Friday, March 30, 2018

Direct D Kajang

Kita org mmg kaki cari barang yg boleh dapat great bargain tau . Beberapa tahun lepas mmg Pak Sutan selalu ajak pergi Direct D. Rasanya orang lelaki yg suka gadget misti tau Direct D Subang . Dia area shop lot je . Asalnya 1 kedai je kemudian jadi banyak kedai . Tapi nak dtg sini , susah nak dpt parking hahahha .


( pic google )

Kita org plak bukan la pilih brand sgt tapi more pada kegunaan n keperluan phone tu dan utama nya harus la yang tak terlalu mahal . Moon ingat lagi masa tuh baru lepas bersalin kan Sarah, 5 thn lepas dah tu . Habis je pantang Pak Sutan ajak pergi Direct D Subang sebab dia nak belikan phone baru utk Moon . Masa tuh dapat Lenovo pun happy kemain . Sebab kebetulan masa tu phone rusak kan .

Sekarang dah ada Direct D kat Kajang . Bangunan betul betul depan pintu masuk bahagian kecemasan Hosp Kajang .  Kebetulan that day kita org bawak papa ke Hosp utk appointment , terus dpt jalan pusing dlm Direct D ni .

 tu dia bangunan punya tinggi . Dari jauh boleh nampak dah .


Kita org cross jalan je dr Hosp utk ke Direct D Mall Kajang ni . So senang nak cari yer 



ia di Ground Foloor tu aje ye . Boleh tahan juga luas nye . 











ada macam macam brand n pastinya harga kat sini sangat menarik . Yang tu korang kena dtg tgk sendiri la yer n boleh compare ngan kat tempat lain . 





Duk berkenan sangat Honor yg tengah tu sebab nampak gamba kamera dia cantik . Ada dual lense depan n belakang tapi effect bokeh dia tuh nampak artificial sangat . Ada sapa sapa pakai honor ke ...korang ley adjust ke depth of field tu atau kelabu yg belakang potret tu banyak mana ? ni duk angkat letak angkat letak hahahhaha .

Harga dia dlm 6 ratus lebih kot . Hari tu ada nampak kat IOI City mall phone Honor ni installment 0% interest , nyaris akak tergoda u ols ...tapi sebab phone sekarang masih elok elok ada so reason utk beli yg baru tak beberapa kuat so kuatkan imannnnnn hahahah .


  Range Redmii pun banyak . Moon sekarang pakai Redmii . Dah 3 thn dah n so far mmg tip top je Redmii ni . Tapi duk nampak yg screen besar plak ....bahaya duduk dlm ni lama lama .

So bila kat Direct D sila tgk harga n compare2 k . Sebab dia akan ada harga set ori n set import . So dua dua harga ni ada banyak beza k . Sila la tanya sales person tu apa beza dia semer k . Bab warranty n etc .


So kalau sesiapa area Kajang tu ley la kalau nak cuci cuci mata atau tercuci poket sekali kat sini .


hahahhah motip ?   #peminatGoblin #KimShin


Apa alamat dia ?

akak tak tahu alamat penuh but cari je Hosp Kajang tu ....nampak la Direct D tu ya . Sebelah tuh shopping mall tu apa nama ntah . Dah lama tinggal kan Kajang lepas papa pencen ni . Kalau tak mmg tiap tiap weeken balik penjara kajang .

Direct D Megastore pun ada satu kat area PJ mengadap Federal Highway . Apa apa u ols ley cek web dia org la k ...since korang anje anje malas nak search kan ...klik je url tu



Website: www.directd.com.my
Facebook: fb.com/directdteam
Business Hours: 9am-9pm daily 

Monday, March 19, 2018

Langsir Raya di Sarah Hughes Globe

Jualan langsir Raya kembali di Sarah Hughes Globe . Jom jom beli langsir murah untuk Raya ni . Mana langsir yg dah kepam tu atau koyak rabak, boleh la tukar baru dah u ols .

Mana nak dapat langsir yang cantik meletop tapi taknak mahal mahal sangat ?

Harus la kat lvl 7 Sarah Hughes Globe u ols . Kain berkualiti terbaik kebabom pada harga sangat best . Yang memang tak dapat kat tempat lain dah . Ramai yang datang semua puas hati n bagitau pembelian kat sini adalah yg terbaik n berbaloi baloi .

Kain cantik, harga menarik n tempat pun selesa . Mana nak dapat ....betul dak .

So ni Kak Moon nak bagitau korang , sale untuk Raya akan berlangsung hujung minggu ni :


23 March - 25 March 2018 
Jumaat , Sabtu dan Ahad

Lvl 7 Sarah Hughes Globe , Jalan TAR KL 


Jom jemput datang ramai ramai sebab jualan ni memang kas untuk MoonpunyerVIP dan juga member card holder . So harga masa sale ni mmg harga kasih sayang gitew . Kalau anda nampak entry ni n nampak poster di FB page Miera301 at Sarah Hughes Globe atau di IG Moonpunyerblog maka anda boleh datang tau .

Boleh datang ngan kawan kawan atau sedara mara . Boleh datang ramai ramai tau ...




Sale ni berlangsung selama 3 hari saja . 3 hari ni saja harga jadi special ...nanti habih sale dah tak dapat dah harga ni tau



Semua jadi flat price bermula dari RM 5 semeter . Ada kain black out , ada kain bidang 110 juga yg sangat berbaloi kalau beli, ada day curtain yg jarang jarang tu , ada kain velvet yg lembut n high class macam hotel hotel tu juga . Pendek kata semua adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Jom ramai ramai datang




Baby Nain dah 3 bulan

Kejap je kan sedar sedar baby dah 3 bulan dah. Hari tu kecik je ...la ni dah besar dah.

Kalau Moon amik cuti bersalin 3 bulan harus minggu depan baru masuk kerja kan hahahhaha . Tapi pernah amik dah cuti bersalin 90 hari masa Sarah hari tu, maka pasrah aje 60 hari pun ok .

Nain pun ok duk kat nerseri. Hari hari ada je update apa aktiviti baby kat group whats app . Mak dia duk kat opis , sambil tgk gamba anak sambil senyum . Rasa lega sket hati ni kan...kalau tak duk tertanya tanya . Ok ke anak aku kat nerseri . Cam na dia nak tido apa semua .

 Now Nain dah tembam dah . Berat pun dah 6.4 kg dari berat lahir 3.75 


 menyusu pun kuat budak ni . Tapi dia jenis minum sket sket . Kalau budak baya umor dia ni susu dah 5oz tapi dia kadang 3 oz pun tak habih. Tapi dia akan kejap kejap nak susu .

Tapi kalau EBM masuk dlm botol kemain dia tak suka . Ditolak tolak ngan lidah .

Sekarang pun dah bunyi sora dah . Dah suka senyum ...kalau agah agah tu dia ketawa terkekek kekek sampai sepet mata .

So macam mana life selepas ada baby kecik . Phewwwww akak lap peluh kat dahi ngan hujung tudung . Mmg kelam kabut juga mulanya . ,Workload pun bertambah . Akak pun makin kuat marah sekarang. Bukan sebab apa pun tapi sebab sendiri yg nak semuanya perfect . Sebelum ni boleh buat semua kan sekali sekarang dah banyak kena tutupp  mata akak stress hokey . Tak tahu la sindrom apa ni tapi mmg even benda kecik bikin akak panas . Harap akak cepat2 la ley sesuaikan diri ngan keadaan ni . Nasib baik la budak kecik ni tak banyak ragam kalau tak mmg mak kau ijau la . 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...