Macam hari kantin biasa, semua urusniaga guna kopon . 1 buku kupon RM 10
Ada budak tu kan , sampai je terus cakap haus n nak air. Sambil beratur nak beli air pun sempat posing kaki terjungkit ... Air semua RM1
Lagi lama lagi ramai parents dan anak anak sampai .
Main giant bubble ni kena RM3 . Nampak budak budak lain relax je main....Sarah gaks yg excited lebih hahahhaha.
Yang ni la barisan paling laju . Memula semua duduk atas alat tu ...lama lama semer main bantai terjun n buat macam swimming pool. Haru biru hahahhahah .
Sarah dah duk pujuk nak mandi swimming pool . Ni bukan swimming pool la Sarah oooiiii .
Ada gerai jualan barang barang juga .
Barang2 ni adalah hasil sumbangan parents dan pelajar . Setiap kelas dia ada bagi cadangan kena bawak apa . Tapi nilai barang semua kena dlm lingkungan RM10 .
Yaya darjah 3 , kelas dia kena bawak susu tin 4 untuk each pelajar
Abg Isk darjah 6, kelas dia kena bawak tepung gandum 4 paket utk each pelajar
Hasil jualan barang barang ni dan dari gerai lain akan disumbangkan bagi pembinaan dewan terbuka sekolah agama ni . I think this is a very good idea . Semua barang dijual lagi murah dr harga market ....bihun...gula semua tu lagi murah .
Pak Sutan kata kalau RM10 kupon tu macam macam boleh beli which is sangat betul ..dan apa yg kita belanjakan tu adalah utk tujuan yg baik kan .
So far hari kantin ni la yg paling meriah n ada macam macam aktiviti . Syabas utk pihak sekolah .