Monday, January 29, 2018

Sale langsir murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ,

Bagi yang ternanti nantikan bila Kak Moon nak announce tarikh sale langsir ...meh sini rapat rapat sebab akak nak bagitau ni .


Jika anda masih baru pasal Sale langsir ni dan blog ni , jangan risau sebab anda di tempat yang betul . Ini memang betul betul dan bukan dugaan hahahha .


Sempena tahun 2018 ni ada 1000 roll langsir baru sampai tau dan disebabkan atas sokongan anda semua , maka Sarah Hughes Globe akan adakan sale khas untuk anda semua selama 6 hari .



Jemput datang yer semua . Just naik ke Lvl 7 dan inform u ols dari Blog Moon . Baru la dapat harga VIP Moon . Tunjukkan poster ni pada staff tau supaya anda dapat harga special.


Ada banyak stok baru masuk tau.


Sarah Hughe Globe ni dekat ngan SOGO tau . Kalau berdiri depan tangga SOGO tempat org busker tu misti ley nampak Sarah Hughes Globe di seberang jalan sana .



 Nindia kain baru untuk Raya 2018 tau .


Sempena cuti yang panjang ni , boleh la plan hari apa nak datang .

Ramai yang bagi feedback nak dtg . Yang dari Johor, Penang dan dari Sabah pun sanggup fly datang sini nak beli langsir . Berbaloi baloi


Sunday, January 28, 2018

sudocream untuk ruam susu

Masa baby umor 3 minggu cam tu , dia kena ruam susu . Mula mula start ngan merah dot je sekali jd spread banyak .

So Moon pun start la tanya kat FB n ramai org suggest kan Sudo Cream . Ada juga yang cadangkan Herbal Blend dr Shaklee . Tapi sebab si mummy dia tak sanggup tgk pipi anak cam tu, cepat cepat suh Pak Sutan g belikan Sudo Cream ni . Sebab kat Farmasi area umah ni ada jual .

Nak beli herbal blend tu nak kena cari seller plak kan . But Sudo Cream n Herbal Blend Shaklee adalah top 2 yg di rekemen kan .


Tq semua yang rekemen kan . Mmg Sudo Cream ni best giler hokey . Moon 1st time dengar pasal sudo cream ni . Sebelum ni main sapu Bapanthen aje kalau ada ruam susu atau ruam lampin .

Ni la rupa Sudo Cream tu . Pak Sutan belikan kat farmasi area rumah harga dalam RM 24 ++ cam tu sebab tube yang besar sekali . Dekat Farmasi tu tak ada yg kecik . Tapi Moon pernah nampak kat online ada jual yg 10g tu dalam RM10 kalau tak silap . U ols ley google n cari kat Lazada ke atau Shopee atau mana mana kedai jual barang keperluan baby online k . Kat Farmasi pun ada . 

Orang kata ruam susu ni terjadi sebab susu ibu meleleh kat pipi anak . Jadi akan menyebabkan ruam . Org tua tua kata susu ibu ni panas utk kulit baby yang lembut . Tapi orang orang tua juga bagi petua , kalau ruam susu ni , sapu balik susu kita kat pipi anak tu . Moon cuba buat juga tapi mungkin tak jadi sebab ia jadi bertambah merah . 

Masa ni gigih lap kan ngan air suam tapi cam tu jugaks . Mak mula hilang sabar la kan . So kita test plak Sudo Cream yg semua org kata bagus ni . Mari kita try test n tengok


asalnya merah dia sket je tau . Ni pun mummy dia dah susah hati dah . Dah lap ngan air suam setiap kali lepas menyusu serta dah sapukan susu ibu. Still jugak macam tu . Nampak lagi merah



Nampak makin merebak , masa ni baru nak sapu cream . U ols , kalau nampak dah kuar sket sket tu cepat cepat letak ubat tau . 


Besoknya pagi pagi terus sapu kat pipi dia . Sudo Cream ni dia ala Bapanthen tu jugak. Dia mcm cream ke ointment . Dia cream yg berminyak . So mmg dia akan bagi lapisan perlindungan . Kat pamplet dia kata it heals and protect. Menyembuhkan serta melindungi tanpa mengeringkan kulit . 

Lepas sapu tu mmg merah merah yg atas kulit tu nampak kurang . So setiap kali dia tido memang Moon sapukan . Bau dia pun tak la busuk atau bau berubat . 


Hari ke dua dah nampak perubahan . Getting better dah ruam susu dia . Dah tak merah sangat tapi yg mengerutu tu still ada sket . Siap pipi anak mummy tak smooth . Takpa nanti dia baik k .


 Hari ke 3 kulit area yg ruam tu cam mengelupas sket . Yang mengerutu tu dah hilang



NI day 5 atau day 6 , kulit pipi dia dah back to normal . 

So adakah Sudo Cream ni berkesan ?

Memang berkesan , sekarang kalau nampak cam naik merah kat pipi ke atau kat diaper area dia , memang Moon sapu lapisan nipis Sudo Cream ni . 

Moon mmg amik gamba dia sebab senang nak tengok kesan dia . Memang bagus. Ada sesetengah hosp swasta dia org memang bekalkan Sudo Cream buat all the mothers yang baru lepas bersalin n discharge dari hospital . 

Highly recommended la Sudo Cream ni sebab Moon dah tried and tested . 

Sekarang baby dah tak naik ruam susu dah . Mungkin sekarang dia pun dah pandai minum n kontrol . Walaupun kadang kalau susu penuh memancut jugak kena muka dia hahahha tapi lepas tu lap kan bersih bersih dengan kain lembab. 

Sudo cream utk ruam lampin .

Ni pun berkesan . Hari tu baby duk berak kerap . Mungkin sebab mak dia silap makan ke apa . Setiap kali lepas breast feed dia akan berak terus . Ada 1 hari tu sampai 7 kali berak. Tapi najis dia kuning so ok la kan . Cuma kita plak naik risau , apa hal kerap sangat berak ni . Sampai bontut dia pun cam merah ....so sapu Sudo Cream ni la . Ok jugaks sebab dia cam berminyak kan . So kulit bum bum dia tak kena lembapan .

Sudo Cream untuk jerawat 

Masa Moon duk google . Ada nampak juga Sudo Cream for Acne . Hari tu tetiba boleh plak naik jerawat batu besar kat pipi . Apa lagi test la sapu Sudo Cream ni masa tido . Besok terus dia jadi kering n meletop. Tak tahu la kebetulan mmg nak meletop dah ke jerawat tu atau disebabkan cream tu 



Rakan rakan lain pun mengesyorkan 



Herbal Blend Shaklee 

Bepanthen


Monday, January 22, 2018

Seafood Dari Laut, ke Daun Pisang

Seafood delivery yang dihantar terus kepada anda . Sekarang kan mmg mmg syiok kalau makan ramai ramai ala ala makan seafood secara berjemaah gitew hahahha .

Ni adalah tauke yang sama Moon order sandwich gemuks gemuks . Tapi Moon asingkan entry so that senang nak tengok n refer kan .

Ni nak share pasal seafood yang nanti kita main longgok je atas meja ( beralas of koz la kan ) atau kalau Eja antakan dia akan siap sekali daun pisang ....so mmg dr laut ke daun pisang betul la kan .

Moon order 2 bekas sebab sebelum beranak harus la kita makan semua benda puas puas dulu muahahha


Ada 2 bekas seafood dan nasik sekali



Pakej :
pakej seafood daun pisang

PAKEJ A
Single set ( RM 25)
* seafood creamy  butter flavour.
* udang, ketam, pepahat, scalop, sotong dan sotong termasuk nasi, jagung, potato wedges, brokoli dan carrot.


PAKEJ B
Family Set (RM180/ 6-8pax)
* Seafood creamy butter flavour.
*  udang, ketam,  pepahat,scallop, black mussel, sotong
Termasuk nasi, jagung, brokoli, carrot, potato wedges dan set up daun pisang.

PAKEJ C (jumbo)
Family set ( RM 220/10 - 12pax)
* Seafood creamy butter flavour dan chili flavour.
* Udang , ketam, pepahat, orange scallop, black mussel dan sotong  termasuk nasi, jagung brokoli, carrot, potato wedges dan set up daun pisang.

"add on item" siap masak seperti :
- pink scallop RM 30
- white scallop RM 30
- Lobster A (5-6 pcs) RM80
- Lobster B (10-12pcs) RM60
- King crabRM130 per kg
- oyster (10pcs) RM35
- baby crab RM30 perpacket
- softshell crab (5pcs) RM70
- isi udang lipan - RM20


Dan juga "chicken grilled" / "korean chicken spicy" RM 35 per half bird" dan
"lamb grilled: RM25 perset 2pcs serta siakap sweet and  sour untuk yang tak makan seafoods...

* delivery charge

Ok tak sempat mummy kamu nak amik gamba lebih sket nak share kat Blog ...laju je anak anak tak sabar nak makan . Please excuse kan tangan Yaya yg aim ketam tu ahakssss.




How to order ?

Whats App Eja : 017-3787 446
www.wasap.my/60173787446


Friday, January 19, 2018

Sandwich gemuk dan sedap

Moon nak share 1 benda yang best ni , sejak Moon share pasal sandwich gemuk gemuk and seafood delivery kat IG dan Facebook last time, ramai yang tanya pasal pakej dia org and macam mana nak order .

Ok ni Moon share info ngan u ols semua kay .

Masa Moon sebelum beranak hari tu, Moon sempat order ngan Eja. Acctually Eja ni adalah kawan pada abang Moon . So mmg kenal ngan Eja ni. Since Mon mmg follow IG dia , mmg slalu nampak dia update. Apa lagi terus whats app dia n mintak dia antakan.

Eja ni tinggal area Sepang ni jugak dan dia ada buat delivery area Putrajaya n Cyberjaya serta KL n Selangor . Ni boleh tanya Eja k.


Ni la dia sandwich 3 lapis yg gemuk n isi melimpah ruah . Kalau nak makan mmg kena nganga luas luas n ngappppp . Puas hati hokeyyyyyy

Inti penuh n meriah ....takder la inti main acah acah duk kat tengah aje sket sket ...nindiaaaaaa penuh membuak buak . Mmg puas hati



Jenis Jenis Sandwich

1- Black Pepper Chicken
2- Tuna Mayo
3- Egg Mayo 

Since Moon tak dapat decide nak yang mana satu serta sifat tamak menguasai diri, maka Moon request ngan Eja utk buat pakej campo campo . So boleh merasa semua

Masalahnya ...semuanya sedapppppppppp


Harga Sandwich 

Blackpaper Chicken
. meeting box 20pcs RM28
. family box 15pcs RM25
. regular box 10pcs RM15

. single box 3pcs RM5

Tuna
. meeting box 20pcs RM25
. family box 15pcs RM22
. regular box 10pcs RM12

. single box 3pcs RM4

Egg Mayo
. meeting box 20pcs RM22
. family box 15pcs RM22
. regular box 10pcs RM12
. single box 3pcs RM4


Yang Moon order ni adalah mix lot FAMILY BOX 15 pcs ( special request ni sebab makyong nak rasa semua hahahah )

Mmg 1 hari tu Moon makan ni je . Puas hati ...hilang mengidam n kempunan nak makan sandwich gemuks gemuks ni .


How to order ?

Whats App Eja : 017-3787 446
www.wasap.my/60173787446







Tuesday, January 16, 2018

Kelahiran anak ke 4

Moon dah selamat lahir kan anak ke 4 pada 17 12 17 . Baru berpeluang nak tulis kan dalam blog. Nampak tak betapa busynya mak hahahha .

Kali ni terpaksa di Czer sebab masa kandungan berusia 37 minggu , dokter scan n nampak baby macam besar

Size kepala ikut date n size ok tapi size badan dah besar cam usia 39w n anggaran berat dah 4kg kalau size badan n bahu cam tu . So dokter takut kalau tunggu 2 minggu lagi dia akan jadi tersangat besar plak . Nak dijadikan citer masa tu jugak BP naik tinggi. So dokter Klinik Kesihatan terus referkan ke O&G Hosp Putrajaya .

Masa kat sana la dokter explain kat Moon pasal size baby. Moon pun tgk sendiri masa dokter scan. Ada  dokter pakar yg tgkkan . Mmg size bahu n badan dia besar . Dokter kata ni kita angarkan sahaja berdasarkan scan. So your baby maybe smaller than 4kg or bigger . Smaller is ok , yang kita takmo kalau ia bigger  . Tapi kalau u choose czer should be no problem . Kalau u choose nak normal , atleast u aware pasal risk yg ada .

Dokter cadangkan utk Czer sebab kalau baby besar dia org takut sangkut tang bahu . Boleh nak cuba normal dia kata tapi kalau incase sangkut tang bahu, dokter terpaksa patahkan tulang bahu baby supaya dia boleh kuar kot vaginal birth . But bahu tuh boleh sembuh balik tapi takes time . Ada juga risiko lain n baby boleh lemas kalau sangkut lama.

Moon dengar terus tak sampai hati la kalau nak kena buat cam tu kan . Mmg la kita tak tahu canner tapi kalau worst case scenario terjadi tak ke naya baby ,. Takpa la dokter saya sanggup kena czer dari anak saya sakit . So dokter bagitau next week genap awak 38w kita operate pagi Isnin 18 Dec ya . Tappi hari ni awak kena masuk ward dulu sebab BP awak tinggi sangat ni . Tak pasal pasal kena tahan wad plak . Duduk la kat wad tu 2 hari .

Mana mana pun tak apa la janji ibu n baby selamat tu yang paling penting.


Masa ni dapat wad sebilik 4 orang . Ok la kan tak sunyi sangat n ada la geng nak bersembang . 3 org dlm ni semua operate . 2 kat depan operate czer baby . Yg sebelah ni operate sebab mengandung kuar rahim n kena buang sebelah tube . 

Sempat la dengat pengalaman dia org bersalin c zer ni . Sebab Moon pun 1st time nak kena czer , nerves jugak sebenarnya . Nampak je cam berani tapi takut hokey .  Bila tgk dia org dpn ni lagi bertambah risau ...lagi bertambah tinggi je BP Moon . Malam pertama tu Moon mmg kerap g tandas . So boleh la tolong ada yg katil depan ni tolong angkatkan baby dia sebab dia takda siapa yg temankan . Operate tghari, malam malam susah dia nak gerak. Masa tu sendiri dah duk terpikir , nanti time aku nanti canner la ni . 

Masa ni contraction dah duk dtg dah kejap kejap tapi tak konsisten . Lpas 2 hari bermalam kat hosp , Moon pun dibenarkan balik . Happy nyer dpt balik n discharge pada 15 Dec dan dokter suruh dtg balik 17hb petang sebab akan dioperate 18hb pagi. 

Besoknya, 16 Dec  sempat g supermarket g beli segala ikan n sayur . Masak siap siap lauk pantang n simpan dlm peti . Sebab mama pun akan dtg lambat sket sebab dia org ada hal . So meh la kita get ready lauk utk  makan utk 4 5 hari kan . Malam sebelum tidur mintak Isk Yaya n Sarah get ready baju dia org siap siap baju utk ke nerseri incase mummy sakit nak beranak ke apa . Mmg akan antakan dia org ke nerseri. Moon pun dah inform owner nerseri siap siap dah . 

Pukul 6 pagi 17 Dec, Moon terjaga sebab contraction dtg kuat n sangat konsisten. Dia punya sakit tu sampai ke pinggang n tulang punggong semer. Takley jadi  ni ...terus kejutkan anak anak bagitau mummy nak g hosp . Lepas dropkan kids kat nerseri terus pak sutan F1 ke Hosp ..masa tu pukul 7 lebey pagi . Sampai hosp terus nurse duh baring dulu n pasang alat nak tgk contraction kat perut tu . Baru 10 minit duduk kemain sakit la contraction ...lepas tuh terus busshhhhhhhhh ketuban pecah . Habih basah katil . 1st time ketuban pecah. Sebelum ni semua based on contraction je. 

Apa lagi terus dokter seluk n tgk bukaan. Masa tuh dah 3 cm. Since Moon mmg dijadualkan utk Czer , terus emergency operation la . Terus time tu dia org suh sign borang semua ...panggil pakar bedah n org bilik bedah semer . Tapi masa ni contraction kuat giler dah n amats la sakit . Moon siap bgtau dokter, saya ni kalau ketubn pecah mmg cepat je beranak dokter . Sejam  mmg ley push dah ni ...jenuh nurse pesan , puan jgn push tau puan .

Masa dia org readykan bilik bedah , Moon rasa lamaaaaaaaa sangat sebab masa ni contraction setiap 4 5 minit kot ..


Akhirnya ditolak masuk bilik bedah ....nerves yg amats la . Masa Pak Sutan cium dahi boleh plak meleley air mata hahahha hemo hemo sangat . Daddy tunggu mummy kat luar tau ...kita jumpa nanti k . Padahal ayat biasa je tapi dia nyer tahap emo tu melampau benor . 

Masuk dlm dewan bedah sejuknya weiiii masa dia suh gerak ke katil bedah tu pun payah sebab duk sakit contraction ni . Dokter bius bgtau dia nak inject epidural . Sebelum ni Moon mmg banyak baca pasal epidural n kakak pun sendiri bgtau tahan sket sebab epidural ni masa nak cucuk ke tulang belakang ni sakit ....Moon dpt bayangkan dah sakit n senak n sengal dia cam na . 

 ( image from Google search )

Dokter suruh peluk bantal n relax kan bahu n jgn gerak. Tapi , masa dia nak cucuk tu contraction dtg ....

Ok puan tahan contraction tu , tarik napassssssssss relax kan badan puan ......jangan gerak....jangan gerak ya puannnnnnnnnnn ok ok sket lagi tarik napassssssss 

Lepas contraction stop , terus Moon bgtau , Ok dokter contraction saya dah habis, dah boleh cucuk dah . 

Saya dah siap dah puan , masa puan contraction tu saya cucuk terus. 

Rupanya sakit contraction tu lagi sakit sampai kan org cucuk belakang pun tak terasa . Terus dia suh baring . Alahaiiiii sejuk sangat sangat . Boleh dengar dia org sembang2 semua 

Puan nanti saya akan keluarkan baby Puan, puan takkan rasa sakit ya . Kaki puan akan rasa kebas ...puan akan rasa goyang goyang n tekanan diperut puan ya masa kita nak kuarkan baby, Puan relax ye...puan takkan rasa sakit. Ok saya akan mulakan sekarang ya puan. 

Masa ni dokter Irene yg bedahkan. Tetiba bau hangus hahhaha bau isi . Mungkin masa ni dia dah start potong perut tu . Pastu rasa badan kena goyang2 n rasa org tekan kat atas perut . Kejap je dengar sora baby nangis . Ok baby dah kuar .....wekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk kuat sangat suara dia . Puan baby dah keluar , nurse bersihkan dulu ya baby,..nanti puan tengok ya . 

Masa ni Moon kemain kesejukkan ketor2 dah n rasa di awang awangan . Siap mintak nurse bius pegangkan tangan hahhaha sebab sejuk sangat . Tak lama lepas tuh nurse dtg tunjukan baby ....Assalamualaikum baby boy, berat 3.75 kg.

Setel semua , kena bg stabil dulu sebab masa ni BP naik tinggi balik . Sutan kata lama gaks Moon duduk dlm recovery room . Tghari baru naik wad .


Masa ni Moon mamai mamai lagi. Pak Sutan tunjuk baby pun cam laloq laloq je . Mintak dia tolong salinkan baju baby sebab baby cam muntah kan susu sket .  Masa ni kaki pun rasa kebas2 lagi ...kepala pun pening . Moon plak rasa nak muntah . Nurse kata biasa sebab tu kesan ubat bius . Pak Sutan temankan sampai malam sampai habis waktu melawat .. Sebab dia pun nak kena balik amik kids di nerseri . 

Petang dlm kol 5 6 cam tu Moon dah ok dah hilang pening semer . Mlm pertama tu mencabar sket sebab Moon sorang diri je . Pak Sutan tak dpt teman n tak ada yg pompuan ley temankan. Tawakal je masa ni . Tang perut tu dah start rasa perit sket tapi ok la tak teruk sangat  . Nurse duk dtg bagi ubat tahan sakit . Baby pun ok duk kat sebelah je n bagi susu.



Ni la budak tecik tu yg duk asyik mintak susu je hahhaha. Masa ni agak susah sket sebab badan duk sakit2 lagi . Mmg nurse suh duduk ngan baby utk bg dia menyusu. 

Pagi esoknya dah cabut tube kencing n boleh bangun jalan jalan dah . Lega rasanya bila takyah pakai tube tu . 


Abang n Kakak datang lawat baby . Kemain lebat rambut adik sebijik cam Abg Isk masa baby dulu...cam ni la rambut dia . Mon ingat kan dah boleh balik la ...rupanya tidakkkkkkkkkkkkkkkk
bermula la episod kena tahan wad sampai 5 hari kerana BP sangat tinggi . 

BP Moon duk tinggi je dia tak turun sangat . Padahal duk kat dlm wad tu je . Tapi rasanya mungkin badan penat pastu otak duk ingat nak balik je kot . 


Masa ni dokter bagi makan ubat utk turun kan BP . Lepas tu bacaan BP di ambil 4 kali sehari ...bacaan urine pun di ambil daily . Ubat cair darah Eparin pun kena inject utk 10 hari , sehari 2 kali . Mmg sakit la kena inject ubat cair darah ni sampai lebam biru lengan ni . 



Heparin adalah anticoagulant iaitu ubat pencair darah yang menghalang pembentukan darah beku. Heparin digunakan untuk mengubati dan menghalang pembekuan darah pada vena, arteri atau paru-paru. 

Heparin juga digunakan sebelum pembedahan untuk mengurangkan risiko pembekuan darah. Dokter kata bahaya darah beku ni . Kadang dia akan darah beku di kaki dan paling bahaya kalau darah beku di paru2 atau di jantung. 

Boleh baca mengenai Heparin di sini 


Nurse bagitau baby nampak mcm kuning sket . So kena la malam tu duduk bawah lampu biru ni  . Dapat la percuma spek mata yang bergaya ni juga. Sebab dia bising n nangis je bila letak dlm bekas dia makan dia duk sebelah mummy la . Ngan mummy skali kena lampu biru . 


Day 3 kat hosp . Nurse akan hantar baby ke SCN utk biar baby duk bawah lampu utk 24 jam . Alahaiiii shian dia . Masa ni gigih la Mummy pam susu . Sebab ibu boleh pergi hantarkan susu n menyusukan baby kat SCN tu .  So malam tu tido la kat katil tanpa baby . Terus kena bengkak susu . Nasib nurse tolong bawakkan air panas n tuam susu.

Day 4 bacaan BP cam dah ok tapi ada plak protein dlm urine . So dokter suh stay lagi 1 hari utk monitor . Baby dah blk dr SCN n kuning dia dah drop banyak . Apa lagi terus suh dia menyusu banyak banyak sebab dah nak meletop dah ni . Bengkak susu kemain sakit woooo nasib tak demam . 

Masa ni kepala duk ingat umah je tau . Rindu kat Isk n Yaya serta Sarah . Sarah takley naik sebab budak 10 thn ke atas je boleh . 

Day 5 , jiran sebelah katil ni dah 4 org dah bertukar . Moon je yg still stay situ ....day ke 5 tgk bacaan BP cam ok . So tunggu result urine dr lab plak . Kalau ok baru dokter bagi discharge . Nasib la result cun ...so boleh discharge petang . Mmg weng kejap duk hosp lama lama . Badan sakit sakit ...malam malam sapu minyak panas sendiri kat kaki semer . Tapi mana nak selesa kan . Nak baring n nak menyusukan baby lagi . Mmg tak sabar sabar nak balik rumah . 



Luka czer ok . Dokter mmg tiap tiap hari tengok . Moon pun dah mandi macam biasa on day 3 . Cuma kena pastikan luka sentiasa kering . Tapi perut dah besor n berlipat , mmg cabaran sket utk sentiasa pastikan ia kering . Nak baring n bangun dari katil mmg mencabar . Kena pelan pelan .. kalau bersalin normal ni mmg zasss je bangun hahahah 


Akhirnya balik juga ke rumah selepas 5 hari berkampung kat hosp . Rindu rumah sendiri, bilik sendiri n katil sendiri . Yang pentingnya dapat tgk anak anak dpn mata serta dpt tgk Pak Sutan hahahah .


Cam na rasanya bersalin Czer compare ngan bersalin normal 

Moon 3 anak sebelum ni semua lahir normal . Sakit yg amats tu adalah masa contraction . Bila nak push tang tut mmg tak rasa apa pun. Dia toreh sket pun tak sesakit contraction tu . So bersalin normal , sakit dia adalah sakit masa nak bersalin tu je . Cam nak tercabut nyawa. Tapi lepas tu dah ok ...kena jaga luka bawah sket tu je which is tak jadi masalah sebab dalam seminggu tu dia dah elok dah kecuali kalau kes serius cam 2 degree tear or 3 degree . 

Bersalin czer plak ok juga tapi dia punya sakit n payah selepas tu, akak tak sanggup hahahha mmg seksa . Mmg tabik la kat org bersalin czer ni . Konpius jap cam na retis ni semer nak czer , Sakit weiiiiiiiiiii . Nak bergerak pun payah. Ia akan jadi senang kalau belum ada anak lagi atau ada org ley tgkkan baby tu n u tak payah gerak banyak2 sangat . Than ia akan jadi senang . Tapi kalau korang ada anak anak n macam macam benda nak kena buat , memang ia akan jadi sangat mencabar . Tetiba semua benda yg senang jd susah . Tapi ni sementara luka tu nak baik la . 

Luka tu nak jaga mmg mencabar . Org perut tebai cam akak ni mmg susah . berbiji biji oren dimakan . Vitamin C , vitamin baik luka semer akak telan . Setiap kali lepas mandi mmg baring kejap bagi bahagian luka tu kering , nak cepat akak hardryer kan aje . Lepas tu lapik tisu sebab takmo bagi berpeluh tang lipatan tu . setiap sejam atau 2 jam tuka tisu baru . Ada tips dr internet adalah utk letak pad so sebarang moisture akan di serap . So u ols gunalah mana mana yg sesuai . Cam akak ni akak lapik tisu je . 

Minggu ke 3 tu ada 1 bahagian dalam 2 cm tu dia berair sket dan mengeluarkan bau yg kurang enak sket . Yang lain ok elok je ...tapi part ni dia sakit . So dokter klinik kesihatan bekalkan antibiotik seminggu n masa ni mmg selalu cuci n lap kering2 . 2 3 hari dia ok balik dah . Tapi kalau lasak lasak sket mmg rasa la senak senak n perit tu . 

n czer kali ni juga rekod hokey sebab nurse datang umah selama 30 hari . Datang utk cek BP ...tq la kat nurse nurse KK salak tinggi ni . Nasib la nurse dtg umah , sebab dia org boleh cucukkan sekali Heparin utk balance 5 hari lagi hahahha . 

Ok tu je , nanti akak citer balik k . 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...