Wednesday, January 06, 2016

Sessi persekolahan 2016

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Walaupun kelam kabut jugak la on the 2nd day. Nak tgk dia org naik transport and etc.

Plus skrg duk ada 2 sessi, sessi pagi n petang. Sekolah Kafa plak dah pindah. Jadi mmg pening kepala juga nak memikir.

Nak arrange transport semua. Lepas tu, semer benda nak kena bayar. Bayar pendaftaran nursery dan bayar segala jenis yuran.


Sehari sebelum nak sekolah baru pergi cari beg utk Yaya. Pergi tempat biasa  pergi je. Kedai ni kat Nilai Square. Ada org tanya apa nama kedai ni tapi Moon lupa n tak pernah tahu sebenarnya. Sebab kami selalu parking belah pintu belakang kedai. Kedai ni mmg banyak sangat beg. Yg penting siap boleh tawar menawar. 

Budak2 ni beg setahun mmg 2 kali kena beli. Tak tahu lah dia org nih sumbat batu bata atau batu bukit kat dalam tuh. Lunyaiiii. Tak kira la beg mahal ke, beg murah ke. Sama je ...

Rasanya kita org mmg regular customer la beli beg kat sini. Ada macam macam jenis. Tuh yang Cik Sarah pun kemain sonok memilih. Mula mula dia nampak selipar Robocar Poli.

Sarah nak sliper Amber....sliper Amber Sarah la...nakkkkkk..please

Dia dalam banyak banyak karakter dalam Robocar Poli tu, dia suka Amber sahaja hahhaha. Lepas dah ambil sliper, dia nampak plak beg yg pink pink ni semua. Plus ada plak beg gamba Frozen. Apa lagi terus dia campak sliper tadi dan ambik beg Frozen...vley?

Waktu malam gigih la Mummy nya menggosok baju sekolah. Eh korang nih siap kira berapa helai yer. Baju baru beli 2 3 aje, yang lain adalah baju tahun lepas. Sebab ada selai baju lama tuh dah kena apa ntah dan tak nak hilang kotornya. Baju ni campur yg baru dan lama. Ni mmg stok untuk seminggu. Ni adalah bahagian Yaya aje. Bahagian abg Isk kat tempat dia. 

Yaya : 5 pasang baju Kafa, 3 pasang baju sekolah Kebangsaan, 2 pasang baju sukan
Isk : 5 Pasang baju Kafa, 3 pasang baju sekolah Kebangsaan, 2 pasang baju sukan

ni belum lagi masuk baju baju Pak Sutan lagi .Sebab tuh la skrg Moon pun cari baju yg tak perlu gosok sangat. Kalau shawl pun sama kalau ada yg tak perlu gosok lagi mak suka. 

Sabtu Ahad kije mummy nya adalah utk mendobi. Segala urusan basuh n menggosok mmg di buat hari Sabtu Ahad. Tuh kadang kalau ada apa apa aktiviti pada Sabtu Ahad, dalam kepala duk pikir kain baju nak basuh je. 

So mummy boleh relax sket pada hari Isnin - Jumaat bagi baju baju sekolah ni semua. Tapi Sabtu Ahad lotihhhh. Pagi pagi buat kije macam orang giler. Petang terbongkang kepenatan. Kalau kat dada ni ada lampu macam Ultraman, mmg dah blink blink dah.

Sebab tu Moon kadang kagum ngan ibu ibu yg siap boleh buat bekal bagai utk anak...hebat la korang. Akan akak cuba juga utk rajin mcm korang ( mengeliat kejap arghhhhhhhh ) 


Gambar hari pertama. Jalan mmg sesak nak masuk kawasan sekolah. Belum lagi kita terbakar bila ada sesetengah ibubapa yg park turunkan anak betul betul depan pintu pagar sekolah. Walaupun depan sikit tu aje kosong...pfttt.

Tahun ni mmg akan mencabar sebab sekolah dah jauh jauh. Sorang kat sini sorang kat sana. Plus nak drop kan Sarah kat nursery lagi. Sekali kuar umah pagi pagi dah rupa macam pokok krismas. Sebab galas bag kiri kanan. 

Abg Isk dah darjah 5. So dropkan dia aje n tgk kelas kat mana n terus kita org pergi kat sekolah adik pulak. Isk dah senior. Tak ada masalah la kan. 

Gi tengok dan tunggu si Yaya aje kat sekolah baru. Kelas plak tingkat 4. Panas lobang hidung Mummy kamu panjat tangga.


Comey aje kelas n nampak bersih dan kemas bila pakai kerusi dan meja macam ni. Tapi ni sebab baru start sekolah. Kita tgk pulak nanti bila dah akhir tahun. Ada rupa macam ni lagi tak hahahah

Tengah hari waktu nak balik Moon tak sabar sabar nak pergi kat Yaya. Nak tgk macam mana dia. Tahu tak nak naik transport mana. Kang buat dia blur n merayap ke mana mana. Last year dia pergi naik van sapa sapa ntah. Nasib akak van tuh kenal dan hantar dia balik. Menyirap darah mummy masa tu. 

Pak Sutan plak duk kata Moon gelabah. Suruh relax sebab anak dah besar. Hishhhh mana la ibu boleh relax kan. Selagi saya tak tgk sendiri , selagi tu la tak tenang jiwa raga saya. 

Hari pertama semua pukul 9.30 pm dah pengsan hahahha penat sangat gamaknya .

Mcm mana 1st day anak anak anda. 

Lega, kali ni tak ada kes budak terlekat kepala di kerusi hhaha






Wednesday, December 30, 2015

Bawak Birthday Girl jalan jalan

Ni adalah masa birthday si kecik Sarah. Abg Isk pun dah seminggu sunat, Sian plak dia duk kat umah je kan. Plus baru boleh pakai seluar. So ok la kan...bagi dia gerak2 sket. Walaupun sekali sekala dia kejung jap bila jalan banyak. Tetiba tangan kat dinding n muka kontrol hahhaha

Mummy plak yg gelabah tanya...napa Isk sakit ke

Tak sakit ....tapiiiii...........rasa tajam

hahhahaha mebi sebab benang still duk ada n duk cucuk. So dia rasa a bit uncomfortable

 
 Bilik kat Royal Chulan ni sangat cantik dan luas.

 Si kecik Sarah mcm biasa la kalau masuk mana mana...mmg semua drawer dia akan pergi periksa dulu hahah

 `
Plan nya adalah utk bawak Isk n yaya masuk Kidzania. Dia org mmg slalu mintak nak ke Kidzania ni. Tapi belum berkesempatan. Jadi, kali ni kena bawak la sebab mmg dah ada area sini kan. Isk n yaya punya la excited n happy. 

Mula mula masuk LHDN sebab ni je tak ramai org beratur. Nak jadi bomba n polis panjang sangat n lama sangat waiting time dia. So kat LHDN nih dia org berdua aje hahhaha


 Yaya plak duk blur nak kena buat apa. Nasib ada skalik ngan Abg Isk...boleh la Abg explain sket sket kat dia

 oloooo cam org besar plak mummy tgk. Since Sarah pun ada sekali...sementara tunggu, kita bagi dia main make up make up dulu. Dia mmg suka la kan pakai lipstik n tepek bedak bagai. Sebab barang make up mummy semer jadi barang mainan dia. Tiba2 bukak lipstik nampak kesan korek..lom lagi yg penyek n blusher pecah bagai hahahah

 Dia duk diam je masa kakak tu make up kan dia. Pakai bedak, blusher n eyeshadow bagai

 Apa la kakak tu sembang ngan dia. Dia diam je tak bergerak langsung...mmg pompuan sangat kan...suka make up make up ni

Ha, sila pergi pungut cukai. Sedang elok snap gambo nih terus bateri kamera habissssssssss arghhhhhhhhhhh

jadi lepas nih mmg semer gamba snap pakai phone je.

to be continue....


Little Sarah at Sarah Hughes Globe

Tq semua yg datang masa sale weekend hari tuh. Sonok dapat jumpa korang. Sambil korang membeli n dapat diskaun best, boleh la juga Moon kenal korang secara personally.

Since Abg Isk n Kakak yaya ada kat Taiping, maka si kecik Sarah ni pun ikut kita org. Dia mmg dah biasa dtg sini. Bayangkan la dari dalam perut agi mak dia duk cakap pasal kain langsir je...dia kuar pun tgk langsir jugak hahah

Kije dia adalah main lari2 celah celah langsir. Tetiba terus rasa panas je sebab duk kejar dia. Lepas tuh bila dia nampak  kain cam sepah sikit terus dia pergi cuba roll kan balik kain

Apa sepah ni

amboiiii kecik kecik pun bunyi cam bos bos sangat hahahha

Bila cakap jgn lari dia kata dia faham....so memula dia jalan lengang kangung, lepas tuh sambung lari


 Mmg takmo bagi org pegang langsung si kecik ni .  Sampai berpeluh2


  Tengok aja la si Sarah tu. Habis dia explore lvl 7 tu. Lepas tuh main nyorok2


Kemain happy dia kat atas nih . Lepas tuh kata kaki dia sakit, Rupanya kaki dia melecet. Sebab selipar dia hilang sebelah. So beli la selipar baru. Nampak cam longgar rupanya ketat tang tepi. 

Baru la lepas tuh dia duk diam dlm stroller


Masa ni dah petang. Dah salin uniform ...sebab dia makan twiggies coklat tuh habis kat baju. Mak dia plak pakaikan baju putih. Nak buat mcm mana...Moon suka tgk budak pakai putih nampak suci murni je . Walaupun hakikat kalau apa apa tumpah rasa cam alamakkkkk nanti aku jugak nak kena sental hahhaha.

Ok semua...Sarah puas hati ngan event hari nih . Sarah balik dulu ya hahahhaha.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...