Friday, February 10, 2017

Homestay Dungun

Nak share something ngan u ols pasal 1 homestay yang best kat area Dungun . Hari tu ada balik ke Terengganu jap kan. So on the way back cam penat plak so singgah la kat homestay Studio Yad. Last time kita org stay kat Studio 1, lepas tu dia ada buat studio 2 plak . Kali ni Yad dah ada Studio 3 plak. Rumah yang sangat besar ngan 4 bilik.

So Yad ni sangat baik sebab dia sentiasa update kat Moon sebab katanya ramai yg baca blog Moon dtg singgah n book homestay ngan dia


Studio 1 - 1 ruang yg ada katil king, ruang tamu
Studio 2 - 1 ruang ada katil king, ruang tamu
Studio 3 - Rumah sebiji 4 bilik tidur 3 bilik air.

 Pandangan dr pintu masuk



sangat luas dan lapang...sonok budak budak ni berlari lari

 Ruang makan ada kipas, ruang tamu pun ada kipas. Budak budak ni suka duk kat kerusi tinggi ni .


Amboi ...kemain lagi Abg Isk posing ke tu . Semua nak makan duduk kat kerusi tinggi tu


Ni ruang fav mak mak la kan. Sebab bila bawak anak anak ni memang semua akan lapar aje manjang. Bila ada dapur n lengkap ngan segala periuk belanga, harus la dapat masak masak. Nak goreng apa apa pun senang. Garam gula n minyak bagai semua ada. 

Microvawe , periuk nasik n kettle semua ada. Tinggal u ols bawak bahan nak masak sahaja. Peti ice pun ada ...so boleh pergi je mana mana kedai runcit nak beli nugget ke ...ayam ke sayur ke hahahah. Mmg buat macam umah sendiri la kan hahahha.

 part ni akak suka. Sebab ada mesin basuh. tahu tahu aje la bila travel ngan anak anak, kain baju kemain berlambak. Tetiba Yaya kata suar kecik bersih dah tak ada. Apa lagi laju je mummy dia bagitau suh bawak plastik baju koto datang sini . Sempat la membasuh 1 trip. Asal nya nak membasuh suar anak aje, sudahnya membasuh macam macam. Siap pergi jemur kain ngan riang hahhaha vley...sebab masa tu panas terik. Pasti baju akan garing auw.

Bilik 1


Master Bedroom sangat la luas. Ada katil King and katil single tapi still ada ruang yg amat luas lagi kat sini . Bilik ni ada aircond dan kipas serta bilik air yang lengkap dengan water heater semua.

 bilik air master bedroom 

Bilik 2 

Bilik 2 ada katil queen dan bilik air

Bilik 3 dan 4


Bilik 3 ada 1 katil queen , Bilik 4 ada 2 katil single. Ada 1 tandas di luar


gambar dr luar rumah 


Ni alamat homestay Studio 3 tu ya 

Lot 16701 Lorong 4,
Jalan Bunga Raya Batu 48
23000 Dungun Terengganu

Boleh hubungi Yad : 019-9707878 utk booking dan pertanyaan

Facebook Page : Homestay Studio Dungun


Rate Homestay Studio 3 :

4 Bedroom
3 bathroom

Rate :
RM150 for whole house with 2 bedroom. Add RM50 for additional room
mcm family kecik kami, kami amik 2 bilik aje...tu pun dah rasa luas yg amat.


Tapi kalau u ols rasa cam besar sangat homestay ni utk 2 org aje misal nya. U ols boleh go for Homestay Studio 1 and 2. Studio 1 dan 2 ni attach ngan umah owner dan dlm pagar.


Studio 1


Boleh baca pengalaman kita org stay kat Studio 1 , boleh klik link di bawah ya. Sebab Moon ada share banyak gambar gambar 

1st time di SINI 
2nd time di SINI 

RM120 semalam


Studio 2


Studio 2 RM 110 semalam
Few gambar Studio 2 di SINI


Bagi sesiapa yang ada kenduri kat Dungun , boleh la stay kat sini
Atau sesiapa yg hantar anak masuk Uitm, Sek Sains dungun n etc pun boleh
atau yg ada urusan kerja atau jalan jalan pun boleh duk sini


Tuesday, February 07, 2017

Nota UPSR

Semalam duk tengok tengok notes yg available kat internet utk Isk. Anak teruna akak dah nak UPSR tahun ni. Dia ni takder la cemerlang sangat tapi kalau kita sit down n explain kat dia , dia akan faham. Tapi kalau suh dia baca buku berjam jam mmg satu tak masuk dlm kepala dia. Tapi kalau kita explain n bercerita kat dia....dia akan faham n ingat.

Moon rasa dari dia darjah 3 kot, tiap kali nak exam mmg kita org kena sit down dengan dia beberapa hari sebelum exam. Explain satu satu kat dia ....siap ngan lukis pen warna warna bagai la. Yg buat akak terus buat cam tu adalah pabila dia manage utk jawab semua yg akak cerita malam td. Contohnya nama nama planet la ...bab sains la . Dia ingat n dia suka kita ajar dia.

Tapi jenuh juga la kan sebab mak dia pun kena belajar balik semer benda.

Tapi yg Moon cukup kesian kat budak budak ni adalah bila time periksa sekolah kebangsaan , sama ngan sekolah KAFA . Pagi periksa ...petang periksa . Masa bila la budak2 ni nak belajar kan.

Mmg la kita taknak tekankan sangat pasal paksa belajar n menghafal ni. But kita sebagai parents kena involve sama . 1 jam berkualiti adalah lg bagus dari 3 4 jam baca tak tahu kepala ekor. Tu akak rasa la .

As a parents pun kita kena tahu kekuatan anak kita kat mana. Kadang anak kita tak beberapa cemerlang dlm pembelajaran tapi sangat cemerlang dlm hal lain. So kena acknowledge juga. Kadang akak pun terbabas juga compare anak sendiri ngan anak org yg pandai pandai. Lepas tu bila sedar diri terus cam menyesal .

So selagi kita ada peluang nak bantu dia org ...kita bantu dan terlibat sama.

Ni nak share 1 nota yg mak kagum sangat dr malam tadi lagi. Pagi nih terus share ngan Lenny sebab anak dia pun UPSR juga. Isk , Alya n Kasih anak Filla batch UPSR .

So kalau u ols ada anak yg bakal amik UPSR thn ni ...boleh la print k. Sebab nota comelssssssssss hahahahh gigih sangat cikgu ni buatkan



boleh refer n download kat SINI ya

Masa pergi dengar taklimat UPSR hari tu, kita pun seriau tgk post mortem. Mmg banyak turun gred anak anak ni . Tapi anak anak kita biasala kan . Rilex cam tu juga....still nak layan Tv masa weekend hahahah

Monday, February 06, 2017

Balik Terengganu adik kawen

CNY baru ni balik ke Terengganu sebab adik pompuan Moon kawen. Dia ni la yg patah tulang kaki masa bulan puasa hari tu. Alhamdulillah cepat baik kaki dia. Moon suka usik , dlm patah patah kaki tup tup dah nak kawen dah ...hahhahhaha

Tapi dia mmg cepat dpt jalan balik , sampai dokter pun terkejut.


Masa ni , Mek Sarah duk sibuk makan telor rebuih. Dia mmg pantang sket nampak telor rebus, kadang 3 4 biji pun dia boleh makan sorang. Lepas tu kalau dlm kereta dengar bunyi kentut bau telor, kita tahu la siapa yer ahahhahahah .

 Pak Sutan siap jumpa kawan sekolah dia lagi kat sini . Dia kata last jumpa thn 1997 hahahhaha lama sangat tu kan.

 Ni la Abah akak ...kecik je org nya. Anak anak semua gergasi hahhahahah. Semua ikut Arwah Mak.

 Ngan Kakak Moon dan adik lelaki Moon yg tinggal kat Terengganu.

  Bergambar ngan ibu penganten.


Ni adik Moon yg last n paling bongsu. Lepas ni turn Nisha plaks.

Sarah plak banyak kali masuk nak tgk penganten. Sebab dia kata tu princess. Dia kan pantang tgk baju kembang kembang ni. Masa ni dia dah pakai baju ala princess dah...sekali dia tgk baju pengantin lagi kembang, terus berubah muka dia hahahhaha . Siap dia request nak amik gambar ngan princess lagi hahahhaha.





Wednesday, February 01, 2017

Surat beranak hilang

Surat beranak anak anak hilang, jadi kena la ke JPN buat baru / salinan surat beranak.

Berhari hari la Moon mencari mana perginya file tu . Tak jumpa jumpa....terus rasa diri ni sangat clumsy sebab mmg tak ingat langsung letak kat mana.

Since dah nak masuk sekolah, mmg perlu salinan maka gigih terus pergi ke JPN. Susah hati sangat bila tak ada surat beranak budak budak ni .

Moon ke JPN Putrajaya. Untuk surat beranak , terus naik ke aras 3 ya

Mmg besar la JPN Putrajaya ni

 Pergi ke kaunter Informasi untuk dapatkan borang

1 salinan surat beranak dikenakan caj RM5 sekeping. Since 3 surat beranak hilang, RM5 x 3 = RM15 akan dikenakan. Bayar masa submit form.


1 borang untuk setiap anak. Maka isi la 3 borang. Kalau kita ada simpan nom surat beranak anak, boleh isi terus . Tapi bila masuk nom IC pemohon, JPN boleh detect dah, nama ibu atau ayah.

Mmg cepat sangat dan mudah je. Kita org tak sempat isi form, nom dah kena panggil dah. Sebab ada banyak sangat kaunter. Nanti lepas dah submit form kat kaunter 1 atau 2, bayar RM5 sekeping salinan surat beranak. Nanti dia akan suruh tunggu kejap n panggil nom kita semula. 


Tunggu pun tak lama ...dalam 5-10 min kot . Lupa sebab mmg tak lama  hahahah terus kaunter 4 panggil balik untuk kita ambil salinan surat beranak. Sekarang kan pakai sistem je kan. So nampak cam mudah je dia org key in n print terus kat printer. 

So kalau surat beranak hilang atau musnah, dont worry sebab anda boleh dapatkan salinan dengan mudah kat JPN. 

Boleh refer ke laman web JPN

oh ya , yang boleh buat salinan ni adalah ibu atau ayah anak . Jika surat beranak tu hilang n anak dah ada IC sendiri, maka dia boleh pergi buat sendiri ( tapi mak ngan ayah juga kena bawak pergi JPN kan... hahah so baik mak ngan ayah je buatkan . Kecuali la kalau anak dah besor panjang )

Kalau buat salinan surat beranak untuk anak, tak perlu pun bawak anak ke JPN...mak atau ayah saja pun dah cukup.  

Charge sama je...kali pertama ke, atau keli kedua ke , caj nya tetap sama RM5. Bukan macam IC kalau hilang banyak kali, dendanya meningkat

Friday, January 20, 2017

Sale Langsir di Sarah Hughes Globe

Assalamualaikum ,

Bagi yg follow page Miera301 at Sarah Hughes Globe pasti dah tahu pasal tarikh sale ni kan. Ni nak share kat blog plak. Dah draft n schedule tappi tak kuar plak sebab akak silap letak tarikh hahahah.

ok akak ketuk ketampi 10 kali

ok ni posternya ya u ols


merah menyala gitew poster akak kali ni sempena nak sambut Chinese New Year kan ....hikssssss


Naik terus ke Lvl 7 kay.


 Sale ni 3 hari sahaja tau u ols. Boleh datang bawak kawan kawan n sedara mara dtg intai intai kain. Kalau ada yang berkenan boleh terus beli ...

Harga kain bermula dari RM 5 ya u ols . Ada pilihan utk semua budget anda .



Tuesday, January 17, 2017

soalan mengenai suami anda

Nampak adik ipar kiter Baqis buat ni . Rasa cam menarik je kan . So nak buat jugers la  . Kalau kat FB cam kena tulis pendek je kan. Kita buat kat blog sedap sket nak menulis panjang panjang.

Sejauh mana anda kenal suami anda? Copy, paste dan jawab semua soalan.
Tag nama suami dan biar dia nilaikan jawapan anda

1. Dia duduk di depan tv, apa yang ditonton?

Bukak channel sukan . Lepas tuh bukak channel movie . 


2. Korang keluar makan, dia order makanan apa?
Ada musim juga ni. Ada tiba musim dia akan order nasik goreng pataya je . Ada musim nasik goreng USA je ...ada musim nasik goreng patani je. 

Kalau kat kedai mamak, misti order roti banjir 1, dal kari sambal takmau

Kalau kat kedai Ummiza, mmg dia akan amik ikan keli sambal hijau aje manjang. 


3. Makanan yang dia tak suka.
Susah nak jumpa yang dia tak suka ni . Haaaaa makanan atau apa apa sambal yang ada letak belacan. Satu lagi kalau inti karipap ada letak udang kering . Tu dia mmg sakit hati kalau gigit gigit karipap rasa udang kering. 

4. Korang keluar makan, dia order minuman apa?
Kopi ais atau teh ice. Tapi mmg akan 2 gelas punya. Sebab 1st minum masa makan ...segelas lagi lepas dah siap makan .
 
5. Jenis muzik kegemaran.
Ni mmg dari couple sampai la sekarang mmg lagu hindustan la . Kalau time dia drive mmg layan je apa lagu dia nak dengar. Siap download apps lagu lagu hit Bollywood lepas tu sambil drive, sambil layan lagu n sambil nyanyi sekali. Ada hari mood dia bagus siap goyang2 bahu hokey. 

Radio fav dia Light n Easy. Lagu lama lama oldskool

6. Hobi atau dia suka mengumpul apa?
apa ek hobi dia. Yang perasan , dia suka kumpul cawan kat luar umah aje hahhahahah ( sebab dia suka lepak kat kerusi di luar...sambil minum air . Lepas tu dia je masuk dlm umah n cawan semer duk kat luar. Hahhahah )

Dia suka kumpul movie kot
 
7. Makanan yang dia sanggup makan hari2.
My cooking ( matiklaaaaa org nyampah la kat akak ) sebab dia mmg kena makan la apa bini dia masak kan . 

Masakakkan mama dia yg sangat best n power. Kalau kari tu mmg tangan berbau kari sepanjang hari 

Ikan keli....ni dpt nampak pattern dia . N makanan kena ada kuah

9. Jenis pakaian yang dia takkan pakai.
seluar slack tak ada pleat ( sebab biasa budak budak body slim je pakai ) . Dia juga takkan pakai baju kemeja corak bunga bunga

10. Pasukan bola kegemaran?
Ni dari dulu sampai sekarang ...Real Madrid . Kadang Moon acah acah juga kata nak belikan Isk jersi MU ke , Liverpool ke ...Chelsea ke. Mmg dia akan reject awal awal. Anak saya pakai baju Real Madrid aje hokey . Siap kata nanti kita gi Stadium Bernabeu.

12. Sukan kegemaran?
Badmintonuntuk dia main , Bola utk dia tgk
 
13. Kamu nak buat kek harijadi untuk dia, kek apa yang kamu akan buat?
Apa apa kek pun dia makan . 

14. Apa yang dia buat sepanjang hari?
Tengok TV , tgk phone n main game tempak tembak dlm phone. Biasa kalau dia dah tahu nak buat apa dia akan buat buat tido tapi tertido sungguh sungguh ahakssssss

Friday, January 13, 2017

Lunch with Ila n Lenny

Lenny msg ajak kuar lunch sebab kebetulan Ila pun ada meeting kat Cyber. Lama sangat tak jumpa Ila, so harus la mak pun mengeletis nak kuar jumpa kan.

G kat D pulze aje . Tapi sekarang, D Pulze pun dah penuh .

nampak dinding cantik terus stop utk amik gamba . Tapi tak nampak pun gamba budak belakang ...maaf ya dik hahahhaha

Gambar dr kamera Ila . Mmg sonok sangat lunch td sembang macam macam hal anak anak hal kije . Hal make up . Siap ada acara cuba cuba lipstik la . Lama sangat tak lunch n sembang cam ni . Ni pun tak cukup korum.

Tq Ila sebab dtg pickup ai kat opis n antarkan balik . 


Semalam gie lunch kat tempat Lenny . Pun best juga ...sampai kan Pak Sutan suh bawak dia juga nanti . Nanti aku kaco nko lagi k Lenny .


Thursday, January 12, 2017

Kedai bahan bakeri di BBST

BBST stand for Bandar Baru Salak Tinggi k.

Moon baru jumpa kedai jual bahan bakeri ni and tersuka plak. Masa mula mula pergi tu teman Pak Sutan cuci kereta je. Sebab baru balik dr pejabat pos kat kosmopleks tu. Sementara nak tunggu kereta siap Moon berayap la kejap sebab sebelum ni banyak kali lalu tapi tak pernah singgah. Lagi pun selang beberapa kedai je dr kedai cuci kereta tu .

Masuk masuk kedai mmg semerbak bau bahan bakeri. Wangi je hahahhahah. Aircond plak sejuk, sesuai sangat sebab kat luar mmg panas la sangat .


Mula mula masuk terus gie usha bahagian pre mix sebab Moon biasa beli premix pun utk buat utk anak anak. Buat muffin atau kek dlm kuantiti kecik la kan. Premix dia pun murah . Sebelum ni ada satu kedai kat Dengkil kot, premix dia dlm batch besar yg belas belas harga dia . Kita plak nak macam macam jenis kan. So kat kedai ni ok la ...choc muffin pun dlm RM4 gitu . So boleh la pilih macam macam .

 Moon suka beli white bun mix atau sweet bun mix ke . Sebab tetiba jadi mcm pandai je buat roti. Padahal ikut arahan kat paket aje pun. Tapi hasil pergggggggg marvelous . Setakan nak buat makan n baking ngan anak anak di hari minggu, pre mix yg siap mcm ni mmg memudahkan kerja la kan. Walaupun rupa tak macam roti kat kedai, tapi rasa tuh sedap. Tang rupa tu boleh diperbaiki . Practise make perfect kan. Plus when u bake utk anak anak makan, dia org tak komen banyak. Semua laju je masukkan dlm mulut .

 Kemas je kan . Tu yg Moon tersuka tu . Sebelum ni duk pergi tempat lain area BBST ni semua cam simple aje. Kadang tak ada apa benda kita nak cari. Last last ke Bake With Yen ke apa . Tapi ni tak yah dah susah susah nak gie Bangi atau Puchong tu sebab kat BBST sendiri pun ada kedai best dah. Sesuai la utk akak baker mak mak yg bake utk sendiri makan n anak anak makan. Lagi pun owner dia Melayu n baik plak tu .


Masa mula mula 1st time masuk hari tu mmg usha semua barang. Yer la nak tgk apa yg ada kan. So jd suka plak . Tu yg pergi lagi 2 3 kali hahahhaha . 

Maaf la sebab mutu gambar kurang bagus sebab snap sambil jalan dlm kedai. Tapi tanya owner dulu , boleh saya amik gambar tak . Owner dia bagi . 

Masa nak bayar terus tersembang , rupanya owner dia duk satu taman je ngan kita org hahahha. Baik and friendly sangat owner dia Kak Lina . Moon tanya macam macam kat dia . Apa beza whip cream jenama ni ngan jenama tu. Dia explain betul2 sampai Moon yg zero knowledge pasal whip cream ni pun tetiba jadi tahu plak hahahha.  

cuma sign board dia tak jelas sangat . Tapi kalau lalu depan deretan shoplot tu mmg boleh nampak. Kedai ni sebelah dobi layan diri. 


Cari pejabat pos BBST . Dpn pej pos ada kedai makan mamak. Kedai bakeri ni deret kedai mamak tu la . 

Ni bukan iklan ke apa yer . Ni Moon share sebab kedai ni bagus kalau nak compare ngan lain . So kalau ada yg area area ni nak cr barang bakeri ley la usha kedai ni . Rupanya ramai dah tahu n slalu pergi sini . Moon je ketinggalan n baru tahu . 

Kalau korang ada kedai bahan bakeri yg best cam ni ...area sepang atau nilai share ngan Moon tau .

Monday, January 09, 2017

House of corset by Zenia - Corset mampu milik

Misti ramai yang dah tahu pasal House of Corset by Zenia ni kan. Eh macam biasa nampak la ZENIA tu . Yup ni la juga company yg kuarkan Transgluta and Transbella . Owner dia org ni jugak la yang kuarkan AnneSuraya Skincare ( which i loveee sangat sangat ) . Habis dia org sapu bersih ni. Dari dlm ke luar semua ada ni.

Moon mmg suka n bangga ada kawan kawan yang ligat buat bisnes and bissness dia org mmg semua berjaya n kencang. I akan sentiasa support kawan kawan punya bisnes tau .

Pasal House of Corset ni mmg lama dah Moon duk intai intai tapi lagi bertambah keinginan nak beli tu bila tgk testimoni si Suraya n terbaru si Mimy Hamid tu. OMG im so jeles kay. Terus nak jugak nak jugak.

Apa yang buat lagi nak ada jugak satu House of Corset ni adalah sebab :



Ada size beso sampai 6XL 

Harga mampu milik RM150 je 




Kalau full mcm ni mmg payah la nak dpt harga RM150 kan . Ia adalah 1 piece. Maknanya korang serlum sekali aje.




Ciri istimewa yang ADA pada corset ini..!!


Membaiki tekstur tebuh anda dan membentuk tubuh anda..

Tak perlu bukak apabila ingin ke tandas..

Sangat selesa kain lembut dan sejuk..

Tanpa tetulang yang merimaskan..

Memberi keselesaan pada si pemakai..

Dilengkapi 7 magnet yang mampu melancarkan darah dan menghapuskan lemak degil.

Sangat mudah dipakai (one piece)


M (40-45kg) | Waist : 61-67cm | Hip : 80-90cm
L (46-55kg) | Waist : 67-73cm | Hip 83-93cm
XL (56-65kg) | Waist : 73-79cm | Hip 86-96cm
XXL (71-78kg) | Waist : 79-85cm | Hip : 89-99cm
XXXL (71-78kg) | Waist : 85-91cm | Hip 92-102cm
4XL (79-85kg) | Waist : 91-97cm | Hip 98-105cm
5XL (86-90kg) | Waist : 97-103cm | Hip 104-110cm
6XL (91 - 100kg) | Waist : 103-109cm | Hip 108-114cm


Yang sonok nyer sebab bila tgk chart ni nampak size akak u ols . Akak yg agam ni harus la kena pakai yg beso. Yg size S tu duduk diam diam jgn sibuk sibuk nak pakai corset ( ehhhh sakit hati plak dia kan, maaf ya dik akak mmg jaki sket ngan org kurus. Tambah dengki ngan org kurus yg makan banyok tapi tak gemuk gemuk ....whyyyy oh whyyyy? )

Terus unlock phone n cari nama Anny ..... 

Anny aku nak order corset satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Sonoknya ada kawan yg menjual macam macam ni . Senang idup aku ...main order je hahahhaha. Tapi kadang org nak cari barang pun msg Kak Moon tanya . 

Akak saya nak beli ni ....akak ada kenal sesiapa tak 

Akak saya nak gie bercuti...akak ada contact org ni tak 

Akak saya nak gie Langkawi , akak ada contact org sewa kereta tak 

Akak saya muka berjerawat ...akak tahu apa yg best tak 

Akak saya ada masalah wanita...akak tahu apa jamu yg best tak 

Akak saya nak masuk umah baru n cari langsir ....akak boleh kirakan tak ukuran 

Akak saya nak cari perfume ....akak rekemen kan yg best bleh 

Akak saya ada masalah ngan mertua saya ....apa saya nak buat 

Akak , lawa la plak tudung akak pakai ...akak beli kat mana 

Tgk dik ...........akak mmg jadi kaunter pertanyaan. Sebab tu la akak jarang nak publish nom tepon akak sebab nanti mcm mcm akan muncul . Yang lawak yg sedih semer ada . Tapi ada jugak up nom tepon sebab utk memudahkan org nak beli brg yg akan jual. Tapi selingan tu mmg sentiasa ada . Lepas ni akan ada plak 

Akak saya nak jugak la corset dari House of Corset ....PM please 

hahahhahahha 



Kainnya lembut n tak la kerasa sampai tercalar kulit ( pergggg ayat tak nak kalah tu hahahha ) So idak la rasa mcm mumia yg di balut . Korang pakai pun selesa sebab tak ada besi besi ke apa . Sbb yg besi ni kadang ada setengah tu kalau time kita berdiri tu ok elok je kat bawan tapi bila duduk habis mencucuk tulang rusuk bagai. Kita plak mmg kije duduk je manjang kat opis kan. Kalau asik betulkan besi mencucuk ni kang apa plak org opis kita pikir ....dia ni ada penyakit gatal ke apa hahahahha . 

Mimy mmg dia sokong pemakaian corset ni sebab dia kata corset ley bantu baiki postur badan n bg lemak berada di tempat yg sepatutnya . Satu lg , corset dia ley bantu menyorok bonjolan bonjolan  tak sepatutnya . Kalau tak....dia bonjol tang sini ....bonjol tak sana . hahahhahaha

Mimy start pakai size 5XL tau . Sekarang ni dia dah turun ke size 4XL



 Yang penting , bila dah pakai corset ...korang akan kurang mkn. OMG ni tak sabar nak dpt yg order hari tu ni . Nanti dah sampai corset House of Corset ni , Kak Moon share ngan u ols k mcm mana rasa dia ....manis ke ...masin ke hahahhaha 


Ni sorang lagi yg buat I makan hati ............napa dia boleh shrink sampai mcm ni . Im so jealous tau. Suraya kata kena jaga makan ...pakai corset utk bantu sekat perut tu .

Kita kadang kalau nak gie buffet atau makan kenduri saja pakai kain getah hahhahahah sebab dah get ready nanti nak makan banyak hahahhah itu yg jadi godang ni. Ok tahun 2017 nak kasi kempis sket . 

Ok sesiapa yang nak kempis n cun n slim serta pakai baju elok terletak tanpa bonjolan bonjolan yg tak di ingini ...boleh cuba corset by House of corset ni . Kena cepat order sebab manjang je habis..

RM150 je uols . Ada 3 warna , Hitam, Navy Blue n Beige 

Kalau kita tgk kat shopping mall paling besar pun 2XL je kan. Tu pun mahal dekat 2 3 ratus. Kadang makan hati sebab tak muat pun 2XL tu. Org agam mcm akak ni misti faham mcm mana rasanya . Nasib la House of corset ni ada sampai 6XL



Lin  House of Corset

013- 691 5915 



Oh ya sebelum lupa , bagi mereka yang nak join . Boleh book tempat ngan Anny n Suraya kat nombor di bawah ya. Siap ada dpt goodie bag dengan barangan worth RM100 . Siapa nak jumpa Siti Nurhalija ( Suraya la tew ) boleh cepat cepat bok tempat k . Dgr kata tinggal beberapa aje lg tu .

Free Goodie bag 
Free basic make up
Hi Tea pun ada 


Baca more pasal Basic Makeup workshop kat SINI k



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...