Showing posts sorted by date for query homestay studio dungun. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query homestay studio dungun. Sort by relevance Show all posts

Monday, January 07, 2019

Maya Homestay Studio Shah Alam

Masa hari Umi Konvo hari tu , Mama requst nak duduk area Shah Alam sebab katanya dekat sket n dia cam dah serik masa Umi konvo Dip dulu mmg jalan sangat jem nak ke Uitm .

Since Moon ada nampak member masa zaman Fotopages ada upload gamba homestay studio dia yang baru dibuka, ibarat pucuk dicita ulam mendatang . Kebetulan mmg baru sangat sangat lagi homestay ni . Nampak Mas duk upload gambar homestay tu terus hati terpikat hahahha laju msg Mas tanya pasal homestay dia .



Mas ni juga ada homestay kat Melaka . Yang kat Shah Alam ni adalah homestay ke 2 dia . Mmg highly reccomended k

Betul betul dlm I-City Shah Alam tu u ols

Since hanya Mama, Papa n Umi yang akan stay kat sana so rumah ala studio ni mmg sesuai . Complete ngan dapur utk masak , peti ice and even mesin basuh .


Masa tunjuk kat Mama , mama mmg happy la sangat .


Bilik ada juga satu so asing la dr tempat ruang tamu n tgk tv serta dapur


 Dapur n ruang tgk TV adalah dalam 1 ruang . Konsep studio room .

Tapi tgk la mmg nampak cantik n curlass sangat kan


Belakang kerusi biru  tu la bilik nya .


 Lengkap semua nya u ols .


Umi kata , mama ngan papa dah masuk homestay ni terus depa takmo keluaq pi mana mana pun . Punya sonok duk kat dalam ni hahahha

Tgk la semua ada dari periuk nasik , kettle hinggalah kelengkapan dapur . Mmg boleh masak complete meal kat sini u ols




Memandangkan akak tak dpt dtg masa ni ....akak dengan jayanya telah book utk ke sini hujung bulan nanti muahahhaha 

Ok kalau u ols kebetulan mencari homestay di area Shah Alam boleh buzz my friend Mas k . 

Masa kak Moon book hari tu ada promo pembukaan so I pay RM120 utk 1 malam which sangat berbaloi baloi . Skrg harga normal adalah RM140 semalam .  Kalau nak stay banyak malam u ols nego la ngan tuan tanah kedaung ya . Akak share homestay yg gorjes gorjes aje . 

Entry Moon pasal  Homestay Studio Dungun tu pun sampai sekarang org duk pergi n petik nama blog akak . Yer la benda yg baik , cantik n selesa misti la dikongsi bersama kan . Tak rugi pun ...sharing is caring . Yad owner dia pun duk asyik tanya akak bila nak balik Ganung meh la singgah homestay saya .

My parents in law tak habis habis puji homestay ni n Mas pun sempat jumpa ngan Mama dan Papa masa serah kunci . Mama kata " Munirah , baiknya kawan Munirah si Mas tu . Tadi Mama dah jumpa dia masa amik kunci "



Fully Furnished with Immaculate, Modern New York Design
- Kitchen cabinet with Hob & Hood
- Wardrobe
- Air conditioners (Living Hall & Room)
- Refrigerator
- Water heater
- TV
- Queen sized bed
- Side table
- Mini Bar
- Sofa
- Toiletries
- Towel
- Extra Toto & Pillow








Friday, February 10, 2017

Homestay Dungun

Nak share something ngan u ols pasal 1 homestay yang best kat area Dungun . Hari tu ada balik ke Terengganu jap kan. So on the way back cam penat plak so singgah la kat homestay Studio Yad. Last time kita org stay kat Studio 1, lepas tu dia ada buat studio 2 plak . Kali ni Yad dah ada Studio 3 plak. Rumah yang sangat besar ngan 4 bilik.

So Yad ni sangat baik sebab dia sentiasa update kat Moon sebab katanya ramai yg baca blog Moon dtg singgah n book homestay ngan dia


Studio 1 - 1 ruang yg ada katil king, ruang tamu
Studio 2 - 1 ruang ada katil king, ruang tamu
Studio 3 - Rumah sebiji 4 bilik tidur 3 bilik air.

 Pandangan dr pintu masuk



sangat luas dan lapang...sonok budak budak ni berlari lari

 Ruang makan ada kipas, ruang tamu pun ada kipas. Budak budak ni suka duk kat kerusi tinggi ni .


Amboi ...kemain lagi Abg Isk posing ke tu . Semua nak makan duduk kat kerusi tinggi tu


Ni ruang fav mak mak la kan. Sebab bila bawak anak anak ni memang semua akan lapar aje manjang. Bila ada dapur n lengkap ngan segala periuk belanga, harus la dapat masak masak. Nak goreng apa apa pun senang. Garam gula n minyak bagai semua ada. 

Microvawe , periuk nasik n kettle semua ada. Tinggal u ols bawak bahan nak masak sahaja. Peti ice pun ada ...so boleh pergi je mana mana kedai runcit nak beli nugget ke ...ayam ke sayur ke hahahah. Mmg buat macam umah sendiri la kan hahahha.

 part ni akak suka. Sebab ada mesin basuh. tahu tahu aje la bila travel ngan anak anak, kain baju kemain berlambak. Tetiba Yaya kata suar kecik bersih dah tak ada. Apa lagi laju je mummy dia bagitau suh bawak plastik baju koto datang sini . Sempat la membasuh 1 trip. Asal nya nak membasuh suar anak aje, sudahnya membasuh macam macam. Siap pergi jemur kain ngan riang hahhaha vley...sebab masa tu panas terik. Pasti baju akan garing auw.

Bilik 1


Master Bedroom sangat la luas. Ada katil King and katil single tapi still ada ruang yg amat luas lagi kat sini . Bilik ni ada aircond dan kipas serta bilik air yang lengkap dengan water heater semua.

 bilik air master bedroom 

Bilik 2 

Bilik 2 ada katil queen dan bilik air

Bilik 3 dan 4


Bilik 3 ada 1 katil queen , Bilik 4 ada 2 katil single. Ada 1 tandas di luar


gambar dr luar rumah 


Ni alamat homestay Studio 3 tu ya 

Lot 16701 Lorong 4,
Jalan Bunga Raya Batu 48
23000 Dungun Terengganu

Boleh hubungi Yad : 019-9707878 utk booking dan pertanyaan

Facebook Page : Homestay Studio Dungun


Rate Homestay Studio 3 :

4 Bedroom
3 bathroom

Rate :
RM150 for whole house with 2 bedroom. Add RM50 for additional room
mcm family kecik kami, kami amik 2 bilik aje...tu pun dah rasa luas yg amat.


Tapi kalau u ols rasa cam besar sangat homestay ni utk 2 org aje misal nya. U ols boleh go for Homestay Studio 1 and 2. Studio 1 dan 2 ni attach ngan umah owner dan dlm pagar.


Studio 1


Boleh baca pengalaman kita org stay kat Studio 1 , boleh klik link di bawah ya. Sebab Moon ada share banyak gambar gambar 

1st time di SINI 
2nd time di SINI 

RM120 semalam


Studio 2


Studio 2 RM 110 semalam
Few gambar Studio 2 di SINI


Bagi sesiapa yang ada kenduri kat Dungun , boleh la stay kat sini
Atau sesiapa yg hantar anak masuk Uitm, Sek Sains dungun n etc pun boleh
atau yg ada urusan kerja atau jalan jalan pun boleh duk sini


Tuesday, February 16, 2016

Homestay Studio Dungun

Ni adalah kali ke 2 kami ke sini. Ramai org PM Moon mintak contact Homestay Studio Dungun ni...dan ramai juga yg dah pergi. Moon jumpa homestay studio ni pun masa moon duk google kat internet. Bila dah pergi n rasa sendiri duk kat sini, terus Moon simpan nom ni  elok elok dalam phone n park kat blog terus. Senang lain kali nak pergi. Serta senang utk u ols jugak nak refer .

Entry : First time ke Homestay Studio Dungun
Entry : Unit baru Homestay Studio Dungun ( Studio two )
Entry : Unit baru Homestay Studio 3 ( Rumah 4 bilik, 3 bilik air ) entry Feb 2017

Ni pun booking mengejut. Bila dapat berita bapa saudara meninggal, terus msg Yad tanya homestay studio dia kosong tak malam nanti. Sebab kami nak tido je satu malam.

Nasib la Yad bagitau kosong...tapi ada student sekarang ni yg akan cek out lewat dlm pukul 7 mlm .

Moon kata tak apa la kan sebab kami pun akan sampai malam. Sebab akan ke umah makcik dulu . So Moon share ngan korang incase ada apa apa urusan di Dungun. Stay la kat Homestay Studio Dungun ni. Mmg selesa n luas...

Bila kata Homestay Studio, ia bermaksud bilik tido n ruang tamu semua dalam 1 ruang. So kalau untuk kami anak beranak ni mmg sesuai sangat dah la .

 Jalan masuk ke Jalan Melati 3.  Dah boleh nampak pagar homestay studio si Yad ni

 Homestay Studio ni terletak tepi umah dia je. So mmg dalam pagar . Dia akan bagi kunci dan sekali remote utk autogate.

 Ni alamatnya k. Sangat senang nak cari, tak susah pun...boleh terus waze ke sini

Gambar ni pun Moon amik waktu siang. Sebab malam yg kami sampai, kami drop bag je kat homestay nih n terus ke umah makcik n stay sana sampai malam. Balik bilik dah ngantuk n terus tido semua.

So lepas breakfast nasik minyak n nasik dagang , balik bilik n pack2 barang sebab dah nak balik KL balik dah. Lepas check out singgah rumah makcik balik kejap.

Gambar tak la beberapa cantik sebab tak bawak balik kamera pun. Nama pun balik mengejut kan...baju pun main campak2 je dalam beg.

So semua gambar dari phone sahaja


 
 
 
Bilik sama seperti dulu ....Yad ada tambah langsir dah utk tingkap depan dan ada aircond dekat area katil .
Mmg sejuk dan nyaman je tido

Lengkap dengan
Peti sejuk
Iron n Iron board
Almari, hangger n ampaian
Pinggan, mangkuk, cawan gelas n teko serta kettle
Sabun cuci pinggan pun ada
sabun mandi n syampoo serta towel pun ada
Sejadah, Al-Quran
Astro dan Wifi
2 tilam extra
2 selimut extra

 

Ni la gambar kat dalam Homestay Studio Dungun ni. Masa ni dah nak cek out ....tapi napa bilik kemas je kan.

Kami ni dah biasa kije housekeeping hotel ( masa zaman belajar dulu part time housekeeping kat JW Marriot ) so mmg mata tak tahan la tgk keadaan nak cek out sepah2 .

Pak Sutan pun dia mmg akan tegangkan balik cadar2 tu semua n make sure bilik kemas n tak sepah2 . Nasib kita org tak cabut cadar n sarung bantal siap siap n campak tepi kan hahahhaha.

So ni dah jadi mcm habit dah.

 Dah ada gazebo kat depan bilik Homestay Studio. So kalau nak lepak2 makan pun sedap ni ...bebudak pun suka duduk kat sini.
 Ni dia punya complete....siap dengan ampaian . Kalau nak jemur baju ke, towel ke...memang tak ada masalah. Pak Sutan siap usik, nasib Yad tak letak mesin basuh kat belakang, kalau tak misti awak dah pergi baguh baju baju kotor ni. Amboooiiii mengata terang terangan kan.

Tq so much Homestay Studio Dungun serta ownernya Yad sebab sudi accommodate kami walaupun hanya utk 1 malam. Nanti akak sefamily datang lagi tau...sebab nak rasa duduk di Studio Two pulak .

Memang berbaloi baloi n puas hati duduk macam ni. Sebab kereta boleh masuk sampai ke porch depan...so kalau barang banyak mmg senang nak angkat.

Duduk homestay tapi yg ada style sket hahahhaha

Oooh ya lupa nak bagi contact

Whats app Yad 019-970787 / 0199707879 Facebook: Studio Homestay Dungun

Just whatsapp je Yad n bgtau dapat from blog kak Moon k   . Charge semalam adalah RM100 ke RM120, sila konpomkan balik ngan Yad k 


Latest update: ( curik dari fB Yad hahahha )

Ni Yad dah bukak Studio 3 plak...lawanya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...