1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.
3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.
4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam
6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3
8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.
9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.
11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.
13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.
14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.
Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran
darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi
kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas
baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya
menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu
pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.
Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya
bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung
hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman
yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula,
berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin
(rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat
di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan
sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi
hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan,
menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi
paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau
depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan
bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan
pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih
baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke
cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang
dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan
maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan
rawatan dan nasihat doktor.