Monday, April 09, 2018

Youtube channel yg saya suka


1- Blimey

ni adalah 3 org awek korea n dia org selalu buat video pasal Malaysia . Bermula masa 1st time dia org cuba pelbagai jenis meggi Malaysia ....skali tersangkut buat macam macam . Dr jenis jenis makanan Malaysia hinggalah respon nyanyian artis Malaysia . Lagu Dato' Vida pun dia org tahu tau hahahhah . Siap dtg ke Malaysia lagi .

Moon suka tgk dia org ni ...nak nak masa dia org cuba masakkan malaysia...sonok hokey

Lagipun reaction dia org sangat ikhlas gitu .


cute je dia org neh 
Siap dia org layan cerita Munafik lagi . Pastu makan Durian nanti u ols boleh masuk channel dia org ni ...bestttt 


2- Chasing a Plate - Thomas  and Sheena

Ni pun best , pasangan ni kalau video makan makan dia mmg dia org akan makan betol betol. Lepas tu reaksi dia org pun terbaik . Siap explain lagi rasa macam mana . Hari tuh pernah tgk dia review masak lemak cili api salai ...terus lapar perut . Terus rasa cam nak pergi kedai yg dia org makan tu 
Sheena plak kalau makan siap buat bunyi ermmm errrmmm ermmm sambil goyang badan maknanya sedap sangat latew
Asalnya tgk satu video aje terus sangkut n tgk semua video dia . Sekarang dia org duk jelajah India plak. Tapi kalau kita tgk harus la sebab nak tengok video dia org makan makan kat Malaysia . Dia org cuba pelbagai makanan . Dari makanan Melayu ke makanan Cina n India . Siap gie kenduri kawen lagi hahahah 
 Cari video related to Malaysia . Even dia makan burger tepi jalan pun boleh nampak sedap ...acaner 


3- Maangchi 
seronok tengok dia masak masakkan Korea . Siap buat chilli paste sendiri lagi . Pastu cara dia cakap english pun cute hahah

Kalau untuk make up make up plak suka tgk channel kat bawah ni 

4- Pony make up 

Cara dia make up simle tapi sweet sangat sebab make up style Korean kan . 

5- Julia Graff
Moon lama follow channel dia ni. Dari dia tembam sampai la la ni dah kurus hahhahah 

Korang plak canner ...ada tak channel yg korang slalu masuk 

Oooh ya Moon jugak suka tgk channel 
- Cupcake Aisyah 
- Nisha Ezzati 
- Tried n Tested Channel 

Friday, March 30, 2018

Direct D Kajang

Kita org mmg kaki cari barang yg boleh dapat great bargain tau . Beberapa tahun lepas mmg Pak Sutan selalu ajak pergi Direct D. Rasanya orang lelaki yg suka gadget misti tau Direct D Subang . Dia area shop lot je . Asalnya 1 kedai je kemudian jadi banyak kedai . Tapi nak dtg sini , susah nak dpt parking hahahha .


( pic google )

Kita org plak bukan la pilih brand sgt tapi more pada kegunaan n keperluan phone tu dan utama nya harus la yang tak terlalu mahal . Moon ingat lagi masa tuh baru lepas bersalin kan Sarah, 5 thn lepas dah tu . Habis je pantang Pak Sutan ajak pergi Direct D Subang sebab dia nak belikan phone baru utk Moon . Masa tuh dapat Lenovo pun happy kemain . Sebab kebetulan masa tu phone rusak kan .

Sekarang dah ada Direct D kat Kajang . Bangunan betul betul depan pintu masuk bahagian kecemasan Hosp Kajang .  Kebetulan that day kita org bawak papa ke Hosp utk appointment , terus dpt jalan pusing dlm Direct D ni .

 tu dia bangunan punya tinggi . Dari jauh boleh nampak dah .


Kita org cross jalan je dr Hosp utk ke Direct D Mall Kajang ni . So senang nak cari yer 



ia di Ground Foloor tu aje ye . Boleh tahan juga luas nye . 











ada macam macam brand n pastinya harga kat sini sangat menarik . Yang tu korang kena dtg tgk sendiri la yer n boleh compare ngan kat tempat lain . 





Duk berkenan sangat Honor yg tengah tu sebab nampak gamba kamera dia cantik . Ada dual lense depan n belakang tapi effect bokeh dia tuh nampak artificial sangat . Ada sapa sapa pakai honor ke ...korang ley adjust ke depth of field tu atau kelabu yg belakang potret tu banyak mana ? ni duk angkat letak angkat letak hahahhaha .

Harga dia dlm 6 ratus lebih kot . Hari tu ada nampak kat IOI City mall phone Honor ni installment 0% interest , nyaris akak tergoda u ols ...tapi sebab phone sekarang masih elok elok ada so reason utk beli yg baru tak beberapa kuat so kuatkan imannnnnn hahahah .


  Range Redmii pun banyak . Moon sekarang pakai Redmii . Dah 3 thn dah n so far mmg tip top je Redmii ni . Tapi duk nampak yg screen besar plak ....bahaya duduk dlm ni lama lama .

So bila kat Direct D sila tgk harga n compare2 k . Sebab dia akan ada harga set ori n set import . So dua dua harga ni ada banyak beza k . Sila la tanya sales person tu apa beza dia semer k . Bab warranty n etc .


So kalau sesiapa area Kajang tu ley la kalau nak cuci cuci mata atau tercuci poket sekali kat sini .


hahahhah motip ?   #peminatGoblin #KimShin


Apa alamat dia ?

akak tak tahu alamat penuh but cari je Hosp Kajang tu ....nampak la Direct D tu ya . Sebelah tuh shopping mall tu apa nama ntah . Dah lama tinggal kan Kajang lepas papa pencen ni . Kalau tak mmg tiap tiap weeken balik penjara kajang .

Direct D Megastore pun ada satu kat area PJ mengadap Federal Highway . Apa apa u ols ley cek web dia org la k ...since korang anje anje malas nak search kan ...klik je url tu



Website: www.directd.com.my
Facebook: fb.com/directdteam
Business Hours: 9am-9pm daily 

Monday, March 19, 2018

Langsir Raya di Sarah Hughes Globe

Jualan langsir Raya kembali di Sarah Hughes Globe . Jom jom beli langsir murah untuk Raya ni . Mana langsir yg dah kepam tu atau koyak rabak, boleh la tukar baru dah u ols .

Mana nak dapat langsir yang cantik meletop tapi taknak mahal mahal sangat ?

Harus la kat lvl 7 Sarah Hughes Globe u ols . Kain berkualiti terbaik kebabom pada harga sangat best . Yang memang tak dapat kat tempat lain dah . Ramai yang datang semua puas hati n bagitau pembelian kat sini adalah yg terbaik n berbaloi baloi .

Kain cantik, harga menarik n tempat pun selesa . Mana nak dapat ....betul dak .

So ni Kak Moon nak bagitau korang , sale untuk Raya akan berlangsung hujung minggu ni :


23 March - 25 March 2018 
Jumaat , Sabtu dan Ahad

Lvl 7 Sarah Hughes Globe , Jalan TAR KL 


Jom jemput datang ramai ramai sebab jualan ni memang kas untuk MoonpunyerVIP dan juga member card holder . So harga masa sale ni mmg harga kasih sayang gitew . Kalau anda nampak entry ni n nampak poster di FB page Miera301 at Sarah Hughes Globe atau di IG Moonpunyerblog maka anda boleh datang tau .

Boleh datang ngan kawan kawan atau sedara mara . Boleh datang ramai ramai tau ...




Sale ni berlangsung selama 3 hari saja . 3 hari ni saja harga jadi special ...nanti habih sale dah tak dapat dah harga ni tau



Semua jadi flat price bermula dari RM 5 semeter . Ada kain black out , ada kain bidang 110 juga yg sangat berbaloi kalau beli, ada day curtain yg jarang jarang tu , ada kain velvet yg lembut n high class macam hotel hotel tu juga . Pendek kata semua adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Jom ramai ramai datang




Baby Nain dah 3 bulan

Kejap je kan sedar sedar baby dah 3 bulan dah. Hari tu kecik je ...la ni dah besar dah.

Kalau Moon amik cuti bersalin 3 bulan harus minggu depan baru masuk kerja kan hahahhaha . Tapi pernah amik dah cuti bersalin 90 hari masa Sarah hari tu, maka pasrah aje 60 hari pun ok .

Nain pun ok duk kat nerseri. Hari hari ada je update apa aktiviti baby kat group whats app . Mak dia duk kat opis , sambil tgk gamba anak sambil senyum . Rasa lega sket hati ni kan...kalau tak duk tertanya tanya . Ok ke anak aku kat nerseri . Cam na dia nak tido apa semua .

 Now Nain dah tembam dah . Berat pun dah 6.4 kg dari berat lahir 3.75 


 menyusu pun kuat budak ni . Tapi dia jenis minum sket sket . Kalau budak baya umor dia ni susu dah 5oz tapi dia kadang 3 oz pun tak habih. Tapi dia akan kejap kejap nak susu .

Tapi kalau EBM masuk dlm botol kemain dia tak suka . Ditolak tolak ngan lidah .

Sekarang pun dah bunyi sora dah . Dah suka senyum ...kalau agah agah tu dia ketawa terkekek kekek sampai sepet mata .

So macam mana life selepas ada baby kecik . Phewwwww akak lap peluh kat dahi ngan hujung tudung . Mmg kelam kabut juga mulanya . ,Workload pun bertambah . Akak pun makin kuat marah sekarang. Bukan sebab apa pun tapi sebab sendiri yg nak semuanya perfect . Sebelum ni boleh buat semua kan sekali sekarang dah banyak kena tutupp  mata akak stress hokey . Tak tahu la sindrom apa ni tapi mmg even benda kecik bikin akak panas . Harap akak cepat2 la ley sesuaikan diri ngan keadaan ni . Nasib baik la budak kecik ni tak banyak ragam kalau tak mmg mak kau ijau la . 


Sunday, February 04, 2018

Birthday Moon di Sarah Hughes Globe

Tq buat Mr Ketan n Mr Doshi serta semua staff Sarah Hughes Globe sebab sambut bday akak . Malu wooo sebab dah tua hokey tetiba ada bgtau Moon jom potong kek .

Masa potong tu semua nyanyi sama sama . Reader n follower yg tengah shopping langsir pun di ajak sekali tau .

Terus akak rasa cam budak umor 18 tahun sambut bday muahahha

 Terus rasa cam nak g menyorok belakang rail langsir .

Ni adalah tahun ke 6 Moonpunyerblog n Sarah Hughes Globe bekerjasama . Tq to Sh Globe sebab sudi beri privileged ni pada blog reader Moon serta follower Moonpunyerblog .





Next sale adalah 23 March hingga 25 March 2018

Monday, January 29, 2018

Sale langsir murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ,

Bagi yang ternanti nantikan bila Kak Moon nak announce tarikh sale langsir ...meh sini rapat rapat sebab akak nak bagitau ni .


Jika anda masih baru pasal Sale langsir ni dan blog ni , jangan risau sebab anda di tempat yang betul . Ini memang betul betul dan bukan dugaan hahahha .


Sempena tahun 2018 ni ada 1000 roll langsir baru sampai tau dan disebabkan atas sokongan anda semua , maka Sarah Hughes Globe akan adakan sale khas untuk anda semua selama 6 hari .



Jemput datang yer semua . Just naik ke Lvl 7 dan inform u ols dari Blog Moon . Baru la dapat harga VIP Moon . Tunjukkan poster ni pada staff tau supaya anda dapat harga special.


Ada banyak stok baru masuk tau.


Sarah Hughe Globe ni dekat ngan SOGO tau . Kalau berdiri depan tangga SOGO tempat org busker tu misti ley nampak Sarah Hughes Globe di seberang jalan sana .



 Nindia kain baru untuk Raya 2018 tau .


Sempena cuti yang panjang ni , boleh la plan hari apa nak datang .

Ramai yang bagi feedback nak dtg . Yang dari Johor, Penang dan dari Sabah pun sanggup fly datang sini nak beli langsir . Berbaloi baloi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...