Wednesday, August 07, 2019

Anak anak demam n denggi

Alhamdulillah Sarah dah kuar hospital .

Last week hari Rabu bawak Abg Isk ke klinik sebab dia demam . Nampak tonsil dia sangat bengkak . Dokter bagi ubat utk surutkan bengkak dia . Kak Moon pun mintak jugak ubat sebab sebab rasa cam bengkak kelenjar je kat rahang kiri ni . Sekali dokter kata ni mcm beguk je puan. Saya bg puan mc 3 hari.

So dapat la jaga Isk demam di rumah. Dia mmg flat giler sampai takley bangun. Makan n minum pun susah. Hari Khamis pihak sekolah call bagitau Sarah demam n mintak ibu dtg ambil segera . Terus bawak Sarah ke klinik . Badan dia sangat panas dlm 38.5. Terus dokter masukkan ubat peluru. 1 hari dia tido je ...Abg Isk pun sama mmg dua dua tu tido.


Hari Ahad , keadaan Sarah cam sama je. Badan on and off . Lepas makan ubat ok tak panas , tetapi lepas tu panas balik . Hari Ahad juga dia takley nak jalan langsung. Kaki dia sangat week.Abang Isk ada simptom yang sama the day before. Sampai kan si Saran ni nak bawak ke tandas pun kena dukung. Petang Ahad bawak dia ke klinik lagi sekali dan dokter amik blood test and masa tu platlet dia sangat rendah . Dalam 50 aje ( normal kena atas 150 )  so dokter bagi surat n mintak cepat2 bawak ke emergency. Dokter pun  mintak bawak Abg Isk juga sebab both mempunyai simptom yang sama.

Sampai emergency terus masuk ke dalam. Sebab dia tgk bacaan Sarah sangat teruk.Abg Isk ke green zone . Terus la Sarah kena admitted. Masuk wad kol 2 pagi . Nasib la masa tu Umi ada kat umah , boleh la dia tengokkan Nain .


Masa dalam emergency terus dia org masukkan air . Meraung juga la dia bila dokter nak cucuk tangan dia . Masa ni dah kena monitor berapa banyak air dia minum n berapa banyak dia kencing . Mmg doc terus set utk masukkan dia dlm ward.


pukul 3 pagi cam tu baru naik ward . Abg Isk punya bacaan 134 masih bawah bacaan normal . So besok nya dokter mintak datang cek darah lagi . Dokter kata si abang pun denggi tapi dah lepas fasa ke dua ni . Sebab Isk mula mula dulu demam. We ols ingat kan tonsil sebab mmg masa tu tonsil dia bengkak sangat sangat . 


masa ni mmg setiap jam kena catit banyak mana air dia minum n berapa banyal ml yg keluar . Sarah pun taknak minum n makan sangat . Segala jenis air mummy dia g belikan bersusun kat meja tu , tapi satu pun dia tak mo . Nak minum air masak sahaja . Masa ni dia banyak tido je . Nak bg makan n minum pun kena kejut.

Dokter kata denggi ni ada 3 fasa , fasa pertama masa dia start demam panas tak reda2 n berlanjutan lebih 3 hari . Lepas tu fasa ke dua masa dia dah tak demam . Masa ni la badan akan lenguh semua n masa ni juga kena monitor sebab masa ni badan kurang air n risiko berlaku pendarahan dalaman adalah tinggi masa ni . then fasa akhir masa naik bintik merah maknanya dah nak habis 


Masa ni dia sonok sebab uncle Talib n Umi dtg . so dia ceria sket makanan. Pagi kemain la cranky ... masa ni baru dia nak makan sket . Makan jagung n minum air banyak . Lega sangat . 


Tq pasukan cheerleader yg dtg menceriakan suasana n yg bawak macam macam makanan ( yg sara tak makan semua mak dia yg makan muahahahah ) Bak Pak Sutan kata la , Sarah loose weign , mummy plak yg tambah weight hahahahah which is so so true . 



 Sian dia sampai sembab muka dia duk masuk air . Masa ni stop jap drip sebab nak bawak dia ke tandas.

** to be continue ..gamba upload ke laptop separuh je plaks

1 comment:

Warisan Petani said...

Harap2 dah sembuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...