Tuesday, April 24, 2012

Mari membantu Ahmad Sufi

 
SUMBER: UTUSAN ONLINE 13/4/2012

KUALA LUMPUR 12 April - Seorang chef warga Malaysia di Sydney, Australia, Romi Agus Syumadi Suhaimi, 34, berdepan dugaan hidup apabila bayi pertamanya, Ahmad Sufi yang baru berusia 28 hari mengalami masalah paru-paru yang kritikal.

Apa yang membimbangkan, walaupun doktor pakar sudah melakukan ujian biopsi terhadap paru-paru bayi itu, tidak banyak maklumat yang diperolehi kerana ia tergolong dalam kes terpencil.

Ahmad Sufi yang dilahirkan pada 12 Mac lalu, kini ditempatkan di Hospital Kanak-kanak Westmead Sydney dan terpaksa bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan dengan kos mencecah RM9,000 (AUS$3,000) sehari.

Ibu saudaranya, Juli Yanti Lidia Suhaimi, 31, yang mewakili keluarga Ahmad Sufi berkata, dia mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi menderma untuk membolehkan anak saudaranya menjalani hidup dengan selesa.

"Saya meminta orang ramai supaya membantu anak saudara saya mendapatkan rawatan dengan sempurna serta menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain," katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Katanya, pendapatan Romi Agus di sana tidak mampu menampung kos tersebut malah penyakit dihidapi bayi ini tidak ditanggung oleh mana-mana syarikat insurans.

Juli Yanti memberitahu, doktor juga tidak membenarkan Ahmad Sufi dibawa pulang ke tanah air disebabkan keadaannya yang sangat lemah serta risiko ketika berada dalam penerbangan.
 
 
Mari la kita sama sama menghulurkan bantuan . Mungkin bantuan kita itu tidak la besar mana tapi mudah mudahan ia dapat meringankan keluarga ini . 


1 comment:

Unknown said...

Kesiannya.. Berair mata saya melihat gambar dia. Terasa anak saya pulak di situ. Saya doakan Bayi ni cepat sembuh. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...