Wednesday, March 01, 2017

Tart Nenas Mama

Bila tengok balang tart nenas yang dah kosong tu, terus rasa nak order 2 3 balang lagi Tart Nenas Mama . Hari tu Moon ada order ngan Atie. Yer la ni semua salah Atie sebab dia sangat aktif lately duk upload gambar tart tart nenas dia yg gebu gebas inti tak kedekut.

So laju je msg Atie kata nak order tart. Since Atie dia busy maka dia suruh agent hantar kan terus ke opis Moon. Wowwwwwww  terus sampai opis. FYI agent Tart Nenas Mama ni ada serata Malaysia hokey. Mmg hebat la penangan Tart Nenas Mama si Atie ni

 Tart Nenas Mama ada 2 jenis

1 -  Tart Nenas gulung
2 - Tart Nenas Cheese

So sebab takley decide nak yang mana satu maka meh la kita ngan tamaknya order 2 jenis hahahhaha

 Gemuk gemuk kan Tart Nenas Gulung ni. Ni dah kategori TART OBES ni sebab gebu gebas inti boleh tutup kedai ni hahahhaha.

Ni masuk dlm mulut, korang takley cakap dah kalau tak bersembur2. So bila masuk mulut sila sandar kat kerusi, tutup mata n kemam hisap hisap hinga cair hahahhaha kalau rasa rajin boleh kunyah hahahha. Mmg melt in your mouth. Rasa ni la yang sama cam 3 4 thn lepas masa mula dia buat tart ni. Lepas tuh ada one time Atie ni sub kan tart ni....rasa dia lain.

Moon sebab dah biasa ngan dia mmg boleh tahu beza. Terus bagitau dia secara jujur n dia pun akui pasal tu . Biasala kan kadang air tangan org tak sama ngan air tangan kita kan. Kalau kita buat kita tak sayang bahan....kalau org mungkin la di kurangkan di sana n sini. Mujur la one time tu aje rasa lain ....lepas tu marvelous n meletop seperti biasa. Alamak terbabas cerita lain plak. Kalau nak tahu kena la tanya n follow si Atie, kisah penjual Tart

Moon rasa dia ni ada 4 kuda terperangkap dlm diri dia. Sebab dia punya ligat tu ibarat 4 horse power. Kecik kecik je org  nya tapi mmg hebat. 


Nampak tak betapa besarnya perasaan ingin tahu Kak Moon. Sebab curios berapa la size si debab ni. Kebetulan kat depan mata ada pembaris ....apa lagi . Tu dia lebar dekat 1 inch / 2 .5 cm 

Amboiiii laju je hangpa pun amik pembaris n tgk 1 inch tu besar mana kan . Tapi Moon letak cam tu je la ....tebal dia lupa plak nak ukur kan . 

Gelak je Atie tgk gambar ni yg Moon share kat IG . Memang tak pernah dibuat orang la....siap ukur bagai. Well Kak Moon awak ni mmg ada masa dtg sengal dia....mcm ni la hahhahaha 

Habis la nko Atie, nanti semua org ukur tart nko . Tapi idea original mengukur tart ni from Kak Moon kan kan kan ( nak jugaksssssssssssssss)

Kalau u ols suka Tart yg inti lebih n banyak ...u ols kena order yg roll ni sebab inti mmg meriah giler.

 Ni plak Tart Nenas Cheese....yg ni lagi bahaya dr yg roll sebab bentuk dia yang bulat akan membuatkan korang campak terus dlm mulut.

Ni rasa dia best sebab dia ada combination rasa masin dr cheese n pastry tu n selepas tu akan rasa manis bila dah sampai kat inti. Mmg best n sangat bahaya.....warning warning.....sebab korang takkan sedar tart cheese dalam tu dah tinggal separuh hahahahah.

Moon suka yg cheese ni . Ni bukak je balang kat opis mmg boleh buat member sebelah pandang u ols la . Buat muka kesian ngan harapan u ols akan bagi dia seketul dua hahahahha

ini la yang terjadi  bila 2 balang tart ada depan mata. Sambil buat kerja mata duk nampak balang tart. Lalu laju je tangan bukak balang n amik satu tart n sumbat dlm mulut. Lepas tu niat nak sambung kerja tapi sian plak satu balang tu takder orang buka hahhahahah . saiko sangat kannnnnnnnnnnnn

Ni la si Atie tu mmg kecik molek je...tambah plak duduk sebelah Kak Moon yg agam ni kan. Ni gambar masa Tart Nenas mama masuk Globe u ols . Siap Atie buatkan tart yg special request utk owner....eggless tart utk vegetarian. So , Kak Moon n Atie serta Tart Nenas Mama bukan kenal baru semalam atau 2 3 minggu lepas ya....kita org dah kenal lama dan Kak Moon adalah antara org terawal rasa Tart Nenas Mama ni ...auwwwww tetiba windu plak kat nko Atie ooooiiiiiiiii . Siap la nanti akak gie terjah KIP Mart Seremban tu .

Ohhh ya Atie dah bukak kedai khas utk jual tart aje u ols. Kalau korang masuk dlm KIP Mart Seremban tu ...n ikut je hidung korang sebab bau tart mmg harum semerbak kat dlm tu . Boleh singgah n beli dr Ati.



Harga RM 22 sebalang


Facebook Atie : Atie Baharain
Facebook Sweeto : Sweeto Pineapple Houz
ATI

📲 whatsapp 017 2011185
📲 whatsapp 017 2011185
📲 whatsapp 017 2011185


SWEETO SQUAD
Puchong - Hani Hamdan
Keramat - Azniza Ebiza
Rawang - Rozie Hamzah Hamzah
Hulu selangor - Azura Ali
Tg malim - Ct Fatiyma
Melaka - Hadijah Zainuddin
Senawang - Aqeela Sya
Johor bahru - nur Nur Faris
Putrajaya - Nor Azlin Alia
Bukit Jalil - Hazmira Omar



Thursday, February 23, 2017

Ilmu yg perlu di ajar pada anak anak

Moon simpan kat blog ni sebab senang nanti kalau nak refer. Sebab secara jujurnya, Moon sendiri pun tak tahu andai kata kalau ada kematian di rumah contohnya. Kalau kita ada org tua ngan kita senang, tapi kalau kita je.

Teringat masa arwah mak meninggal dulu mmg kami adik beradik tak tahu apa . Nangis je semua bila tgk mak dah tak bernyawa. Yer la masa tu kakak baru form 5 . Dia je duk ngan arwah mak kat rumah masa tu. Moon plak baru darjah 6, adik darjah 3 and adik paling kecik setahun lebih.

Meraung la kami adik beradik...terus lari gie umah jiran sebab tak tahu nak buat apa . Terus jiran jiran dtg dan bantu .

So kali ni mmg nak bgtau kat anak anak apa dia org perlu buat. Baru last week sembang ngan kakak Moon pasal kena ada kain batik lepas kat rumah . Kena standby sebab yer la kita tak tahu kan.

Moon plak semalam tetiba napa teringat sangat sangat kat arwah Mak . Terus tadah tangan sedekahkan Al-Fatihah. Tgk anak anak plak. ...

Arwah mak meninggal masa umur 37 atau 38 tahun. Sangat muda...tanpa tanda sakit atau apa...tiba tiba je dia diambil oleh Nya. Masa tu Moon darjah 6. Sama ngan umor Isk. Tetiba terpikir ...adakah dia org akan jadi terumbang ambing cam Moon masa dulu dulu ...

Kalau la Moon pergi masa ni ...mcm mana la Isk . Yaya , Sarah n Pak Sutan semua. Bukan kata kita tak pikir.....mmg kena pikir la kan. Mmg slalu doa agar dipanjangkan umur tapi siapa kita utk tahu semua tu kan,


So ni Moon copy and paste tau

Menurut perkongsian dari Heliza Helmi, yang mana dikongsikan akan ilmu yang seharusnya diketahui oleh kita, dalam memberi penghormatan buat mereka yang telah tiada, akan persiapan yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan.

*Ilmu yang perlu diajar pada anak-anak kita*

Lepas confirm takde nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:





Kain batik lepas adalah kain batik yang belum di jahit. Biasa nya kain batik panjang dia 2 meter. My sister dia ada pergi kelas pengurusan jenazah ni n dia kata ustazah tu kata atleast ada la 2 3 helai sebab nak tutup betul2 kan.  


1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan.

2. Sentiasa sediakan wipes & gunting bersama kain-kain batik.

3. Potong seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil. Penting, sebab, setiap manusia yg diambik nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering.

4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.

5. Ambik minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat.
Ni mmg nampak makcik makcik jiran tolong buatkan. Dia letak jenazah atas tilam n cepat2 baringkan. Dan letak tangan dikedudukan yg sepatutnya. Kaki pun dia org ikat

6. Ambik kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat.

7. Tutup rambut dengan selendang.

8. Ambik kain batik lepas, ditutup jenazah.

9. Posisikan jenazah dalam keadaan kepala ke arah kiblat; dan

10. Dimandikan

Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat beliau.

Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. *Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir*.

- Siakap Keli

Cuma masa tu masih kecik n tak tahu apa sangat. Semua plak berjalan ngan pantas. Kita plak masih belum boleh terima betul ke Mak dah pergi.

walaupun dah lama , dah 25 tahun mak pergi. Rindu tu tetap ada sampai bila bila

Moon tulis entry ni pada 2009. Tapi kalau baca ayaq mata boleh turun meleley leley ... kalau hangpa masih ada mak ayah...jaga la dia org elok elok. Nikmati la masa ngan dia org dengan sebaik mungkin sebab bila dah tak ada baru hangpa tau . Sila sediakan tisu sebelum klik link tu k .

Ephyra sudah 5 tahun

Tahniah Ephyra sebab sudah 5 tahun. Sekarang semua org kenal Ephyra n ramai yg nikmati khasiat Ephyra termasuk la Moon sendiri

Sempena 5 tahun , Ephyra bagi harga special u ols



Ni adalah yg harga telah di slash kan utk u ols . 

Semalam akak ada share status kat FB n ramai org whats app n nak cuba juga. So Kak Moon nak share juga kat blog. 


EPHYRA SKIN SERIES 


ada yg kata...ala Kak Moon muka takder masalah....

ada dik non oiiii

akak kalau sekalik naik jerawat yg jenis no mercy hokey. Yang besar besar sampai diri sendiri pun konpius ni jerawat ke bisul ni. Nak pegang pun sakit. Ni masalah dr zaman remaja lagi..
auw sekarang remaja jugers keeee

Lagi frust kalau kuar jalan jalan. Time muka cam ni la buat terserempak ngan ramai org. Hilang keyakinan diri sangat.

one time jerawat naik berjemaah gitu. Masa ni tak consume apa apa. Sakit hati tgk muka dlm cermin. Pak Sutan ajak kuar pun tak mo. Bagi mcm mcm alasan. Padahal bukan org amik kisah pun kan....tapi kita amik kisahhhhhh.

Masa tu plak Ephyra baru kuarkan skin series. Apa lagi terus je beli one set. Tekad terus.

Cuci muka ngan Skin Bar ( RM39 ) .

Lepas tu mlm mlm sapu serum ( RM68 )

Pakai skin Snow ( RM48 ). Pakai pun jimat jimat sebab bekas dia kecik aje jujur akak bgtau comel je bekas. Tapi berbaloi baloi.

Dlm few days , yg merah merah tu hilang. Akak tamak sket sbb minum skali ngan Ephyra. Baru la cepat hilang semer....mana dia pergi pun akak tak tahu la. Slowly muka start to clear blk.
Masa pakai ephyra skin series ni takder la letak harapan tinggi sgt....siap dah pasang niat kalau tak jadi jugak aku g beli set lain yg lg mahal. Nampak tak keglojohan di situ.

Alhamdulillah serasi org kata. Mmg sangat hokey. Jatuh cinta sangat
If this can help me with my problem...i hope ianya pun dpt bantu anda. Mana tau serasi juga.

Whats app kak Moon kalau u ols nak cuba juga
akak harap ia dpt bantu menyelesaikan masaalah jerawat korang

MOON 011-39990764

skrg akak setia ngan Ephyra dan Inteemor
Skin Bar ngan skin Nano mmg takley tinggal

Baca info mengenai Ephyra Skin Series di SINI


EPHYRA SKIN BAR RM 39 




EPHYRA SKIN NANO SERUM RM 68 


SKIN NANO MOISTURIZER RM 48
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...