-------
Kami dah kembali ke London setelah 2 hari ke Paris . Masih di Grand Plaza hari ni . Nanti tengahari sikit Moon n Sutan akan tukar ke Holiday Villa Hotel . Tak jauh pun dari Grand Plaza Service Apartment ni . Kak Nor kata kesian Moon n Sutan nak kena tido lapik toto je sebab kes hari pertama hari tu kan , jd dia bagi bilik dia .Kita org ok je . Pantang letak kepala belayar terus . Plus Kak Nor ada banyak voucher Agoda maka dia book kan awal awal lagi .
Ala dah nak kena pisah ngan Ain n Wawan . Kemain sonok kami main masak masak . Sebab di Grand Plaza ada dapur semer . Tapi awal awal dah bgtau Ain nanti akak ngan abg dtg lepak2 hahhaha n kita main masak masak tau . Sonok sebab masak sama sama lepas tu amik periuk nasi duduk bersila atas lantai makan sama sama . Lepas Moon siap masak , Ain akan clearkan dapur ..bersih dia kemaskan . Dia org pun cam adik adik Moon dah sebab dah kenal lama kan .
Pagi pagi terus buat breakfast . Sardin bawak siap siap dari Malaysia . Mayonis paket tu pun akak bawak . Yg frust nya sebab lupa bawak cili sos . Sini susah nak cari cili sos . Banyak sos tomato je .
Sandwich sardin complete sayur salad semer . Beli ubi tu kasi goreng garing2 . Minum plak ngan kopi n milo panas panas pergggggg
Selesai makan semer , tetiba ada org ketuk bilik .
" akak ada nasi tak. Mama lapa la . Jo cari nasik lemak kat Putera Puteri tu belom sampai lagi "
" alamak akak lom masak nasik sebab kami makan sandwich ( sandwich pun licin ) . Takpa tunggu 10 - 15 min boleh ? Akak masakkan nasik "
Terus laju laju panaskan rendang daging Brahim , masak telo dadar n masak nasik . Siap berulam salad lagi hahahah .
Sementara tunggu nasik masak snap gamba ni dari tingkap bilik . Kami duduk di lvl 3
Ok nasik pun dah masak maka letak dlm pinggan n terus deliver ke bilik kak Nor. Ni special delivery ni utk VIP . Ni breakfast in bed ni .
special ni dapat makan atas katil . Izara pun makan banyak . Nasik panas panas pastu duk bersila atas katil tepi tingkap yg angin sejuk masuk sepoi2 bahasa ....perggg nikmat hokey .
Setel makan semua , kita org keluar jap sebab nak g cari Sim Kad . Kak Moon pakai roaming . Pak Sutan dia nak local simkad . So kita ley la compare nanti kan . Yg mana bagus
Pusing area Bayswater sahaja . Kedai phone tu pukul 10 baru bukak. So kita merayap la dulu .
Atas tesco tu sikit je ada 1 pound shop and ada dobi layan diri . Ok la ni kita servey harga . Nanti boleh dtg basuh baju .
Mesin besar £ 7
Mesin kecil £ 5
sabun basuh £ 1
Dryer 10 min £ 1
Masuk Sainsbury's . Kat sini ada banyak mini market cam ni . Tesco ada 2 . Sainsbury ni pun ada 2 . Kedai kecik2 pun banyak . So dont worry k . Barang kat sini di kira murah . Bawah £10 boleh beli macam macam .
Alang dah masuk , akak snap la few pic utk korang . Nanti senang nak bajet bajet
Tapi akak hampir tiap hari masuk Sainsbury beli coklat Cadbury £ 1 sebab cam murah size besar sekali tu. Letak dlm handbad . Lapar lapar ley makan . No wonder la akak tak kurus pun ke London ni . Tiap hari makan nasik kenyang . Top up ngan coklat plak muahahahha
Kita ke Bayswater Station dulu utk beli Oyster Card
*Google image
Mana nak beli Oyster Card
Oyster card ni ibarat touch n go kita . Semua transport kat London pakai Oyster card . Bas dan tube semer pakai Oyster Card . Boleh dibeli di semua stesen . Kedai2 pun ada jual jugak . Tapi we ols beli kat stesen je guna mesin . Senang
Kak Moon beli kan sekali Oyster card utk yang lain sama . Dia org kirim sebab alang alang mmg kami kuar nak beli Oyster Card dan Sim Card kan . Beli kot mesin je . Ada Pak Sutan rekod akak beli kat mesin . Nanti akak add kan kat sini k . Jgn risau sebab senang aje nak beli nya .
Beli Oyster Card dengan duit kat dalam £15 ( boleh pilih nak 5,10,15 atau 20 )
Deposit Oyster card ( akan dipulangkan balik nanti ) £5
Total £20
Yang best nya sebab dia ada daily capping . Maknanya sampai certain amount je dia dah tak charge kan kad kita dah . Boleh refer table kat atas ni k . So kita org mmg pusing area zon 1 - 2 sahaja . Max sampai £ 6.80 je dia charge . Next ride free la cam tu . Tapi masa 1 hari la
Bas pun sama . Bas lagi murah . Kami mmg duk main naik bas je sebab best boleh tgk kiri kanan . Bas dia org plak mmg efisyen giler . Kejap je tunggu . Bila bus berenti tu jangan nak slow slow turun k . Kena cepat kalau tak kena marah ngan org hahahha . Sebab dia mmg ada timer berapa lama dia boleh berhenti .
Boleh refer TFL ( Transport for London )
Ni pun akak tahu bila sembang ngan awek kedai dobi . Dia la yg explain agar refer kat sini sebab senang n ada tambang siap siap . Kalau ada delay ke jalan tutup semua akan tunjuk kat TFL ni .
Ni kalau nak naik tube . Dia akan explain detail sama jugak macam Google Maps n City Mapper
Ni pulak kalau kita nak naik bas . Untuk bas rasanya daily caps dia 3.80 kalau tak silap . Nanti akak cek balik . Lupa sudah . So kalau dah capai daily caps ...your next ride will be free of charge .
Local Simcard , O2
Dah setel beli Oyster Card , nampak kedai phone ni pun dah bukak . Kedai phone ni betul2 tepi Tesco express dan hadapan Bayswater Station ni .
O2 simcard , 5GB ngan harga £7.50
Kita org g hantar beg baju dulu ke Holiday Villa . Tinggalkan beg kat situ n nanti boleh dtg balik utk check in utk 5 malam lagi . Boleh Check in selepas pukul 2 pm
Holiday Villa bangunan dia cam ni . Mmg banyak hotel area sini
Ok lepas tu kita org janji jumpa Ain n Wawan kat Stesen Queensway . Sebab hari ni nak gi melawat Primark hahahha . Yang ni la akak excited tunggu nak pergi u ols . Sebab masa duk sembang kat Ummiza Cafe , kak Nor citer macam macam n baju murah2 dia kata . Akak pun beberapa hari sibuk google n tgk u tube mmg murahhhh .
Tapi kena ingat tujuan dtg nak jalan jalan . So mmg takder peruntukkan shopping pun . Nak sikit2 boleh la kan . Kalau tetiba nak offer " akak nak ke London ni ada sesiapa nak kirim " mau pitam akakkkk . Tu pun amik kiriman 2 kawan shj .
Member tanya napa tak amik jd PS utk handbag ke apa . Akak nak g jalan jalan . Kalau amik order dah takley jalan sangat nanti kepala pikir nak beli barang orang nak beli barang orang . Kita dah la kali pertama pergi hahaha apa pun tak tahu . Mungkin nanti kalau ada rezeki boleh pergi lagi , mungkin akak boleh amik order ...gitchuuuu
Kami naik tube dari Queensway - - - > Marble Arch
Kalau taknak cepat sila berdiri belah kanan ya . Dia org ni mmg semua jalan laju laju .
PRIMARK
Ramainya orang masa ni . Jadi cam blur kejap nak tgk barang . Tapi mmg best la u ols . Ada 2 tingkat n macam macam barang ada tapi tu la sekarang dah banyak kuar baju tebal tebal .
PRIMARK
Ramainya orang masa ni . Jadi cam blur kejap nak tgk barang . Tapi mmg best la u ols . Ada 2 tingkat n macam macam barang ada tapi tu la sekarang dah banyak kuar baju tebal tebal .
tapi ni kan hujung auntum n nak masuk winter kan . Baju tebal tebal . So cam tak banyak sgt . Bukan baju tak banyak , tapi baju utk kita pakai kat malaysia tu tak banyak sangat . Boleh je nak beli baju tebal tebal tapi nanti basah semer hahahah
setel membeli , terus kita org balik ke bilik . Sebab kita org perlu check in . Naik bas sahaja dari Primark ni balik ke area kita org stay .
Holiday Villa London
Ramai org Malaysia kat sini sebab mmg nampak org malaysia je depan pintu hotel ni hahahha . Ramai yg macam lawatan lawatan ni .
ni la bilik dia . Lantai dia kayu so bila jalan sebiji cam balik umah atok kat kampung ...ukkkk ekkk uuuukk ekkk . Scarry pun ada jugak sebab kol 2 pagi duk bunyi org atas duk jalan jalan . Aternyer komer takmo tido keeeeeee .... ( hope org la kan ) Tapi ok je bilik walaupun style umah kampung mat salleh ( hahahha harap u ols paham maksud akak ) style old school , tapi semua selesa n bersih .
lepas dah chek in semua maka mari la kita keluar cari makan malam . Kol 6 pun dah gelap gelita .
Jalan jalan lepas tu nampak ada kedai cam kedai runcit Cina Food Basic Ltd macam macam dalam ni hokey . Serbuk kari n serbuk kurma pun ada . Happy akak dpt tgk paket Adabi ni . Tapi sebab dah masuk bilik hotel n berbekalkan periuk nasik shj maka lupakan hasrat nak beli ke apa hahahah . Pak Sutan dah jeling dah . Awak jgn suka suka nak memasak dlm periuk nasik ke hapa . Kang bau semerbak satu hotel kena tendang kuar nanti hahahahha .
Yer saya tahu semua tu .......... ( trivago ) saja je excited tgk takley keeeeeeeeeeeee
korang hargai la daun pandan n daun pisang . Kat sini daun pandan 13 pound u ols ...daun pisang 11 pound . Terus whats app tunjuk ke mama ....mama ni daun pisang 50 hengget hahahhahaha
hi sos cilil merata ai cari u tau . rupanya u ada sini . Nak beli tapi cam dah tak lama dah nak balik ...bye bye sos cili i miss u bebeh . I mana reti ketchup2 ni ...kalau kicap i ok hahah
Harga dia ok . Kita org hari ni lom kuar duit on food lagi hahahah . Mmg jimat cermat hahahh sebab banyak mkn kat bilik . So mmg dah save banyak on food . Sini kalau makanan dah siap a bit mahal . Tapi kalau beli bahan n masak mmg dpt jimats . So beli 2 kebab baru £ 7 so ok la kan . So depends pada budget u ols la kan .
Cam akak mmg dah awal awal mmg plan utk jimat tang foods sebab tu gigih bawak periuk nasik n macam macam . So kalau beli pun g tesco beli susu beli roti n air shj . Hujung2 baru kita org spend lebih tang makanan sebab awal awal kita org cam tak kuar duit sgt utk makan makan ni . But still everyday nasik hokey .....siap ngan sambal hitam, serunding bagai . Siap boleh buat nasik ayam dlm periuk nasik ahakssssssssss. Sampai pak sutan kata ...tak sempat lapar . Tu la nasib awak bawak bidadari department makanan ni kan ........ ( ferasannnnnnnn ) nanti akak share k cara nak masak .
Blk bilik mkn kebab tu . Sedap n lenguh gaks la nak habiskan ....besar tu kebab dia . nasib tak order yg size besar . Konon nak lelap la kejap lepas tu n boleh kuar balik jalan jalan belah malam ...
tetappiiiiiiiii
7 hours later
dah siang balik hahahahh sebab dua dua tertidur hahahhahah
Jalan Jalan London 2018