Monday, September 11, 2017

UPSR 2017

Hari ni hari pertama UPSR 2017 . Selaku mak harus la akak nervous u ols . Tahun lepas tgk org update pasal anak periksa semua akak masih lom paham tahap nervous tu macam mana. Tapi bila skrg tiba giliran akak, anak masuk periksa baru la akak mengerti level nervous tu macam mana .



Dr malam tadi duk doakan dia. Nak tido pun asyik terjaga jaga . Mak mengalahkan anak plak kan hahahhaha . Biasa la ...mak mana tak sayangkan anak woooo .


Ni jadual peperiksaan


Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017 
 UPSR 2017 Exam Date Calendar

Akak harap Isk mampu menjawab dengan tenang . Dr awal tahun agi akak mmg dah pesan kat dia . Mummy tak harap pun Isk dpt 6A ke apa . Janji Isk lulus semua pun cukup la . Tak kisah la A ke B ke apa janji lulus . Sebab apa yg Isk dapat adalah utk masa depan Isk jugak. Mummy ngan Daddy akan sentiasa support Isk walau apa pun keputusan Isk 

Sebab kita tahu level anak kita macam mana kan . Bila nampak peningkatan tu , tu pun dah cukup membuatkan kita rasa bangga . Janji buat sebaik mungkin . 

Kita usaha , doa n tawakal . 

Akak pun puas hati dapat ajar dia dr awal tahun hari tu . Duduk sebelah dia saat dia buat latihan . So kalau dia ada apa apa soalan dia akan tanya . Itu je yg akak mampu buat sebagai tanda sokongan buat dia . Semalam suh dia tido awal ...dia takmo ....nak jugak suh explain kat dia cara buat karangan n etc.

Pagi tadi kejutkan dia bangun tido pun senang, laju je dia g masuk bilik air . Baru nak suh dia solat Subuh, dah nampak dia bentang kan sejadah n solat . Kita ni pun risau ni kan plak tuan punya badan kan . 

Semoga berjaya buat anak anak kita semua . Yakinla bahawa mereka sudah buat yg terbaik . 


Monday, August 21, 2017

Happy 12 Birthday Iskandar

Selamat Hari Jadi ke 12 anak sulong mummy....Sutan Iskandar.

My first born son yg masa kecik kuat mengamuk. Lambat bercakap masa kecik...tapi skrg dia yg stress dpt 2 adik pompuan yg bercakap je sepanjang masa hahhahah. Tapi tetap layan adik adik ngan baik walaupun kuat mengusik.

Isk mmg boleh diharap. Nak kejut bangun tido senang, panggil nama sekali 2 pun dah bangun n terus ke bilik air kalau pagi2 . Dia ni light sleeper cam mummy jugaks. Kalau Yaya jenuh nak kena sentuh tepuk2 baru dia sedar. Kalau ada apa apa nak mintak tolong pun senang dia akan buat elok elok. 

Anak teruna yg dah nak sama tinggi ngan mummy dah. Si sulong yg tetap manja kededek...yg still dtg tido kat riba mummy bila dia nampak Sarah dah tak bertempek ngan mummy. Si sulong yg suka dicuci telinganya , dipotong kukunya. Kalau dah letak kepala kat riba kita ...dia tarik tangan Moon letak kat kepala dia. Di minta digosok gosok. Walaupun rambut kamu keras n kerinting bak brokoli mummy tetap sayang Isk.

Cakap je kaki mummy lenguh dia la dulu yg datang picitkan.







Si sulong ni la jugak yg tak pernah mintak apa apa . Beg koyak pun diam je n pakai je sampai lunyai ...selipar jadi kecik pun dia pakai jugak...suar senteng pun dia belasah jugak pakai 


Tanya nak adiah apa ? Tak pernah pun bgtau nak hadiah mahal mahal. Paling paling dia mintak pun kek je sebijik makan sama sama kat umah . Umor dia kan mmg akan nak tab nak phone kan sebab tgk kwn kwn ada. Dia tahu Pak sutan ada phone lama....yg phone lama screen pecah tu jugak dia mintak . Janji dpt main game kejap2 pun jadi la . So mummy ngan Daddy syukur sangat sangat dapat anak yg baik n amat memahami seperti Isk.


Tq Abg Isk. Mummy Daddy n adik adik semua sayangkan Abg Isk. Walaupun Isk dah ada adik adik, ingat la Isk la yang pertama membawa seri dlm hidup mummy n daddy. Isk la yang mummy tgk tiap tiap hari ...tatap muka Isk puas puas. Sampai sekarang pun mummy tetap g gosok kepala Isk tiap kali Isk tido malam malam . Tenung muka Isk yg dah tak baby dah. Muka dah jadi muka budak besor dah . Kumis pun dah naik terang.

We love u Isk. Mummy doakan Isk berjaya dunia n akhirat.

Happy Birthday my beloved son.


 12 Tahun

Abg Isk yang dah makin tinggi sekarang . Semua baju n seluar dah jadi senteng semuanya . Kalau dia senyum mmg hilang terus bibir  hahhahaha cam tu la senyuman si sulong ni hahahah  

 11 Tahun

10 Tahun

9 Tahun

8 tahun

7 tahun

 6 tahun

5 tahun


4 tahun

3 tahun

2 tahun

1 tahun

wah #throwback betul ni . Tak sangka anak mummy dah besar panjang dah


Sunday, August 20, 2017

13 wedding anniversary

Semalam genap usia perkahwinan 13 tahun .Sebenarnya masuk je bulan 8 mmg tau dah bulan Anniversary n Birthday Isk. Tapi semalam dua dua jugak terlupa . Dah petang baru cam ...eh hari ni 20 hb kan hhahahhaha . Nampak sangat faktor usia kan.

Tapi tak ada apa apa sambutan lagi sebab nanti la kita sambut sekali ngan bday Isk. Buat sekali gus senang hahahhahah .


Happy 13 Anniversary Pak Sutan. Tq sebab jaga saya ngan anak anak ngan baik. Sepanjang kawen tak pernah sekali pun tinggi kan suara . Kalau dia tak puas hati dia diam je ....sampai Moon plak duk gundah gulana pikir apa aku ada buat salah. Tapi marahnya tak lama ...kejap je.



Banyak kita lalui bersama sepanjang 13 tahun ni kan. Dari zaman mula kawen ...zaman susah sampai la sekarang. Nak kata senang lenang tu tak adalah tapi syukur sangat sangat Allah bg rezeki kebahagian rumahtangga buat kita dan anak anak yg baik baik. Syukur sangat sangat .

Life is getting better n better ...moga bertambah baik lagi Insyaallah.

Ni tahun ke 13 Allah bagi kita rezeki yg tak disangka. Moon ingat Sarah tu la yg last n bongsu rupanya ada sorang lagi on d way.

Ingat lagi  masa mula mula saat awak mengorat saya masa tu umor 19 muda remaja sangat sangat lagi. Dari tak layan jadi terpikat plak ngan kesungguhan awak mengorat hahahah . Ngorat cara klasik sangat main baling baling gumpalan kertas masa dlm bilik kuliah . Setiap hari awak tunggu saya kat depan hostel nak ajak g kelas sama sama. Sikit sikit jadi tersuka plak kan ......

Tapi bila dah start serius kwn terus inform parent masing masing. Moon bawak jumpa makcik , abg n kakak bagi semua kenal kita kawan ngan siapa. Dia pun kenalkan kat parents dia. Padahal masa tu baru 20 thn umor tapi nak hubungan ni parents tahu . Ni bukan nak main main n bukan nak suka suka kawan . Ni mmg serius .

5 6 tahun jugaks kapel ...baru kawen . 

Moga kita menjadi pasangan yg terbaik utk masing masing. Melengkapi each other serta menerima segala kekurangan dengan seadannya hingga ke akhir usia . Love u Pak Sutan

Love from your bini yg manja kededeks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...