Korang neh anjer anjer la sangat nak tgk peyut bagai kan ..perut mak dah membesar bagai johan kay ...dr dpn cam nampak kecik je tapi dr sisi actually dah besar ...ai plak spesis mmg kalau ngandung perot mmg bapok beso .
cam biasa la kan ..gamba harus la kat dlm toilet hahah...siap whats app kan geng dlm whats app ...vley plak nko kan fara tetiba ckp takut aku tgk perut nko moon hahhahah ....sebab tew la aku skrg neh kan Fara jalan dah cam penguin ...mana center of graviti aku pun aku tak tahu hahahha ...tapi aku tak dapat bayang kan cam na perut Lenny yg ada anak kemba kat dalam tew ...gosokperutlajulaju
skrg neh perut dah start mengeras mengeras ....kadang baby duk gerak gerak pastuh dia tertonggek kat dalam tew n parking terus kat sitew tak gerak gerak ...kadang mommy nya neh kena tepuk2 sket kat bonjol tew suh dia ubah posisi ..kadang berhasil kadang sejam 2 la dia duk kat situ tak mo gerak .....adehssssss
Skrg dah masuk trimester ke 3 kan . Baby pun dah 1.75 Kg berat nya ..mak nya berat pun idak naik banyak sangat ..so doc suh naik kan berat sket aje
Masa pregnantkan Iskandar - 12 kg naik ( bahagia kan ...anak sulong kemain la makan je kije nya )
Masa pregnant kan Yaya - 6 Kg naik ( masa nih perut tak besar sangat )
Ni 3rd pregnancy - harap naik lagi
Org lain kemain tak mo naik kan ..mak gelabah nak suh naik . Yer la naik masa preggy tak pa ...tapi janji tak banyak melampo la kan ..takat nih kejambuan hidung masih dapat di kawal hahahhaha
So sebab dah 3 4 hari duk rasa cam tak sedap perut neh kan ...so hari nih rajin la mengoogle n share ngan ibu ibu yg tgh hamil sama cam saya - taken from here
So skrg bila rasa cam tak selesa ai akan pegi baring jap ...then bila dah lega ley sambung duk atas kerusi balik n buat kije .
Adakah kejang perut sesuatu yang normal semasa hamil?
Ya. Kekejangan dan kesakitan lain di perut adalah normal. Jika ia berlaku tanpa simptom-simptom yang lain, tiada apa yang perlu dibimbangkan.Membawa bayi dalam kandungan memberi banyak tekanan ke atas otot-otot, sendi dan urat-urat anda. Maka tidak hairanlah jika anda rasa tidak selesa di bahagian perut.
Ada apa-apakah yang boleh saya lakukan untuk melegakan kekejangan?
Ya, ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk melegakan kekejangan yang biasa dialami wanita hamil.Sepanjang kehamilan, tisu-tisu kenyal (ligamen) yang menyambungkan tulang-tulang anda akan meregang. Apabila anda bergerak, ini boleh menyebabkan sedikit kekejangan pada satu atau kedua-dua belah badan. Anda mungkin dapati kekejangan berlaku lebih kerap pada bahagian kanan. Ini kerana, apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda lebih berkemungkinan untuk menyenget ke kanan.
Ligamen anda meregang untuk menyokong uterus anda yang sedang membesar. Cubalah duduk dan lihat jika ini dapat mengurangkan kesakitan. Atau baring mengiring ke arah bertentangan dengan kawasan yang sakit itu dan tinggikan kaki anda. Berehat apabila kesakitan berlaku biasanya akan mengurangkan kekejangan. Anda juga boleh mandi mandian hangat atau tuam bahagian yang sakit itu dengan menggunakan botol berisi air panas. Pada masa yang sama, cubalah berehat.
Bilakah kekejangan menjadi satu kebimbangan dalam trimester ketiga?
Sampai ke trimester ketiga bermaksud anda hampir tiba ke penghujung kehamilan. Kejang perut mungkin bermakna badan anda telah mula bersiap sedia menghadapi proses kelahiran, maka perkara utama yang perlu dibimbangkan ialah kelahiran pramatang.Jika anda sakit bersalin awal, ini tidak semestinya bermakna anda akan bersalin ketika itu. Kadang kala, selagi air ketuban anda belum pecah, ia hanyalah sakit biasa. Berikut ialah keterangan lanjut mengenai kelahiran pramatang:
- Apakah yang akan saya rasa? Rasa sakit di bahagian pelvis atau bawah perut, sakit belakang, sedikit kejang perut, cirit-birit. Anda juga mungkin rasa air ketuban mula pecah, serta kontraksi yang sekata atau uterus anda menegang, tetapi biasanya tidak menyakitkan.
- Bilakah ia akan berlaku? Bila-bila masa di antara minggu ke-23 dan ke-37 kehamilan.
- Apakah yang perlu saya lakukan? Hubungi doktor anda serta-merta. Jika anda rasa air ketuban anda telah pecah, telefon pihak hospital dahulu.
Kekejangan semasa peringkat awal pelahiran tidaklah seteruk kontraksi yang akan anda alami dalam peringkat pelahiran aktif. Anda mungkin dapati berehat di atas sofa atau berjalan-jalan dapat membantu. Jika anda dapat mencari cara tersendiri untuk menangani ketidakselesaan ini sekarang, ia akan membantu anda apabila tiba ke peringkat pelahiran aktif nanti.
and ada few nak share ngan para mommies