Thursday, February 23, 2017

Ilmu yg perlu di ajar pada anak anak

Moon simpan kat blog ni sebab senang nanti kalau nak refer. Sebab secara jujurnya, Moon sendiri pun tak tahu andai kata kalau ada kematian di rumah contohnya. Kalau kita ada org tua ngan kita senang, tapi kalau kita je.

Teringat masa arwah mak meninggal dulu mmg kami adik beradik tak tahu apa . Nangis je semua bila tgk mak dah tak bernyawa. Yer la masa tu kakak baru form 5 . Dia je duk ngan arwah mak kat rumah masa tu. Moon plak baru darjah 6, adik darjah 3 and adik paling kecik setahun lebih.

Meraung la kami adik beradik...terus lari gie umah jiran sebab tak tahu nak buat apa . Terus jiran jiran dtg dan bantu .

So kali ni mmg nak bgtau kat anak anak apa dia org perlu buat. Baru last week sembang ngan kakak Moon pasal kena ada kain batik lepas kat rumah . Kena standby sebab yer la kita tak tahu kan.

Moon plak semalam tetiba napa teringat sangat sangat kat arwah Mak . Terus tadah tangan sedekahkan Al-Fatihah. Tgk anak anak plak. ...

Arwah mak meninggal masa umur 37 atau 38 tahun. Sangat muda...tanpa tanda sakit atau apa...tiba tiba je dia diambil oleh Nya. Masa tu Moon darjah 6. Sama ngan umor Isk. Tetiba terpikir ...adakah dia org akan jadi terumbang ambing cam Moon masa dulu dulu ...

Kalau la Moon pergi masa ni ...mcm mana la Isk . Yaya , Sarah n Pak Sutan semua. Bukan kata kita tak pikir.....mmg kena pikir la kan. Mmg slalu doa agar dipanjangkan umur tapi siapa kita utk tahu semua tu kan,


So ni Moon copy and paste tau

Menurut perkongsian dari Heliza Helmi, yang mana dikongsikan akan ilmu yang seharusnya diketahui oleh kita, dalam memberi penghormatan buat mereka yang telah tiada, akan persiapan yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan.

*Ilmu yang perlu diajar pada anak-anak kita*

Lepas confirm takde nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:





Kain batik lepas adalah kain batik yang belum di jahit. Biasa nya kain batik panjang dia 2 meter. My sister dia ada pergi kelas pengurusan jenazah ni n dia kata ustazah tu kata atleast ada la 2 3 helai sebab nak tutup betul2 kan.  


1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan.

2. Sentiasa sediakan wipes & gunting bersama kain-kain batik.

3. Potong seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil. Penting, sebab, setiap manusia yg diambik nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering.

4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.

5. Ambik minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat.
Ni mmg nampak makcik makcik jiran tolong buatkan. Dia letak jenazah atas tilam n cepat2 baringkan. Dan letak tangan dikedudukan yg sepatutnya. Kaki pun dia org ikat

6. Ambik kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat.

7. Tutup rambut dengan selendang.

8. Ambik kain batik lepas, ditutup jenazah.

9. Posisikan jenazah dalam keadaan kepala ke arah kiblat; dan

10. Dimandikan

Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat beliau.

Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. *Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir*.

- Siakap Keli

Cuma masa tu masih kecik n tak tahu apa sangat. Semua plak berjalan ngan pantas. Kita plak masih belum boleh terima betul ke Mak dah pergi.

walaupun dah lama , dah 25 tahun mak pergi. Rindu tu tetap ada sampai bila bila

Moon tulis entry ni pada 2009. Tapi kalau baca ayaq mata boleh turun meleley leley ... kalau hangpa masih ada mak ayah...jaga la dia org elok elok. Nikmati la masa ngan dia org dengan sebaik mungkin sebab bila dah tak ada baru hangpa tau . Sila sediakan tisu sebelum klik link tu k .

Ephyra sudah 5 tahun

Tahniah Ephyra sebab sudah 5 tahun. Sekarang semua org kenal Ephyra n ramai yg nikmati khasiat Ephyra termasuk la Moon sendiri

Sempena 5 tahun , Ephyra bagi harga special u ols



Ni adalah yg harga telah di slash kan utk u ols . 

Semalam akak ada share status kat FB n ramai org whats app n nak cuba juga. So Kak Moon nak share juga kat blog. 


EPHYRA SKIN SERIES 


ada yg kata...ala Kak Moon muka takder masalah....

ada dik non oiiii

akak kalau sekalik naik jerawat yg jenis no mercy hokey. Yang besar besar sampai diri sendiri pun konpius ni jerawat ke bisul ni. Nak pegang pun sakit. Ni masalah dr zaman remaja lagi..
auw sekarang remaja jugers keeee

Lagi frust kalau kuar jalan jalan. Time muka cam ni la buat terserempak ngan ramai org. Hilang keyakinan diri sangat.

one time jerawat naik berjemaah gitu. Masa ni tak consume apa apa. Sakit hati tgk muka dlm cermin. Pak Sutan ajak kuar pun tak mo. Bagi mcm mcm alasan. Padahal bukan org amik kisah pun kan....tapi kita amik kisahhhhhh.

Masa tu plak Ephyra baru kuarkan skin series. Apa lagi terus je beli one set. Tekad terus.

Cuci muka ngan Skin Bar ( RM39 ) .

Lepas tu mlm mlm sapu serum ( RM68 )

Pakai skin Snow ( RM48 ). Pakai pun jimat jimat sebab bekas dia kecik aje jujur akak bgtau comel je bekas. Tapi berbaloi baloi.

Dlm few days , yg merah merah tu hilang. Akak tamak sket sbb minum skali ngan Ephyra. Baru la cepat hilang semer....mana dia pergi pun akak tak tahu la. Slowly muka start to clear blk.
Masa pakai ephyra skin series ni takder la letak harapan tinggi sgt....siap dah pasang niat kalau tak jadi jugak aku g beli set lain yg lg mahal. Nampak tak keglojohan di situ.

Alhamdulillah serasi org kata. Mmg sangat hokey. Jatuh cinta sangat
If this can help me with my problem...i hope ianya pun dpt bantu anda. Mana tau serasi juga.

Whats app kak Moon kalau u ols nak cuba juga
akak harap ia dpt bantu menyelesaikan masaalah jerawat korang

MOON 011-39990764

skrg akak setia ngan Ephyra dan Inteemor
Skin Bar ngan skin Nano mmg takley tinggal

Baca info mengenai Ephyra Skin Series di SINI


EPHYRA SKIN BAR RM 39 




EPHYRA SKIN NANO SERUM RM 68 


SKIN NANO MOISTURIZER RM 48
 




Tuesday, February 21, 2017

Goblin n Hawarang OST

Goblin

Takley move on ngan demam Goblin ni. So far the best drama la utk tahun ni. Nanti kalau ada lagi drama best tak tau la kan  . Tapi kalau ni duk asyik dengar OST ni mmg sesuatu sangat hahaha

So u ols suka juga kan. Ni akak share ngan u ols. Nanti sambil buat kije boleh dengar. Pasang earphone n buat kije auwwwwww


Lagu pertama , lagu trademark Goblin. Tune pertama tu best. Korang suka kan ....sebab akak kumpul semua utk u ols kan kan kan .

KLIK SINI untuk tgk drama Goblin


Goblin, Stay With Me


Goblin, Beautiful  Life
Shila Hamzah pun ada cover lagu ni SINI



Goblin, I Miss You


Goblin, Round and Round


Hwarang

Hwarang ni pun best. Tgk episod 1 and 2 pun dah tersangkut. Time Kwang Soo mati akak nangis u ols. Kwang Soo berlakon ngan bagus sekali. Ingatkan Kak Moon je nangis. Bagi adik ipar tgk dia pun nangis. Siap msg....akak jahat bg Umi tgk citer ni ...Umi nangis banjir dah tgk Kwang Soo hahahah

Terus dia pun sangkut tgk. Siap balik cuti sem dia bagi Mama jangkit sekali. Ni mama pun duk tgu episod hahhahaha

selain jalan citer best, hero handsome handsome .

KLIK SINI untuk tengok drama Hwarang

Hwarang, Its Definitely You


Hwarang, The Divine Move



Hwarang,



Legend of The Blue Sea

Ni pun best. Sebab suka Hero n Heroin dia

KLIK SINI untuk tgk Legend of The Blue Sea



LOTBS , Love Story 


Bonus Track, sebab ada jumpa 1 album terus. So akak simpan utk sendiri dengar bila nak feeling2 muahahhahahah

Moon Lovers: Scarlet Heart 


Scarlet Heart, Forgetting You



oooopsss list dah jadi panjang. I better stop now hahahhahahahha


p/s:
Oh ya siapa anak anak ada Ekzema boleh baca kat sini. Tadi  ada baca Ekzema pada bayi kat blog mama kembar 3. Hari tu ada member tanya ...so nak share ngan u ols

Friday, February 17, 2017

Jom bantu baby Muhammad Adib

Moon mmg sentiasa tgk youtube Daphne Iking. For me apa yg dia org share sangat bagus n tak pura pura gitew. Husband dia mmg akan cakap je apa dia nak cakap. Kadang apa yg dia cakap tu so true ..n buat u macam terpikir kejap.

But for the first time, Moon nak share video ni sebab it really touched my heart. Panas je mata ni bila tgk baby tu. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan. So Malaysian, jom sama sama kita bantu sikit sikit pun tak apa . Moga sumbangan kecik kita ni dapat membantu family mereka yg dlm kesusahan. Sebab I do belived that kalau kita bantu org Insyaallah pasti kita akan dipermudahkan dalam apa jua. Mungkin bukan sekarang but in future kita tak tahu kan.

So friends jom bantu n share this. Sebab bantuan boleh dlm pelbagai bentuk. Kalau kita mampu bantu dr segi kewangan kita bantu. Tapi kalau kita boleh bantu dr segi barangan n even spread the news pun sangat bagus. Kita sama sama doakan agar adik Adib cepat sembuh ya. Insyaallah





 Boleh baca mengenai di hirschprung disease SINI



Maybank Noor Shafiqa Suhada: 154044930753


Copy n Paste from Daphne Iking
Published on Feb 15, 2017
14th Feb 2017

After my photo shoot with Mariel, I dragged Azmi and kids to visit 7 month old Muhammad Adib who is suffering from hirschprung disease.

Hirschsprung's (HIRSH-sproongz) disease is a condition that affects the large intestine (colon) and causes problems with passing stool. The condition is present at birth (congenital) as a result of missing nerve cells in the muscles of the baby's colon.

A newborn who has Hirschsprung's disease usually can't have a bowel movement in the days after birth. In mild cases, the condition might not be detected until later in childhood.

Surgery to bypass the part of the colon that has no nerve cells treats Hirschsprung's disease. The lining of the diseased part of the colon is stripped away, and normal colon is pulled through the colon from the inside and attached to the anus. This is usually done using minimally invasive (laparoscopic) methods, operating through the anus.

We wanted to help this family because they didn't have enough money to pay the hospital at Temerloh for the surgery done on baby Adib. Puan Shafiqa had to quit her job to look after baby Adib full time at the hospital (he has not left the hospital since birth) and her husband took a job at the Pasar Borong so he can get daily wages (instead of monthly) to constantly buy baby diapers and his special formula milk. I wanted to be sure this was an authentic case before viralising this story to reach out to the public for donations. Adib was asleep when we came over and he's such a strong strong lad.

If you have change to spare, here's Puan Shafiqa's maybank account number to help her family out for the meantime. (They weren't eligible for bantuan even though her husband earns less than RM1500 a month).

Maybank Noor Shafiqa Suhada: 154044930753

Thank you for sparing time to read and watching this. ❤



Ekzema pada bayi boleh baca disini

Monday, February 13, 2017

YouTube Kids untuk anak anak

Sekarang budak budak mmg suka nak main phone kan. Sebab dia org suka nak tgk You Tube. But lately kat You Tube tu kemain la kuar benda mengarut mengarut. Hari tu Spiderman romen romen ngan Elsa bagai. Ada channel siap Elsa berasmara ngan sapa ntah. Mmg terkejut sangat sebab mmg budak budak ni akan tgk Frozen clip la semua tu. Kadang dia akan kuar reccomended to you tapi video ntah hapa hapa.

mmg la kita dah block n report video

n kita dah set restricted mode ON tapi kadang terlepas juga. Kadang kalau Sarah layan YouTube mmg Moon akan tgk apa yg dia tgh tgk.

So baru baru ni Pak Sutan suh install YouTube Kids. See mmg ramai parent concern pasal ni tu sebab YouTube pun buat YouTube Kids. Motto dia to create safer YouTube utk anak anak bawah umur ni la kan.

Sebenarnya YouTube Kids ni dah ada dari 2015 lagi tp macam ramai tak tahu. Including me la.

YouTube Kids ni mmg khas utk anak anak tgk video sahaja. Tak ada fungsi nak upload video ke apa . So paparan dia pun limited la kan. Ok la anak anak je kot nak tgk ....tgk Didi and Friend ke, Upin Ipin ke n etc . So kandungan dlm YouTube Kids ni ditapis la . Tapi parents juga boleh report terus kalau ada video yg kita rasa tak sesuai


YouTube Kids ni dia dah kategorikan siap siap dah. Ada 4 kategori
  1. Shows. Iincludes popular channels, and big brand names that are actively releasing new episodes.
  2. Music. Populated with children songs, including sing-along songs.
  3. Learning. A section where children can learn new things. Including walk-through for games and how-tos.
  4. Explore. Meant for enthusiast children to see more that what has been categorized.
 sumber dr sini


So balik  nanti cepat cepat remove app Youtube kat phone. Kalau la anak anak mmg suka bukak Youtube tu kan. Kalau kita nak pakai Youtube tu, just letak je lock utk You Tube. untuk anak anak kita suh dia org guna Youtube Kids.

Kalau kat Playstore just cari YouTube Kids and install

Install ni senang sahaja .


kejap aje .. sebab tak besar sangat





 masukkan tahun anak di lahir kan atau tahun kakak n abang dia pun ok . Moon masukkan tahun Yaya sebab dia selalu tgk ngan adik dia


 Part ni ibu bapa la kena buat kejap . Nom ni sentiasa berubah ubah. Kalau anak kita dah pandai baca kita boleh set pin kita sendiri.




Baca la penerangan dia kejap. Ni one time only kita akan nampak masa mula mula setup


Ok dah boleh pakai dah. 

Yang Moon paling suka adalah sebab kita boleh set TIMER. Contohnya kita nak bagi anak kita tgk 30 minit je. 

TIMER
 So bila cukup 30 minit dia akan off . So pandai pandai la kita educate dia org ...ok your youtube time dah habis . So takder la duk melayan YouTube berjam jam kan. Boleh berpinor mata duk tgk screen lama lama . 

SETTING


 Kat Setting ni kita boleh :

ON atau OFF kan search. Kalau ON maka anak anak kita boleh search la apa dia suka . Cam nak tgk Barbie ke...nak tgk Doraemon ke ...nak tgk princess ke .

Kalau kita OFF , mmg takkan ada ruang utk search la

u ols boleh explore k. YouTube Kids ni sangat user friendly

ni part setting tu kalau kita tekan mangga kunci kat bahagian bawah screen


 kalau search perkataan cam ni mmg takkan kuar apa . Perkataan lain, tak test plak. U ols boleh test kalau ada apa apa yg terlepas kena laju laju report je k. Tapi kalau risau anak kita search ntah hapa hapa just disable je search tu yer.

BLOCK VIDEO and CHANNEL



Ni kita kena sign in la pakai google acc kita aje. 

So kalau cam ni ok la kan. Atleast kita ada kuasa utk block anak anak kecik kita dari tgk benda yg tak sepatutnya dia tgk.

Hope ini membantu

Tapi at the same time kita selalu selalu la pantau apa anak anak kita tgk. Tambah plak budak kecik kecik...bahaya kita biar je anak kita tgk Youtube sorang diri sambil kita buat kerja kita. A self reminder untuk diri sendiri juga . Sekali sekala duduk sebelah dia tgk sama sama juga k

All the best u ols....balik nanti cepat cepat install tau





Friday, February 10, 2017

Homestay Dungun

Nak share something ngan u ols pasal 1 homestay yang best kat area Dungun . Hari tu ada balik ke Terengganu jap kan. So on the way back cam penat plak so singgah la kat homestay Studio Yad. Last time kita org stay kat Studio 1, lepas tu dia ada buat studio 2 plak . Kali ni Yad dah ada Studio 3 plak. Rumah yang sangat besar ngan 4 bilik.

So Yad ni sangat baik sebab dia sentiasa update kat Moon sebab katanya ramai yg baca blog Moon dtg singgah n book homestay ngan dia


Studio 1 - 1 ruang yg ada katil king, ruang tamu
Studio 2 - 1 ruang ada katil king, ruang tamu
Studio 3 - Rumah sebiji 4 bilik tidur 3 bilik air.

 Pandangan dr pintu masuk



sangat luas dan lapang...sonok budak budak ni berlari lari

 Ruang makan ada kipas, ruang tamu pun ada kipas. Budak budak ni suka duk kat kerusi tinggi ni .


Amboi ...kemain lagi Abg Isk posing ke tu . Semua nak makan duduk kat kerusi tinggi tu


Ni ruang fav mak mak la kan. Sebab bila bawak anak anak ni memang semua akan lapar aje manjang. Bila ada dapur n lengkap ngan segala periuk belanga, harus la dapat masak masak. Nak goreng apa apa pun senang. Garam gula n minyak bagai semua ada. 

Microvawe , periuk nasik n kettle semua ada. Tinggal u ols bawak bahan nak masak sahaja. Peti ice pun ada ...so boleh pergi je mana mana kedai runcit nak beli nugget ke ...ayam ke sayur ke hahahah. Mmg buat macam umah sendiri la kan hahahha.

 part ni akak suka. Sebab ada mesin basuh. tahu tahu aje la bila travel ngan anak anak, kain baju kemain berlambak. Tetiba Yaya kata suar kecik bersih dah tak ada. Apa lagi laju je mummy dia bagitau suh bawak plastik baju koto datang sini . Sempat la membasuh 1 trip. Asal nya nak membasuh suar anak aje, sudahnya membasuh macam macam. Siap pergi jemur kain ngan riang hahhaha vley...sebab masa tu panas terik. Pasti baju akan garing auw.

Bilik 1


Master Bedroom sangat la luas. Ada katil King and katil single tapi still ada ruang yg amat luas lagi kat sini . Bilik ni ada aircond dan kipas serta bilik air yang lengkap dengan water heater semua.

 bilik air master bedroom 

Bilik 2 

Bilik 2 ada katil queen dan bilik air

Bilik 3 dan 4


Bilik 3 ada 1 katil queen , Bilik 4 ada 2 katil single. Ada 1 tandas di luar


gambar dr luar rumah 


Ni alamat homestay Studio 3 tu ya 

Lot 16701 Lorong 4,
Jalan Bunga Raya Batu 48
23000 Dungun Terengganu

Boleh hubungi Yad : 019-9707878 utk booking dan pertanyaan

Facebook Page : Homestay Studio Dungun


Rate Homestay Studio 3 :

4 Bedroom
3 bathroom

Rate :
RM150 for whole house with 2 bedroom. Add RM50 for additional room
mcm family kecik kami, kami amik 2 bilik aje...tu pun dah rasa luas yg amat.


Tapi kalau u ols rasa cam besar sangat homestay ni utk 2 org aje misal nya. U ols boleh go for Homestay Studio 1 and 2. Studio 1 dan 2 ni attach ngan umah owner dan dlm pagar.


Studio 1


Boleh baca pengalaman kita org stay kat Studio 1 , boleh klik link di bawah ya. Sebab Moon ada share banyak gambar gambar 

1st time di SINI 
2nd time di SINI 

RM120 semalam


Studio 2


Studio 2 RM 110 semalam
Few gambar Studio 2 di SINI


Bagi sesiapa yang ada kenduri kat Dungun , boleh la stay kat sini
Atau sesiapa yg hantar anak masuk Uitm, Sek Sains dungun n etc pun boleh
atau yg ada urusan kerja atau jalan jalan pun boleh duk sini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...