Wednesday, April 25, 2012

cerita Korea terbaru

hahahha tetiba ada org msg ...kak moon lama tak review drama korea hahahhaha . Ai pun cam ha ha dah lama kan ..last ari tew citer the Moon that embrace the Sun je kan ...pastuh ada layan The Greatest Love jugaks tapi lupa nak wat enty ....hahahhah ( ai tahu ai dah tua tapi layan kan je citer2 neh hu hu hu )

Sekarang tgh layan Love Rain ...tp thg airing . Merana rasanya tunggu seminggu seminggu ....best gaks citer nih ada 2 zaman .

Cinta tak kesampaian masa muda2 dulu then terpisah zaman anak anak plak fall in love hahhahah layan je la sebab gamba dia org sgt cantek2


Title: Love Rain

Total Episodes: ?

Status: Currently Airing

Genre: romance, comedy, melodrama

Description: Love Rain tells love story of 2 generations , the analog and the digital era. In 1970s, Seo In Ha and Kim Yoon Hee met and fell in love but they didn’t end up together. In the present 21st century, Seo In Ha’s son and Kim Yoon Hee’s daughter meet and fall in love. Now, will they become a couple ?

ni zaman mak pak dia org hahahhaha 

  
ni zaman moden dah hahahha 


Cantek nya gamba neh


Yoona Girls Generation sangat cute hu hu hu mamang Jang Geun Suk nih pun best muka berlagak cam bagus je hahha....Sutan nampak ai layan citer neh gelak je dia hahhaha oooo ketawakan org ek ...yg awak duk layan The King 2 Heart tew hapa hahahhahah so we even ya lalink ....


DRAMA CRAZY - LOVE RAIN

adu merana tunggu episode neh hahahhah semalam nampak kat tv ada kuar citer neh tp baru episode 3 kots


Tuesday, April 24, 2012

Muslimah Anggun

Sticky post for 48 hours
scroll down for new entry


Tentatif Program]

8.00am-8.30am  
Pendaftaran peserta

8.30am-10.00am  
Ketahui Tips Cantik Dalam 30 Hari (Hari 1 - Hari 15).
Oleh Noorita Yusof (Juara Persona De'Wajah Harmoni 2008/2009, Duta Nuvafemme 2010-2012).

10.00am-10.30am
Minum pagi.

10.30am-12.00pm
Ketahui Tips Cantik dalam 30 Hari (Hari 16 - Hari 30).
Oleh Noorita Yusof (Juara Persona De'Wajah Harmoni 2008/2009, Duta Nuvafemme 2010-2012).


12.00pm-1.00pm
Petua Kecantikan - Menjadi Anggun, Menawan, Sihat, Bertenaga & Kekal Langsing.
Oleh Ahmad Ariff (Ex-Fitness First Fitness Instructor)

1.00pm-2.00pm
Makan tghari & Solat.

2.00pm-3.30pm
Pelajari Solekan Asas Muslimah.
Oleh Make up artist MuzaNyra (Ex-student AwinSeindahWajah)

3.30pm-5.00pm
Ibadah Dalam Pekerjaan
Oleh Ustaz Shamsul Md Nor (Perunding Motivasi & Pendakwah Pearl Mentor Sdn Bhd, Kolumnis Majalah Q&A)

5.00pm-5.30pm
Cabutan bertuah, sesi bergambar, minum petang & bersurai.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tempat Program
Bilik Seminar Pearl Mentor, Level 1 , No 43, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor.


Yuran Penyertaan
Yuran per individu : RM150

Pendaftaran
Sila bank in kan bayaran penuh RM150 atau deposit RM50 ke:-
CIMB account - 1433 0000 1601 00 (Ieta Resources)
Maybank account - 163019 422 489 (Noorita Yusof)

Untuk deposit, bakinya boleh dijelaskan ketika pendaftaran.
(Untuk setiap bayaran, ianya tidak dikembalikan tetapi boleh ganti peserta).

Sila SMS reference number atau tarikh dan masa bayaran serta nama penuh & no.kad pengenalan ke 017-239 7177 (Ieta Resources) setelah bayaran dibuat.


Tarikh tutup penyertaan
Tutup penyertaan bila PENUH.
 Puan Noorita yg sangat comey n sweet org nya .

Mari membantu Ahmad Sufi

 
SUMBER: UTUSAN ONLINE 13/4/2012

KUALA LUMPUR 12 April - Seorang chef warga Malaysia di Sydney, Australia, Romi Agus Syumadi Suhaimi, 34, berdepan dugaan hidup apabila bayi pertamanya, Ahmad Sufi yang baru berusia 28 hari mengalami masalah paru-paru yang kritikal.

Apa yang membimbangkan, walaupun doktor pakar sudah melakukan ujian biopsi terhadap paru-paru bayi itu, tidak banyak maklumat yang diperolehi kerana ia tergolong dalam kes terpencil.

Ahmad Sufi yang dilahirkan pada 12 Mac lalu, kini ditempatkan di Hospital Kanak-kanak Westmead Sydney dan terpaksa bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan dengan kos mencecah RM9,000 (AUS$3,000) sehari.

Ibu saudaranya, Juli Yanti Lidia Suhaimi, 31, yang mewakili keluarga Ahmad Sufi berkata, dia mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi menderma untuk membolehkan anak saudaranya menjalani hidup dengan selesa.

"Saya meminta orang ramai supaya membantu anak saudara saya mendapatkan rawatan dengan sempurna serta menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain," katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Katanya, pendapatan Romi Agus di sana tidak mampu menampung kos tersebut malah penyakit dihidapi bayi ini tidak ditanggung oleh mana-mana syarikat insurans.

Juli Yanti memberitahu, doktor juga tidak membenarkan Ahmad Sufi dibawa pulang ke tanah air disebabkan keadaannya yang sangat lemah serta risiko ketika berada dalam penerbangan.
 
 
Mari la kita sama sama menghulurkan bantuan . Mungkin bantuan kita itu tidak la besar mana tapi mudah mudahan ia dapat meringankan keluarga ini . 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...