Monday, March 21, 2011

crochet flower

hoyeh hoyeh berjaya belajar mengkait bunga berlapis lapis nih ....5 kelopak , 8 kelopak , 8 kelopak ...jenuh cariks jumpa juga n hasil nya pun best ....
yer ai know ...Rafiq kan boy ...tapi what to do my anak dara kemain lari ke sana ke mari ....nampak si Rafiq ni lena tido ...maka di tumpang kan lah kejap munga tew ...sebenarnya nak berlagaks tunjuk bunga tew sebenar nya muahahhahaha ...habis la pas nih semer topi cik yaya akan ada munga munga cinta ...akakkakakak

Roselle

pokok rosele yg berjaya di beli ...dah ada banyak buah dah
so harus la tangan gatal nak petik kan ....tambah plak mama kata buah tew dah ley amik n rebus
hahahahha vley la walaupun air nya tak la merah sangat kat akakkakak best best best

Ai juga telah merembat pokok Limau Bali , Pokok Buah Bidara n pokok yg di carik carik ...pokok durian belanda ...akakkakakakak

pokok durian belanda ( RM 12 ) , pokok Bidara Epal n Limau Bali RM 8 each pokok roselle pun RM 8 ....giler la nengok pokok ....siap ada pokok rambutan , pulasan , manga ...mata kucing ...adu kalau beli semer tew cuba cakap mana nko nak tanam mooon ooooiiiiii
pokok mempelam kontot duk dalam pasu BERBUAH lebat harga dia RM 150 ...gulpppppp

Update : Norma ICU Day 5 , HKL day 20

20/3/2011
Alhamdulillah ...Norma stabil.. . Semalam kami semua gie lawat Norma ..cantek Norma ...nurse2 kat ICU u tew siap dendan rambut dia ...masa tew Norma still tak ley cakap ...tapi dia ley gengam tangan kiter n respon ngan angguk kan ...bila tanya Norma nampak tak akak dia angguk kan kepala ...

Tempurung kepala Norma masih lom di pasang lagi atas certain2 reason . But keadaan Norma adalah stabil . Since ICU hanya ley 2 visitor je satu masa so kita org gilir2 masuk ..mama papa me n sutan n talib and family norma ...semer amik turn jumpa Norma .

God news is tadik Talib bagitau Norma dah ley sembang ngan Talib n dia dah tak pakai bantuan pernafasan dah . Talib kata nurse bagitau dia Norma tarik sendiri wayar dalam kerongkong dia ..dia nak nafas sendiri ....she's very strong ....semangat dia sangat kuat ...syabas bete'

Mama suh Talib balik kejap tgk Rafiq sebab kalau dalam wad Talib ley tido kat Norma but ICU kan dia susah seket kan masa melawat pun 6.30 am - 7.00 am , 12 30 - 1 30 pm , 4 30 - 6 30 pm . Maka pagi tadik sempat la paksa Talib amik gamba ngan Rafiq ...nanti ley tunjukkan ke Norma ...misti dia pun tak sabar nak balik umah

Ada 1 gamba Norma yg ayem berjaya snap sebelum kena marah ngan nurse tp tak ley letak la sebab nurse kat wad ICU tew pun ada baca blog nih ....kang matik mak tak di benarkan masuk ICU dah pas nih kanggggg kalau publish kat sini

Gamba Rafiq utk tatapan family n kawan kawan Norma
Rafiq - 2 months


Gamba Rafiq ngan papa nya ..
belum sempat apa apa Rafiq dah kasik adiah kat Nani dia n Mummy n Papa dia ...dia dah wee wee akakakak tgk la pipi lengan peha dia semer ....pergggg sangat sedap di peluk ...apa tah lagi kalau di geget akakkakakkaka gewam sangat kat dak Rafiq nih ...nak tgk cam na muka dia masa baru lahir ....kecik je dak Rafiq nih

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-

-
-
-

-
-
-
-
-
-

-
nih Rafiq 3 atau 4 hari cam tew la ...kejap je kan muka budak2 berubah kan
masa nih pipi dia tak meriah lagi yer la kan baru lahir
....lepas tgk gamba nih cuba scroll balik kat atas hahhahah beza mmg berbeza . Tew la kan Allah pelihara kan Rafiq nih ..walau pun mama dia tak sihat tapi dia sihat walafiat ...n kuat menyusu akakkakakakak .....

Rafiq everynite tido ngan nani dia ...mmg tido nyenyak la si Rafiq nih .

Psst : Sapa nak tinggal pesan kat Numa n Talib ley tinggal kan kat comment ya sebab Talib duk baca comment2 kowang ...thanks



Norma is in ICU Neuro , Lvl 1 , Institut Kaji Saraf HKL

Tuesday, March 15, 2011

Update : Operation Norma 10hrs++

15/3/2011

Alhamdulillah Norma dah selamat di bedah selepas 10 jam dalam dewan bedah .
Pagi tadik Norma masuk dewan bedah kol 8am...kol 8 pm baru kuar . Alhamdulillah according to doc semer berjalan lancar

Moon sampai ke HKL tgh hari sebab pagi ada urusan di Hosp Serdang . Setel je kat Hosp Serdang terus zass ke HKL. Masa sampai tew parents Norma , Mama , Papa , Talib and Umi dah ada sana .Nampak kat board kat sitew Normawati OT3 ..operation on progress .

Kami saba menunggu . Masa tew kat dewan bedah ramai org sebab ada 3 4 org duk buat pembedahan but Norma la yang lama skalik ....sekali sekala tgk Talib sayu je hati ini ...betapa hebat nya dugaan dia .

Kol 7 30 doc panggil Talib ....kami kat luar nih tertanya2 asal doc panggil talib ....sebab norma carik ke sebab ada apa apa ke . Cam cam la duk terpikir benda elok benda tak elok semer kuar . Mama n Mak Norma lagi la dah nanges2 sebab semer duk tertanya tanya kenapa kan .

Skalik pas 20 minit dalam tew Talib kuar ...muka dia sedey je . So kami semer kerumun la dia n tanya apa doc kata . Talib kata doc kata operation berjalan lancar . Norma dalam keadaan stabil...tekanan darah n heartbeat semer ok ...cumaaaaaaaaaaaaa

Tumor Norma sudah besar . Akar tumor tew dah sampai ke pusat saraf that is kat saraf tunjang . since tumor Norma kat cerebellum doc terpaksa bukak cerebrum tew...bukak supaya dapat remove kan tumor kat celah otak tew .But doc ley kuarkan 80% je tumor dia and lagi 20% doc tak dapat buat sebab its to complicated and kalau di teruskan ia akan mengancam nyawa Norma .

Selepas doc kuar kan 80% tumor tew masa dia org nak jahit balik tempurung kepala Norma ...ada 1 lagi complication . Dimana otak Norma membengkak and doc tak dapat nak tutup balik bukaan yg dia org buat . So doc biarkan dulu bukaan tew and tunggu otak norma kembalik kepada biasa . Doc tak pasti bila bengkak tew akan surut kadang esok dah surut kadang makan 2 3 hari . So selepas otak nya surut Norma akan masuk balik OT and doc akan tutup balik bukaan tew dengan tempurung kepala dia n jahit balik .

Norma di pindah kan ke ICU sehingga la otak yg bengkak tew surut . Kol 9 lebey tadik kamik semer dapat masuk tgk Norma . Ya Allah sedih sangat sebab ngan wayar bergantung2 ...ngan muka Norma bengkak teruk sangat . Moon tak dapat tahan sebak tgk keadaan Norma . Talib pegi kat Norma n pegang tangan Norma erat2 . Tak der tindalk balas but kaki Norma bergerak2 . Nurse tew kata sia org tak kejut kan Norma lagi . Norma akan di tido kan 2 3 hari nih sebab otak dia lom di tutup lagi kan . So mmg Norma di pantau rapi oley unit ICU.

Talib tgk gamba Norma kat phone dia ...terus dia ckp kat Umi n Sutan ...cantek Norma nih kan...sian dia kena lalui kesakitan cam nih . ...menitis nitis air mata Talib . Yer la kan mana sanggup kiter tgk our other half melalui kesakitan n ujian yg maha hebat cam tew ...we fell so helpless ....apa yg kita org buat cuma kena tenang kan Talib
Moon terharu bila Talib bagitau kat Mak Norma ...mak jangan risau ..kiter akan jaga Norma . Dia bini saya tanggungjawab saya ...akan saya usaha kan jaga dia . Mak jangan la risau ...

perggg tabah tol talib but dalam hati dia hanya Tuhan je la yg tahu

sebelum kita org balik ...Talib peluk mama kuat n cium Mama ...sambil dia kata " Mama nih ciuman utk Rafiq ya . Nanti mama sampai umah mama cium Rafiq kuat2 sama cam Lib cium mama...bagitau dia papa rindu sangat kat dia . Nanti Papa bawak mama balik "

OMG ...menitik air mata moon la tew jugaks ...i dont know la how to describe sedey giler ..

Kita org sampai umah kol 12 ...balik umah Isk Yaya dah tido . Rafiq bibik dah tido kan dia . Bibik kata Rafiq gelisah sepanjang hari ..ngak mau tidoooooo ...mebi rafiq pun dapat rasa kan keadaan Mama dia ..

Ya Allah permudah kan la segalanya ......amin

p/s : Moon memohon maaf pada customer moon . To Krel n Mazni sebab lambat sangat siapkan album kowang ...To Mama Dania ...To Lyn and to Riniy and friends ...ai betul2 mintak maaf . Ai betul2 tak sempat ...and many many thanks sebab sangat memahami ...but ai feel so teruks sebab tak dapat deliver on time and bagi ia pending lama sangat ....Moon betul2 minta maaf ...im so sorry ya . Ill try my very best utk siap kan ia secepat mungkin ....

Monday, March 14, 2011

Cek status darjah satu - 2012

sapa anak yg lahir tahun 2005 n dah submit borang online cop tempat tahun lepas ....sila la gie daftar kat sekolah yg kowang nak hokey

So semak kat sini

http://apps.moe.gov.my/esppsel/

1.0 Tatacara Permohonan Murid Tahun 1 secara Online

1

Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPMSel) boleh dibuat melalui Aplikasi Atas Talian sahaja. Ibu bapa atau penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah. Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac 2011 hingga 30 April 2011 melalui laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor melalui pautan di URL seperti berikut: http://apps.emoe.gov.my/esppsel

2

Ibu bapa atau Penjaga yang memenuhi syarat-syarat boleh membuat permohonan secara online. Ibu bapa atau Penjaga adalah diingatkan agar membaca Tatacara dan Panduan Permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul. Kesilapan mengisi borang akan mengakibatkan permohonan gagal.

3

Setelah mengisi permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak bagi tujuan Perakuan Permohonan yang perlu dibuat di sekolah yang dipohon.

4

Pemohon perlu mendaftarkan nombor MyKid anak. Sila masukkan Tarikh Lahir, Daerah Dipohon dan Jenis Sekolah (bertanda *) sebelum meneruskan permohonan. Semakan nama sekolah dan di mana Daerah PPD Dipohon berada, boleh dirujuk dengan menuliskan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui pautan berikut: http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php

5 Setelah pendaftaran dilaksanakan sistem akan memaparkan maklumat permohonan termasuk Id pengguna dan No Pin. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan. Sila simpan noPin tersebut bagi tujuan pengemaskinian dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang.

6

Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan dan membuat pindaan sebanyak 3 kali sahaja.

7

Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Atas Talian eSPMSel ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.

8

Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

9

Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon oleh murid atau menghubungi meja bantuan melalui telefon atau mengemukakan pertanyaan melalui alamat email yang disediakan.


So kalau nak semak masukkan saje nom My Kid anak
So pas nih kena la daftar kat sekolah ....patutla nampak kat sekolah Isk ada kain rentanng pendaftaran murid darjah 1 di buka sekarang

SOoooOOOOoooo kowang cek sekarang yaaaaaaaaaaaa

Update pasal my SIL- HKL day 14

14 Mac 2011

ai baru prasan ada banyak pic dalam phone yg ai tak letak ...( sory ek gamba dr phone sangat teruks sebab size kecik utk mms plus hr tew bawak kamera kena sound ngan kak misi ...nasib pakai phone vley )

6 Mac hari tew adalah 1st anniversary Norma n Talib ...so masa nak pegi lawat Norma kat HKL we bought her and Talib 1 cake ...cake yg simple je n bawak masuk wad .

Sedey kay 1st anniversary sambut kat wad plus tak beberapa sihat ..and guesse what ...norma loves it .. Ai rasa dalam hati dia misti nanges punya kan sebab ai pun nanges sorok2 ..

 < pic removed >
Talib n Norma potong kek ulang tahun perkahwinan yg pertama
dapat la kita org semer makan keks plus nurse2 kat sitew pun dapat mkn skaliks
Anak anak duk luar ...Isk sampai HKL asek sebut lapa lapa ...so merasa la dia makan 2 biji burger akakakka
Cik Yaya yg jadi bodyguard Rafiq

12 Mac 2011 Sabtu

Kami bawak Rafiq jumpa mama . Talib dah start kije ...so Mak Norma teman kan Norma kat hospital . Talib habis kije terus zass ke hospital kira tak balik umah langsung la Talib ..nanti Norma operate Talib cuti that is esok operation nya

 ......
 Rafiq dalam pangkuan Mama

Rafiq ngan Uwan n Nani


 semer duk geram tgk Rafiq yg membesar bagai juara ekkeke plus makin cerah
Rafiq lena dalam pelukan Mama ...tak henti2 Norma cium2 Rafiq ..
Abg n Kakak Ipar Norma
Papa Mama n Pak Sutan
Our Auntie pun datang ..thanks Auntie Rozie n Auntie Bedah sebab datang HKL siap bawak macam macam makanan ...
so sebab makanan sangat la banyak maka kamik kena la gie carik bekas atau plastik ...so lepak kejap kat bawah tepi hospimart tew ...sambil duk bau bunga melor yg kemain la wangi kat sitew ...skalik ternampak artis nko ....tak la acah je nampak Mimilicious laaaaaa terus mak lari2 anak terus la jumpa laga laga pipi cimolot ngan puan mimi ....
auwww apa bila bloggers berjumpa harus la berposing n amik gamba kenangan hokey ...nih 1st time ai jumpa mimi liveeeeeeee auwwwwwww ...thanks Mimie...sian en Awak kena jadi kamera man muahahhaha

Thanks to all yg send wish to Norma . She's getting better cuma sekarang dia tgh tunggu utk operation . So insyaallah jikalau tiada sebarang aral melintang esok dia akan di bedah .

Doakan ek kawan kawan semer agar semer nya berjalan ngan lancar ...operation akan berjalan selama 10 jam . Malam nih mama n papa n parents Norma n Talib akan standby kat hosp . Sebab pagi2 Norma dah akan di tolak masuk dalam dewan bedah . Ya Allah permudah kan la segala nya ...Amin




SuperMoon pada 19 Mac ini


Nope bukan ai yg akan bertuka menjadi Supermoon or what so ever ...but im not sure sama ada ramai yg tahu ini atau tidak ....wah kejap jd doktor kejap jadi pakar sakit puan tetiba jadi ahli kaji bulan plak kan akakkakakak ....well its a general knowledge kan ...nak tak nak kena tahu baru la tak blur kan....kalau anda suka nak baca pasal planet2 nih terai search NIBIRU ....sonok sangat baca n ngeri bila pikir kan jika ia nya benar ....



kenali alam sekitar anda ...so that anda akan lebih menghargai bumi kiter

Tahu kah anda 19 hb nih bulan akan berada paling hampir ngan bumi ?

Tahu kan anda kali terakhir bulan paling hampir ngan bumi adalah pada tahun 1992 and 2005...?

Tahu kan anda Acheh kena Tsunami 1 week before Super moon in 2005?
majority of the scientists claims that these incidence are just coincidence . Scientists argue the moon's gravitational pull is only enough to affect the tides, not move tectonic plates that cause earthquakes

And tahukah anda Jepun pun kena Tsunami seminggu before supermoon ...suratan atau kebetulan ?

Namun ramai ahli sains kata Earthquake bukan di sebab kan oleh bulan ...bulan hanya akan ganggu arus pasang surut laut sahaja and ia make sense la kan


"On March 19, the moon will swing around Earth more closely than it has in the past 18 years, lighting up the night sky from just 221,567 miles (356,577 kilometers) away. On top of that, it will be full. And one astrologer believes it could inflict massive damage on the planet." taken from here

Today people know that the gravitational pulls between the earth, moon and sun dictate the tides. The moon, however, influences tides the most.

The moon's gravitational pull on the earth is strong enough to tug the oceans into bulge. If no other forces were at play, shores would experience one high tide a day as the earth rotated on its axis and coasts ran into the oceans' bulge facing the moon.

However, inertia -- the tendency of a moving object to keep moving -- affects the earth's oceans too. As the moon circles the earth, the earth moves in a very slight circle too, and this movement is enough to cause a centrifugal force on the oceans. (It's centrifugal force that holds water in a bucket when you swing the bucket in an overhead arc.)


So jom 19hb malam jgn masuk bilik n tido awai2 ...semer duk luar umah ke kat balkoni ke jom nengok bulan ...jika bulan sangat hampir misti bulan tew akan besar n bila bulan besar pasti malan akan menjadi cerah bukan....and sama sama la kiter memuji keagungan dan kekuasaan Allah SWT





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...