rasa sendiri

Lain kali nak bawak dia org g waterworld plak . Waterworld sebelah snow walk ni aje .

baca more on I-City attraction di SINI 


Friday, March 01, 2019

Nationwide Express where is my parcel

Akak jarang tau nak geram geram ke apa but after nearly 10 days akak rasa sesiapa pun leh hangen . Plus ive been calling for 5 days tanya track barang .

Cam ni akak sekarang kan buat bisnes bantal . So sekali amik stok mmg banyak . Since akak tak ada masa nak ke HQ di Shah Alam je pun utk pickup ..so akak mmg request HQ pos sahaja .

ni adalah kali ke 3 . Kali ke 3 ni plak kemain lama tunggu

So yg akak nak marah sangat ni adalah sebab POS EXPRESS ...which DALAM SELANGOR sahaja hokey bukan mintak hantar ke Johor ke atau Perlis .



23 hb pun akak dah start tracking barang ni dah . Sebab HQ Leyna mmg dia org akan on time update bila n bila barang masuk lori which is very good . Tapi sangkut di Nation wide plak

19hb - 20 hb tu kan elok je kan 
20 - 25 hb - 5 Hari dari Shah Alam ke Kajang ?

25 hb akak call tanya kenapa barang saya lama di kajang

Kami akan cek Puan . Bila akak buat report , terus kata esok akan keluar utk delivery

esoknya 26 hb 
 Call HQ nation wide yg Shah Alam . Katanya saya dah keluarkan order utk Kajang hantar kan pada puan .  Tapi nampaknya barang masih di Nation Wide Kajang la puan . Takpa saya akan mintak mereka hantar kan secepat mungkin besok 

esoknya 27 hb 
 so ingat barang akan sampai la hari ni sebab dia org janji semalam kannnnnnnnnnnn.  So tunggu la  . Akak kemain call ckp elok elok sebab akak pun paham kadang ada benda bukan salah yg angkat phone tu pun ....akak paham ok sebab akak pernah kerja angkat2 phone ni so tak adil la kalau akak nak lazerkan yg angkat phone 

sekali barang tak gerak lagi u olssss akak terus call yg Kajang so akak tanya apa masalah cuba bgtau saya sebab saya duk tunggu ni sangat urgent 

ada masalah ke ngan barang tu 
sebab besar ke 
sebab berat ke 
sebab jauh ke 
kajang n cyberjaya kan tak jauh 

boleh dia kata kadang kita kalau barang besar hari Sabtu baru kita hantar . WHATTTTTTTT!! lojik akai kaaaaa ikut turn la . Barang sampai kat Kajang 25 hb kot ( 20-25 hb akak tak tahu 5 hari baranga da kat mana )  so bila akak kata tolong la antarkan secepat mungkin . Dia kata baik puan kami akan arrange utk delivery besok 
 
esoknya 28 hb 
Nampak dlm sistem barang dah masuk lori , tapi sebab langkah berjaga jaga after a very bad experience akak call pagi pagi utk confirm kan katanya yer puan pagi tadi barang puan dah masuk dlm lori . Staff kami akan hantar pada puan hari ni 

Tengah hari tak ada lagi ..kol 3 akak call lagi 

katanya puan akan dapat barang petang puan sebab ada banyak barang nak anta ni 

petang pun tak ada lagi ....kol 6 akak call lagi 

maaf puan barang puan baru keluar tghari tadi ....puan akan dapat dlm pukul 7 8 malam 


hari ni 29hb
 Barang tak ada punnnnnnnnnn so agaknya nak akak happy ?

akak rasa after few days bersabar n tak melenting what so ever rasanya hari ni i deserve utk marah kot .  please la u olsssssssssssss nasib la akak bukan jenis melazer atau suka caruts kalau tak mmg kena dah

WHEN WILL MY SHIPMENT ARRIVE?
Consignments destined for major towns within Peninsular Malaysia are scheduled to be delivered on the next business day. Consignments destined for East Malaysia are generally scheduled to be delivered within two business days. Consignments destined for non major towns within Peninsular and East Malaysia may require additional days. Delivery time for international consignments vary according to destinations. Please contact our nearest Nationwide Express branch for more information.


kalau dlm policy korang kata 10 hari akak ley terima butttttttttttttt dlm policy korang kata 2 working day

Ramai org yg duk order bantal tau ....akak terpaksa mintak dia org tunggu .

Please Nationwide do something . Akak dah email pada dia org dah send report dah create report tapi cam tuuuuuuuuuuuuuuuu jugak

ni akak duk mengadu kat leader bantal akak . Next order n stock up akak takmo dah Nationwide .





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...