Tuesday, December 18, 2018

Jalan jalan London 2018 - Hyde Park , Buckingham Palace , Westfields

Day 8
-------

Hari ni cuaca sangat cantek . Cerah dan langit sangat biru . Memang sesuai utk gie jalan jalan kat taman . Since hari tuh dah jalan jalan kat Kensington garden, kali ni kita ke Hyde Park plak . Sebelah sebelah aje park ni . Lepas tu jalan lagi hingga tembus ke Bunckingham Pallace .


Hyde Park 


 

Dari Holiday Villa ni dah tak jauh pun . Jalan dlm 10 min dah sampai dah . Hyde Park kat belah dlm pagar tu ajer .



Mmg janji nak jalan jalan dalam taman ngan Ain n Wawan serta ngan Kak Noor . 


 my fav picture of Wan, Ain n Iqram. Gigih pak Sutan nonggeng kat jalan hahhaha

 Jalan pun santai santai je sebab tak ada nak rush ke mana pun . So kita org akan jalan dalam Hyde Park ni sampai la tembus ke Buckingham  Palace .



 Habis semua tempat kita org stop amik gambar hahahha . Habis tu semua port pun nampak cantek canner

Hai swan . Semua swan dlm taman ni ada tanda kat kaki dia org . Tu mcm menandakan bahawa dia org ni kepunyaan keluarga  di raja . so korang takley suka suka tangkap atau sembelih ke apa atau buat nanya kat depan ni tau.




  Sempat la main baling2 daun kering . Amik video n slowmo berkali kali . Siap ada pelancong Jepun ke Korea mintak nak amik gambar baling daun jugak . Masalahnya dia org mintak tolong amikkan gamba pakai poloroid . Kalau phone boleh la juga buat burst 30 kali hahhaa . Hope menjadi elok la gamba di aorg tu

 Hyde Park ni sangat la besar . Masa berjalan ni semua pun kepenatan hahahhaha . Tapi tgk la taman ni mmg cantek n bersih je


pokok kering pun cantek . Tapi bila tgk lama lama menakutkan pun ada . 


Buckingham Palace

ni jalan nak menuju ke Buckingham Palace 



 
mmg penat giler jalan hahahah ingat kan tak jauh sangat ...tapi bila dekat2 nak sampai tu pancittttt . Padahal jalan 30 min je u ols  . Pak Sutan gelak je tgk muka mummy tak larat sangat dah tu . Ngan sejuknya n penat terus mak rasa cam bernapas macam naga .

Orang kata kalau bendera naik penuh maknanya Queen ada kat dalam tu 


Kawan akak kata ni kira tak ramai la org . Biasanya tak boleh rapat ngan pagar tu sebab penuh ngan pelancong . 

Siap jalan jalan n amik gambar kat sini ..semua pun dah start lapar . Apa lagi naik bas balik Bayswater balik n g makan kat Malaysia Hall lagi sekali . Pekena nasik n lauk serta teh tarik panas perggggggg . Mmg tak buat kuar handphone pun u ols . Mmg semua senyap je makan . bila pinggan licin semua tersandar n tersenyum ...Alhamdulillah . Terus semua muka pun ada sinyum . 

Ok kita nak kemana plak ni hahhaha . Bila perut kenyang baru boleh bawak bincang . Perut lapar, apa pun tak boleh hahahahah. Eh akak tak kata kat org lain ....akak cerita pasal akak je hnsss hnsssss


Westfields

 Next kami ke Westfields . Westfields ni cam supermarket besar la . Nak pergi pun senang u ols . Since kita org mmg ada di area Malaysian Hall tu kan . Kami semua jalan sampai ke stesen tube Queensway > Shepherd's Bush ( 3 stesen je ) pastu jalan 3 min sampai dah u ols

Nampak plak ada Primark dalam ni . Apa lagi jom la kita cuci mata hahahhaha . Hari tu ke Primark Oxford Street ramai sangat org . Kat sini mmg tak penuh u ols . Pak Sutan plak bagi green light awak nak masuk ronda2 dlm tu gi la . Apa lagi meh la kita masuk cuci mata . 

 beli few baju utk Sarah n Nain . 

 Tapi tu la banyak baju tebal tebal . Kalau pakai kat Malaysia mau basah ketiak u ols .



Tapi mmg giler la tgk barang2 baby . Tapi tak shopping mana pun sebab awal awal mmg dah set nak gie jalan jalan je . Duit pun bukan bawak berkepok2 utk shopping kan . So kita jamu la mata bagi kenyang hahah . 

Pusing pusing dlm ni lama la jugaks . Sebab mmg besar hokey . Kalau sesiapa nak shopping2 mmg boleh dtg sini sebab best . 


Nasi Ayam dlm periuk nasik


Balik bilik rehat2 terus la buat dinner . Akak mmg bawak periuk nasi utk trip ni . Paste Nasi ayam tu sangat sedap u ols . Balik Malaysia pun akak beli lagi spare kat umah . Harga pun below RM10 aje paste ni . Kak Moon beli isi ayam kat Tesco yg dah siap potong kecik2 tuh . Masa nak masak nasik tu letak je ginger paste ni  n ayam . Dia dah siap masin manis semua lengkap dah . Takyah letak garam pun . Bila nasik masak perghhh semerbak bau nasik ayam u olssssssss . Rebus telur 2 3 biji makan nasik panas panas . Ada balance serunding tu tabur je ngan penuh kasih sayang . Pastu timun jepun tu gigit je wat ulam muahahah .  Makan ngan kenyang . Lagi pun akak ngan Pak Sutan je kan  kita org tak cerewet bab makan makan ni . 

kalau korang nak g jalan mana mana la kan n nak buat makan sendiri tapi ada periuk nasik je . Nasik goreng pun boleh buat dlm periuk nasik . Ni akak ada nampak kat u tube ke mana ntah ada org ajar .  Bila nasik tu baru masak masukkan butter sket n perencah nasik goreng adabi ke apa . Gaul rata rata . Pastu tekan lagi sekali periuk tu kasik dia berwap balik . Ni incase la kan . Ni akan akak cuba dulu kat rumah tgk sedap ke tak hahahha . 

Besok malam kita org dah nak fly balik ke Malaysia . Kemas kemas sket apa yg patut . Masa mula dtg tu 1 bag mmg khas utk letak makanan . Ni dah hari ke 8 beg pun dah nak kosong . Boleh la nak letak barang2 yg beli kat sini . Terus rasa mcm alaaaaaaaaaa dah nak balik ke . 

Kak Noor n anak anak menantu semua akan stay lama sket kat sini , kita org gerak balik dulu sebab cuti pun tak banyak kan . Rindu kat anak anak semua lama tinggal anak ni . 




Jalan Jalan London 2018





Wednesday, December 12, 2018

Jalan Jalan London 2018 - Laundry Day , Portobello and Malaysian Hall

Day 7
-------

Hari ni mmg plan nak mendobi baju . Sebab baju bersih semua dah habis hehehheheh. Pagi2 dah masukkan semua baju kat dlm luggage sebab senang nak bawak kan. Tgk TV ada mention hari ni 7 Nov 2018 ada Tube Strike . So banyak tube ditutup n tergendala . Stesen Queensway tutup terus . So mmg kalau nak berjalan hari ni memang kena plan betul2 sebab takmo la sangkut kat mana mana . Mogok ni hampir melumpuhkan sistem pengangkutan London . Pemandu pemandu mogok sebab dia org dipaksa bekerja lebih masa dan ada macam macam isu . 

Akak tahu pun lepas baca pasal strike ni masa tunggu kain siap dibasuh . Kemain la sepatutnya plan hari ni adalah market tour plak . Nak ke Portobelo , Camden n Borough Market . Tapi bila jadi cam ni nanti kena susun balik la jadual hari ni . However bus ok cuma kena cek laluan sebab ada sesetengah laluan ditutup atau di divert .

Mesin besar £ 7
Mesin kecil £ 5



sabun basuh £ 1



Dryer 10 min £ 1

Di Grand Plaza pun ada service dobi . According to Ain kalau hantar dobi kena £11 utk 1 bakul . Tapi bakul pun tak la besar . So kalau baju tak banyak ok je . Kita org yg stay kat Holiday Villa ni tak tanya plak berapa rate dobi . Alang alang mmg tahu ada dobi layan diri kat area Tesco tu ...kita org basuh sendiri aje la . 


 Ni mesin 7 kg

 Hai ....basuh baju bangggggggggg


Untuk beli sabun kena pakai coin . Tapi jangan risau sebab ada mesin tukar duit kecik . Utk 1 cup sabun tu £1 . Kalau korang bawak sabun sendiri takyah la beli . 

 Ok next keringkan plak . Kita org amik 20 minit £2


 Selesai mendobi baju

Org kedai ni nampak beg kita org mcm besar so dia tolong startkan mesin 7kg padahal baju kita org tak banyak pun . Mesin 5 kg pun dah cantek tapi tak apa la kan dah start dah pun muahahha

Mesin 7kg £7
Sabun £ 1
Kering 20 min £2
TOTAL £10

Sempat la sembang ngan pekerja dobi ni . Dia kata kalau nak g jalan jalan ok je cuma kena tgk betul2 la route bus sebab kadang mmg banyak jalan tutup kalau ada strike cam ni .  Takpa la kita g masuk Whiteleys dulu pekena kopi COSTA




 Whiteleys ni cam sunyi je . Rupanya dulu dia sebuah shopping mall yg glamer tapi lama lama banyak kedai dah tutup . Kat dalam ni pun ada Zara , H&M dan ada lagi few kedai tapi semua tgh buat clearance sebab nak pindah




Dapat kopi panas panas best dikala sejuk sejuk n hujan ni . Jumpa Ain nn Wan kat stesen bas tepi whiteley ni . Sempat anta baju yg dah siap dobi kat bilik . Tapi hari ni hujan cam lebat nak jalan pun susah . Sampai Portobello tapi sini meriah kalau hari Sabtu n Ahad . Tapi saja la nak jalan jalan kan . 


Portobello 



Ada member Kolej bgtau kalau jalan jalan n nampak Cancer Research ni boleh masuk sebab barang dlm dia elok2 . Sebab ada brg di donate n hasil jualan akan di donate kembali . 



 Masa ni hujan dah duk lebat . Mmg kita org kena berteduh je kat mana mana yang boleh . Bukak oayung pun susah sebab angin sangat kuat hahahha . So perut pun dah lapar . Kita org decide balik area Bayswater balik n g makan kat Malaysian Hall . Rindu dah masakan Malaysia hahah

Malaysian Hall ni belakang blok Holiday Villa ni aje . Nak masuk kena tunjukkan pasport atau IC . Dulu ada laluan masuk kot belah luar kan . Sekarang ni semua kena masuk kot pintu depan n turun ke bawah utk ke Kantin .


Malaysia Hall, Bayswater


  yang best sekali sebab tandas kat sini ada getah paip . Dalam banyak banyak benda getah paip la yg paling dirindui hahhahaha

vleyyyyyyyyyyy

 Tu dia kueh ....apa kabar semuaaaaaaaaaaaaa . Baru 7 hari kat sini dah rindu . Cam na la u ols yg duk berbulan2

Nampak je lauk pauk dan dan perut berkeroncong ......shhhhh shadapppppppp malu org dengar nanti 


Ain laju amik nasik . Apa apa hal kena isi ngan nasik dulu ...we eat first we talk later hahahhaha


Akak amik nasik ngan gulai ayam . kalau nak sambal belacan kena beli 50 pence, dia letak dlm bekas kecik  . Tapi makan cam ni pun dah sedap . Pak Sutan amik ayam kurma n sayur tauge . 2 ni bersama 2 teh tarik kena 9.50 pound . Jgn diconvert ...tapi teh tarik tu rasa sangat sihat hahahha . Lauk sedap takder nak komen apa . Siap amik kueh lagi . Seketul kueh 50pence .

Lepas makan semua tersandar kekenyangan hahahah. Hari ni kita org tak jalan jauh jauh sangat . Mmg pusing2 area sini aje . Balik bilik rehat .

Malam kumpul kat Grand Plaza bilik Kak Nor n kita org dinner sama sama . Main main masak beli ayam yg dah siap marinate n masak kat bilik . Duduk bersila makan makan n gelak gelak . Besoknya baru jalan lebih sikit . Hari ni cuaca tak elok .






Monday, December 10, 2018

Ephyra Year End Sale

Assalamualaikum semua buat reader Kak Moon dan juga customer-customer setia yg sentiasa beli Ephyra dari Kak Moon . Dah 7 tahun dah akak jadi pengedar sah Ephyra tau . Panjang betul jodoh ngan Ephyra ni . Bermula sebagai pengguna sahaja terus sangkut jadi pengedar .

Bermula dari Ephyra Collegen sahaja kemudian bertambah produk penjagaan wajah seperti Ephyra Skin Bar, Ephyra Skin Nano Serum , Ephyra Skin Snow Moisturiser cream .

Kemudian berkembang lagi dengan cosmetic seperti Ephyra Lips dan Ephyra Foundation . Wow syabas Ephyra



So kalau u ols nak beli Ephyra boleh beli dari Kak Moon ya sebab sekarang ni MMG TENGAH OFFER KAW KAW hokey ........mmg harga berbaloi baloi . Ramai dah siap beli 2 3 kotak utk buat stok .

ok u ols dah ready ke ..........


Ephyra Collegen
Ephyra Collegen Drink untuk kesihatan kulit serta memberi tenaga . Sihat, cantik dan bertenaga . Ada 30 sachet dlm bx ni . Cukup bekalan utk sebulan .

Ia bukan la produk utk bagi korang putih melepak tau tapi ia adalah utk menjadikan kulit korang sihat dan cantik . Menguatkan rambut dan juga kuku .Kesihatan dalaman yg baik akan terus memancarkan seri di wajah gitchuuuu


Kandungan EPHYRA dan khasiat

1.Kolagen Ikan Laut Dalam
- kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
- Mengembalikan keremajaan kulit anda
- Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.



2. Buah Acai
- Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria,  anti-radang dan  menguatkan sistem kardiovaskular
- Kaya antioksida, mampu untuk membantu melambatkan proses penuaan.
- kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9

3. Gam Akasia
- Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
- Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
- Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

4. L-glutathione
- memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
- Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
- Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
- Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi



5. Asthaxanthin
- Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
- Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
- Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan


6. Serbuk tomato
- Mengandungi banyak vitamin A dan C
- Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

7. Acerolla ceri
- Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit  dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
- kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.


8. Marigold bunga ekstrak
- Mengandungi pelbagai  karotenoid antioksida
membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
-berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema



9. Superberry


-diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
-sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium. 
So kalau ada yang nak share ngan member pun boleh . Beli sekotak  , nko 15 sachet aku 15 sachet . Lepas 15 hari kita tgk perbezaan nya . Bagus tak idea ni . Mostly those yg beli trial pack atau share mcm ni akan terus come back utk beli lagi . Kak Moon ada customer ni dah 4 tahun mmg 2 bulan sekali dia akan order je . KAdang main masuk duit terus . Jenuh akak pikir siapa bagi derma kat akak ni . Bila tgk nama baru tahu oooh dia ni . Pastu bila whats app dia tanya boleh plak dia gelak panjang ...katanya bz lupa nak msg bagitau nak beli n dah bank in duit hahhahahah . 
Ephyra Skin Series 
Sabun - Ephyra Skin Bar
Serum - Ephyra Skin Nano
Cream - Ephyra Skin Snow
Ok ni pun sangat best hokey . Masa muka kak moon asyik breakout , Kak Moon cuba the whole set 3 beradik ni . Dlm seminggu lebih terus ok . Tapi akak kan tak sabar terus consume sekali ngan Ephyra Sollegen . Rawat dari dalam n luar terus . 
Nanti tgk gamba before n after Kak Moon kat bawah k . Ni bukan auta sebab akak menjual ke apa tapi akak dah cuba sendiri 
Ni bukan la produk peeling ke bagi gelupas ke apa . Atau nak bagi kulit korang kemerah merahan panas nak cendol . Bukan ye ...ni dia bagi sihatkan kulit bagi dia khasiat yg diperlukan . Kita aim kulit yg sihat ya bukan aim nak jadi putih melepak mcm artis korea . Apa pun warna kulit kita feel proud yang penting kulit sihat tu yg utama ye . 
 Skin bar ni best . Kalau nak jimat boleh kerat 2 atau kerat 4 hahahhah . Biasa nya sabun ni tahan sebulan . Tapi kalau korang nak sental satu badan mungkin 2 minggu habis kot hahahhaha . Tapi pakai utk muka je la yer sayang sayang sekalian .

Kalau yg kulit berjerawat masa cuci tu biar lama sket k . Kalau yg jenis kulit kering kontang gurun sahara kejap2 sket dah ye .



 Skin Nano serum ni adalah my fav . Yg ni kalau habis akak mmg gelabah ...sebab bila pakai kulit rasa lembab je . Terus rasa mcm yer saya sangat bermurah hati beri kulit muka saya benda yg baik dan bagus . Kulit rasa lembut dan lembab je . Serum ni juga sangat cepat menyerap so dab dab dab auw gorjes 


Skin Snow ni adalah Moisturizer . Kena ngan nama dia SNOW dia mmg menyejukkkan dan melembabkan wajah . Mmg best tapi satu je size dia comel sgt akak mohon agar dibesarkan size dia hahahha . Walaupun akak ni jual akak jugak pengguna . So akak suarakan pandangan pengguna juga dlm masa yg sama ....bila dah nak habis terus cam how i wish i ada banyak lg cream ni . Tapi kecik cam ni pun tahan sebulan hokey . Jgn la pakai cam mandi losyen pulak . Pakai dab sket2 n ratakan . Cukup boleh kawer 1 muka .

Ni pengalaman akak guna ye . 1 whole set . Masa keluar set ni mcm org mengantuk disorongkan bantal . Sebab masa ni muka akak teruk giler . Naik jerawat batu besar2 sakit plak tu . Mmg down sangat sampai malu nak jumpa org . Jumpa org je terus semua cam Moon napa muka nko . Terus akak rasa nak menyorok je . Tak tahu la hormon ke stress tahap gaban apa bagi sampai cam ni .



Sebelum . Jerwat besar2 nak sentuh pun sakit . Kalau pecahkan sebijik cam Dr Pimple Popper tu . Meletop terpercik semua .....bahagia dpt pecahkan tapi menyesal sebab lagi teruk n tahu mmg akan tinggalkan parut . 

 
 Genap 2 minggu . Dengan konsisten hokey akak cuci muka make sure pakai semua . Hilang u ols . Korang g mana jerawat semua . Tidak la pakai hari ni besok pling terus hilang no no . Dia akan gradually ilang . Bahagia hokeyyyyyyyy. So terus kan pakai utk bantu hilangkan parut n kesan yg ada hasil gatal tangan akak yg bercita cita nak jadi Dr Pimple Popper .

Entry nya ada kat SINI , entry thn 2016 tu . Akak mmg simpan hokey .So kalau korang ada masalah sama . Kulit naik jerawat atau cam tak suka nak tgk cermin sebab ada jerawat ke jeragat ke atau pori terbuka ke apa . Boleh cuba Ephyra . Who knows it can help u ols juga macam mana it helps me .


Ni harga kalau u ols nak beli 1 whole set terus . Tapi kalau nak cuba satu2 pun boleh its up to u ols n budget u ols k . Tapi sekarang jimat tau sebab biasa RM140 sekarang RM126


Ada juga combo kombo ....eh bukan kombo KFC . Korang ni ingat makan je .



 




Menarik kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Kerana Year End Sale ni la phone akak duk asek berbunyik ajeeeeeeeeeeeeee


Ephyra Lips

 Biasa harga dia RM30 u olssss la ni offer RM 27 sahajaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kecuali 3 warna baru yg baru kuar . Yg 3 warna baru tuh harga sama RM30 



3 warna baru yg more pada autum n ke oren oren n coral ni RM 30 . So sesiapa yg tak suka mulut merah atau pink ley cuba ke oren sket .Akak minat spring dalia tu ...



Ok so kalau nak order boleh whats app 
postage daily u ols 



Ephyra Matte Foundation 


Ni pun best ni paling latest k . Kak Moon pernah buat entry . Boleh klilk SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...