Thursday, November 26, 2015

Bicara Wakaf bersama Ustadz Don



Sebelum cuti sekolah hari tu, sekolah Isk ada jemput Ustadz Don dan topik yg dibincangkan adalah mengenai Wakaf. Ustaz Don juga merupakan icon wakaf.

Rupanya Wakaf ni sangat besar dan banyak hikmahnya.

Si Isk plak duk sibuk kata

Ni Ustadz Don bagi ceramah 30 minit je tau

Napa 30 min plak

Yer la 30 minit bersama Ustaz Don

hahahhaha. Bagus sangat pihak sekolah anjurkan acara seperti ni. Malam tuh kami semua pergi. Sarah letak kat nerseri kejap...so bawak Isk n Yaya je. Mmg penuh org dtg malam tuh dan sangat meriah


Banyak penerangan mengenai wakaf. Dia pun bgtau apa beza sedekah ngan wakaf.  Wakaf ni , kita akan dapat pahala selagi mana barang yg kita wakafkan itu digunakan.

Sedekah adalah ibadah yang kita lakukan dimana pahalanya adalah hanya untuk ketika bersedekah. Contohnya jika kita bersedekah wang kepada seorang peminta sedekah. Kemudiannya dia akan menggunakan wang itu untuk membeli makanan, setelah habis makanan itu dimakan maka pahala bersedekah hanya setakat disitu manakala 

wakaf adalah juga disebut sedekah jariah (sedekah yang berterusan) dimana harta itu perlulah bersifat kekal. Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakafkan itu boleh diambil manfaatnya. Contohnya dengan wang RM10 yang pewakaf wakafkan akan dikumpul dalam satu tabung kumpulan wang wakaf dan kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pembinaan masjid. Selagi masjid itu kekal berada disitu, selagi itu pahala kita akan terus mengalir. InsyaAllah.


Pertama kalinya ada wakaf kapal terbang. Misti kita pun hairan kan...macam mana nak wakaf kapal terbang...bukannya kapal terbang tuh murah. Sebab tuh duit yg kita sumbangkan tuh kita niat utk wakaf kapal terbang. Kalap terbang tuh akan digunakan bagi org utk pergi Haji. Bayangkan betapa ramai umat Islam dapat nikmati wakaf ni. Malam tuh, dia org explain jugak pasal wakaf kapal terbang ni



Sedikit penerangan wakaf yg diambil dari Perbadanan Wakaf Selangor

Pengertian Wakaf

Wakaf adalah berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai. Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.

Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanahbangunanrumah dan juga wang tunai.

Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam. Para fuqaha' berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan hingga ke hari akhirat.


Monday, November 23, 2015

Pementasan Teater Muzikal Amal Kanak-kanak “Jasa Putera”

Hari tu Liza Masrina aka Jija tanya sama ada nak tak join tgk teater kanak kanak. Moon pun apa lagi ...terus setuju je hahah sebab budak2 nih pun tak pernah tgk lagi teater. Last tgk ala ala teater tuh pun masa pergi Hong Kong dulu ...tuh pun dah bertahun.


Teater nih pun dekat aje...kat UM sana je. So mmg tak susah la nak pergi kan. Janji jumpa ngan Jija kat UM saja. Jija nih la yg kait topi utk Sarah n buat baju Frozen utk Yaya

SINOPSIS MUZIKAL ‘JASA PUTERA’ ( credit to their FB Page)
Mengenai seorang putera raja yang berjiwa rakyat. Beliau disayangi oleh semua rakyat jelata, kerana sikapnya yang tidak membeza-bezakan antara kerabat istana dan rakyat kebanyakan. Putera Izzuddin mempunyai sahabat karib iaitu, Haikal, Kamal, Sharmila,,Lily dan Alissa 

Pada hari Ulang tahun yang kedua belas Putera Iskandar telah mendapat hadiah yang sangat istimewa daripada ayahandanya tetapi Putera tidak gembira dengan hadiah yang dianugerahkan oleh Sultan. Hadiah yang di perolehi itu membuatkan dia mesti berpisah dengan sahabat- sahabat beliau yang sudah dianggapnya seperti saudara sendiri. Sultan tetap juga berkeras dengan keputusannya untuk menghantar Putera Iskandar belajar ke luar negara . Putera sangat kecewa.

Sultan berpendapat bahawa Putera harus mendapat pendidikan Bahasa Inggeris di luar negara. Ini di sokong kuat oleh Penasihat Sultan. Titah sultan adalah muktamad.

Untuk tidak mengecewakan Sultan, Putera Iskandar merayu kepada Sultan agar membawa pakar-pakar dari Barat . Perjanjian antara Sultan dan Putera Iskandar di tetapkan di mana dalam tempoh enam bulan Putera mesti menggilap ilmu supaya menjadi permata yang bersinar.

Kelas pembelajaran Bahasa Inggeris bermula dan Putera tidak melupakan sahabat karibnya dan rakyat jelata untuk belajar bersama. Selepas enam bulan berlalu….

Berjayakan Putera membuktikan………atau Putera terpaksa berangkat keluar negara?

Jom kita saksikan...


pementasan di buat kat Dewan Tunku Canselor UM

 Cik Ara n Cik Maryam...2 amoi yg rambut panjang tutup mata ekkeke


with kids n with Jija....tq dear sebab ajak Moon join tgk teater ni








Mmg best teater nih 

Abg Isk duk tersipu malu bila nama dia di sebut2....hahah padahal mmg watak tuh nama Putera Iskandar,,,hishhhh Isk plak yg perasan. Nasib baik la Raja tak bernama Sultan Mahmood...kalau tak ngan daddy dia skalik pun perasan hahahha

Budak2 yg berlakon teater Jasa Putera nih amat berbakat n pandai berlakon. Menyanyi pun sedap....hebat la dia org. 

Dalam masa yg sama ada juga dia org selitkan pembelajaran bahasa Inggeris ...wow tak sangka sangka. In between ada nyanyian semua...so kids mmg enjoy sangat . 

Saya bagi 5 bintang...sebab bukan kids je suka...mak mak pun suka. Teater nih ada banyak nilai2 murni.



picture taken from Jasa Putera Facebook Page

Kalau ada lagi pementasan macam ni ...Moon misti akan bawak budak2 dtg ...


Friday, November 20, 2015

Zaman main Mirc

Semalam nampak org duk share pasal Mirc nih ...ni mmg zaman remaja akak u olssssss . Masa ni zaman belajar. Baru 18 thn, baru kenal apa itu chatting . Sonok nya main chatting.

Masa tuh rasa teruja ngan seronok nak carik kawan. Nak kenal org lain. Mana main dah tulis2 surat bagai kan...kita chatting aje

Zaman tu glamer giler Mirc nih

Kadang sanggup masuk lab semata mata nak main chatting . Hahhahahah . Kat kolej masa tuh ada 4 ke 5 lab room. Nak masuk kena tinggalkan student id n tulis nama kat buku. Masuk lab terus cari pc yg boleh chatting. Kalau dah duduk tuh mmg sejam dua gaks la melekat.

Kadang tukar chat window tuh pada kaler hitam sebab baru la nampak cam wat programming semer hahha padahal programming chatting


masuk pun cari channel yg best best je . Kadang kalau ramai sangat lelaki tak syok gaks sebab lelaki suka nak mengayat je lebih kan.....kadang org hi  5 6 org

bila dah start chatting , hanya kekal chatting ngan yg best je n yg tak cakap mengarut.

siapa awek yg nama best cam Ninacun ke awekbandar , preetygirl mmg jadi buruan la kan...hahahhaha

Moon masa zaman Mirc nih sempat la kenal 2 3 org.

Sempat la kenal sorang yg siap jiwang2 karat sampai naik takut . Siap kata mak dia nak chat la....pastuh siap...semekom mira ...acik ni mak pada mr y. Omg, menakutkan hokey....terus blok hahah.

Tapi ni la zaman nak belajar semer2 nih. 

Tapi bila start kenal Pak Sutan mmg terus stop Mirc. Giler kentang penangan org bercinta hahahha. Yer la duk chat ngan dia je la...ley chatting live lagi takyah lapor diri masuk lab plak tuh .

Mana taknya time Moon baru masuk lab n nak masuk Mirc terus dia pun dtg duduk sebelah. Macam mana nak chatting kan hahahhahaha.

Ni mmg kenangan betol...n bila kuar pasal Mirc semer pun duk pikir balik apa nama Nickname chatting kan

Pak Sutan dia kekal panggil Miera sebab tuh la nama nickname Moon hahahhahah. Budget hot la kannnnnnnnnnnnn

Kenangan mengusik jiwa betol. Nanti anak anak kita yg duk main whats app skrg ....in future misti dia org plak yg gelak2 bila cerita pasal whats app nih sama cam kita bercerita tentang Mirc



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...