Thursday, April 06, 2017

Awana Skyway Genting Highland

Ni aktiviti masa cuti sekolah baaru baru ni . 1 day before Sarah disahkan chicken pox. So naik atas duk dlm bilik aje,,,tak gie mana pun . Jiran Moon ada bagitau, dia kata Genting skrg bosan sket sebab indoor shj. Dia pun baru balik dr Genting. Tapi sebab dah janji ngan kids nak gie sana naik cable car...maka pergi la.

Ni adalah gamba tahun 2008. Lama sangat sangat kan. Skrg jaket tu Sarah plak pakai 

Last pergi Genting masa Isk kecik lagi n Yaya umor 4 bulan. Sekarang Yaya dah 9 thn .Kebetulan mama pun ada , maka kita paksa mama naik juga ....naik Genting naik cable car.

Drive kereta separuh ke tempat cable car. Kita org ikut je banner kat jalan tu. Tempat baru cable car pun masih dlm pembinaan. Tapi boleh park kereta kat situ. Masa kami masuk parking free. Tak tahu la in the future nanti kena bayar ke apa .

 Masa ni line amat panjang tapi bergerak la . Since area ni pun masih dlm construction, ianya sedikit berhabuk n panas.

What is the price of a ticket?
For the standard gondola, tickets are RM8 per person or 5GP for Genting Rewards Card members. An express boarding pass can be purchased for RM40. For the glass-floor gondola, tickets are RM50 per person or 40GP for Genting Rewards Card members.

Yang kami naik ni adalah yg baru . Awana Skyway

 Awana Skyway 


 Masa ni mama dah cuak sangat sangat . Sebelum naik cable car ni 2 3 kali mama gie tandas buang air. Dia punya nerves tu...bila kat dlm tu langsung dia tak bergerak. Muka je senyum tapi dlm kecuakkan.


 Lalu plak atas atas pokok ni...nampak plak jalan raya n kereta duk lalu kat bawah...mmg bagi sengal je tulang cinonot hahhaha

 Ni la keadaan outdoor park Genting Highland. Mmg ditutup betul n construction besar besaran. Masa org kata Genting wat renovation, ingatkan sikit sikit. Tapi dr rupa ni mmg buat baru terus semuanya . 

Kami ke First World hotel . 1 bilik masa tu sangat murah....dapat RM62 1 malam. So amik 2 bilik baru RM 124 cam tu. Ok la kan .

Check in at 3 pm . Kalau daftar masuk awal kena charge RM5

 Image di amik dr SINI

Semua guna self check in. Masukkan IC kita dlm mesin aje . Nanti dia akan auto detect reservation kita. Moon book under booking.com . Mungkin last minute booking dpt harga tu kot. Rezeki mama dpt ikut kita org naik Genting.

Sutan kata mama dr dulu lagi cakap nak naik Genting....dr belum kita org kawen lagi . La ni baru dpt naik

Dapat connecting room lvl 22 . Tapi bilik jauh la dr lift...jenuh nak jalan . Bilik pun ok walaupun tak la besar but sgt selesa compare ngan kita org dtg thn 2008 dulu . Puas hati la kan.

Tapi boleh plak tertinggal segala charger. Maka tak dapat la nak snap gambo semua sebab semua phone bateri dah weak.

Petang turun gi makan . Mmg makanan mahal kat sini . Kita org plak tak reti sangat nak cr makan ...so pusing je kat dlm mall tu n makan je. Nasik goreng RM 12.90 ....air gas RM 6 satu gelas kecik. Teh tarik pun RM6-RM7.

Dinner kita org beli Mary Brown aje hahah

Bila dah naik tinggi harga pun tinggi ....tapi kalau naik Cameron harga ok lagi kan bab bab makan ni


to be continue..baru nak update blog malam , si kecik dah panggil dah ajak tidur ngan dia . Nak kena tepuk2 sket nak kena garu garu belakang sket . Ok besok akak sambung k . 






3 comments:

Cik Lily Putih said...

lama tak pi genting... bestnya... sejuk lagi tau sekarang ni ek

Izzan Yong Rosdin said...

ada 1 kedai mamak kt atas genting tu, kebanyakkan staff genting makan dekat situ. murah sikit kalau nak banding harga makanan hotel.

Julia Johari said...

Memang genting mahal bab makanan...huhh ambil telur dadar ngan gulai sikit pun dah berbelas rege...tu pun air masak je...nangissssss tp juju ada share kt blog pasal port mkn murah yg kami jumpa di sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...