Last week hari Rabu bawak Abg Isk ke klinik sebab dia demam . Nampak tonsil dia sangat bengkak . Dokter bagi ubat utk surutkan bengkak dia . Kak Moon pun mintak jugak ubat sebab sebab rasa cam bengkak kelenjar je kat rahang kiri ni . Sekali dokter kata ni mcm beguk je puan. Saya bg puan mc 3 hari.
So dapat la jaga Isk demam di rumah. Dia mmg flat giler sampai takley bangun. Makan n minum pun susah. Hari Khamis pihak sekolah call bagitau Sarah demam n mintak ibu dtg ambil segera . Terus bawak Sarah ke klinik . Badan dia sangat panas dlm 38.5. Terus dokter masukkan ubat peluru. 1 hari dia tido je ...Abg Isk pun sama mmg dua dua tu tido.
Hari Ahad , keadaan Sarah cam sama je. Badan on and off . Lepas makan ubat ok tak panas , tetapi lepas tu panas balik . Hari Ahad juga dia takley nak jalan langsung. Kaki dia sangat week.Abang Isk ada simptom yang sama the day before. Sampai kan si Saran ni nak bawak ke tandas pun kena dukung. Petang Ahad bawak dia ke klinik lagi sekali dan dokter amik blood test and masa tu platlet dia sangat rendah . Dalam 50 aje ( normal kena atas 150 ) so dokter bagi surat n mintak cepat2 bawak ke emergency. Dokter pun mintak bawak Abg Isk juga sebab both mempunyai simptom yang sama.
Sampai emergency terus masuk ke dalam. Sebab dia tgk bacaan Sarah sangat teruk.Abg Isk ke green zone . Terus la Sarah kena admitted. Masuk wad kol 2 pagi . Nasib la masa tu Umi ada kat umah , boleh la dia tengokkan Nain .
Masa dalam emergency terus dia org masukkan air . Meraung juga la dia bila dokter nak cucuk tangan dia . Masa ni dah kena monitor berapa banyak air dia minum n berapa banyak dia kencing . Mmg doc terus set utk masukkan dia dlm ward.
pukul 3 pagi cam tu baru naik ward . Abg Isk punya bacaan 134 masih bawah bacaan normal . So besok nya dokter mintak datang cek darah lagi . Dokter kata si abang pun denggi tapi dah lepas fasa ke dua ni . Sebab Isk mula mula dulu demam. We ols ingat kan tonsil sebab mmg masa tu tonsil dia bengkak sangat sangat .
masa ni mmg setiap jam kena catit banyak mana air dia minum n berapa banyal ml yg keluar . Sarah pun taknak minum n makan sangat . Segala jenis air mummy dia g belikan bersusun kat meja tu , tapi satu pun dia tak mo . Nak minum air masak sahaja . Masa ni dia banyak tido je . Nak bg makan n minum pun kena kejut.
Dokter kata denggi ni ada 3 fasa , fasa pertama masa dia start demam panas tak reda2 n berlanjutan lebih 3 hari . Lepas tu fasa ke dua masa dia dah tak demam . Masa ni la badan akan lenguh semua n masa ni juga kena monitor sebab masa ni badan kurang air n risiko berlaku pendarahan dalaman adalah tinggi masa ni . then fasa akhir masa naik bintik merah maknanya dah nak habis
Masa ni dia sonok sebab uncle Talib n Umi dtg . so dia ceria sket makanan. Pagi kemain la cranky ... masa ni baru dia nak makan sket . Makan jagung n minum air banyak . Lega sangat .
Tq pasukan cheerleader yg dtg menceriakan suasana n yg bawak macam macam makanan ( yg sara tak makan semua mak dia yg makan muahahahah ) Bak Pak Sutan kata la , Sarah loose weign , mummy plak yg tambah weight hahahahah which is so so true .
Lepas kena discharge , dalam 4 hari kena datang balik ke hosp utk tgk bacaan darah dia mcm mana .
Singgah makan dulu kat Ummmiza Cafe , kemain sonok dia dapat makan sambal udang. Masa ni siap ber crown n pekuk anak patung lagi . Dia tak tahu kejap lagi lengan tu nak kena cucuk
bila dokter nak cucuk je dia punya meraung rasanya 1 wad dengar kot . Last2 dokter kena bungkus dia ngan selimut . Mmg drama sangat hokey .
Tangan kanan tu mmg duduk keras macam tu aje la sebab baru lepas kena cucuk . Bagi upah makan ice cream la sian dia . Badan pun susut banyak sebab masa kena demam tu mmg dia tak ada selera sangat nak makan .
lepas sejam ke hosp balik utk amik result . Alhamdulillah bacaan darah dia semua ok . Masa hari yg dia kena demam tu kaki dia pun sakit . Sampai nak berdiri pun tak ley . Jalan pun sakit . Rupanya ada budak lain juga sama umor cam dia pun kena sama juga kat wad tu . Dokter kata Myositis . Masa mula dtg tu bacaan darah dia 7000 which is very high . Mungkin sebab infection ke apa . Skrg bacaan darah utk kaki dia tu 100 cam tu .
Bengkak hati dia masa kena denggi tu pun dah ok . Liver function ok . Dokter kata mmg biasa bagi org kena denggi utk effect hati .
Mummy bersyukur sangat sebab result semua cantek . Takmo sakit dah yer Sarah
6 comments:
Harap2 dah sembuh
aaaaa sedih tgk budak kecok kna drip 😫
Salam perkenalan :)
Get well soon
Sedihnya bila kena masuk wad.
Little girl, please get well soon.
mommy stay strong.
Musim sekarang kot, ramai yang tak berapa sihat.
Alhamdulillah anak anak dah sihat.... lega rasa ye Moon...
Budak kalau demam denggi risaunya susah nak minum airkan....
Yelah... nama pun sakit, manalah selera nak makan
Post a Comment