Monday, March 19, 2018

Baby Nain dah 3 bulan

Kejap je kan sedar sedar baby dah 3 bulan dah. Hari tu kecik je ...la ni dah besar dah.

Kalau Moon amik cuti bersalin 3 bulan harus minggu depan baru masuk kerja kan hahahhaha . Tapi pernah amik dah cuti bersalin 90 hari masa Sarah hari tu, maka pasrah aje 60 hari pun ok .

Nain pun ok duk kat nerseri. Hari hari ada je update apa aktiviti baby kat group whats app . Mak dia duk kat opis , sambil tgk gamba anak sambil senyum . Rasa lega sket hati ni kan...kalau tak duk tertanya tanya . Ok ke anak aku kat nerseri . Cam na dia nak tido apa semua .

 Now Nain dah tembam dah . Berat pun dah 6.4 kg dari berat lahir 3.75 


 menyusu pun kuat budak ni . Tapi dia jenis minum sket sket . Kalau budak baya umor dia ni susu dah 5oz tapi dia kadang 3 oz pun tak habih. Tapi dia akan kejap kejap nak susu .

Tapi kalau EBM masuk dlm botol kemain dia tak suka . Ditolak tolak ngan lidah .

Sekarang pun dah bunyi sora dah . Dah suka senyum ...kalau agah agah tu dia ketawa terkekek kekek sampai sepet mata .

So macam mana life selepas ada baby kecik . Phewwwww akak lap peluh kat dahi ngan hujung tudung . Mmg kelam kabut juga mulanya . ,Workload pun bertambah . Akak pun makin kuat marah sekarang. Bukan sebab apa pun tapi sebab sendiri yg nak semuanya perfect . Sebelum ni boleh buat semua kan sekali sekarang dah banyak kena tutupp  mata akak stress hokey . Tak tahu la sindrom apa ni tapi mmg even benda kecik bikin akak panas . Harap akak cepat2 la ley sesuaikan diri ngan keadaan ni . Nasib baik la budak kecik ni tak banyak ragam kalau tak mmg mak kau ijau la . 


Sunday, February 04, 2018

Birthday Moon di Sarah Hughes Globe

Tq buat Mr Ketan n Mr Doshi serta semua staff Sarah Hughes Globe sebab sambut bday akak . Malu wooo sebab dah tua hokey tetiba ada bgtau Moon jom potong kek .

Masa potong tu semua nyanyi sama sama . Reader n follower yg tengah shopping langsir pun di ajak sekali tau .

Terus akak rasa cam budak umor 18 tahun sambut bday muahahha

 Terus rasa cam nak g menyorok belakang rail langsir .

Ni adalah tahun ke 6 Moonpunyerblog n Sarah Hughes Globe bekerjasama . Tq to Sh Globe sebab sudi beri privileged ni pada blog reader Moon serta follower Moonpunyerblog .





Next sale adalah 23 March hingga 25 March 2018

Monday, January 29, 2018

Sale langsir murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ,

Bagi yang ternanti nantikan bila Kak Moon nak announce tarikh sale langsir ...meh sini rapat rapat sebab akak nak bagitau ni .


Jika anda masih baru pasal Sale langsir ni dan blog ni , jangan risau sebab anda di tempat yang betul . Ini memang betul betul dan bukan dugaan hahahha .


Sempena tahun 2018 ni ada 1000 roll langsir baru sampai tau dan disebabkan atas sokongan anda semua , maka Sarah Hughes Globe akan adakan sale khas untuk anda semua selama 6 hari .



Jemput datang yer semua . Just naik ke Lvl 7 dan inform u ols dari Blog Moon . Baru la dapat harga VIP Moon . Tunjukkan poster ni pada staff tau supaya anda dapat harga special.


Ada banyak stok baru masuk tau.


Sarah Hughe Globe ni dekat ngan SOGO tau . Kalau berdiri depan tangga SOGO tempat org busker tu misti ley nampak Sarah Hughes Globe di seberang jalan sana .



 Nindia kain baru untuk Raya 2018 tau .


Sempena cuti yang panjang ni , boleh la plan hari apa nak datang .

Ramai yang bagi feedback nak dtg . Yang dari Johor, Penang dan dari Sabah pun sanggup fly datang sini nak beli langsir . Berbaloi baloi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...