Ia adalah gabungan 2 nama besar yang tidak asing lagi iaitu Yuna Zarai dan juga pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Hatta Dolmat. Masa Yuna memberi ucapan masa pembukaan majlis dia kata koleksi ni terhasil atas minat mendalam dia org terhadap fesyen.
Nouva Floral adalah gabungan warna dan corak serta motif yang edgy serta menyerlahkan watak feminin seseorang. Warna warna ia adalah terang tapi di tampilkan kepada soft and dreamy sillhouettes.
Koleksi ni ada banyak maxi skirts yang cantik cantik. Ianya kembang dan flowy bagi anda rasa mcm princess ditambah pula dengan corak bunga yg cantik. Gabungan warna pun sangat lawa.
Tgk la skirt ni ...sangat cantik n terasa feminin sangat. Bila model ni jalan atas runaway tu mmg skirt tu kembang n flow dia cantik sangat
* picture credit to Sizzling Suzai
Koleksi ni ada banyak maxi skirt, bomber jackets dan cardigan/outerwear dari chiffon dengan corak yang terang dan bold prints. Kebanyakkan koleksi ni boleh dibeli berasingan dan boleh di sesuaikan dengan koleksi pakaian yg kita ada.
"Nouva Flora" ini didatangkan dalam size S to L dan berharga dalam lingkungan RM249 to RM 490. Koleksi ini boleh dibeli secara online di www.FashionValet.com atau anda boleh terus pergi ke physical store di Bangsar Village II
Terus Moon yg bersize XL ni nangis tak berlagu tepi rail koleksi baju ni hahahha
Cantik sangat skirt yang kembang tu kan. Moon dapat tgk n pegang collection ni n skirt ni sangat kembang serta kain dia mmg elok sangat.
Corak corak koleksi ni pun sangat terang dan berani tapi dalam masa yg sama nampak macam alam fantasi pun ada...bold tapi feminin.
Cantik sangat kan
Apa yang Moon boleh simpulkan adalah koleksi ni adalah sangat Yuna. Setiap helaian n design tu mmg present Yuna. Hatta n Yuna mmg menzahirkan Nuova Floral ni dalam setiap selaian yang dihasilkan.