Wednesday, October 21, 2015

Belangkas

Peribahasa melayu selalu sebut 'macam belangkas' yg bermaksud kemana sahaja berdua je. Belangkas digunakan sebab belangkas mmg selalu di temui di laut cetek dalam keadaan berdua dua iaitu sekor jantan n sekor betina.

Sebenarnya Moon pun sama cam tuh. Dari zaman belajar lagi mmg slalu ngan Sutan je. Most of the time la kan. Pak Sutan plak masa belajar tuh kemain la kan. Siap tanya roomate Moon pakai baju apa hari tuh lepas tuh dia pun pakai baju sama kaler. My inspector sahab tuh mmg cam tuh hokey Muka je nampak garang tapi dalam hati ada taman siap dengan burung kerkicauan dan rama rama berterbangan. Macam mana la Moon tak terpikat kan.

Hari Jumaat Moon pakai baju kurung batik baby pink. My friend si Fiza nih dah gelak gelak dah masa jalan. Moon plak memang tak tahu apa apa . Sekali kuar dari pintu pagar tetiba nampak ada mamat sorang nih kemain segakla berbaju melayu warna baby pink hokey duduk elok je atas tembok seberang jalan.

Fiza plak selamba je tinggalkan Moon ngan sutan....'aku jupper mung kat bilik la yer' baik punya plan kan. Duduk la sembang kat situ n setiap kali org lalu lalang nak balik ke hostel misti org akan tegor dia. Kalah wakil rakyat la ...ni semer gara gara nama dia Sutan kan. Pastuh dia plak selamba je tanya org

'ha dah amik bunga telor dah? ..'


hishhhh dia nih suka suki je. Tahu la baju macam sepasang...Moon plak segan. Misti org meluat kot tgk....tahu la kapel....glabah laaaaaaaaa siap pakai baju sepasang bagai . Sutan plak lagi dia tgk Moon segan lagi dia mengusik. Mmg kaki mengusik betul.

Bila time kije pun mmg kita org berdua je. Masa kije Maxis pun ...bila masuk TM pun sama jugak. Mmg kalau tak nampak dia mmg rasa rindu sangat hahahha silalah jgn meluat kat saya. Saya mmg jenis yg tak nampak laki saya jadi tak tentu arah.

Hari tuh lunch ngan Lenny and kita org share pasal rumahtangga . Lepas tuh kita org mmg sama je...mmg jenis yg manja kededek ngan laki. Kadang org tanya korang nih dah lama kawen...anak dah ramai...tapi still ke nak manja manja macam nih....nak makan suap suap lagi ke...jalan kadang nak pegang2 juger ke..

ehhhh why not .........

kenapa...lagi lama kawen kena lagi nyampah kat laki sendiri ke....kena takley tgk muka laki ke.

Org kata ..layan la pasangan kita macam kita layan diri dan sayang diri kita. Kadang kalau Moon bz duk buat kije umah n uruskan anak n kije lain lain ...bila pandang muka laki cam kesian plak. Dia plak dah la jenis tak cerewet...kadang dtg dapur bancuh air sendiri. Kalau nak mintak air pun ayat kemain tapis..

mummy ada rasa nak buat air tak

Selalunya Moon mmg akan marah balik kat dia....kalau nak cakap je la....mummy nak air kopi satu...kan senang. Ni ayat lembut je .. kalau taknak buat cam bersalah aje. hahahhahaha tapi tuh la cara dia. Tuh kadang tgk dia duk ralit tgk tv pergi bancuh air 1 mug...bila dia minum cakap sedapnya air mummy buat ...terus rasa berbunga bunga hahahha pelik, tapi tuh la.

Kadang pesan kat dia...awak kalau nak pergi minum ngan budak2 opis tuh pergila...habis badminton tuh lepak la dulu minum2. Boleh bini suruh laki lepak...tapi kadang ayat paling manis gula batu dia bagi....mana boleh lepak lama lama nanti kalau rindu acaner....mcm mana la bini tak jadi manja kededek kan


Dia la pendengar paling setia...tukang dengar segala cerita ceritun. Dia takyah baca paper pun takpa sebab bini dia akan bagi cerita sepenuhnya hahhahaha. Dari dia tak tahu gossip pun boleh tahu. Dia la penasihat terbaik...my very own personal consultant.

Tetiba entry yg dari hati gitew......hahahhaha


Tuesday, October 20, 2015

Apa itu demam kepialu

Misti ramai yg dapat msg pasal demam kepialu ni kan. Sebagai seorang yg tak pandai sangat bab bab nih terus laju je tangan google pasal demam kepialu nih. Sebab mmg bukan kita biasa dengar kan.

Kadang bila dapat msg whats app nih sebelum kita share kita kena periksa dulu kan. Yer lah zaman sekarang nih kadang benda tak betul pun laju je org spread.

So semalam gigih cari pasal demam kepialu nih dan jumpa berita ni kat Astro Awani


Belum lagi hilang kebimbangan pasal jerebu yg melanda....dah risau pasal demam kepialu nih plak.

Nak share jugak apa yg Moon baca di Dettol


Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia


Demam Kepialu (Tifoid)

Apakah itu Demam Kepialu ?
Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).
Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.
Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003 ( Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk )

Apakah jenis-jenis makanan yang biasa di kaitkan ?
  • Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
  • Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
  • Sayuran mentah (ulam dan salad)
  • Cendol
  • Susu mentah

Apakah tanda-tanda dan gejala ?
Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 - 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.
Gejala :
  • Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
  • Cirit birit
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Batuk tanpa kahak
  • Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
  • Bengkak limpa dan hati

Bagaimanakah penyakit ini merebak ?
  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis ) manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi.
  • Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier)

Komplikasi Penyakit
  • Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya
  • Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).

Rawatan
  • Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal.
  • Rawatan dengan antibiotik seperti chloramphenicol , ampicilin, ciprofloxacin biasanya diberikan

Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu ?
  • Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan
  • Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya
  • Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buahan, makanan dari penjaja, ais semasa berlakunya wabak.
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
  • Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
  • Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu
  • Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja najis yang sesuai terutama salepas banjir atau bencana alam
  • Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan

Apakah tindakkan jika saya disyaki mendapat penyakit demam kepialu ?
Jumpa doktor anda segera

2 hari aje lagi

Assalamualaikum semua.


Moon sedikit bz. Yer lah, event dan jualan kat Globe akan berlangsung weekend ni. Bermula dari Jumaat hingga la Ahad. Selagi tak habis sale selagi tuh la takley lepak2 hahahah. 

Ada yg dah bgtau akan dtg dari Johor, dari Penang, dari Kelantan dan dari Melaka pun ada.


Google Map di SINI


Pandangan depan dan belakang utk ke Sarah Hughes Globe


Kali ni Moon ajak juga rakan rakan blogger utk memeriahkan majlis heheheh

Antaranya adalah

Fillanie
Peej Burhan
Neena Anuar
Mimy Hamid
Lizz
Kak Ai
Julia Johari
Dya Pinkymomma


Mcm last time Moon siap buat ala bazaar kat atas sana n ajak rakan rakan blogger utk bukak booth kat sana. Mmg syiok sangat.






Insyaallah nanti kalau ada rezeki kita boleh buat lagi mcm ni in future



Nanti acara sale akan bermula pada 23 hb dan berakhir pada 25 hb Oct.

Kat bawah ni Moon letak sekali harga upah sebab nanti senang kalau korang nak budget sesiap kan

*Upah jahit Langsir
French Pleat RM7 sekaki
Singapore Pleat RM16 sekaki
Eyelet RM18 sekaki
+ button RM2 sebiji
Tab Top RM16
Kepala with scallop RM30 sekaki

*Upah jahit kusyen
16 x 16 RM10
18 x 18 RM 15
24 x 24 RM 30
30 x 30 RM40

*nanti boleh tanya balik ngan staff lvl 7 k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...