Wednesday, December 30, 2015

Little Sarah at Sarah Hughes Globe

Tq semua yg datang masa sale weekend hari tuh. Sonok dapat jumpa korang. Sambil korang membeli n dapat diskaun best, boleh la juga Moon kenal korang secara personally.

Since Abg Isk n Kakak yaya ada kat Taiping, maka si kecik Sarah ni pun ikut kita org. Dia mmg dah biasa dtg sini. Bayangkan la dari dalam perut agi mak dia duk cakap pasal kain langsir je...dia kuar pun tgk langsir jugak hahah

Kije dia adalah main lari2 celah celah langsir. Tetiba terus rasa panas je sebab duk kejar dia. Lepas tuh bila dia nampak  kain cam sepah sikit terus dia pergi cuba roll kan balik kain

Apa sepah ni

amboiiii kecik kecik pun bunyi cam bos bos sangat hahahha

Bila cakap jgn lari dia kata dia faham....so memula dia jalan lengang kangung, lepas tuh sambung lari


 Mmg takmo bagi org pegang langsung si kecik ni .  Sampai berpeluh2


  Tengok aja la si Sarah tu. Habis dia explore lvl 7 tu. Lepas tuh main nyorok2


Kemain happy dia kat atas nih . Lepas tuh kata kaki dia sakit, Rupanya kaki dia melecet. Sebab selipar dia hilang sebelah. So beli la selipar baru. Nampak cam longgar rupanya ketat tang tepi. 

Baru la lepas tuh dia duk diam dlm stroller


Masa ni dah petang. Dah salin uniform ...sebab dia makan twiggies coklat tuh habis kat baju. Mak dia plak pakaikan baju putih. Nak buat mcm mana...Moon suka tgk budak pakai putih nampak suci murni je . Walaupun hakikat kalau apa apa tumpah rasa cam alamakkkkk nanti aku jugak nak kena sental hahhaha.

Ok semua...Sarah puas hati ngan event hari nih . Sarah balik dulu ya hahahhaha.


Tuesday, December 29, 2015

Maryam and Matilda, strictly for curvy women

Moon suka tagline dari Ig Shop Maryam and Matilda ni


STRICTLY FOR CURVY WOMEN !!!

Celebrating curvy women (L and above) 

Sebab biasanya mmg susah nak cari kain yg sesuai ngan org yg gempal2 or we say curvy cam kita nih. Kadang kalau cari skirt, bila dah size besar...ia mengembang ke tepi je tapi senteng. Lepas tuh tak sedap pakai. 


Moon sempat sembang ngan owner dia. Tetiba mcm dah kenal lama plak kan hahhaha.


Maryam and Matilda mendapat idea apabila melihat ramai wanita yang bersaiz L ke atas sukar untuk mendapatkan pakaian yang sesuai dengan saiz mereka.Peniaga2 sekarang lebih menumpukan perhatian kepada wanita yang bersaiz S-XL. 

Selalunya, wanita yang bersaiz L , XL ke atas mmg susah nak cari baju. Kadang mmg ada tapi choice very limited, harga terlalu mahal n kurang sesuai ngan wanita muslim. Sesetengah tuh kata mmg la utk plus size tapi jenis kain strech....bila pakai mmg la muat tapi agaknya ada rupa nangka bungkus tak....oh no

Moon pernah beli baju online la. Katanya fit up to 3 xl. Tapi bila dah sampai mmg tak celuih masuk hokey. Boleh la kalau nak paksa jugak pakai...tapi segala bonjolan mmg nampak. So tak sesuai la kan. Kita nak tutup bukan bungkus.


Maryam and Matilda pula menggunakan term CURVY rather than using plus size. Kadang kita lagi suka dengar perkataan lain selain gemuk. well kita bukan gemuk pun tapi kita size arab hahahhaha n curvy gitu.

 Moon suka sangat sebab pembelian kita akan di letakkan dalam box yg cantek. Lepas tuh ada TQ note yg buat rasa cam best je


 Cutting kain ni sangat best n kembang kat bawah, Yang penting ianya labuh. Kalau tak Moon sangat stress hokey sebab bila berkenan skirt semer jadi senteng. Kadang semer dah best tapi sempit tang pinggul n pinggang.

Moon mmg suka pakai skirt n selesa pakai skirt.

Abaikan model tuh yg baru balik kije n baru teringat nak snap gambar utk share ngan korang semer

Yg Moon pakai ni dari Diamond Crepe, Bias-cut with full lining.

Ianya bagi nampak ramping sket sebab ianya mcm kecik sket di lutut n kembang besar kat bawah. So kalau jalan tu memang boleh sepak2 kain n ala princess hahah.

 Ni masa baru dapat parcel. Mmg cantik packagingnya .


ni adalah size chart nya. So boleh ukur siap siap n tgk kat chart ni. Maaf ya kalau ada adik adik yg kecik molek, sebab ni mmg khas utk L ke 4XL




FB : Maryam and Matilda
IG : @maryamandmatilda

Monday, December 28, 2015

Serum jerawat Daniskin memang berkesan

Lately mmg slalu sangat naik jerawat time dtg bulan. Naik plak kadang 2 3 terus yang besar n sakit.

Last week nampak banyak naik. Naik plak tang atas bibir bawah hidung. Betul2 bawah lubang hidung. Im so stress hokey. Dah la weekend ada event n nak jumpa ramai org. Dah ada plak pemanis atas bibir. Sakit plak tuh sebab ianya bengkak n merah. Nak senyum pun susah.

Masa nih dah gelabah dah. Skali nampak DaniSkin ni. Katanya mampu merawat jerawat dalam masa 24 jam. Betul ke nih. So being me yg suka nak cuba sendiri maka Moon pun cuba. Cepat je sampai.


Yang menarik perhatian Moon adalah sebab ia menggunakan daun mambu. Moon pun ada tanam pokok mambu depan umah n mmg ramai jiran n rakan rakan amik kalau time anak anak kena chicken pox. My Mil la suruh tanam sebab dia kata banyak khasiat daun mambu. Sebab dia boleh matikan kuman. Bila nampak pasal DaniSkin menggunakan daun mambu, terus Moon teringat pasal penerangan yg my MIL bagi tu.


 Comey je botol nya. Suka sangat sebab biasanyakan ubat jerawat dlm bentuk tube. Yg ni botol n senang picit

 Baunya juga sangat wangi dan sangat senang menyerap.

 Sekali pump aje dah cukup utk 1 muka. Tapi sebab Moon nak kesan yg cepat kan n nak bagi baik sebelum weekend maka ngan tekun sapu di bahagian jerawat tu sahaja selepas cuci muka. Mmg bagi serap betul2

Mula mula cam takder la high expectation sangat...tapi still berharap ia bagus la kan.

So tidur la Moon ngan harapan besok terus cantek hahahhah gelojoh sangat kan

Mmg besoknya jerawat yg bengkak merah tu terus kuar mata u ols. Nampak ada 2 mata kuning....mmg saja kan.....tapi still sakit. Tapi teruskan juga sapu 2 kali. Sekali waktu pagi dan sekali waktu malam.

petang cam tuh jerawat tu pecah sendiri n satu lagi pecah sebab moon picit. Meletup popppp ke cermin dalam bilik air. Perg kuar semer ala nanah n isi jerawat tu. Terus cuci muka bersih2 n sapu lagi DaniSkin tu.

Besoknya kering kontang jerawat. hahahhahahah

So , serum jerawat DaniSkin ni memang berkesan. Moon dah cuba dan suka sangat. Rasa sangat berbaloi baloi mencuba. Kalau jerawat kecik mmg sehari je hilang ..tapi kalau jerawat berkembar n bapok besor cam kak Moon ni max 3 days

 

maaf yer mak kena kaver sket misai misai manja mak hahahha . Kang org tertukar plak ni pak sutan ke ...kak moon ni

Moon sapu juga kat area pipi sebab ada kesan jerawat hari tu. Nampak pudar sikit parut jerawat tuh. Lepas nih kena rajin rajin sapu. Yg penting jerawat bawah lobang hidung ku sudah hilang. Yg tu la yg menjadi my biggest concern.



Happy ok . Walaupun tak la hilang 100% tapi much better n tahu jerawat tuh mmg mati terus. Dapat la Moon pergi event globe tuh ngan keyakinan sket nak senyum kat org hahhaha.

Meh , Moon share sikit pasal Serum Jerawat DaniSkin ni 

Serum Jerawat Daniskin ni dirumus KHAS daripada bahan-bahan seperti berikut yang ternyata sangat memberikan khasiat yang baik. Serum Jerawat Daniskin ini telah menyediakan satu penyelesaian menghilangkan jerawat dengan cepat  dan berkesan yang membolehkan anda menikmati wajah yang bersih dan lembut. Ia diformulasi dengan bahan terbaik "ACNE BUSTERS & NANOWHITE"Antara Formulasi ACNE BUSTERS :-


  • Buah Pear
  • Pokok Willow Putih
  • Pokok Rehmania Chinensis
  • Kacang Soya
  • Daun Scuttellaria Baicalensis
  • Kulit Pokok Ouboku
  • Daun Pokok Mambu
  • Pokok Cordata Houttuynia

" GABUNGAN TEKNOLOGI TERKINI "
  • ARBUTIN
  •   LINOLEIC ACID
  • TOCOPHERYL ACETATE ( VIT E )
  • ASCORBYL PALMITATE ( VIT C )
  • COENZYME Q10
  • GLUTHATIONE


Apakah kelebihan utama Serum Jerawat Daniskin?

Dirumus khas menghilangkan jerawat sepantas 24jam. Disamping itu, mampu menghilangkan kesan gelap pada bekas jerawat, Terutama jerawat di muka.

Berapa harga Serum Jerawat Daniskin?

Harga sekotak adalah RM60 (Termasuk postage). Ini adalah harga promosi pelancaran pihak Daniskin untuk korang semua sehingga pihak HQ mengumumkan kembali ke harga asal. Harga asal Rm75 sekotak (Tidak Termasuk Postage). Penambahan RM 5.00 untuk Semenanjung Sabah/Sarawak.

Bagaimana cara pemakaiannya?

Bersihkan tangan korang terlebih dahulu. Korang digalakkan mencuci muka dengan air suam kerana ia membuatkan liang roma dikulit muka kita terbuka. Akan menjadi lebih mudah meresap ke wajah dan kesannya akan menjadi lebih cepat. Picit Serum Jerawat Daniskin ke bahagian jari tangan dan sapukan ke kawasan jerawat. Lakukan 2 kali sehari iaitu sebelum korang memakai make up dan sebelum masuk tidur.

Bagaimana rasa pada kulit bila letak Serum Jerawat Daniskin ni?

Korang akan rasa sejuk. Serum Jerawat Daniskin akan mula menyerap ke kawasan yang masalah dan bekerja. Ia tidak melekit.Senang dicuci.

Apakah bahan utama dalam serum ini?

Bahan utama dalam serum ini adalah Acne Busters Complex iaitu yang pertama di malaysia mengunakan bahan semulajadi dan diadun dgn teknologi terkini. (Rujuk laman web Daniskin untuk tahu lebih lanjut).

Bagaimana sebenarnya serum ini bekerja pada jerawat?

Serum ini dicipta khas untuk percepatkan jerawat menjadi masak. Ia dapat kurangkan jerawat korang daripada menjadi bengkak terlalu lama. Bila dah bernanah pada jerawat, jerawat takkan membengkak,

Teruskan memakai Serum Jerawat Daniskin sehingga ia pecah dan kering dan sembuh sendiri. Korang boleh picit TETAPI dengan cara yang betul.

Amaran keras: Jangan picit jerawat anda jika belum masak, kerana jerawat anda akan menjadi bengkak. Bila dah reda kemerahannya, dan kelihatan mata, baru boleh picit.

Untuk kesan terbaik, picit di malam hari dan sapukan Serum Jerawat Daniskin untuk penyembuhan. Diingatkan sekali lagi, jangan picit atau usik dengan jari korang. Ini akan menyebabkan tersebarnya bakteria jerawat dan akan melambakkan jerawat untuk tumbuh kebahagian lain.

Berapa lama serum in boleh nampak kesan?

Bergantung kepada setiap kulit manusia. InsyaAllah Serum Jerawat Daniskin akan percepatkan menyembuhkan jerawat tu.  Untuk kulit berjerawat biasa mengambil masa masa 1-2 hari. Untuk kulit berjerawat teruk mengambil masa 3-5 hari untuk pulih.

Produk Serum Jerawat Daniskin hanyalah asbab sahaja, Serum Jerawat Daniskin hanya adunkan bahan-bahan yang terbukti berkesan dari dulu hingga sekarang. Hanya ALLAH SWT yang memulihkan.

Ada kesan sampingan ke serum jerawat daniskin?

Insyaallah tidak ada kesan sampingan. Tapi anda boleh terlebih dahulu mencuba sapu di belakang cuping telinga korang untuk mengetahui kesannya ataupun sapu kepada satu jerawat dahulu. Jika korang tidak mendapati apa-apa kesan gatal atau ruam, korang boleh terus mengunakan. Walaupun serum dijamin selamat, sesetengah orang akan ada alahan pada sesuatu bahan.

Berapa ml serum jerawat daniskin, Tahan berapa lama?

Sebotol mengandungi 15 ml. Purata penggunaan 1 botol serum jerawat daniskin adalah 2 bulan atau lebih. Bergantung pada pemakaian seseorang dan luas kawasan yang bermasalah digunakan.

Adakah serum sesuai untuk ibu mengandung?

Ya, Serum Jerawat Daniskin tidak membahayakan kepada ibu mengandung. Tiada bahan merbahaya seperti Mercury dan Hydroquinone.

Dalaman Serum Jerawat Daniskin ada apa?

Serum Jerawat Daniskin berwarna putih. Pekat sedikit dan yang paling penting tidak melekit kerana ia 100%  diperbuat dari air.

Boleh ke kalau nak pakai selalu?

Tiada masalah. Boleh saja kerana akan melembutkan kulit, memutihkan dan melindungi kulit dari sinar uv.

Serum Jerawat Daniskin sesuai untuk siapa?

Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita pada semua peringkat umur yang mempunyai masalah jerawat yang baru tumbuh, jerawat batu serta parut jerawat. Serum ini juga membantu mengurangkan kesan parut jerawat lama dan menghasilkan sel-sel kulit baru. Tapi fokus utama serum ini untuk jerawat.




Kalau nak tau lebih lanjut boleh layari

Facebook: www.facebook.com/daniskinofficial

Instagram: www.instagram.com/daniskinofficial


Website: www.daniskin.my


Contact: +60162777158 -  Hanie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...