Monday, October 09, 2017

Program Remaja - Sembelih Puyuh

Beberapa minggu lepas , taman ada anjurkan program untuk anak anak remaja taman kat Surau . Ada ceramah dan motivasi jugak. Lepas tu ada amali sembelih burung puyuh. Dia org boleh sembelih sendiri n cabut bulu puyuh semua n masak puyuh masing masing .

dalam 40 org peserta join . So for me program ni sangat bagus la kan . So dia org pun ley kenal antara satu sama lain . Ada belajar benda berfaedah jugak kan .

 
 Semua kena ada pasangan sebab sorang akan pegang n sorang kena sembelihkan. So dia org akan gilir gilir . Mana lagi nak dapat pengalaman mcm ni kan .

Ada ustadz juga yg terangkan rukun sembelihan dan cara cara menyembelih yang betul

A.    Rukun Sembelihan
Rukun sembelihat terhadap binatang terbahagi kepada 4:
1. Penyembelih
2. Binatang sembelihan
3. Alat untuk menyembelih
4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.
.
.
B.    Syarat-Syarat Sembelihan
.
1) Orang yang menyembelih
a) Hendaklah beragama Islam
b) Baligh dan mumayiz .
c) Berakal; tidak sah jika orang gila
d) Tidak dalam ihram haji atau umrah
e) Dengan sengaja membaca Basmalah.
.
.
2) Binatang Yang Disembelih
a) Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup
c) Mati dengan sekali sembelihan
d) wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum).
.
.
3) Alat Sembelihan
a) Mestilah alat yang tajam seperti pisau
b) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang ditajamkan.
c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku.
.




Para bapa semua duk siapkan bbq .


Hope anak anak dapat belajar sesuatu daripada program ni . Moon ngan Sutan asalnya nak hantar je dia org ...sudahnya kita org pun sangkut kat sini . Seronok dengar ceramah . Budak2 masa umor2 cam ni la kena bagi dia org kesedaran n motivasi .

Syabas utk persatuan Taman...program yg amat bagus .

1 comment:

leen azi said...

seronoknya aktiviti macamni,menambah ilmu..
https://leenazi9783.blogspot.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...